muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Monday, May 17, 2010

sejarahku

Pra sekolah
Tempat pertama aku untuk menuntut ilmu
Tempat aku mengenal ABC
Tempat aku mengira nombor
Tempat aku belajar berkawan
Itu lah tempat aku
Pada titik permulaan aku mencari ilmu
Sek. Rendah
Tempat keduaku untuk meneruskan perjuangan
Perjuangan dalam menuntut ilmu
6 tahun aku di situ
Pelbagai ilmu yang ku pelajari
Agama,bahasa,sains,matematik
Ilmu aku semakin bertambah
Tidak cukup dengan itu
Aku meneruskan perjalanan
Menapak satu lagi langkah ke sek.men
Dari situ aku pelajari erti kehidupan
Jatuh bangun aku telah lalui
Ketika ini
Lebih banyak dugaan yang ku tempuh
Satu persatu aku lalui
Setiap pengalaman yang hadir
Aku pelajari
Segala kebaikan aku teladani
Segala keburukan aku peringati
Agar tidak ku ulangi kembali
Dari sini jua ku temui istilah couple
Satu istilah yang menjadikan 2 insan bercinta
Aku turut terpengaruh dengan budaya itu
Itulah kali pertama aku laluinya
Tapi kisahku berbeza dari yang lain
Aku ditemukan dengannya dari seorang gadis
Gadis itu adik kandungnya
Kami menjalinkan hubungan melalui telefon
Tidak sekali pun kami makan dan berjala bersama
Kami jua tidak berjumpa berduaan
Pernah sekali dua kami berjumpa
tapi sekadar 2 3 minit
itu pun ditemani oleh sahabatku
Namun ia tidak berpanjangan
Aku membuat keputusan untuk mengundur diri
Mengundur dari perhubungan yang tidak kupasti sampai bila akhirnya
Setelah menyedari itu satu kesilpan
Aku nekad
Aku tidak lagi terjebak dengan budaya seperti itu
Kesilapan dulu tidak mungkinku ulangi
Segala yang berkaitan dengan jodoh
telah kuserahkan sepenuhnya kepada Yang Berkuasa
hari demi hari berlalu
setapak lagi tangga aku berjaya daki
kesyukuran aku kepadaNya
aku lafazkan
uitm tujuan ku
ilmu perakaunan aku dalami
di sini
selain itu pelbagai ilmu yang aku pelajari
dengan melibatkan diri bersama kelab EAC
aku banyak pelajari tentang islam
jika dahulu aku masih cetek dengan islam
namun,,
Alhamdulillah
Sekarang ilmu tentang islam semakin bertambah
Dan aku tidak akan pernah berhenti untuk mempelajarinya
Lagi dan lagi
Selagi nyawa masih ada
Selagi itu ilmu ku cari
Ini ku lakukan bagi perolehi cinta Sang Pencipta

kecik

No comments: