muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Thursday, September 29, 2011

inikah umat akhir zaman?

syukur alhamdulillah..Allah memberikan keizinan kpd ku untuk pulang ke rumah... dan sepanjang perjalananku, pelbagai karenah manusia yang sempat ku perhatikan. 2 jam di terminal memberikan 1001 persoalan dan kebimbangan kepadaku. subhanAllah.. pelbagai telatah anak muda yang ku pelihatkan. tidak cukup dengan itu, teletah orang tua yang ku kira sudah menjangkau separuh abad itu cukup membuatkan hati ini kesal dan sedih. bukan untuk memburukkan sesiapa. tetapi sebagai persoalan buat shbt2...adakah ini yang diajarkan islam kpd kita atau iman kita yang lemah membawa kita ke arah itu? umur separuh abad.. yang seharusnya menghabiskan masa untuk menikmati kemanisan beribadah..mendekatkan diri dengan sang pencipta..memohon keampunan pd yang Esa...namun kelihatan sepasang golongan tua itu tidak segan silu untuk berdating. subhanAllah..adakah itu yang patut mereka tunjukkan kpd generasi sekarang? hiba tika melihat pasangan vetren itu berkelakuan seperti orang muda.usikkan shbt2 mereka membuatkan hati ini semakin kuat menyatakan bahawa mereka bukan pasangan suami isteri. pengembaraanku kali ini mengajar 1001 pengalaman..keimanan kita tidak pernah tetap..dan sebagai manusia yang hina lagi lemah..menjadi kewajipan kita untuk memastikan diri ini sentiasa dalam landasan syarak...
mata ini hanya mampu memandang gelagat golongan vetren itu,telinga ini hanya mampu mendengar usikkan kwn2 dr pasangan itu..tiada yang dapatku katakan selain beristighfar....kelakuan mereka membuatkan diri ini benar2 malu..malu dengan seorang mak cik berbangsa india dia sebelah ku,,sepertiku, mak cik itu tidak putus memandang gelagat pasangan vetren itu..namun tidak juga mereka berganjak dari situ.


ya Ilahi,selamatkanlah hamba2Mu..jangan biarkan kami lari jauh dariMu..
kehidupan masyarakat sekarang sudah jauh berbeza dengan kehidupan acuan islam. yang mana,unsur2 barat yang banyak masuk dikalangan kita mempengaruhi masyarakat kita untuk berkelakuan seperti masyarakat barat. nauzubillah..ya Allah..selamatkan kami...mohon hidayah drMu..
kemodenanan dunia membawa kemodenan pemikiran masyarakat sehingga mempengaruhi gaya hidup..bukan sekadar di bandar..malah kampung.. mengapa begitu mudah untuk kita meneriman perkara asing itu??sedang,perkara yang dianjurkan islam tidak pernah kita hiraukan malah dipandang pelik...ya Allah..selamatkan kami!bawalah kami kpdMu...sesungguhnya..agamaMu..agama yang benar lagi mulia..:)

No comments: