muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Sunday, May 15, 2011

munajat seorang hamba

semakin hari,,aku rasakan semakin dekat denganMu ya Ilahi,, dan itu yang ku inginkan,,tp,,sayangnya,,persiapan dalam menghadapMu...begitu menyedihkan.. ingin diri ini mencari seorang guru atau pembimbing buat diri ini yang sering lemah dan lalai dalam menghadapi ujian dan dugaanMu.. ingin juga aku untuk dipertemukan dengan insan yg bisa membawa ku ke jalanMu...ingin sekali aku mendalami tentang ISLAM sedalamnya..seronok tatkala aku melihat sahabat2ku yg mendalami ilmuMu bersama habib2.. ya Allah....tatkala diri ini melihat para habib2,,begitu kerdil aku rasakan dri ini ini..begitu daif diri ini,,lalu..aku berfikir..jika habib itu sudah ku lihat begitu tingginya diri mereka berbanding aku..dan bagaimana utk aku jika dibandingkan denganMu..Kau terlalu agung lagi mulia darjatMu. ya Allah,berikan aku masa dalam mencari ilmuMu.. berikan untuk aku mnedalami tentang Mu.. ya Allah..di manakah aku yg hina ini ingin Kau campakkan??? takut aku jika ku bayangkan akan neraka dan segala balasan yang Kau janjikan akan semua khilaf dan dosa2 atas apa yg telah kami kerjakan.. dan nikmatnya jika aku membayangkan syurgaMu yang penuh dengan keseronokkan.. ya Allah, aku tahu,diri ini tidak layak untuk memasuki syurgaMu..tp,,diri ini tidak ingin untuk memasuki nerakaMu...oleh itu ya Allah,,berikan lah aku peluang dalam mempersiapkan diri ini menjadi hamba terbaikMu.. berikan aku kekuatan dan peluang dalam menghadapi segala ujianMu. aku tahu,,telah banyak kekuatan dan peluang yang Kau berikan kepada hambaMu,,dan Kau juga begitu mudah dalam memaafi hamba2Mu... ya Allah,,terima kasih untuk segalanya..
lindungilah aku dalam sebarang bencana dan perkara buruk.. selamatkan aku dari memasuki neraka Mu..nauzubillah....jauhilah daku..
mohon juga untuk Kau jauhi aku dari menyintai lelaki yg bukan muhrimku.. fokuskan aku dalam mencari cinta terhadapMu..dan jika sampai masanya buat aku,,barulah Kau temukan aku dengan pasanganku.. jangan Kau perlihatkan aku di mata lelaki lain..dan jangan pula Engkau memperlihatkan lelaki lain di mataku,,melainkan pasanganku yang akan Kau temukan suatu hari nanti..smoga keimanan aku dapat menjauhkan aku dari perkara itu...lindungi daku ya Allah..gerun aku akan balasan yang bakal aku terima andai aku membuat Kau murka pdku..jauhilah aku ya Allah..dan pimpinlah daku..semoga diri ini sentiasa mendapat perlindungan dariMu...Amin,,

No comments: