muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Friday, July 22, 2011

Lelaki..

Lelaki yang aku sayangi
Adalah lelaki yang mencintai agama Tuhannya
Yang mengalir rasa cinta kpd Tuhannya
Yang sentiasa merasa takut untuk melakukan kejahatan kerna yakinnya pd blasan tuhannya
Dari detik ke detik
Sehingga perjanjian antara jasad dan nyawanya berakhir..

Lelaki yang aku rindui

Adalah lelaki yang di mana mata dan wajahnya terpancar sinar nur Ilahi ,

Lidahnya basah dengan zikrullah,

Sentiasa muraqabah di setiap waktu sibuk membaiki diri
Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah..

Lelaki yang aku cintai
Yang menjaga pergaulan dan percakapan
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi

Lelaki yang aku dambai
Yang mendekatkan hatiku dengan Allah
Tika aku di sana dilamar duniawi
Hadirnya memperkasa Akhiratku
Sewaktu aku alpa dan leka

Lembut manjanya mentazkirah diri
Di kala aku disapa bahana
Belai kasihnya menginsafkan naluri

Lelaki yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Demi kebahagiaan abadi di sana

Lelaki yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Yang menjadi pelita untuk putera-puteriku
Yang bakal dilahirkanUntuk menyambung perjuanganku
Menegak kalimah Allah nan qudus
Mendaulat perjuangan suci Junjungan Mulia

Lelaki yang aku impikan
Adalah mujahid yang luhur haqiqi
Muslim yang setia sejati
Mukmin yang taat pada Ilahi Itulah…Lelaki acuan al-Qur’an

Ikhlas...Dari insan kerdil

2 comments:

~ AlFaqeerah Ila Rabbi ~ said...

Salam a'alaik :-)

Insya-ALLAH moga dinda bertemu insan soleh dambaanmu, aamiin

*Slm penuh kerinduan*

ukhti Nur said...

wasalam wbt ya ukhti..syukran ya ukhti..Amin..insyaAllah..diri ini sntiasa mohon padaNy agar dipertemukan dgn seorg mujahid yg bisa mendekatkan diri ini denganNya..yang bernafas dlm cintaNya..AMin..insyaAllah..moga dipertemukan suatu hari nanti..doakan ya akk.:)
salam penuh kerinduan juga dr ana...biar jauh jarak yg memisahkan kita..insyaAllah..ukhuwah ini akan ana peliharanya sebaik mungkin..rasa kesyukuran ana panjatkan atas pertemuan dgn insan sebaik diri mu ya ukhti..moga Dia melindungi ukhti sekeluarga:)