muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Monday, May 17, 2010

sejarahku

Pra sekolah
Tempat pertama aku untuk menuntut ilmu
Tempat aku mengenal ABC
Tempat aku mengira nombor
Tempat aku belajar berkawan
Itu lah tempat aku
Pada titik permulaan aku mencari ilmu
Sek. Rendah
Tempat keduaku untuk meneruskan perjuangan
Perjuangan dalam menuntut ilmu
6 tahun aku di situ
Pelbagai ilmu yang ku pelajari
Agama,bahasa,sains,matematik
Ilmu aku semakin bertambah
Tidak cukup dengan itu
Aku meneruskan perjalanan
Menapak satu lagi langkah ke sek.men
Dari situ aku pelajari erti kehidupan
Jatuh bangun aku telah lalui
Ketika ini
Lebih banyak dugaan yang ku tempuh
Satu persatu aku lalui
Setiap pengalaman yang hadir
Aku pelajari
Segala kebaikan aku teladani
Segala keburukan aku peringati
Agar tidak ku ulangi kembali
Dari sini jua ku temui istilah couple
Satu istilah yang menjadikan 2 insan bercinta
Aku turut terpengaruh dengan budaya itu
Itulah kali pertama aku laluinya
Tapi kisahku berbeza dari yang lain
Aku ditemukan dengannya dari seorang gadis
Gadis itu adik kandungnya
Kami menjalinkan hubungan melalui telefon
Tidak sekali pun kami makan dan berjala bersama
Kami jua tidak berjumpa berduaan
Pernah sekali dua kami berjumpa
tapi sekadar 2 3 minit
itu pun ditemani oleh sahabatku
Namun ia tidak berpanjangan
Aku membuat keputusan untuk mengundur diri
Mengundur dari perhubungan yang tidak kupasti sampai bila akhirnya
Setelah menyedari itu satu kesilpan
Aku nekad
Aku tidak lagi terjebak dengan budaya seperti itu
Kesilapan dulu tidak mungkinku ulangi
Segala yang berkaitan dengan jodoh
telah kuserahkan sepenuhnya kepada Yang Berkuasa
hari demi hari berlalu
setapak lagi tangga aku berjaya daki
kesyukuran aku kepadaNya
aku lafazkan
uitm tujuan ku
ilmu perakaunan aku dalami
di sini
selain itu pelbagai ilmu yang aku pelajari
dengan melibatkan diri bersama kelab EAC
aku banyak pelajari tentang islam
jika dahulu aku masih cetek dengan islam
namun,,
Alhamdulillah
Sekarang ilmu tentang islam semakin bertambah
Dan aku tidak akan pernah berhenti untuk mempelajarinya
Lagi dan lagi
Selagi nyawa masih ada
Selagi itu ilmu ku cari
Ini ku lakukan bagi perolehi cinta Sang Pencipta

kecik

renungan bersama

Kesakitan??
Kejatuhan??
Penderitaan??
Kekecewaan??

Derita kah kita dengan semua itu??
Takutkah kita dengan semua itu??
Seksakah kita dengan semua itu??

Kesakitan,
Segala kesakitan yang kita hadapi itu,,
Sebagai penghapus segala dosa-dosa kecil yang kita lakukan,,

Kejatuahan??
Setiap kejatuhan yang kita lalui
Sebagai peringatan untuk kita bahawa kita tidak berkuasa untuk memiliki sesuatu

Penderitaan??
Setiap titik-titik derita yang kita kena
Sebagai peringatan bahawa dunia ini bukan milik kita seorang

Kekecewaan??
Setiap kekecewaan yangkita rasai itu
Sebagai peringatan untuk kita agar lebih menghargai setiap apa yang ada dihadapan kita.

Pendek kata,,
Setiap yang terjadi dalam hidup kita,,
Pasti ada sebab munasabab,,
Allah tak akan uji kita tanpa sebab,,
Dan……..
Allah jua tak akan menguji hambaNya jika hambaNya tidak mampu.
INGATLAH!
Jangan kita kesal dengan setiap apa yang berlaku ke atas diri kita.
Kerana itu adalah hak Yang Esa..
Kita hanya berdoa agar diberikan kekuatan dalam menghadapi setiap dugaan yang diberikan..
Semoga kita cekal menghadapinya,,
Sama-samalah kita berpesan pada diri kita yang kerdil ini..
Agar tidak mudah melatah dengan semua ujian Nya,,
AMIN…..

kecik

realiti

Tika azan berkumandang
Berapa ramai yang menuju ke tandas untuk berwuduk??
Tika ramadhan menjelang
Berapa ramai yang menyambutnya dengan penuh kesyukuran??
Tika wang zakat dipinta
Berapa ramai yang membayarnya??
Tika datang seruan haji
Berapa ramai yang menyambut seruannya??

Namun,,,,,,,
Tika konsert diadakan
Berapa ramai yang pergi??
Tika hari raya menjelang
Berapa banyak wang yang habis??
Tika sales dijalankan
Berapa banyak duit yang dihabiskan??
Tika musim cuti sekolah
Berapa tempat yang telah dilawati??

Renung-renungkan lah wahai saudaraku,,
Cukupkah pengorbanan yang kita lakukan buat Sang Pencipta??
Berapa banyak waktu yang kita luangkan buat bekalan akhirat??
Mampukah kita menjadi ahli syurga??

kecik

penutup aurat

Hitam? Putih? merah jambu? Biru?
Pelbagai warna yang aku ada.

Kecil? Serdahana? Besar?
Pelbagai saiz aku miliki.

Wardina ? e-kin? Indon?


Pelbagai gaya aku boleh persembahkan.

Dubai? Selendang? Bulat?
Pelbagai bentuk aku boleh jadi.

RM10? RM20? RM 30?
Pelbagai harga yang ditawarkan untuk ku.

Pasar malam? Pusat membeli belah? Butik?
Pelbagai tempat yang aku dijual.

Namun,,
Apa yang aku kesalkan,,
Hanya segelintir kaum hawa yang menggunakan aku,,
Kenapa??
Mengapa??
Apa lagi yang dinginkan??
Pelbagai cara aku dibuat,,
Mengapa ramai lagi yang masih belum sedar akan kepentingan aku dalam kehidupan mereka??
Wahai wanita di luar sana,
Sedar lah,
Masih belum terlambat untuk kamu berubah,
Jika kamu takut akan azab akhirat,
Carilah aku,,
Gunalah aku,,

Aku,,
perlindung aurat mu,,

pengorbanan

Pengorbanan??
Dari mana aku kenal dan pelajarinya??
Dari sekolah??
Salah satu silibus dia sekolah??
Dari seorang guru terkenal?
Dari seorang professor terkenal??
Dari seorang kaunselor terkenal??
Tidak!
Pengorbanan itu aku pelajari,
Dari kisah nabi,
Dari seorang wanita yang bergelar mak,
Dari seorang lelaki yang bergelar abah,
Dari seorang perempuan yang bergelar balu,
Dari seorang nenek tua yang menjaga 2 anak cacat,
Dari seorang isteri yang berkongsi kasih dengan 3 wanita lain,
Dari seorang abang yang berhenti sekolah demi kebahagiaan adik-adiknya,
Dari seorang kakak yang bekerja siang malam bagi menampung kehidupan keluarga,
Dari situ aku tahu apa itu pengorbanan,
Dan aku harap,
Aku mampu menjadi seperti mereka,
Berkorban segalanya demi orang yang tersayang.

kccik
Kebahagiaan datang dan pergi,
Ia hadir tanpa diduga,
Ia pergi tanpa ku rela,
Kebahagiaan yang aku miliki tidak berpanjangan,
Setiap kebahagiaan yang hadir hanyalah satu persinggahan,
Kerna kesedihan datang meragut segalanya.
Kebahagiaan terpaksa aku lepasi tanpa ku rela,
Namun ucapa terima kasih turut ku berikan kepada Yang Esa,
Atas kesempatan yang diberikan buat aku mengenal erti kebahagiaan.
Walau ia pergi jauh dariku,
Namun,saat-saat bahagia itu tidak mungkin ku lupakan,
Kerna kenangan manis itu adalah pengubat segala kesedihan dan kepahitan,
Kebahagiaan,
Kembalilah dikau,
Kerna aku sentiasa menanti kehadiranmu dalam hidupku.

kecik

mak,,

Insan yang teristimewa,,

Insan yang paling aku sayang selepas Allah dan Rasul,,

Emak,,

Seorang ibu yang sangat menyayangi aku,,

Menjaga aku dari dalam kandungan nya sehingga sekarang,,

Yang tidak malu mengendongku selama 9 bulan,,
Yang sabar melayan kerenah ku dari kecil sehingga sekarang,,
Yang berusaha menunaikan segala permintaan aku,,
Yang sentiasa berada di samping aku tatkala sedih mahupun gembira,,

Yang tidak pernah penat mencari rezeki untuk membesarkan aku,,
Yang menjadi pendampingku tatkala masalah menyelubungi aku,,
Yang sering berusaha membahagiakan aku,,
Yang tidak penat mendoakan yang terbaik untuku,,

Yang berusaha menjadikan aku insan yang terbaik,,
Yang sering memberiku semangat tatkala aku lemah,,
Yang membangunkan aku tatkala aku jatuh,,
Yang menyedarkan aku tatkala aku kelalaian,,

Itulah dia,,
Mak ku sayang,,
Zura sayang mak ,,

kecik

DIA

Dia,,
Yang memiliki segalanya,,
Dia,,
Yang berkuasa atas segalanya,,
Dia,,
Yang berhak ke atas segalanya,,
Dia,,
Yang mencipta segalanya,,
Dia,,
Yang memberi rezeki kepada siapa yang dia kehendaki,,
Dia,,
Yang berhak memberi dugaan kepada siapa yang dia pilih,,
Dia,,
Yang adil dalam setiap pemberian,,
Dia,,
Yang paling sempurna,,
Dia,,
Yang terlalu Agong,,
Dia,,
Yang selalu membantu kita tatkala kita susah,,
Dia,,
Yang setia mendengar segala luahan, keluahan kita tanpa jemu,,
Dia,,
Yang tidak pernah berkira atas segalanya,,
Dia,,
Adalah Allah s.w.t,,,

kecik

impianku

Umi, ibu, mak, mama, mamie,,
Itu lah panggilan yang aku inginkan suatu hari nanti,,
Panggilan dari insan yang bergelar anak,,
Seperti insan lain,,
Aku jua inginkan sebuah keluarga,,
Keluarga bahagia,,
Dimana,,
Ketuanya seorang lelaki yang soleh,,
Imam yang baik dalam solat,,
Bisa menghormati kedua orang tua ku,,
Bisa menghormati aku,,
Bisa menerima keluarga aku,,
Bisa menyintaiku dengan ikhlas,,
Bisa menerima segala kekuranganku,,
Bisa menjadi pelengkap dalam kekuranganku,,
Bisa memimpin aku dan bakal anakku,,
Bisa menjaga aku tatkala aku sakit,,
Bisa berada di sampingku tatkala senang mahupun susah,,
Bisa menjadi pelindung untuk ku dan bakal anak-anak ku,,
Bisa bertangunggujawab keatas aku dan bakal anak ku,,
Bisa bersama-sama aku melakukan kerja rumah,,
Bisa memberi pendidikan yang baik buat anak-anaku,,
Bisa membimbingku ke jalan Allah,,
Bisa mandikan jenazahku,,
Bisa solatkan jenazah untuku,,
Bersama-sama aku untuk mencari cinta sejati,,
Aku harap aku akan berjumpa dengan seorang insan seperti itu,,
Ya Allah,,
Permudahkan lah aku,,
Memiliki cinta seorang lelaki,,
Yang bisa membawa aku kepada cinta terhadapMu,,
Sesungguhnya,,
Itu yang aku inginkan,,
Cinta dan redha dariMu,,
Amin,,

Semoga impian aku untuk bertemu dengan cinta aku tercapai,,
AMIN,,

kecik

cinta

cinta??
Mudahnya diungkapkan oleh manusia sekarang,,
Tapi tahukah mereka maksud sebenar cinta??
Cinta tak perlu diungkapkan,,
Jika benar buih-buih cinta itu wujud dalam hati pencinta,,
Ia akan tahu sendiri,,
Kita hanya perlu meluahkan kata cinta dengan perbuatan kita,,
Dimana mengembirakan orang yang kita cinta,,
Cinta itu wujud selepas berkahwinya 2 insan,,
Bagiku,,
Cinta sebelum kahwin bukan cinta yang sebenar,,
Kerna,,
Kita akan mengenal erti cinta,,
selepas kita mendapatkan orang yang sewajarnya kita cinta,,
untuk mendapatkan nya,,
kita harus memilikinya,,
memilikinya dengan hubungan yang sah,,
iaitu,,
perkhwinan,,
setelah ijab dan kalbu,,
bersatu lah 2 insan,,
bagiku,,
itulah permulaan buat kita mengenal sang pencinta,,
hubungan itu lebih diredhai,,
Allah,ibu,ayah,keluarga dan masyarakat,,
Dari permulaan itu,,
Akan kita tunjukan bukti cinta kita,,
Anak,,
Anugerah Allah,,
Jua bukti cinta 2 insan,,
Anak jua rezeki,,
Dari anak,,
Hubungan dua insan akan lebih erat,,
Kerna anak itu pengikat kasih,,

ukhti.nor

pengalaman yang tak dapat aku lupakan,,

Permulaan peristiwa sedih , , , , ,
Kegembiraan yang aku rasai tidak berpanjangan,,
Sewaktu menjalani jungle tracking,,
Aku tergelincir,,
Namun aku sempat berpaut pada sebatang pokok,,
Kesakitan mula ku rasakan,,
Tanpa aku pinta, juru pandu itu menghulurkan tanganya untuk membantuku,,
Aku tidak menyahutnya,,
Bukan sombong,,
Tapi aku masih boleh bertahan,,
Lagipun dia bukan muhrim ku,,
Lalu dia menhulurkan kayu untuk aku pegang,,
Aku menerimanya,,
Dan turun bukit yang licin itu dengan berpaut pada kayu yang dihulurkan oleh juru pandu itu,,
Tanpa di duga,,
Juru pandu itu tergelincir,,
Dan aku yang berpaut pada kayu yang dipegangnya turut tergelincir,,
Ya Allah,,
Sakitnya tak dapat aku ungkapkan,,
Kali ini begitu teruk,,
Kerana serekan itu agak jauh,,
Aku tidak mampu lagi untuk bergerak,,
Ini kali kedua aku jatuh,,
Ketika itu aku hanya berfikir tentang kematian,,
Aku tidak lagi boleh bergerak,,
Ya Allah,,
Ujian ini,,
Berat untuk aku memikulnya,,
Sakitnya hanya tuhan saja yang tahu,,
Tulangku mulai sakit,,
Kesakitan kali ini melebihi kesakitan yang aku rasai sebelumnya,,
Mak,,
Abah,,
Maaf andai adik tak dapat memenuhi impian dan hasrat kalian,,
Hati aku berkata-kata,,
Tatkala memikirkan soal orang tua ku,,
Disebabkan aku tak dapat bergerak,,
Kerana tulang ku terasa sakit,,
Tulang rusuk dan tulang belakang,,
Mulainya sakit,,
Kebas,,
Sahabat2 mulai memapah aku ke bawah,,
Nasib aku dah hampir sampai,,
Aku di baringkan,,
Lalu di isi ubat,,
Aku diajukan pelbagai soalan dari para pensyarah,,
Sakit di mana??
Kebas??
Nak p hospital??
Nak urut??
Aku sekadar katakan,,
Sakit,,
Itu ungkapan yang mampu aku katakan ketika itu,,
Dengan linangan air mata,,
Aku menahan kesakitan,,
Tanpa berfikir lagi,,
Mereka membawa aku di bawa ke kereta untuk ke klinik,,



Peristiwa perjalanan ke klinik
Pelbagai cara yang di lakukan,,
Bagi mengelakan kesakitan pada tulang aku,,
Sakit!!!!!!!!! Sakit!!!!!!!!!
Hati ku menjerik,,
Aku benar-benar kesakitan ketika itu,,
Mak!!!!!!
Jerik hatiku lagi,,
Setelah di bawa ke kereta,,
Aku di bawa ke klinik,,
Setelah sampai aku di bawa keluar,,
Sekali lagi aku meraung kesakitan,,
Untuk keluar dari kereta,,
Sukar untuk kau bergerak,,
Ya Allah,,
Sakitnya,,
Itu dapat aku katakan,,
Setelah berjumpa doktor,,
Doktor itu memeriksa aku,,
Dan mengatakan,,
Aku harus di bawa ke hospital,,
Dia tidak mampu merawat aku,,
Aku kemudiannya di hantar ke hospital,,




Peristiwa di hukm , , , , , ,
Hukm,,
Tmpat yang kami tuju,,
Setelah sampai,,
Sekali lagi kesakitan yang aku harus tanggung,,
Allahuakbar!!!!!!!!!!
Sakitnya!!!!!!!
Linangan air mata yang jatuh ke pipiku,,
itu sudah cukup membayangkan keperitan yang terpaksa aku tahan ketika itu,,
aku kemudiannya di daftarkan d kaunter pendaftaran kecemasan,,
setelah itu aku di bawa ke ruangan pemeriksaan,,
di mana aku di ambil darah,,
periksa takanan darah,,
suntik ubat tahan sakit dan dimasukan air,,
setelah itu aku dibiarkan keseorangan,,
Ya Allah,,
Terseksanya aku ketika itu,,
Aku tanggung kesakitan sendirian,,
Tak lama kemudian,,
Aku didatangi seorang doktor pelatih,,
‘adik siapa nama’
‘umur’
‘markah kesakitan berapa’
‘dari 0-10’
Itu lah soalan yang diutarakan kepada aku,,
Dengan kesakitan yang aku tanggung,,
Itu yang di tanya,,
Aku begitu terkilan dengan caranya,,
Bukan memeriksa,,
Sekadar bertanya soal xxx terhadap aku,,
Aku menjawab dengan lemah,,
Setelah itu,,
Dia meminta tandatangan aku,,
Setelah siap tugasannya,,
Dia pergi meninggalkan aku,,
Ya Allah,,
Ujian apa yang Kau berikan pada aku??
Sekali lagi aku diuji,,
Mak!!!!!!
Abah!!!!!
Adik sakit!!!!!!!
Hati aku menjerik lagi,,
Air mataku masih mengalir,,
Tidak lama kemudian,,aku didatangi seorang lelaki,,
Gaya nya seperti doktor pakar,,
Dia bertanya padaku,,
‘berapa markah kesakitan’,,
8 jawab ku lemah,,
Sekali lagi aku diberi ubat tahan sakit,,
Telah itu dia pergi meninggalkan aku,,
Sewaktu aku ditinggalkan,,
hatiku berbisik,,
‘Ya Allah,jika ini dugaan yang Kau kurniakan padaku,aku terimanya’
Namun aku jua insan biasa,,
Aku tidak dapat bertahan sekiranya ia berpanjangan,,
Aku rela nyawaku diambil’,,
Waktu itu,,
Aku benar-benar tidak dapat bertahan,,
aku benar-benar berputus asa,,
tidak lama kemudian doktor datang lagi,,
soalan yang sama diulangi,,
jawapan yang sama yang aku beri,,
perkara itu berulangan beberapa kali,,
entah berapa kali aku diberikan ubat sakit,,
akhirnya aku di bawa untuk melakukan X-ray,,
setelah beberapa jam,,
keputusan keluar,,
tapi,,
katanya,,
aku tidak apa-apa,,
tiada tulang yang patah,,
aku benar-benar bersyukur,,
namun kesakitan yang aku alami masih ku rasakan
aku memberanikan diri bertanya doktor,,
‘berapa lama lagi saya di sini??
Hari ni saya nak balik ke kampus’
‘sampai awak tak rasa sakit’
‘tapi saya dari jauh’
Akhirnya doktor itu mengizinkan aku keluar,,
Dengan syarat aku harus berehat,,
Aku mengiakannya,,
Aku diminta berehat beberapa hari,,
Aku diam,,
Setelah beberapa minit aku menunggu,
Sahabatku datang dengan membawa kerusi roda,,
Tulang aku masih lagi sakit,,
Tapi aku tahan,,


Setelah keluar dari hospital , , , , perjalanan balik,,
Setelah masuk kereta aku di bawa ke bus yang menunggu kami di luar hukm,,
Setelah keluar dari kereta aku dipimpin untuk ke bus,,
Kesakitan,,,
Masih lagi,,
Aku didukung oleh para pensyarah untuk naik ke dalam bus,,
Mak!!!!
Sakit!!
Setelah itu,,aku duduk d kerusi,,
Sudah beberapa jam berlalu,,
Kami berhenti di Hentian Genting Sempah,,
Aku di tanya oleh puan hasimah,,
‘awak nak balik??
Saya harap awak balik??
boleh berubat cara kampung’
Aku dengan keputusan aku untuk pulang,,
Untuk mengambil test mgt esok hari,,
Setelah diberi nasihat berulang kali oleh pensyarah,kawan2,,
Aku akur,,
Balik ke rumah,,



Peristiwa balik rumah , , , , dan hospital temerloh, , , ,
Aku diturunkan di chenor,,
Along yang ambil,,
Setelah itu along bawa aku ke rumah,,
Mak menyambut aku setelah sedar akan kepulangan aku di rumah,,
Aku dipapah oleh mak n along,,
Setelah itu aku berehat di ruang tamu,,
Keesokan harinya,,
Aku ke hospital temerloh,,
Kerana mak tak sangup melihat aku mengerang kesakitan,,
Along membawa kami ke hospital,,
Aku mengambil no dan menunggu sampai giliran aku dipanggil,,
Setelah 3 jam aku menunggu aku mula bosan,,
Kesakitan aku kian terasa,,
Air mata yang aku tahan,
Deras mengalir,,
Dan mak mula sedih melihat aku menahan kesakitan,,
Setelah 1 jam aku menangis,,
No. aku mula dipanggil,,
Aku dipimpin oleh mak,,
Setelah itu doktor ingin membuat x-ray,,
Namun aku memaklumkan yang aku telah membuat xray di hukm,,
Doktor itu meluahkan kekesalanya,,
dia pon tak berani melakukan xray keatas aku,,
kerana,,
bimbangkan sel-sel akan mati,,
aku dicucuk dengan ubat tahan sakit yang kuat kesanya,,
setelah aku dicucuk,,
aku berasa mengantuk,,
dan tertidur,,
petang itu,,
en. Yuzai menelefon aku untuk membawa aku berurut,,
dia beserta pensyarah lain,,
datang ke rumah petang itu,,
aku berurut selama 2 hari sahaja,,
tidak ingin menyusahkan orang-orang di sekeliling aku,,
aku nekad untuk pulang ke kampus pada hari rabu,,
miss afzan minta untuk aku untuk balik hari khamis,,
kerana dia ada hal,,
tak dapat nak tumpangkan aku ke kampus,,
along ada hal,,
aku hanya menjawab,,
aku tak kisah,,
aku tetap dengan keputusan aku,,



perjalanan ke kampus
aku akhirnya pergi ke stesen bus,,
aku berjalan perlahan-lahan dengan penuh berhati-hati,,
kesakitan yang aku rasakan tidakku hairan,,
didalam bus,,
aku menangis menahan kesakitan,,
aku kuatkan jua,,
semuanya kerana mak dan abah,,
nekad untuk merealisasikan segala impian mak dan abah,,
setelah sampi kampus,,
sekali lagi dugaan yang aku harus lalui,,
naik tangga,,
ke tingkat 3,,
aku duduk di aras 3,,
ya Allah,,
sakitnya,,
aku naik ke atas dengan perlahan da menahan kesakitan,,
setelah sampai ke bilik,,
aku menangis sekuat hati,,
semua ro0mate aku tiada,,
aku mengambil kesempatan itu untuk menangisi segalanya,,
aku sedih!!!!!!
Sakit!!!!!!
Kenapa semua ini harus berlaku pada aku??
Aku tidak kuat lagi!!!!
Aku lemah!!!!!
Kenapa mesti aku yang terima???????
Itu jeritan hatiku,,
Waktu itu,,,
Aku tidak lagi sekuat insan yang bernama norazura,,
Aku bukan lagi aku,,
Aku lemah,, aku
Waktu itu jua fikiran aku terganggu dengan test??quiz??,,
Dan final exam yang bakal tiba dalam beberapa hari lagi,,



Kehidupan di kampus setelah peristiwa buruk , , , , , , ,
Aku tidak lagi azura yang dulu,,
Laju langkahnya,,
Lincah,,
Suka bergurau,,
Kini aku adalah azura baru,,
Langkah aku semakin perlahan,,
Aku tidak lagi lincah,,
Pergerakan aku makin terbatas,,
Aku semakin suram,,
Aku lemah,,
Tak kuat,,
Tiada lagi yang ingin berkawan dengan aku,,
Kerana aku lambat,,
Perlahan langkah aku,,
Aku berjalan keseorangan,,
Kalau ada yang bersimpati dengan aku,,
Adalah aku teman,,
Jika tak,,
Tiada lah,,
Aku pun tidak inginkan belas kasihan dari orang,,
Selagi aku mampu,,
Aku boleh buat sendirian,,
Aku keseoranagan,,
Aku rasa kan ketika itu,,
Aku seorang yang tidak berguna,,
Segalanya memerlukan bantuan dari orang sekeliling,,
Lagi beberapa hari,,
Aku nak jalani exam,,
Tapi keadaan aku semakin lemah,,
Aku lemah!!
Sangat,,
Aku tidak boleh duduk lama-lama,,
Aku akan baca buku,,
Dengan cara,,
Berbaring,,
Aku hilang focus,,
Aku sedih sangat,,
Tapi aku tahu,,
Aku perlu kuat,,
Aku perlu hargai segala peluang yang diberikan Allah kepada aku,,
Iaitu,,
Peluang hidup,,
Jika nak diingatkan kesakitan yang aku tanggung,,
Aku rasa dah tiada peluang untuk aku hidup,,
Tapi aku masih di sini,,
Peluang ini akan aku gunakan sebaik mungkin,,
Aku terpaksa tahan ksegala kesakitan ini,,
Aku perlu lawan,,
Aku sepeti yang lain,,
Turun naik tangga untuk ke kelas,,
Alhamdulillah,,
Segala exam Berjaya aku lalui,,
Segalanya aku berserah kepada Allah,,
Aku dah berusaha sedaya boleh,,
Yang aku pohon,,
Keputusan yang baik,,
Ya Allah,,
Tentukan lah yang terbaik untuk ku,,
Sesungguhnya,,
Engkau yang Maha Mengetahui,,
Kau lah yang sebijak-bijak perancang,,
Segalanya aku beserah,,
Hanya kepadaMu,,
Sang Pencipta yang Maha berkuasa atas semua makhlukNya,,




Sebulan setelah peristiwa itu berlalu , , , , , ,
Genap sebulan peristiwa itu berlaku,,
Kesan nya pada ku,,
Masih belum hilang,,
Kemalangan itu benar-benar membuatkan aku sengsara,,
Kesakitan ini masih lagi belum dapat dikurangkan,,
Untuk mengadu pada mak dan abah,,
Tidak sesekali,,
Aku tidak mahu mereka risau akan ku,,
Aku rela tanggung ia,,
Selagi aku mampu bertahan,,
Akan ku tahan,,
Luka semakin membengkak,,
Tulang aku tidak sekuat dahulu lagi,,
Aku perlu kuat dan tabah untuk berhadapan dengan orang tuaku,,
Agar mereka tidak perasan yang aku sedang menangung kesakitan ini,,
Aku harus menjadi pelakon hebat di depan mereka,,
Aku tak nak dan tak sanggup nak menyusahkan mereka,,
Aku harus kuat,,
Aku harus tunaikan segala impian mereka,,
Aku harapan mereka,,
Mak,,
Abah,,
Akan ku tunaikan dan penuhi segala impian kalian,,
Yang aku mohon,,
Doa yang tidak putus dari kalian untuk ku,,
Kalian adalah penguatku,,
Tanpa kalian,,
Aku tak mampu berada pada tempat yang aku ada sekarang,,
Aku kuat kerana memikirkan kalian,,
Segala ini aku lakukan untuk kalian,,
Allah,,
Permudahkan lah segala urusan ku,,
Ujian ini,,
Aku terima dengan hati yang terbuka,,
Tapi aku mohon,,
Setiap ujian yang Kau bekalkan buatku,,
Kau sertailah ia dengan segenggam ketabahan dan kekuatan iman,,
Agar aku,,
hambaMu yang lemah ini kuat menghadapinya,,
dan sentiasa berada di landasanMu yang benar,,




sekian,,
ini lah yang dapat ana kongsikan dengan kalian,,
bukan ingin mohon simpati,,
sekadar perkongsian pengalaman,,
dimana,,
yang baik,,
kalian jadikan tauladan,,
yang buruk kalian jadikan peringatan,,
agar kalian tidak melakukan nya,,
dan beringatlah,,
masih ada lagi ujian yang lebih besar yang di terima orang lain,,
bukan hanya kita,,
teruk kita,,
orang lain lagi teruk melalui dugaan buat mereka,,
sesungguhnya,,
Allah tidak akan menguji hambaNya jika hambaNya tidak dapat menanggung,,
Jadi,
Yakin lah,,
Setiap dugaan itu,,
Pasti ada jalan dan ruang untuk kita selesaikan nya,,
Kuatkan hati,,
Ingat,,
Apa yang berlaku ada sebab,,

Salam,,