muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Saturday, September 17, 2011

dari hati seorang wanita

Jangankan lelaki biasa.,
NABIpun sunyi tanpa wanita
Walau segalanya tersedia disyurga
Tapi ADAM tetap rindukan HAWA
Pada wanitalah lelaki memanggil ibu,isteri dan juga puteri
Tanpa wanita
Hati dan perasaan lelaki akan resah dan gelisah
Masih mencari walau ada segalanya
Dijadikan wanita dari tulang rusuk lelaki
Maka lelakilah yang harus meluruskannya
Hati wanita yang serapuh kaca
Kuatkanlah ia dengan IMAN dan TAKWA
Perasaan wanita yang selembut sutera
Hiasilah ia dengan AKHLAK MULIA
Kerana tanpa IMAN dan TAKWA serta AKHLAK MULIA
Pada insan yang bergelar LELAKI
Binalah kepimpinan diri untuk memimpin wanita
Tapi ingat!
Jangan hiburkan hatinya dengan kekayaan.
Jangan jinakkan fikirannya dengan kemewahan
Jangan manjakan dirinya dengan kecantikan
Kerana wanita yang lupa akan hakikat kejadiannya,tidak akan terhibur dan menghiburkan


Dan ingatlah,
Tidak semua wanita yang suka disayangi,
Andai dirinya belum kamu miliki,
Tidak semua wanita suka dicintai,
Andai dirinya belum kamu nikahi,
Ingatlah..
Sebaik2 cinta,
Cinta yang menggunakan jalan baik untuk mendapatkannya.
Dan wanita tidak inginkan kata2 dan janji2 manis drmu wahai adam,
Tetapi ingin melihat sejauh mana kamu berusaha mendapatkannya,
Melihat sejauh mana kamu serius dengannya,
Kerna bgnya,,
Lelaki yang berjanji manis lbih mudah melupakan janjinya itu,
Cinta tidak perlukan janji2 manis,
Tetapi tindakan yang bijak untuk memiliki cinta hatinya..

No comments: