muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Saturday, January 22, 2011

pagi sabtu yang indah!

Pagi ini kedinginan semakin ku rasakan. Ku lihat cuaca diluar. Satu persatu titisan hujan turun dari langit yang membiru. Aku renungi permandangan di luar. Ku dapati kehijauan pokok-pokok. Tenang tatkala aku melihat permandangan sedemikian. Hari ni,keadaan di kompleks penginapan aku menjadi suram dan sunyi sekali. Ramai antara sahabat yang mengambil peluang minggu pertama ini untuk balik ke rumah. Dan ada juga yang mengambil peluang untuk shoping di Bandar berhampiran. Aku bersama dua rakan biliku setia menjadi penghuni kompleks siswi ini. Pagi ini, mereka meneruskan tidur setelah menunaikan solat subuh di awal pagi. Aku keseorangan di meja tulis dengan ditemani sahabatku yang setia. Laptop kepunyaan aku kini menjadi teman utama aku tatkala aku kesepian. Jari jemariku menari mengikut rentaknya.

Dalam keseorangan,aku teringitkan seorang guruku yang paling ku rapat di. Ustazah syarifah saadah. “Apa khabarnya sekarang?”bisik hatiku. Ingin sekali aku menghubunginya,namun bimbang akan menganggu hari minggunya. “ Ya Allah,walau di mana ustazah ku berada,titipkan lah kesabaran dan ketenangan dalam dia menjalani kehidupannya sebagai hambaMu. Kuatkanlah dia dalam berhadapan dengan segala ujian yang telah Kau tentukan buatnya.

“ Apa kau buat ni Az?”tegur Syikin. Aku sedikit tersentap. Ku lihat mukanya lalu ku tersenyum. “Berkarya pagi-pagi ya?”usiknya lagi. Aku masih tersenyum tanpa berbicara. Aku sambung melihat permandangan hijau diluar bilikku. Terasa keagunganNya. Setiap pokok yang terlihat dihadapan aku ini begitu indah menurutku. Dan pokok-pokok ini memberikan banyak manfaat untuk manusia. Ya Allah,sesungguhnya Engkau Yang Maha pemurah. Kau membiarkan kami,hambaMu menggunakan semua milikMu. Begitu banyak rupanya yang telah Kau berikan kepada kami. Mengapa kami masih lalai? Mengapa kami masih tidak mensyukuri segala nikmat yang telah Kau titipkan buat kami? Ya Allah,sesungguhnya Kau amat mengasihi hambaMu. Namun mengapa mesti ramai yang membelakangiMu?

Hujan yang turun mulai bersidang. Matahari mula mendapatkan tempatnya. Aku bersyukur kepadaMu ya Allah kerana member peluang untuk aku menjemur pakaianku. Sungguh! Kau Maha Mengetahui. Ya Allah,jika Kau menemukan cinta buatku,Kau tentukanlah seorang pria yang boleh membawa aku ke jalanMu. Aku tidak ingin hanyut jauh dariMu. Engkau lah cinta sejati yang aku ingin miliki. Engkau yang memahami isi hatiku dari yang lain. Engkau yang setia tatkala diri ini memerlukanMu. Ya Allah, Kau begitu mulia untuk kami. Kau memyediakan segalanya untuk kami. Ya Allah,pimpinlah aku agar aku tidak lari jauh dariMu. Janganlah Kau membiarkan aku hanyut dengan segala nikmat yang Kau berikan buat aku. Aku tidak ingin menjadi seperti kacang melupakan kulit. Segala yang aku inginkan,Kau tunaikan. Aku tak nak melupakan segala pemberianMu. Ya Allah,jika Kau rasa sesuatu itu tidak baik untuk ku, Kau ambil lah ia kembali dariku. Aku merelakannya. Kerana Aku yakin akan segalan yang Kau kerjakan itu ada hikmahnya. Aku tidak mampu untuk menyangkal. Kerna Kau begitu Agung ya Allah.

Hati ini tidak berhenti memujiMu ya Allah. Sungguh! Pagi ini aku memperlihatkan segala ciptaanMu. Indah dan sempurna!

Sejuk hati ini bila melihat permandangan yang indah menghijau. Tenang rasa jiwa ini. Syukran Ya Allah. Jadikanlah aku hambaMu yang mensyukuri nikmatMu.

Tanpa aku sedari,sudah 9 pagi. Syikin mula menghilang. Namun Mimi masih setia di katilnya. Pagi ini aku hanya mengisi perutku dengan air susu. Itu lah yang aku lakukan. Air yang ku harapkan menjadi penawar untuk sakitku. Selain doa yang tidak pernah putus,aku usahakan juga untuk mengubati sakit ini. sungguh! Aku tidak terdaya rasanya tatkala sakit menerpa aku secara tiba-tiba. Ya Allah,berikan kekuatan untuk ku. Sekali lagi aku meminta nikmat dariMu. Malu sebenarnya untuk aku meminta. Namun,apa kan daya. Aku insan yang lemah. Yang sentiasa memerlukan bantuan dan petunjukMu. Jika ibadah ku tidak cukup untuk segala yang Kau berikan buatku,ampunilah aku. Itu semuanya dari kelemahan aku sebagai hamba yang kerdil.

Lagu layar keinsafan mulai bermain di laptop ku. Satu persatu isinya aku hayati. Dalam sungguh maksudnya. Angin pagi begitu nyaman sekali. Sekali lagi aku memuji ciptaanMu ya Allah. Sungguh! Terlalu banyak yang telah Kau berikan untuk kami. Aku terkilan andainya aku tidak bisa menjadi hambaMu yang solehah. Malu aku tatkala tiba masa untuk berhadapan denganMu.. Kau begitu mulia bagiku. Layak kah aku memperoleh segala nikmatMu? Setimpalkah apa yang Kau berikan ini dengan apa yang aku kerjakan untukMu? Ya Allah,bantulah aku dalam mencari cintaMu. Istiqamahkan aku dalam beribadat kepadaMu. Jangan membiarkan aku terus alpa dengan nikmatMu.

Cuaca pagi ini buat aku terpanggil untuk beribadah denganNya. Mensyukuri segala nikmatNya. Dhuha aku kerjakan di pagi yang indah ini. sekali lagi ketenangan menerpaku. Alhamdulillah. Segala yang dikerjakan ini hanya kernaMu ya Allah. Terima lah ibadahku yang tidak seberapa ini untuk Mu. Ibadah kepadaMu ya Allah aku teruskan lagi dengan membaca Al-Quran. Indah sungguh kata-kata ini. ya Allah,tidak ada apa lagi yang aku musykilkan. Segalanya telah Kau persembahkan dengan baik sekali. Bumi ini,seisi alam,segalanya membawa aku kembali kepada keagunganMu. Syukran ya Allah.

No comments: