muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Sunday, September 25, 2011

renungan bersama

di kala sibuk dengan tanggungjawab sebagai khlaifah di bumi ini, setiap pengembara pasti miliki perasaan untuk disayangi dan menyayangi, namun, atas nama islam, perhubungan antara lelaki dan wanita harus dijaga kebatasannya. supaya mengelakkan maksiat dan penzinaan. lengkap dan sempurna segala yang diberikanNya. segala ketetapan yang Dia tentukan ada hikmahnya. dan moga terbuka hati2 ini untuk mengikuti suruhanNya dan menjauhi laranganNya. dan sebagai manusia, lumrah untuk disayangi dan menyayangi akan wujud. terutama apabila meningkat remaja. dan sebagai remaja, aku tidak terkecuali memiliki lumrah hati seperti itu. namun, atas nama hambaNya, ia menguatkan dan menyedarkan aku dari terbuai dan terlena dengan bisikan syaitan durjana. selagi diri ini termampu dan atas perlindunganNya kpd ku yang dhaif ini, aku masih bisa menjaga batasan pergaulan ku sebaiknya. namun terkadang kelemahan ku sebagai manusia melemahkan ku untuk menetapkan pendirian dan menjalankan suruhanNya. dan ku mohon dari shbt2 untuk menegur andai khilaf yang aku lakukan itu membutakan hati dan mata ini untuk menjauhi laranganNya. dan sebagai shbt, diri ini sentiasa mengingatkan sahabat yang lain akan keterbatasan dalam pergaulan, terutama antara lelaki dna wanita.



semoga teguran2 yang ku berikan itu akan menyelamatkan aku serta shbt2 dari azab neraka..nauzubillah. ya Ilahi, didik dan peliharalah hati2 ini dari perkara yang baik. dan jauhinya dari kekufuran, ya Ilahi, atas nama hambaMu, kami mohon perlindungan dariMu dari perkara2 yang sia2. kuatkan kami untuk mengikuti segala perintahMu..
dan ku mohon ya Ilahi, bukakan pintu hati kami untuk bertaubat. janglah Engkau menutupi hati ini untuk sentiasa bertaubat kpdMu.
ya Ilahi, terkadang permainan duniawi ini menakutkan aku. pelbagai yang berlaku di sekelilingku. umat2 islam pada zaman ini tidak kekok untuk melaksanakan dosa dan melanggari suruhanMu. tidak takut akan balasan yang dijanjikanMu. perhubungan dikalangan lelaki dan wanita semakin bebas dan tidak terjaga. jauhilah dri ini dari perkara itu. bukakan pintu hati mereka untuk bertaubat kpdMu..



wahai adam yang dipilih Allah sebagai Amir di bumi ini,
janganlah engkau mengingkari tanggungjawab dan ketetapan yang diberikan Allah kpdmu,
renungilah betul2 akan kejadianmu sebagai hamba dan khalifah,
bukan untuk menghambakan wanita tetapi untuk menghambakan dirimu kpdNy,
bukan menyesatkan wanita tetapi memandu wanita ke landasan syariahNya,
bukan untuk mencari kenikmatan dunia tetapi kenikmatan akhirat,
sedarlah wahai kaum adam,
engkau diciptakan dengan kekuatan dan kuasa padamu yang diberikan kpdNya,
pimpinlah jemaah2 mu kpdNya..bukan kpd perkara yang melalaikan mereka,
sedarilah akan nikmat dunia yang sementara,
andai benar engkau menyukai seorang muslimah,
andai benar engkau meredhakan agamanya,
andai benar engkau menyayanginya,
datangilah orang tuanya,
mohon keizinan orang tuanya,,
untuk engkau memilikinya,,
bukan untuk keseronokkan semata,
namun untuk memandu cinta hatimu kpdNya,
bukan untuk menyesatkannya,
tetapi untuk meluruskan rusuk yang bengkok mnjd lurus.



duhai mujahid,
pikullah tanggungjwab dan tugasmu sebaiknya,
kerna kelak engkau akan disediakan akan segala persoalan tentang kerjaanmu di dunia.
adakah engkau pemimpin yang menjadi acuan islam atau acuan kafir?
adakah engkau pemimpin yang meluruskan jemaahmu atau yang menyesatkan jemaahmu?
buka mata buka hati..
renungi kejadianmu sebagai khalifah dan Amir
gunakan kuasa yang engkau miliki dengan membentuk jemaahmu menjdi muslim sejati..
gunakan jalan terbaik untuk melaksanakan kebaikkan..
binalah keluarga yang kaya dengan acuan islam..
bukan dengan permasalah kefahaman islam..
coraklah keluargamu dengan unsur keislaman,
bukan dengan unsur kekafiran..



sesungguhnya pengembaraan kita akan membawa kita kpd alam berkeluarga.binalah keluarga yang harmoni dengan kekayaan unsur2 islam, bukan sebaliknya...
dan di manakah destinasi seterusnya buat diri ini??sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui:)
sesungguhnya Engkau sebaik2 perancang..segalanya ku serahkan pdMu ya Rabb.

No comments: