muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Wednesday, October 19, 2011

cinta kpd harta?membawa padah,,

Kekayaan bukan lah segalanya. Kerna ianya tidak menjamin kebahagiaan. Ya! Kebahagiaan menginginkan duit, tetapi tidak memerlukan kekayaan! Kebahagian yang di bina atas kekayaan adalah kepalsuan! Percaya atau tidak, itulah kebenaran! Jika bercinta menginginkan kereta mewah, rumah besar, barang kemas, harta, wang ringgit, itu hanyalah sementara dan  palsu. Bercinta atas sebab kekayaan itu tidak menjamin apa dan tidak mencambahkan kecintaan kita pada seseorang, tetapi mencambahkan sifat tamak dan bongkak dalam diri kita. Orang yang bercinta dengan harta tidak pernah cukup dengan apa yang dimillikinya. Dan mereka tidak memerlukan kasih sayang untuk hidup kerna bagi merekaa harta adalah segalanya. Tapi, yakini, suatu hari, kasih sayang itu akan menjadi suatu yang penting setelah harta dihabiskan.
Kekayaan mampu membawa kita kepada kepapaan. Kepapaan dari segi iman, ilmu, kehidupan dan kasih sayang. Kepapaan dari segi iman?? Iman suatu kepercayaan. Jika kita mempercayai duit itu atas usaha kita, tanpa ada yang membantu, iman kita akan lemah! Dan dengan harta yang di miliki, kita akan alpa dengan kehidupan duniawi. Kehidupan yang kita ada habis kita penuhi dengan kerjaan duniawi. Tuntutan Ilahi tidak kita peduli. Segala kerjaan ibadat tidak kita amati. Allahukbar! Bisanya cinta harta...
Kepapaan ilmu! Orang yang merasa dia kaya tidak memandang kepentingan ilmu. Tetapi fokusnya hanya kepada duit semata. Kerna duit akan membawanya bahagia. Akan meninggikan darjatnya. Namun pemikiran seperti itu harus dijauhi. Kerna itu akan membawa padah yang buruk kpd diri. Ilmu merupakan suatu yang bernilai. Yang sebagai muslim, kita wajib menuntut ilmu. Sehingga kematiaan kita akan dibekalkan dengan ilmu. Ilmu yang berguna! Namun jika focus kita hanya kepada duit, mana jalan buat kita mencari ilmu? Dan apakah yang akan kita bekalkan buat akhirat kelak??adakah kematian kita diiringi dengan harta benda? Seperti orang kafir? Allahuakbar! Lemahnya iman seorang yang menyintai harta.
Kecintaan kepada harta juga membinasakan kita dengan menjadikan kita seorang yang papa dengan kasih sayang. Orang yang mencintai harta akan dikaburi matanya dengan kasih sayang. Orang ini terdiri dari golongan yang rugi. Kerna dia tidak mampu menghargai kasih sayang yang diberikan oleh orang lain. Dan percayalah orang seperti ini tidak mampu pergi jauh kerna tiada perasaan simpati, belas kasihan kepada orang lain. Tetapi memikirkan harta yang utama.
Kesimpulannya..cinta kpd harta tidak menjamin kita ke mana2. Dan ianya hanya akan menjadikan kita seorang yang tamak dan tidak bersyukur

No comments: