muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Wednesday, October 19, 2011

pengalaman

Pengalaman banyak mematangkan aku. Kehidupan dan pengalaman menjadi guru buatku untuk mengenal erti sebuah perjalanan di bumi Allah. Sahabat terkadang ibarat mutiara. Sangat bernilai. Terkadang kaca. Namun segalanya aku terima. Walau pahit buat ku telan. Kehidupan aku bersama mereka pasti memberikan 1001 hikmah yang aku sendiri tidak ketahui. Hanya keyakinan ini membawa aku untuk mempercayainya. Apa-apa pun aku harapkan aku menjadi seorang yang tabah atas setiap dugaan yang Dia berikan kepada aku. Dan suatu hal yang aku perlu tahu. “ Kebaikkan tidak semestinya akan dibalas dengan kebaikkan”. Kerna itu adalah kehidupan. Rambut sama hitam,tapi hati lain-lain. Aku telah merasinya. Kebaikkan yang aku berikan, penghinaan yang aku terima dan harus ku telan walau sepahit kopi. Namun itu tidak sedikit mematahkan semangat aku. Kerna aku tahu, kutukan dan penghinaan dari seorang ‘HAMBA’ itu tidak sedikit pun mengoyahkan keimanan aku kepadaNya.. Kerna apa yang aku takuti adalah kemurkaan Allah,penghinaan Allah kepadaku. Dan jika ‘HAMBA’ KERDIL itu ingin menghina, dipersilakan. Dan ketahuilah, penghinaan anda membawa KEMURKAAN DIA!!!! Dan sekarang, fikirkan siapa yang berKUASA?? Menghina seseorang bukan jalan terbaik untuk melepaskan perasaan. Jika anda fikir, anda hebat dengan menghina dan merendahkan insan yang lemah, anda silap wahai HAMBA ALLAH! Kerna anda adalah insan yang LEMAH! Kerna hanya mampu membuli orang yang lemah! Hanya mampu melepaskan kemarahan pd yang lemah. Kemarahan jika diredakan dengan penghinaan pd orang, ianya tidak akan habis. Bahkan, nyalaan kemarahan itu akan semakin membara. Apa yang sepatutnya anda lakukan, minta bantuanNya. Semoga anda tabah dalam menghadapi tarbiahNya. Bukan menjadi pengecut dengan membuli orang yang lemah. Bijak dalam TINDAKAN, bukan bijak dalam PENINDASAN!
Pelbagai lain ragam manusia yang telah ku perlihatkan. Dan aku sering berdoa untuk dipertemukan dengan seseorang yang bisa mendekatkan aku kepada Allah, bukan menjauhi ku dari Allah.
“Seseorang yang berguna adalah seseorang yang mampu membawa kebaikkan kepada orang lain”
Manakala...
“seseorang yang tidak berguna adalah seseorang yang tidak mampu membawa kebaikkan kepada orang lain”
Malulah anda jika anda tergolongan dalam golongan kedua. Kerna sesungguhnya anda diciptakan sebagai khalifah. Apalah hargai seorang pemimpin andai dia tidak mampu memberikan keberuntungan kepada orang lain??? Apakah yang diperjuangkan sebagai khalifah? Tidak malukah anda kerna telah mengabaikan tanggungjawab anda pada yang Esa??
Buka mata, buka minda, fikirkan matlamat dan tujuan kita di sini.

No comments: