muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Friday, September 9, 2011

doaku kpdMu

Alhamdulillah..kerna diri ini masih diberikan nikmat kehidupan. dan adakah kehidupan ini diberikan saja-saja?? subhanAllah, terlalu banyak yang perlu diri ini lakukan.. tanggungjawab diri ini tentunya sbg hambaNya, yang perlu menjdi khalifah dan memimpin bumi ini selain beribadah kpdNya. sesungguhnya, walau siapa kita di sini, rukuk dan sujud padaNya tetap menjadi kewajipan kpd kita sebagai hambaNya. sungguh, diri ini masih xmampu untuk melaksanakan segala suruhanNya. terlalu banyak yang diri ini masih perlu dipelajari dan diperbaiki. ya Ilahi, terangiku dgn cahaya ilmu dan hidayahMu.
saban hari diri ini merintih agar diberikan petunjuk kerna takutkan diri ini pd balasan akhirat dan kelalaian duniawi. raut wajah yang hanya dilihat sedang mempamerkan senyuman di wajahnya belum tentu dia adalah orang yang sedang merasai kebahagiaan! senyuman hanya sebagai suatu cara untuk mengubati kesedihan.
tiap kali kita di bangunkan di awal pagi, bermula semula kewajipan kita sbg hambaNy. ya Ilahi, diri ini benar2 takut andai tdk mampu memikul tanggungjawab bukan sahaja kpdMu bahkan kpd ibu bapaku, pelajaranku. ya Ilahi, walau di mana aku berada, tetapkan iman ku. jujur aku katakan, gaya hidup masyarakat sekarang cukup membuatkan diri ini sentiasa dlm ketakutan. sgala yang Rasulullah ajarkan bila dilaksanakan akan dipandang pelik tetapi khilaf yg dilakukan dipuja2 dan dilakukan tanpa ada rasa bersalah. apakah yang bakal brlaku pd generasi anak2 ku kelak? ya Ilahi, kurniakan kekuatan utk aku trus brsamaMu, lindungiku dr mndekati kemungkaran.
subhanALLAH, di mana agama yang menjadi pegangan mereka andai sruhan agama(islam) tdk mereka laksanakan. ya Ilahi, selamatkanlah diri ini, keluarga, sahabat2 ku dan sekalian umat islam dr trus dalam kelalaian..bangkitkan mereka dan tarbiahkan lah mereka sebagaimana yang sepatutnya mereka lakukan sebagai hambaMu.
ya Ilahi, tetapkan diri ini utk terus berjuang dlm mempertahankan agamaMu, walau apa jalan yang aku lalui, permudahkan lah ia,,,dan pertemukan ku dgn hamba2 Mu yang memiliki smngt jihad yg tnggi agar terbit di hati utk utk terus tetap di barisan para jihad fisabilillah..

No comments: