muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Monday, May 9, 2011

hari yang terindah,,

alhamdulillah..sekali lagi aku diberi peluang merasai kebahagiaan.. petang tadi aku, along, kak niza, dan auni ke taman,, auni nak ke taman. seronoknya aku lihat kanak2 bermain di taman itu. comel2 semuanya.. aku tergelak melihatkan gelagat kanak2 manja dan manis itu. sungguh mendamaikan. tidak jauh dari taman itu, aku mengalihkan pendanganku ke tasik yang berhampiran denganku. bisik hati ku.. ya Allah,berikanlah ketenangan dan kedamaian dalam diriku seperti mana damai dan tenangnya tasik itu. suasana di taman itu membuatkan aku geli hati. tidak lekang senyuman di wajahku.. alhamdulillah...seronok sangat. gelagat kanak2 itu membuatkan naluri keibuanku mula terusik. sedang aku duduk di bangku sendirian, seorang kanak-kanak perempuan yang comel,datang mendekatiku. dia menegurkan dengan manja sekali.. petah budaknya.banyak juga yang di tanyakan padaku,kerna dia tidak pernah melihat aku sebelum ini. alhamdulillah..ingin sekali aku mengenali anak kecil itu. gelagatnya membuatkan aku seronok berbual dengannya..kelihatan matang dalam bicaranya. lentuk manjanya membuatkan aku semakin ingin mengenalinya.. namun waktu yang semakin suntuk membuatkan aku hanya berbual seketikan dengannya.. along memanggilku lalu kanak2 itu menyalamiku dan berlalu ke orang tuanya. aku menunduk hormat sambil menghadiahkan senyuman kepada sepasang suami isteri yang tidak ku kenali..
hye!!!!!!!!! seronok sangat2! tidak sabar aku untuk melaluinya...haha..btw..nice day,,,syukur sangat2!:)
^_^

No comments: