muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Sunday, September 25, 2011

tugasan pertama

hari ini bermulalah tugasku sebagai setiausaha. petang nanti diri ini harus menghadiri meeting untuk membincangkan program klinik math yg akan berlansung pada bulan 10 ini.. moga segalanya dipermudahkan. buat diri yang baru mnjinakkan diri dengan persatuan..terlalu banyak untuk ku pelajari. dan terus terang,insan kerdil ini terlalu banyak kelemahannya.ya Ilahi, permudahkan segala urusanku. meeting dengan budak dgree, membincangkan tentang program yang akan ku laksanakan, subhanAllah...moga diri ini kuat. pengalamanku sebagai setiusaha di zaman persekolahan tidak banyak membantuku untuk digunakan pengalaman itu di sini. berbeza sekali! di sini, smua tugas sebagai setiausaha sepenuhnya harus diri ini yang laksanakan.. ya Allah,,mohon petunjuk dariMu. diri ini memerlukan kekuatan dariMu. kuatkan aku dalam berhadapan dengan pelajar2 degree. sesungguhnya berat tugasan dan amanah ini, namun demi ukhwah yg terjalin, aku menerimanya dengan hati terbuka, walau pada mulanya diri ini menolak atas perlantikkan ini. sejujurnya, aku amat malu untuk berhadapan dengan orang, dan sukar untuk ku berkomunikasi dengan orang2, namun peluang dan kesempatan yang Engkau berikan kpdku, moga dapat mendidik diri ini untuk menjadi lebih berdikari dan bertanggungjwab. dan mendidik dri ini untuk menjadi pemimpin. ya Ilahi, tiada yang lain ku mohon pertolongan,hanya padaMu ku mohon. kuatkan diri ini. permudahkan segala urusan dan perjalananku. tanggungjawab ini ku lakukan adalah kernaMu..ya Rabb.. moga diri ini dapat melaksanakan tugas sebagai setiausaha sebaiknya. dan dapat mengalas tanggungjwab seperti mana yang dikehendaki oleh sahabat2 ku

No comments: