muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Sunday, May 1, 2011

setitis tangisan hamba

dalam kehidupan,penuh dengan harapan. dalam harapan terselit pengharapan yang menggunung. seperti gunung, harapan yang ku letakkan untuk mengecapi kebahagiaan. namun,ianya sukar sekali untuk ku gapai,,, seperti gunung yang perlu di daki..begitu sukar untuk melepasi ke puncak tertinggi. namun,dalam mencari kebahagiaan,aku mulai menemui keperitan dan penderitaan. mana perginya kebahagiaan?? hanya Dia yang tahu. sekali lagi aku hampa. hampa dalam kepedihan. setiap kali mencari bahagia..keperitan dan kesedihan yang mendatangi diri ini. ya ALLAH,andai itu sukar untuk ku gapai,redhakan aku dengan ketentuanMu.jadilah aku hambaMu mensyukuri apa yang telah Engkau tentukan buatku. jika kependeritan terbaik untuk aku.. jika itu yang akan mendekatkan aku denganMu,,aku redha,aku pasrah..semoga diri ini tidak lari jauh dariMu..berilah aku kekuatan dalam menghadapi hari-hari mendatang.
ya Allah,jika diri ini sukar untuk membahagiakan insan di sekelilingnya,Kau jauhilah aku dari mereka. agar diri ini tidak berasa bersalah atau khilafku yang tidak bisa membahagiakan mereka. aku redha andai Kau menarik mereka dari kehidupanku. temukan mereka dengan insan yang bisa membahagiakan mereka. ya Allah,andai diri ini lemah dalam kekurangannya,KAU berikanlah semangat.agar dapat diri ini bangkit..

No comments: