muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Wednesday, March 30, 2011

hati seorang hamba,,

Ya Allah,mampukah aku meniti segalanya sendirian? Mampukah aku berhijrah kepada yang lebih baik? Mampukah aku mencari Nur-Mu? Mampukah aku bersama agamaMu sehingga akhir hayatku? Ya Allah,tetapkan iman ini. Sesungguhnya aku amat lemah lagi hina. Mudah terleka dek pesona dunia yang sering mengaburi pandanganku terhadapMu. Ya Allah, jangan biarkan hati ini tertarik dengan perkara lain selain dariMu. Pimpinlah diri yang lemah ini ke jalanMu. Segalanya aku serahkan padaMu. Ya Allah,diri ini cuba untuk mendekatiMu. Taubat kepadaMu. Ku mohon untuk Engkau menerima segala keampunan aku terhadapMu. Menerima segala kekuranganku. Berilah peluang diri ini untuk mempelbaiki dirinya. Jangan pernah Engkau menjauhi aku dari hidayah yang bakal Engkau berikan buat umat-umat Mu. Jadikan aku antara hambaMu yang sentiasa di bawah perlindungan dan rahmatMu. Berikan aku kekuatan untuk terus kekal dengan ajaranMu dan sentiasa di bawah garisanMu. Kuatkan menghadapi halangan-halangan yang bakal menerpaku. Hanya Engkau tempat aku memohon. Bantulah aku. Hanya Engkau yang bisa membantu diri ini. TanpaMu aku lemah,tanpaMu juga aku miskin. Segala yang aku miliki kini hanyalah dipinjamkan untuk ku. Segalanya milikMu. Ampuni aku kerna sering meminta-minta kepadaMu. Tidak pernah cukup untuk diri ini meminta-minta dariMu. Kerna hanya padaMu tempat ku bergantung..

kini kembali

Tanggal 29 mac 2011 uwais alqarni,uitm Pahang didatangi seorang tetamu terhormat yang tergolong dalam keturunan Rasulullah S.A.W. Akhi Syed Abd Kadir Syed Hussin Al-Jofree. Beliau berasal dari Gombak dan pernah menuntut di Universiti Al-Azhar. Hari itu uwais al qarni menjadi tumpuan warga uitm baik siswa,siswi,mahupun staff uitm. Masing-masing tidak ketinggalan untuk menimbal ilmu dari waris keturunan Rasulullah. Yang mana beliau ini merupakan golongan ahlul bait. Dan diri ini merupakan salah seorang pendengar pada malam itu. Peluang berjemaah di ambil tanpa berfikir lagi. Kami berjemaah bersama-sama. Manakala penceramah dijangka hadir selepas isyak. Malam itu, kami gunakan waktu dan peluang untuk menunaikan solat hajat dan selawat ke atas junjungan Rasulullah saw. Alhamdulillah,hati ini mulai rasa tenang.

Pada mulanya aku ingatkan ceramah yang disampaikan berkaitan cinta kepada Allah,namun jauh tersasar. Sesungguhnya tajuk itu adalah berkaitan cinta terhadap manusia. Yang mana sekarang ini menjadi isu hangat dikalangan remaja,terutama remaja melayu yang pastinya islam. Cinta dikalangan remaja islam yang semakin bebas dan berleluasa di luar sana tanpa segan mewawarkan tentang kekasih hati kepada umum. Sesungguhnya hubungan itu hanyalah hubungan yang kosong tanpa ada hitam putihnya. Namun seperti mana yang kita tahu, pemikiran anak remaja yang kian terpesong jauhnya merubah segala lumrah yang ditetapkan oleh islam. Mereka jauh lebih pakar dalam menyusun atur kehidupan mereka. Sayang seribu kali sayang,kebanyakkan hubungan yang terbina tidak lah sampai ke waktu yang lama. Kerna sesungguhnya yang lebih berhak ke atas semua itu hanya lah DIA...

Perkara pertama yang diterangkan oleh ustaz Syed adalah berkaitan bahagian cinta atau maksud cinta itu sendiri.

C I N T A : Cinta Ikut Nabi Taat Allah

Dan golongan atau bahagian cinta yang kedua adalah:

C I N T A : Cinta Ikut Nafsu Taat Awex/Abang

Mana satu yang kita inginkan??segalanya kembali pada diri. Kita sentiasa diberikan pilihan olehNya. Tinggal kita untuk mempertimbangkan setiap keputusan yang bakal kita buat. Namun adakah keputusan yang kita buat berdasarkan hati yang tenang dan akal yang waras atau berdasarkan nafsu semata-mata? Segalanya berbalik pada diri.. sejauh mana akidah kita,itu lah yang bakal membawa kesan kepada keputusan yang bakal kita ambil. Jika kuat akidahnya,maka akan dia setia dan taat akan perintah Allah. Tetapi jika lemah akidahnya,dan nafsu mengambil tempat untuk bermaharajalela,nafsulah pilihannya. Semoga kita tergolong dalam golongan pertama. Membuat keputusan berdasarkan akal yang waras dan hati yang tenang.

Wahai sahabatku sekalian,tahukah kita setiap yang dilakukan pasti dicatat oleh pengawal yang setia di bahu kita. Segala kebaikan mahupun kejahatan,segalanya telah tercatat buat kita. Tidak takutkah kita akan balasan yang dijanjikan olehNya?

Bagi sang mujahid,ingin sekali diri ini menasihati kalian. Andai kalian mulai menyayangi seseorang gadis,gunakanlah cara terbaik lagi terhormat. Sesungguhnya cinta itu suci dan bersih,janganlah dikotorinya dengan perbuatan atau langkah yang kotor. Ambil lah mereka dengan cara yang terbaik. Temui kedua orang tuanya lalu nikahilah dia. Sesungguhnya,jika amalan yang baik itu dimulakan dengan cara yang salah,tiada keberkatan untuk perbuatan baik itu. Yang ada hanyalah penyesalan.

Oleh itu,fikir-fikirkanlah. Pastikan jalan yang sahabat pilih itu adalah jalan yang terbaik dan diredhai olehNya.. semoga kita sama-sama memperolehi keberkatan dariNya..insyaAllah,,,

Masih belum terlambat untuk mempelbaiki khilaf. Ingatlah,hidayah itu sesuatu yang bernilai. Tatkala ia hadir,ambil lah ia kerna jika ia akan berpaling pada kita,dibimbangi ia akan pergi terus dari diri ini. Nauzubillah. Semoga kita sentiasa dalam rahmatNya..:)

Monday, March 28, 2011

Teladan Cinta Kita

Dia pahlawan yang dimuliakan wajahnya
Dia puteri dari zuriat yang mulia
Ali pewaris keberanian dan kebenaran
Fatimah titipan kesabaran dan kesucian
Persandingan itu...
di pelamin kemiskinan

Fatimah...
Puteri terpuji, isteri teruji,
Suami di medan jihad
Kau bermandi keringat
Jauh-jauh mencari air...di padang pasir
Di sengat sinar mentari
Sedikitpun tidak kau kesali
Untuk suami, kerana Ilahi

Ali...
Pahlawan unggul, ilmuan tersohor,
Syair setajam senjata
Gagah sekukuh kota
Kau kunci gedung nubuwwah
Kau fakir yang pemurah
Kau wira di sebalik selimut hijrah
Berkorban nyawa untuk Rasulullah

Ali & Fatimah...
Subuh itu mereka berdua bertemu Nabi
Lalu diluahkan ketandusan upaya
Betapa tenaga seakan tak mampu lagi
Untuk menanggung beban keluarga
Sudilah kiranya dihadiahkan seorang sahaya

Tersenyum Rasulullah mendengar rintihan
Lalu diberikan zikir sebagai gantian
Tiga kalimat sarat keberkatan
Subhannallah, Alhamdulillah, Alllah hu Akbar
Lalu esoknya mereka datang lagi...
Bersama satu kelapangan dan kekayaan hati
Cukuplah kami tak perlu apa-apa lagi!

Mereka miskin harta tapi kaya jiwa
Sering berpisah tapi tak gundah
Mereka bercinta kerana Allah

Indahnya mempelai di pelamin kemiskinan
Bila bersanding dua kemuliaan..
Seorang lelaki bergelar karamallahuwajhah,
seorang wanita yang az zahrah!

-ARTIKAL ILUVISLAM

(",)

dikesunyian pagi ini,aku termenung di suatu sudut ruangan di meja tulis ku. kehijauan hutan berhampiran menjadi tarikan diri ini untuk melihatnya. alunan lagu nasyid ku perdengarkan. lagu yang bertajuk kembali,membawaku bermuhasabah sejenak. mengenangkan segala dosa-dosaku. ya Allah,ampunilah segala khilafku. peliharalah imanku. kuatkan aku dalam menghadapi ujian dariMu. tunjukilah aku jalan yang terbaik yang harus ku pilih. ya Allah,jika diri ini semakin jauh dariMu,Kau tariklah kembali diri ini agar sentiasa bersamaMu. ya Allah,aku mohon Kau permudahkan segala urusan seharianku. semoga hari-hari yang aku lalui ini sentiasa dalam rahmatMu.
ya Allah,kerdilnya diri ini. yang tak lari melakukan khilaf terhadapmu. yang saban hari melakukan dosa-dosa. ya Allah,jika diri ini bakal diambil olehMu,Kau tentukanlah pengakhiratan yang terbaik buatku. tika ku dilahirkan sebagai islam pada permulaan kehidupanku,maka dipengakhiratan kehidupanku,Kau pastikanlah diri ini masih islam.bukan islam hanya pada nama,tapi keperibadiannya juga cara kehidupannya. yang sering melaksanakan suruhanMu,yang menjadikan al-Quran dan hadis sebagai pegangannya,yang mengamalkan segala sunah kekasihMu. ya Allah,hanya padaMu diri ini memohon. semoga segalanya dimakbulkan olehMu. sesungguhnya,Kau tidak pernah mengecewakan hamba-hambaMu yang memohon dariMu.

Saturday, March 26, 2011

impian...:)

hari semakin hari diri ini semakin terasa ingin berjumpa dengan penciptanya. apakah hikmah disebalikny??hanya Dia yang Mengetahui. namun layakkah aku yang daif ini datang menghadapMu? mampukah diri ini bertemuMu? sedang aku yang sering menyakitiMu. Mahukah Engkau bertemu dengan insan daif ini? aku mula tercari-cariMu. saban hari diri ini memikirkan tentangMu. Memikirkan segala ciptaanMu. dan tika itu,hati ini mulai memujiMu. terpukau aku dek pesona ciptaaMu. yang terkadang membuatkan aku alpa dengan itu. namun aku yakin, semua yang terlihat ini hanyalah sesuatu yang sementara dan akan lenyap pada suatu hari yang Kau janjikan. dan ianya tidak dapat menandingi segala ciptaanMu diakhirat kelak. syurga yang indah,dipenuhi dengan bidadari cantik, pemuda yang segak,sungai yang jernih airnya, makanan yang enak dna sebagainya. ya Allah,tempatkanlah aku diri syurgaMu. namun,sekali lagi diri ini tertanya,mampukah aku menambat hatiMu untuk memasukkan aku ke syurgaMu? layakkah aku jika nak dibandingkan dengan hambaMu yang lain? cukup ke ibadahku kepadaMu? bersihkah hati ini?? ya Allah,diri yang kerdil ini memohon dariMu agar Kau sentiasa memelihara imanku,serta pelihara aku dari melakukan kemungkaran. bersihkan hati ini dari sebarang perasaan negatif, mudahkan diri ini untuk melaksanakan ibadat kepadaMu. jadikan aku hambaMu yang tergolong dalam golongan ahli syurga. sesungguhnya diri ini ingin sekali menikmati kehidupan di syurgaMu yang indah.

Friday, March 25, 2011

:)

alhamdulillah.. hari ini diri ini benar-benar rasa tenang. ya Allah,terima kasih untuk segalanya.. setiap kali diri ini mendekatiMu,pasti tenang jiwanya. dan itu hanya akan ku dapat dariMu. namun,mampukah aku mendapatkannya terus dariMu??semoga nikmat ini akan sentiasa bersamaku.. agar tidak jauh diri ini dari rahmatMu.
ya Allah,setelah apa yang telah aku lalui, kini aku kembali muhasabah diri ini. segalanya sudah terjawab. persoalan yang sering bermain di fikiranku sudah terjawab. terima kasih ya Allah. redhakan hati ini menerima segala ketentuanMu. ya Allah, ku sedar,aku miskin tanpa bantuanMu,aku hina tanpa rahmatMu. namun, Kau tak pernah meninggalkan diri ini. terima kasih untuk segalanya.
ya Allah,layakkah diri ini untuk bertemuMu?jauh di sudut hati ini,,ingin sekali aku menemuiMu. Kau telah banyak memberikan nikmatMu kepadaku. hati ini meminta-minta untuk dipertemukan denganMu. semoga segalanya termakbul.

Monday, March 21, 2011

Frust dlm bercinta..

Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,"sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas."

Aneh sekali derita sakit putus cinta ini... benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.

Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai. Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai:

"Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika."

Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri.

Benarlah kata orang: "Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya."

Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali.

(Ingat senikata lagu: Oh, Tuhanku kau cabutlah nyawaku). Buruk sekali keadaan orang yang 'frust' dalam bercinta. Inilah salah satu akibat cinta nafsu. Jika kita berani 'memperkosa' kesucian cinta, awas ia akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam.

Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi.

Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain. Pesimis. Prejudis. Bagaimana hendak dihadapi segalanya?

Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah.

Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan.

Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang 'syok' bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).

Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah... kita tetap ada Allah.

Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas.

Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.

Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah;

"Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui."

Kita inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita. Biar sampai menempuh alam perkahwinan, beranak cucu hingga ke akhir hayat. Segala kata pengukuhan telah diberikan.

Kita rasa dialah terbaik untuk kita (you are the answer of my prayer). Tetapi entah macam mana, dia berpaling tadah.

Waktu itu kita terhenyak lalu berkata, "mengapa aku terpaksa menanggung derita ini." Kita frust kerana merasakan dialah yang terbaik, tercantik, ter... ter... segala-galanya. Sukar membayangkan ada orang lain seumpama dia. Cinta diberikan seluruhnya. Ketika si dia pergi tanpa berpaling, kita berkata, "ya Tuhan, kenapa aku yang terpaksa menerima nasib ini?"

Harga diri orang yang putus cinta selalu rendah. Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah. Rasa hina (gagak di rimba) berbanding kekasihnya yang pergi (merak kayangan).

Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada... kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata, "Tuhan ada!"

Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!

Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya 'terpaksa' bercinta dengan Allah.

Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.

Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat – maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati.

Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, "mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya." Cubalah fikirkan... siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? Fikir...

Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir... barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat, "Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!"

Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan.

Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika itulah orang yang frust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!

Saya punya banyak cerita betapa ramai pasangan suami-isteri yang bahagia bersama 'orang' yang mereka tidak sangka apalagi harapkan sebelumnya.

"Rugi, buang masa mengenang kekasih dulu."

"Allah ganti yang lebih baik."

"Tak sangka, kami akan serasi begini."

Begitulah suara-suara 'testimonial' daripada orang yang frust bercinta tetapi akhirnya berjaya melalui kehidupan berumah-tangga dengan orang yang lebih baik (untuk mereka).

Ya, pada waktu 'terkena' dulu belum nampak lagi, sebab itu terasa marah, kecewa, dendam dan benci. Tetapi apabila masa berlalu, segalanya bertukar menjadi syukur, beruntung dan terselamat. Mujur putus dengan dia. Beruntung tidak jadi dengan dia!

Begitulah ilmu kita yang terbatas dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha Luas. Yang penting dalam apa jua keadaan sekalipun, iman mesti diperkukuhkan dalam dada. Ingat Tuhan. Cintailah DIA, pasti Allah akan mendorong orang yang dicintai-Nya untuk mencintai kita. Cinta itu bagai 'mata rantai' yang sambung menyambung sesama manusia yang akhirnya bersambung kepada cinta Allah.

Percayalah frust dalam bercinta itu satu ujian. Ujian dalam kehidupan. Ingatlah bahawa alam adalah sebuah 'sekolah' yang besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan kita terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat.

Frust dalam cinta jika ditakdirkan berlaku kepada anda, adalah satu pelajaran juga. Kita perlu faham 'pelajaran' yang dibawa bersamanya.

Jika difahami, pelajaran-pelajaran ini akan memberi panduan dan suluhan untuk menjalani hidup dengan lebih tenang dan bahagia pada masa akan datang.

Tetapi sekiranya pelajaran ini gagal difahami, maka hidup akan huru-hara dan kita akan selalu menghadapi keadaan yang tidak menentu. Kemungkinan besar kita akan 'frust' berkali-kali.

Semasa kita di peringkat remaja ada 'pelajaran-pelajaran' tertentu yang perlu difahami benar-benar sebelum menghadapi usia dewasa yang jauh lebih mencabar.

Apakah 'pelajaran-pelajaran' itu dan apakah cara sebaik-baiknya mempelajarinya?

Inilah salah satu persoalan penting yang mesti dijawab oleh setiap remaja.

Jangan sampai pelajaran yang sepatutnya 'selesai' di alam remaja terpaksa dibawa ke peringkat tinggi. Kalau begitu rugilah, sama seperti siswa atau siswi yang terpaksa 'refer' atau 'repeat' akibat gagal dalam peperiksaan mereka.

Remaja adalah kelompok manusia yang sedang melalui satu proses transisi. Mereka telah meninggalkan alam kanak-kanak tetapi belum mencapai alam dewasa sepenuhnya. (I'm not a girl but not yet a women)

Keadaan transisi ini tidak stabil. Umpama air yang hendak bertukar menjadi wap, maka molekul-molekulnya terlebih dahulu bergerak dengan cepat dan tidak menentu.

Samalah dengan remaja, jiwa, akal, nafsu, emosi dan lain-lain elemen-elemen mereka sedang bergolak. Takah usia ini paling tidak stabil – tercari-cari identiti diri, krisis pemikiran, perubahan biologi dan macam-macam lagi.

Dan di tahap ini juga remaja akan menemui pelbagai situasi dan kondisi – suka dan duka, kejayaan dan kegagalan, permusuhan dan kasih-sayang, sempadan dan teladan. Muncul pelbagai individu dengan pelbagai kelakuan dan sikap.

Terjadi bermacam-macam peristiwa dengan membawa pelbagai kesan. Salah satunya frust dalam bercinta.

Semua ini tidak berlaku sia-sia melainkan ada 'pelajaran' yang dibawanya untuk difahami dan dihayati. Remaja mesti dapat membaca 'mesej' yang dibawa oleh setiap peristiwa, individu dan keadaan yang berlaku ke atas mereka.

Jika tidak, mereka terpaksa mengulangi pelajaran itu berkali-kali. Sebab itu kita pernah temui orang tertentu yang sentiasa berdepan dengan masalah yang sama berulang-ulangkali.

Jadi langkah pertama supaya remaja 'lulus' dalam pelajaran mereka ialah mereka perlu akur bahawa setiap yang berlaku di alam remaja ada unsur pengajaran dan didikan buat mereka.

Frust cinta hakikatnya adalah 'guru' yang mengajar kita. Setiap guru mengajar sesuatu yang baik, walaupun kadangkala pahit, pedih dan sakit kita menerimanya.

Untuk itu, apabila putus cinta, hendaklah ditanyakan pada diri, "apakah pelajaran yang disebalik semua itu."Pandanglah semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan yang tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan.

Kata ahli-ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidup ialah 'mehnah' – maksudnya didikan terus dari Allah.

Mereka berpendapat bahawa apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus daripada Tuhan.

Ahli sufi menambah lagi bahawa jika manusia tidak mampu dididik melalui didikan terus dari Allah (mehnah) maka manusia tersebut tidak akan dapat dididik lagi oleh sebarang manusia lain. Inilah yang ditegaskan oleh Ibnu Attoillah, seorang sufi yang terkenal dalam buku-buku karangannya.

Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah 'guru' yang hendak mengajar kita erti sabar.

Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap.

Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik.

Memang pada lahirnya, manusia, peristiwa dan kejadian yang sedang bertindak ke atas kita tetapi sedarilah hakikatnya semua itu adalah datang dari Allah. Semuanya berlaku dengan izin Tuhan, yang dengan itu DIA hendak mendidik kita. Maka terimalah didikan itu dengan baik.

Apakah sebenarnya yang menjadi 'tujuan' di sebalik pelajaran-perlajaran yang datang dalam hidup kita?

Tujuan utamanya ialah untuk mengubah kita. Perubahan tidak dapat dielakkan justeru hidup adalah satu proses perubahan yang berterusan. Yang tidak berubah dalam hidup adalah perubahan itu sendiri. Perubahan sentiasa berlaku dan ia diluar kawalan kita. Kita tidak dapat mengawal hati 'kekasih hati' agar dia sentiasa setia.

Apa yang boleh kita ubah ialah diri kita sendiri. Jadi, berubahlah mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. Jangan izinkan orang lain hatta kekasih kita mengawal hidup kita. Sehubungan itu, bijak pandai pernah berkata, "we cannot direct the wind but we can adjust our sail." Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir yang menimpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita.

Malangnya, ramai manusia yang ingin memegang takdirnya sendiri. Dia seolah-olah ingin jadi 'Tuhan". Dia ingin semua keinginannya tercapai. Mustahil, manusia hakikatnya lemah. Dia tidak boleh mengawal hati kekasihnya. Dia tidak boleh memastikan kesetiaan kekasihnya. Ingat, mencintai seseorang bukanlah bererti mengatur segala langkah dan perbuatannya demi cinta. Kita tak akan mampu!

Ringkasnya, ujian hidup datang dengan pelajaran, dan pelajaran itu datang bersama tuntutan perubahan. Jika sudah berkali-kali pelajaran disampaikan, tetapi masih tidak ada perubahan, maka itu bermakna remaja gagal dalam 'sekolah' kehidupan mereka.

Frust cinta, hakikatnya adalah ujian yang ingin merubah kita untuk mula mencintai Allah.

Ingat, setiap kali sesuatu menimpa anda, samada baik atau buruk. Itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang.

Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan anda hadapi... maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan... Nanti anda akan mencapai kebaikan secara berterusan pula.

Jangan sekali-kali menangguhkan pelajaran, nanti anda akan menangguhkan perubahan dan akhirnya menangguhkan datangnya kebaikan.

Belajarlah dari sekolah kehidupan semasa remaja lagi, supaya anda tidak diburu penyesalan apabila mencapai usia tua. Kata pepatah, "belajar sewaktu muda bagai melukis di atas batu, belajar sewaktu tua bagai melukis di atas air."

Teringat kata Dale Carnargie dalam bukunya Stop Worrying and start living, "Jangan gergaji abuk kayu!" Dan itulah nasib orang tua yang tidak belajar semasa mudanya!

Kita perlu sedar, hidup ini bagaikan satu siri gelombang yang datang secara bergilir-gilir. Ada ketikanya, gelombang kecil dan tenang dan ada ketikanya gelombang itu besar dan ganas. Pada ketika gelombang itu ganaslah, semuanya terasa serba tidak kena.

Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja.

Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang-surut dalam hidup – ada masa senang, ada masa susah.

Justeru dalam kehidupan ini, kita tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu mungkin muncul kesusahan. Begitu juga kita tidak boleh terlalu sedih bila kesusahan kerana mungkin selepas itu Allah swt datangkan perkara-perkara yang menggembirakan.

Kesedaran tentang hukum Sunnahtullah ini akan memberi ketenangan dalam hidup. Apabila kita ditimpa kesusahan, rasakan dalam hati... ya, selepas ini akan datang kesenangan. Sabarlah sebentar.

Dan apabila datang kesenangan, kita tetap tidak alpa... ya, selepas ini akan datang kesusahan. Bersiap-sedialah.

Hakikatnya, tidak ada kesenangan dan kesusahan yang abadi di dunia ini. Kehidupan adalah satu pergiliran antara senang dan susah yang berterusan...

Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan 'cuaca' kehidupan itu tetapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu.

Fahamilah hakikat ini.

Apabila kita frust dalam bercinta terimalah bahawa itu adalah hakikat hidup. Hidup bukanlah yang serba kena, serba senang dan serba mudah. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup!

Sematkan di hati kata pujangga ini: "Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua...cinta sejati yang ditunggunya!"

- Artikel iluvislam.com

Thursday, March 17, 2011

9 wanita yang perlu dicontohi

1) Siti Khadijah – Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah,setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir danmusyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di GuaHira’.
2) Siti Fatimah – Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpdsuaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b’kata aku takkanmaafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti A’ishah – Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekasmakanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliauakan minum menggunakan bekas yg sama. 4) Siti Hajar – Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggupditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuangmencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
5) Siti Mariam – Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah ygtinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa. 6) Siti Asiah’ – Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinyadrpd Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah – Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadiinsan mulia. Siti Muti’ah – Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya keranasetianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukuloleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantikutk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah – Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggupmembelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramaihanya niat kerana Allah s.w.t

perkongsian..

Perkataan ‘BYE’ merupakan JARUM SULIT kristian…didalam bahasa Arab bermaksud “fi hafzil baba” manakala dlm bahasa Malaysia b’maksud di bwh naungan pope (paderi).

Sebaik2nya gantikan perkataan BYE tersebut kepada “Assalamualaikum” kerana sesungguhnya Islam yang diwariskan kepada kita oleh junjungan besar Nabi Muhammad SWT itu sudah lengkap dan sesuai untuk diamalkan sehingga ke akhir zaman… Cuma kita sahaja yang gemar menuruti budaya barat… (Budaya orang kafir laknat Nauzubillah. ..)

Maka foward dan sebarkan kepada semua shbt2 anda. Semoga Allah memberi rahmat kpd kita dan org lain. Wassalam. Wallahualam. ..

8 ciri-ciri wanita solehah

1. Mencintai Allah dan Rasul

Melebihi cinta dan ketaatan kepada orang lain.Sabda Rasulullah s.a.w : “Tiga perkara sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman: menjadikan Allah dan Rasulnya lebih di cintai daripada kedua-duanya…” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Mencintai Allah dan Rasul dengan mentaati segala suruhan dan larangan syarak.

Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis qudsi: “hamba-ku yang mendekatkan diri kepada-ku dengan melakukan amalan fardu lebih aku cintai. Sentiasalah hamba-ku berterusan menghampiriku dengan melakukan amalan sunat sehingga aku mengasihinya. Apabila aku mengasihinya, jadilah aku pendengarnya yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangan yang dia memukul dengannya dan kaki yang dia berjalan dengannya, kalau dia meminta kepadaku, pasti aku akan memberinya dan kalau dia memohon perlindunganku, pasti aku akan melindunginya” Riwayat al-Bukhari.

Termasuk mencintai Rasulullah mengikut dan mencintai baginda dalam setiap perkara Firman Allah s.w.t :”Katakanlah (wahai Muhammad): jika benar kalian mencintai Allah, maka ikutlah aku,nescaya Allah akan mengasihi kalian, Dan (ingatlah), Allah maha pengampun; lagi maha mengasihani”:- surah Ali Imran:31

2. Mentaati Ibu Bapa

Sentiasa mentaati ibu bapa dalam perkara makruf menasihati ke arah kebaikan. Jangan menderhaka kepada keduanya.

Firman Allah s.w.t “Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa”- surah al-Israk:23
Sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.

3. Mentaati Suami Dalam Perkara Makruf

Setelah berkahwin ketaatan kepada ibu bapa berpindah kepada suami. Mentaati dalam perkara yang baik dan harus. Apabila suami menyuruh kepada maksiat tiada lagi ketaatan.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah”.-

Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya”.-Riwayat al-Tirmizi hasan sahih.

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.

“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)

4. Menguruskan rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.

Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Masa lapang ia perlu di isi dengan menambah pengetahuan tentang ugama sebagai bekalan untuk menghadapi ujian hidup pada masa hadapan dan membimbing keluarga ke arah kebaikan.

Sabda Rasulullah s.a.w “Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim”. Riwayat Ibn Majah Sahih oleh al-Albani dalam Sunan Ibn Majah.

Bijaksana menguruskan hal rumahtangga mendahulukan amalan yang wajib daripada yang sunat. Amalan sunat dan tanggungjawap kepada suami dan keluarga perlu didahulukan kewajipan sebagai isteri daripada amalan sunat yang lain.Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak halalbagi wanita berpuasa sedangkan suaminya ada di sisi tanpa keizinannya”.- Fath al-Bari, Kitab al-Nikah.

5. Berhias untuk suami

Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.

Sebuah riwayat menceritakan : “Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab:Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu”.- Riwayat Ahmad dan selainnya dihasankan oleh al-Albani.

Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.

Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)

Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

6. Berpakaian menurut ajaran Islam

Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, Allah SWT berfirman, ertinya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)

Wanita solehah perlu memastikan dirinya bersih , kemas dan cantik di rumah bersama suaminya. Apabila melangkah keluar rumah pakaian yang dipilih sentiasa memenuhi syarat syarak menutup aurat dengan sempurna. Dilarang memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan hingga ke pergelangan.

7. Menjaga batas pergaulan

Allah memerintahkan para wanita agar menundukkan pandangan ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi. Jika terdapat sebarang urusan, dia menjaga batasan yang sepatutnya. Ia perlu bagi mengelakan fitnah.

8. Bersahabat dengan wanita solehah

Seseorang itu dinilai mengikut kawan-kawan yang rapat dengannya. Jika kawan-kawanya solehah, maka dia juga memiliki sifat yang sama.

Sabda Rasulullah s.a.w : “seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya”.-Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang Sahih.

Lelaki Idaman

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang
yang berjuang di jalan Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak
mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kercergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh
kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya

:)

AWAS WAKTU SENJA

Dari Jabir r.a katanya:"Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja."(Riwayat Muslim)

Waktu senja adalah waktu matahari hampir terbenam (lebih kurang pukul tujuh malam) iaitu ketika hari hampir akan malam.

Waktu begini adalah saat di mana seseorang itu sepatutnya bersedia untuk menguruskan keperluan diri termasuklah bersiap sedia untuk ke masjid dan menunaikan solat maghrib. Maka adalah tidak wajar pada ketika tersebut anak-anak masih dibiarkan bermain-main di luar rumah memandangkan bahawa di saat inilah syaitan keluar untuk mengganggu manusia dan dibimbangi jika berlaku rasukan syaitan dan sebagainya.

Diriwayatkan dari Jabir RA. : Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "ketika malam turun, dekatkanlah anak-anak kalian kepadamu, karena waktu itu setan bertebaran. Sejam kemudian, kalian dapat melepaskan mereka; dan tutuplah pintu-pintu rumahmu dan sebutlah nama Allah, padamkanlah lampumu dan sebutlah nama Allah, tutuplah minumanmu dan sebutlah nama Allah, tutuplah juga bejanamu dan sebutlah nama Allah, sekalipun hanya dengan meletakkan sesuatu di atasnya". [Riwayat Bukhari]

-Artikel iluvislam.com

Tuesday, March 15, 2011

Di Mana Dia Di Hatimu??

Semasa Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur, dalam perjalanan hendak berhijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka.

Ketika Saidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w. menenangkannya dengan berkata, "Jangan takut, ALLAH bersama kita."

Itulah kehebatan Rasulullah, ALLAH sentiasa di hatinya.

Ketika di ambang maut?

Sewaktu Da'thur, seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah s.a.w. lalu meletakkan pedang di leher baginda dan bertanya, "Siapakah akan menyelamatkan kamu daripadaku?"

Jawab Rasulullah penuh yakin, "ALLAH."

Mendengar jawapan itu, gementarlah Da'thur dan terlepaslah pedang daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah... sentiasa ada DIA di hati baginda.

Ketika tiada siapa mengetahui?

Diceritakan juga bahawa pada suatu ketika Khalifah Umar Al-Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di sebuah padang pasir. "Boleh kau jualkan kepadaku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?"

"Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja."

"Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini. Jika kau jualkan seekor kepadaku dan kau katakan kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuanmu tidak akan mengetahuinya," desak Saidina Umar lagi, sengaja menguji.

"Kalau begitu, di mana ALLAH?" ujar budak itu.

Saidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati anak kecil itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya, dia punya kedudukan yang tinggi di sisiALLAH. Jelas ada DIA di hatinya.

Ketika kamu tiada jawatan?

Satu ketika yang lain, Saidina Khalid Al-Walid diturunkan pangkatnya daripada seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh Khalifah Umar. Keesokannya, Saidina Khalid tetap ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas sedikit pun perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat.

Ketika ditanya mengapa, Saidina Khalid menjawab, "Aku berjuang bukan kerana Umar." Ya, Saidina Khalid berjuang kerana ALLAH. Ada DIA di hatinya.

Lalu, di mana Dia dihati kita?

Melihat anekdot-anekdot itu, aku terkesima lalu bertanya kepada diri, di manakah DIA dalam hatiku?

Apakah ALLAH sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk serta membujuk hatiku yang rawan?

ALLAH ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta ALLAH bersemi. Jika cinta ALLAH yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya, cinta selain-NYA yang ada di situ, maka cinta ALLAH akan terpinggir. Ketika itu, tiada DIA di hatiku!

Sering diri ini berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidupku, kata mereka (dan aku amat yakin dengan kata itu);

"Bila ALLAH ada di hatimu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki."

Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah ALLAH menjadi tumpuan dalam hidupku?

Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-NYA?

Bila bertembung antara kehendak-NYA dengan kehendakku, kehendak siapa yang aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerana-NYA? Tegakah aku membenci juga kerana-NYA?

Muhasabah ini melebar lagi. Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam-MU?

Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?

Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai-MU, ya ALLAH.

Dan aku juga tidak dapat mendustai diri sendiri

Aku teringat bagaimana suatu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, "Apakah engkau takutkan ALLAH?"

Dia menangis dan menjawab, "Aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikapku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan ALLAH bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat ALLAH tapi aku tidak..."

Maksudnya, jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan ALLAH pun sukar bila ditanyakan apakah ada DIA di hatinya, lebih-lebih lagilah aku yang hina dan berdosa ini.

Di hatiku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta ALLAH dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.

Kalau kau tanyakan aku, "Adakah DIA di hatimu?"

Aku hanya mampu menjawab, "Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hatiku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-NYA tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-NYA."

Justeru, kerana belum ada DIA di hatiku, hidupku belum bahagia, belum tenang, dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari. Aku yakin ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA.

Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Dan akhirnya... aku yakin... suatu saat nanti, akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua.

Dan kita akan terus mengemis kasih...


artikal iluvislam


lagi,,

tika guruh berdentum,kilat mulai memancarkan sinar cahayanya.. tika itu hujan mulai turun dengan lebatnya. Begitu juga permata yang mulai menitis ke pipiku. Minggu ini terlalu banyak dugaan yang menimpa diri ini. Ya Allah,kuatkan aku. Tika saat ini,hati mulai lemah,lindungilah aku dari bisikan syaitan durjana. Jauhi aku dari termakan hasutan syaitan yang berusaha menyesatkan aku. Ya Allah,pimpinlah aku. Dekatilah daku yang lemah ini. Kuatkan diri ini. Jangan biarkan aku berputus asa ya Allah.. segala yang hadir padaku,semuanya mendukacitakan diri ini. Ya Allah,berilah aku petunjuk. Apa yang harus lakukan. Aku tak kuat untuk menanggung sendirian. Ya Allah,andai dugaan yang Kau berikan ini ada hikmahnya,Kau tunjukilah hikmahnya. Ya Allah,tidak tertangguh diri ini untuk menghadapinya secara bertubi-tubi. Bantulah aku. Aku tidak kuat. Aku lemah tanpa bantuanMu. Aku miskin tanpa rahmatMu. Ya Allah ku tahu Kau dapat membaca isi hati ini. Kerna Kau Maha Mengetahui. Bantulah aku.