muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Thursday, March 3, 2011

hikmah

alhamdulillah,bersyukur aku kepadaMu ya Rab,,kerna Kau telah memberikan aku ruang utk berfikir sedalamnya tentang kehidupanku. hari ini dapat aku meluangkan masa bersama sahabat-sahabatku yang lain. sedang aku makan,aku terlihat sepasang couple yang sedang makan.terdetik di hati ini. adakah mereka sudah diikat atau sekadar ikatan biasa tanpa ada hitam putihnya. hati ini begitu takut sekali. ingin ku tegur tak terdaya. ya Allah,ampuniku andai itu dikira sebagai subahat. bukan aku nak membiarkan perkara itu berlaku,namun belum ckup kuat kudrat ini mencegahnya melalui kuasaku. hanya hati ini yang bisa membenci perkara itu. semoga ianya dijauhi dari aku.
setelah kami selesai makan,kami menuju ke hospital. mak saudara k.rose masuk hospital. anak yang baru dilahirkan itu pula menghidap demam kuning. tersentuh hati ini bila terlihat air mata seorang ibu mulai menitis tatkala anak yang dikandungnya selama berbulan kini sakit. walau tidaklah serapa mana,aku bisa mengerti hati wanita itu. semoga bayi itu sembuh.
sesungguhnya setiap yang diberikan pasti diuji. kali ini aku mulai sedar,bukan mudah untuk mendapatkan sesuatu,andai kita perolehinya,maka peliharalah ia sebaik mungkin dan kuatkan hati untuk mempertahankan apa yang telah kita perolehi. dan jika ia bukan untuk kita, maka terimalah takdir itu seikhlas mungkin.kerna mungkin ada yang tidak kita ketahui akan episod selanjutnya.. kerna bila kita memperoleh sesuatu,bukanlah mudah untuk kita memeliharanya dan menjaganya sebaik mungkin.kerna setiap yang kita miliki ada tanggungjawab yang perlu kita pikul..
bukan mudah untuk Dia memberikan sesuatu kepada kita. andai diri ini tidak bisa menjaganya,maka rosaklah sesuatu itu..

No comments: