muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Saturday, January 22, 2011

cerpen..dilema si bongsu..

Aku kesepian di dalam rumah serba serdahana. Tiada teman untuk berbicara. Tiada sahabat untuk bergurau senda. Kakak-kakak ku kesibukan di kota metropolitan. Begitu juga dengan abangku yang sibuk mencari rezeki buat keluarga barunya. Aku,gadis kesepian yang kehausan senda tawa dan gurauan senda dari keluarganya itu. Apalah yang termampu aku lakukan?? Aku hanya seorang gadis kecil yang berusia 19 tahun. Aku tak seperti sahabatku yang lain. Berhibur dikala waktu cuti semesta. Sepanjang cuti aku hanya di bilik kecil ku ditemani laptop. Laptop penganti segalanya. Tiada yang mahu bertanya apa keinginanku. Cuma memprotesku. Aku tidak minta segunung emas. Cukup sekadar sedikit masa dan kefahaman untukku..

Aku duduk di bilik itu salah?? Aku tidak keluar bebas. Tidak bergaul dengan lelaki. Tidak juga meminta duit untuk berjoli. Aku duduk di bilik hanya untuk mengisi masaku yang sepi. Kosong! Itu salah??

Ya Allah,berilah aku secebis kebahagiaan. Untuk aku rasai betapa nikmatnya hidup ini. aku benar-benar sepi. Bonda?? Tidak pernah dia mengerti keinginanku ini. Hatiku meronta-ronta inginkan kebahagiaan,perhatian. Namun segalanya seperti sukar untuk aku gapai. Ayah pula dengan dunianya sahaja. Walaupun begitu,ayah adalah segalanya buatku. Dia lebih memahamiku. Dia sentiasa mencuba membuat aku gembira,tertawa. Itulah ayah. Tapi kadang-kadang.. Aku rasakan itu tidak cukup. Kerna aku masih jua rasa sunyi. Aku hargai ayah yang cuba mengembirakan aku. Tapi…

Entah la,mungkin ia tidak cukup untuk aku menghilangkan kesunyian yang aku rasai selama ini.

Teman kuliah ku yang lain semua sibuk dengan aktiviti masing-masing. Sha,tiada khabar darinya. Sedikit terkilan dengan itu.

“Nanti,kalau ada apa-apa kita mesej la ya. insyaAllah,aku akan balas”itu lah kata-kata Sha padaku sebelum kami habis final hari tu. Namun segalanya tinggal janji. Malam ini seperti biasa aku duduk di depan laptop. Mesej dari dia tidak juga sampai di inbox ku. Mungkin benar ya. Tiada cinta sebelum kahwin. Mungkin apa yang aku dan dia rasakan selama ini sekadar cinta seorang teman. Dan jika ia melebihi teman,itu hanyalah bisikan syaitan semata-mata. Cuma kita sebagai manusia sering mengadakan perkara yang tiada. Ya Allah,jika benar perasaan ini hanyalah dari bisikan syaitan,Kau buanglah ia jauh-jauh. Kau tutupilah pandangan mataku dan pintu hatiku dari terlihat mana-mana lelaki. Namun,setelah ku menemukan jodoh yang benar-benar diutuskan untuku,Kau bukakan lah pintu hati dan pandangan mataku untuk lelaki itu. Sesungguhnya,aku rela melepaskan nikmat yang sementara ini dari aku terlepas nikmat yang Kau janjikan untukku nanti.

Malam itu aku nekad untuk tidak menghubungi si dia. Mungkin itu yang terbaik. Sungguh pun kami tidak couple,tapi aku tahu perasaan ang terbit dalam hatiku ini adalah satu khilaf. Dan aku tak ingin sentiasa berada dalam keadaan serba salah. Biarkan dia pergi mencari bahagianya andai itu yang terbaik.

“Adik tak nak makan?”soal ayah. Aku sekadar menggelengkan kepala. Itulah yang hanya termampu aku respon.

Pagi itu aku mulai rasa sakit. “Ya Allah,kuatkan aku untuk berwuduq dan solat. Permudahkanlah pergerakkan ku untuk beribadat kepadaMu” bisik hati kecilku. Selepas solat,aku meneruskan ibadatku dengan membaca al-Ma’thurat. Perkara yang mula aku praktikan tiap kali selepas solat subuh dan asar.

Pagi itu aku lanjutkan aktiviti aku dengan mengemas rumah. Seperti biasa,dari bilik ku sampai ke dapur aku uruskan. Selepas itu aku akan breakfast. Begitulah rutin harianku sepanjang cuti ini. Selepas breakfast,aku mula berkurung di bilik dan menghadap laptop aku.

Tertera nama achik di kotak chat.

ACHIK : oit,sihat??

AKU : sihat. Achik?

ACHIK : sihat. Ni nak bersiap p kerja

AKU : ok, have a nice day..



Begitulah kami. Kalu betemu di laman facebook. Aku tahu achik sibuk. Cuma terkilan sikit. Masa dia untuk aku agak terhad. Dan aku betul-betul kesunyian. Pernah juga aku mengadu. Achik menyuruh aku ke rumahnya. Tapi aku tahu,kalu di rumahnya, aku akan bosan juga.

Tatkala aku sedang terleka dengan facebook,belakang aku terasa sakit kembali. Sakit yang tadinya mulai kurang,kini kembali berdenyut. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk berhadapan dengan dugaanMu ini. jadikan lah aku seorang hambaMu yang tabah dan menerima dugaanMu ini dengan hati yang terbuka. Pimpinlah aku ke jalanMu.

Aku mengambil ubat dan berehat di katil. Tiada jeritan untuk memanggil bonda. Aku lebih lebih rela menanggung sendirian dari minta bantuan bonda.

Sudah hampir 9 bulan aku menanggung sakit ini. Chronic back pain. Itu lah penderitaan yang aku sedang tanggung. Selama ini sahabat sekadar melihat gelak tawa di hadapan mereka. Namun,tangisan yang aku simpan itu hanya aku titiskan setiap kali malam menjelang tiba. Tatkala tubuh merasa betapa sejuk,tulang aku mulai merasa sakit seperti duri yang menyusuk. Kali ini aku benar-benar tidak dapat bertahan. Aku sekarang menangis sendirian dan ditemani tasbih ditanganku. Tidak berhenti-henti aku berzikir padaNya. Itulah sumber kekuatan aku. Darinya aku datang dan dariNya jua tempat aku kembali. Aku tak kisah andai detik ini tercabutnya nyawaku. Kerana kesakitan ini tidak dapat lagi aku menanggunnya.

Hari itu aku kuatkan juga untuk berwuduk dan solat. Selepas itu aku akan terlantar di katil. Pintu bilik ku sentiasa berkunci. Aku tak nak bonda mahupun ayah terlihat aku menangis.

Malam itu bonda menegur ku. Muka aku kelihat pucat. Namun aku sedaya upaya untuk berdalih. Senyuman masih terukir di bibirku. Bonda kelihat risau dan aku mulai menyakinkannya yang aku tiada apa-apa.

Malam itu hujan semakin lebat. Kesakitan semakin aku rasai. Ya Allah,andai inilah dugaan yang harus aku lalui sebelum Kau mencabut nyawaku, aku redha. Sesungguhnya setiap kesakitan yang aku tanggung ni akan mengurangkan dosa-dosa kecil ku.

Lagu muhasabah cinta sedang bermain di laptop aku. Lagu itu benar-benar menginsafkan aku. Satu persatu maknanya aku hayati.

Malam itu aku terlena dengan sisa tangisan di pipiku.

Ya Allah,aku terbabas. Sudah 6.30 pagi. Hari itu aku terlewat dan benar-benar tidak sedar. Biasanya aku akan bangun 2 pagi untuk beribadat. Dan akankembali tidur 3.30 pagi. Dan aku akan bangun 6 pagi untuk subuh. Namun hari ini aku terlewat. Tiada qiamulail dan subuh hampir akhir. Aku kuatkan kudratku untuk bangun. Alhamdulillah. Setelah selesai, aku tidak mengemas rumah seperti kebiasaan yang aku lakukan. Aku berehat di katil. Sakitku semakin teruk. Aku lemah. Aku benar-benar tidak bermaya.

“Adik,kenapa ni? Adik sakit ke?? Adik nak makan?”kedengaran sayup suara bonda. Namun suara itu mulai hilang ditelingaku. Dan tatkala mataku terbuka,aku baru sedar sudah 2 hari aku tidak sedarkan diri. namun badanku masih lemah. Yang aku mampu buat hanyalah melihat orang disekitar aku. Achik, angah, along, kak niz, bonda, ayah..

“Bonda, apa sakit adik?? Kenapa adik rasa sakit ini lebih teruk dari hari tu??” soalku. Namun pertanyaan aku hanya dibalas dengan senyuman hampa.



*******************************



Puan dan tuan harap sabar ya. Hasil ujian yang kami jalankan,anak tuan dan puan menghidap barah tulang. Mungkin baru. Tapi ini merebak dengan cepat. Dan kami rasa sekarang kita hanya mampu berdoa sahaja. Kita sudah terlambat. Harap tuan dan puan bersabar.



**********************************



Tidak lama kemudian aku di datangi sahabat-sahabat. Dan yang paling aku tak sangka, senior aku dari kuantan yang setelah sekian lama tidak aku jumpa kini dihadapan aku. Aku sendiri tak tahu macam mana dia boleh tahu tentang keadaan aku.

“Firdaus, kalu berlaku apa-apa pada aku, aku minta,kau bagitahu achik aku yang aku ada sediakan sesuatu di laptop aku. Passwordnya AllahSWT99. Kau suruh achik buka di document. Dia akan jumpa.” Ujar aku kelemahan. Firdaus sekadar tersenyum pahit.

Tiba-tiba,sedang aku berbual dengan firdaus, kesakitan sekali lagi aku rasai. Tapi, kesakitan ini semakin teruk dan parah. Firdaus mulai memanggil doktor.

Keadaan mulai kelam kabut. Kedengaran suara bonda menangis sambil ditenteramkan oleh ayah.



************************************************



Maaf, puan. Kami sudah cuba. Allah lebih menyayanginya. Harap puan bersabar. Semua ini dugaan buat puan sekeluarga. Saya percaya,anak puan pasti menderita dengan penyakit ini. Jadi,kita biarlah dia pergi dengan tenang.



Setelah seminggu pemergiaan puteri bongsu dalam keluarga itu, achik mulai teringat pesanan Firdaus tentang laptop. Achik terus menuju ke bilik adik dan membuka laptop. File document dibukanya.



Assalamualaikum semua…

Adik tahu,bila file ini jatuh ke tangan kalian pasti adik sudah tiada. Untuk bonda yang adik kasihi,adik mohon maaf jika selama ini adik ada buat salah dengan bonda. Adik bukan nak membantah apa-apa. Cuma adik duduk di bilik tu sebab adik sunyi. Achik,angah,along smeua sibuk. Bonda pula sibuk dengan kebun. Ayah dengan dunianya. Adik tak ada teman. Tak ada siapa adik nak luahkan perasaan dan keinginan ini. terus terang,adik sunyi sangat. Adik tak pernah minta apa-apa selama ini. Cuma keinginan adik dan sedikit pemahaman bonda terhadap naluri adik sebagai anak remaja. Adik tak pernah keluar rumah. Selama cuti ini,pintu pagar rumah pun adik tak pernah lintas. Teman adik hanyalah laptop adik. Adik minta maaf sekali lagi andai itu menjadikan masalah kepada bonda. Cuma itu yang mampu adik buat untuk menghilangkan bosan dan kesunyian. Selama ini adik pendam je. Tapi jauh di sudut hati adik,adik nak bercuti dengan keluarga macam orang lain. Ayah, terima kasih kerna selama ini ayah cuba buat adik bahagia. Macam-macam yang ayah belikan. Tapi bukan itu yang adik inginkan sebenarnya. Duit, barang, itu hanyalah sementara. Adik Cuma nak ayah kumpulkan kita sekeluarga. Itu saja. Itu lah harta yang tak ternilai bagi adik. Untuk achik dan angah. Terima kasih kerna memberikan apa saja untuk adik mu ini. tapi itu tidak sama dengan perhatian yang adik impikan. Kalian terlalu sibuk dengan kerja kalian. Adik tahu itu semua untuk masa depan kalian. Tapi keluarga juga penting bukan. Dan adik mohon,andai kalian sudah berumah tangga,jaga dan didiklah anak kalian. Jangan biarkan mereka kesunyian. Adik tahu betapa sakitnya dan peritnya keseorangan. Untuk along,didiklah keluarga along. Jadilah ketua keluarga yang bijak. jangan jadikan kerja sebagai alasan untuk along abaikan tanggungjawab kepada anak. Kadang-kadang duit tak perlu untuk Sesuatu waktu. Hanya perhatian dan kasih sayang yang diperlukan.

Bonda,ayah,achik,angah dan along, janganlah ditangisi pemergian adik ini. Tapi anggaplah ini sebagai pengajaran untuk kalian. Duit bukan lah segalanya. Adik mohon doa dari kalian untuk adik. Relakan pemergian ini.

Wasalam.

2 comments:

Mujahid Muda said...

:'( kuatkan semangatmu, tabahkan hatimu, redhakanlah diatas setiap ketentuanNya...kita merancang tetapi Allah juga merancang dan sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik..dan ketahuilah tidak Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia..Allah uji dirimu, tanda Allah sayangkan dirimu..dengan mendatangkan ujian, dirimu akan lebih dekat padaNya..ingatlah janji Allah, janganlah dirimu bersedih, dan bersabarlah kerna sesungguhnya amatlah tinggi darjatmu disisiNya sekiranya kamu bersabar..sungguh Allah itu Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu dan juga Maha Menyembuhkan..

"Ingatlah, andai dirimu pernah merungut lantaran diuji derita penyakit yang begitu pedih, hingga terabai tanggungjawab kepada Yang Esa,Ingatlah, dulu pernah ada hamba cekal bernama Ayyub, cekal menempuh ujian yang sama tetapi tidak pernah putus asa dalam memuji Allah..lantaran pujian itulah maka Allah menyembuhkannya dan bukanlan kerana doanya memohon Allah untuk menyembuhkannya."

kuatkan semangatmu wahai serikandi muslimah, tabahkanlah hatimu sepertimana tabahnya hati Rabi'atul Adawiyyah dalam menggapai redha Allah, dan bersabarlah kamu sepertimana sabarnya Nabi Ayyub menghadapi ujianNya..sekian tinta seorang mujahid buat dirimu..jagalah kesihatanmu, dirimu, imanmu, akhlakmu dan amalanmu [peringatan buat diri ini yang sering lupa juga]..akhir kalam, Assalamualaikum w.b.t..

ukhti Nur said...

waalaikummussalam wbt..syukran ya shbt..:)
insyaAllah..akan ana ingti sgala nsihat shbt..:)
Amin...
insyaAllah..sglanya diterima dgn hti trbuka andai itu trbaik buat ana:)
~_~