muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Wednesday, March 30, 2011

kini kembali

Tanggal 29 mac 2011 uwais alqarni,uitm Pahang didatangi seorang tetamu terhormat yang tergolong dalam keturunan Rasulullah S.A.W. Akhi Syed Abd Kadir Syed Hussin Al-Jofree. Beliau berasal dari Gombak dan pernah menuntut di Universiti Al-Azhar. Hari itu uwais al qarni menjadi tumpuan warga uitm baik siswa,siswi,mahupun staff uitm. Masing-masing tidak ketinggalan untuk menimbal ilmu dari waris keturunan Rasulullah. Yang mana beliau ini merupakan golongan ahlul bait. Dan diri ini merupakan salah seorang pendengar pada malam itu. Peluang berjemaah di ambil tanpa berfikir lagi. Kami berjemaah bersama-sama. Manakala penceramah dijangka hadir selepas isyak. Malam itu, kami gunakan waktu dan peluang untuk menunaikan solat hajat dan selawat ke atas junjungan Rasulullah saw. Alhamdulillah,hati ini mulai rasa tenang.

Pada mulanya aku ingatkan ceramah yang disampaikan berkaitan cinta kepada Allah,namun jauh tersasar. Sesungguhnya tajuk itu adalah berkaitan cinta terhadap manusia. Yang mana sekarang ini menjadi isu hangat dikalangan remaja,terutama remaja melayu yang pastinya islam. Cinta dikalangan remaja islam yang semakin bebas dan berleluasa di luar sana tanpa segan mewawarkan tentang kekasih hati kepada umum. Sesungguhnya hubungan itu hanyalah hubungan yang kosong tanpa ada hitam putihnya. Namun seperti mana yang kita tahu, pemikiran anak remaja yang kian terpesong jauhnya merubah segala lumrah yang ditetapkan oleh islam. Mereka jauh lebih pakar dalam menyusun atur kehidupan mereka. Sayang seribu kali sayang,kebanyakkan hubungan yang terbina tidak lah sampai ke waktu yang lama. Kerna sesungguhnya yang lebih berhak ke atas semua itu hanya lah DIA...

Perkara pertama yang diterangkan oleh ustaz Syed adalah berkaitan bahagian cinta atau maksud cinta itu sendiri.

C I N T A : Cinta Ikut Nabi Taat Allah

Dan golongan atau bahagian cinta yang kedua adalah:

C I N T A : Cinta Ikut Nafsu Taat Awex/Abang

Mana satu yang kita inginkan??segalanya kembali pada diri. Kita sentiasa diberikan pilihan olehNya. Tinggal kita untuk mempertimbangkan setiap keputusan yang bakal kita buat. Namun adakah keputusan yang kita buat berdasarkan hati yang tenang dan akal yang waras atau berdasarkan nafsu semata-mata? Segalanya berbalik pada diri.. sejauh mana akidah kita,itu lah yang bakal membawa kesan kepada keputusan yang bakal kita ambil. Jika kuat akidahnya,maka akan dia setia dan taat akan perintah Allah. Tetapi jika lemah akidahnya,dan nafsu mengambil tempat untuk bermaharajalela,nafsulah pilihannya. Semoga kita tergolong dalam golongan pertama. Membuat keputusan berdasarkan akal yang waras dan hati yang tenang.

Wahai sahabatku sekalian,tahukah kita setiap yang dilakukan pasti dicatat oleh pengawal yang setia di bahu kita. Segala kebaikan mahupun kejahatan,segalanya telah tercatat buat kita. Tidak takutkah kita akan balasan yang dijanjikan olehNya?

Bagi sang mujahid,ingin sekali diri ini menasihati kalian. Andai kalian mulai menyayangi seseorang gadis,gunakanlah cara terbaik lagi terhormat. Sesungguhnya cinta itu suci dan bersih,janganlah dikotorinya dengan perbuatan atau langkah yang kotor. Ambil lah mereka dengan cara yang terbaik. Temui kedua orang tuanya lalu nikahilah dia. Sesungguhnya,jika amalan yang baik itu dimulakan dengan cara yang salah,tiada keberkatan untuk perbuatan baik itu. Yang ada hanyalah penyesalan.

Oleh itu,fikir-fikirkanlah. Pastikan jalan yang sahabat pilih itu adalah jalan yang terbaik dan diredhai olehNya.. semoga kita sama-sama memperolehi keberkatan dariNya..insyaAllah,,,

Masih belum terlambat untuk mempelbaiki khilaf. Ingatlah,hidayah itu sesuatu yang bernilai. Tatkala ia hadir,ambil lah ia kerna jika ia akan berpaling pada kita,dibimbangi ia akan pergi terus dari diri ini. Nauzubillah. Semoga kita sentiasa dalam rahmatNya..:)

No comments: