muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Wednesday, April 13, 2011

hijrahku..permudahkan lah ya Allah..

bukan mudah untuk berdakwah. tika hati ini mulai terbuka untuk menjalankan tanggungjawab ini. ada saja halangannya.. ya Allah,kuatkan aku.. sesungguhnya,diri ini ingin sekali melakukan sesuatu yang bisa membuatkan diri ini menjadi hambaMu yang sentiasa Kau ingati. namun, atas kekurangan dan kelemahan diri ini,aku terasa daif tanpa pertolongan dariMu. bimbinglah aku. sesungguhnya bukan mudah untuk aku bangkit berjihad di jalanMu. aku cuba dan terus mencuba. takut diri ini akan berputus asa, ya Allah,tetapkan lah pendirian ini. lindungilah daku dari bisikan syaitan. selamatkan daku dari orang yang Kau murkai. tunjukilah jalan terbaik yang harus aku pilih. ya Allah,, ingin sekali menjadi hambaMu yang berguna dan bisa melaksanakan segala suruhanMu. kuatkan daku. ingin sekali diri ini menjadi hamba yang berguna pda Tuhannya. yang bisa mengabdikan dri tanpa memikirkan tentang dirinya. hanya Kau yang diutamakan. demi mendapat redhaMu. ya ALLAH,aku mohon............tunjukilah jalan terbaik buatku.. sungguh! hati ini,diri ini..ingin menjadi hamba yang taat pd Tuhannya.. bimbinglah daku. permudahkan segala urusanku.

No comments: