muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Wednesday, March 9, 2011

mampukah aku??

mampukah aku menjadi wanita solehah??
yang lembut fitrahnya,
halus kulitnya,
manis tutur katanya,
lentur hatinya,
telus wajahnya,
setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya cahaya,
di dalamnya tersimpan air,
sehangat cinta,
sejernih suka,
sedalam luka,
ceritera hidupnya.

mampukah aku menjadi wanita itu??
hatinya penuh manja,
penuh cinta dan sayang,
cinta untuk diberi,
sayang untuk dirasa.

namun,
manjanya bukan untuk semua,
hanya buat insan terpilih.

mampukah aku??
menjadi teman setia,
buat si adam yang diutuskan buatku,
menjadi pendamping diri ini tatkala suka mahupun duka.

mampukah diri ini??
bisa seteguh siti khadijah,
yang suci hatinya,
tabah dan tenang sikapnya,
teman baginda Rasulullah,
pengubat duka dan laranya.

mampukah insan kerdil ini?
bisa setabah Mariam,
dicaci manusia,
namun sucinya Allah memujinya.

mampukah diri ini??
seperti Fatimah kudusnya,
meniti hidup seadanya,
puteri Rasulullah
kesayangan baginda

No comments: