muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Thursday, November 10, 2011

............

andai kau tahu,
mengenalimu merupakan kenangan manis buatku,
mengenalimu membuatkan aku rasa bersyukur dengan apa yang kumiliki,
mengenalimu menjadikan aku insan yang paling bertuah..
andai kau tahu,
sulitnya buat aku membahagiakanmu,
demi melihat tawamu,senyumanmu,riangmu,
aku harus mengalah..
demi membahagiakanmu,
aku harus berundur,
demi menjadikan harimu yang indah,
aku harus tabah..
jujur..sulit melakukan itu..
perit..melalui itu..
namun tahukah engkau..
semuanya kerna aku ingin menjadi sahabat yang terbaik buatmu..
namun,
segalanya musnah..
aku sakit..
tapi aku pendam..
aku sedih..
tapi aku diam..
aku menangis..
wahai sahabat..
katakan padaku..
apa lagi yang harus aku lakukan??
apa lagi yang perlu aku korbankan??
andai itu masih kurang di matamu...
maaf,
mungkin aku masih belum bisa menjadi yang terbaik buatmu..
mungkin aku gagal membahagiakanmu..
mungkin aku tidak layak mendekatimu..
mungkin aku terlalu lemah untuk memberikan kekuatan buatmu..
wahai sahabat..
lakukan apa yang engkau ingin lakukan.
terbanglah engkau setinggi mana yang engkau inginkan..
andai itu yang menyenangkanmu..
sahabat..
jauhiku andai aku tidak berguna buatmu..
tinggalkan aku andai aku menyusahkanmu..
marahi aku andai aku tidak bisa membahagiakan harimu..

No comments: