muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Saturday, December 31, 2011

secehis tatapan untuk kita renungi seketika

bismillahirrahmanirrahim..
bersyukur padaMu ya Allah kerna telah memberikan kami bertemu dengan tahun 2012. berapa hari lagi kah kehidupan kami harus jalani di bumi ini??? Allahuakbar, sungguh,tidak termampu untuk kami ketahui kerna hanya Engkau yang mengetahui rahsia yang tersembunyi. walau berapa lama sekali pun hari-hari yang masih berbaki buat diri ini berpentas di bumiMu, aku mohon semoga peluang dan kesempatan ini agar aku gunakan hanya untukMu.janganlah Engkau menghayalkan aku dengan perkara yang membinasakan buatku. sungguh! aku bukan lah insan yang kuat dalam melawan nafsu ku, oleh kerna itu, Engkau didiklah hati nurani ini untuk lebih berminat dan cenderung kepadaMu dari perkara-perkara yang melalaikan.selamatkan kami, hamba-hamba yang sering bergantung padaMu. Ameen ya Rabb..
assalamualaikum shbt! apa khabar imanmu??sihatkah dia??atau masih perlu diberikan perawatan rapi?insyaAllah, Dia masih menyayangi kita dengan memberikan peluang dan ruang untuk kita menjalani kehidupan ini dan bermuhasabah dengan apa yang telah kita lakukan.panjatkanlah syukur kepadaNya. sesungguhnya Dia tidak pernah menzalimi diri kita, bahkan, kitalah yang sering menzalimi diri kita. dikesempatan ini, ruangan kali ini, diri ini ingin meluahkan pendapat dan kekesalan atas apa yang situasi yang berlaku pada tiap kali kita meraikan sambutan tahun baru.
hati kecil ini sering bertanya, apakah berpesta ini cara islam menganjurkan kepada kita? bercampur lelaki perempuan, berhibur, dan bermacma-macam lagai aktiviti yang dianjurkan sementara menantikan detik 12am. apakah reaksi sang Ilahi?? adakah tertunduk Dia melihat hamba-hambaNya yang alpa dengan keseronokkan dunia? apakah peluang yang selama ini Dia berikan kepada kita hanya untuk dipersiakan??atau kita kutip peluang ini dengan sebaiknya? ya Ilahi, ampunilah kami yang alpa terhadapMu.
dapatkah sahabat membayangkan andai kata detik-detik yang kita nak raikan itu sama waktu dengan hari kiamat. apa yang berlaku? sedang bunga api diletupkan, dan bumi menjadi hancur dek kemusnahan kiamat yang berlaku. apakah kita mati dalam kaeadaan iman yang baik? mampukah kita berputar waktu dahulu untuk bertaubat??Allahuakbar!sungguh! tidak termampu untuk kita lakukan itu. tapi apa yang kita buat? masih hanyut dengan hiburan yang tidak pernah puas. beginikah cara kita menggunakan waktu-waktu tersisa?? adakah hari kita semakin bertambah??atau berkurang? sedarilah sahabat, semakin umur kita meninggal, semakin berkurang waktu kita di bumi. adakah kita masih ingin brhibur tanpa memikirkan nasib kita di akhirat? apakah dunia ini destinasi terakhir kita??tiada akhiratkah untuk kita?? tiada hari pembalasankah buat kita??sama-sama kita berfikir. setebal manakah buku catatan kita yang selama ini dicatat oleh malaikat rakib dan atib??yang mna satu catatan yang berat?sudah cukupkah amalan kita?Allahuakbar...marilah kita renungkan seketika. tujuan kejadian kita... Allah telah menangkat martabat kita sebagai manusia. tidak malukah kita??mempersendakan martabat yang Allah angkat?subhanAllah..tujuki kami ya Ilahi..terangi kami dengan Nur HidayahMu...agar hati ini terang dari malap yang menbuai..
wahai sahabt, tahun baru, seharusnya di sambut dengan penuh kesyukuran. namun masih ada lagi segelintir dikalangan kita yang menyambutnya dengan perkara-perkara mungkar. Allahuakbar! tahun baru, tidak patut rasanya dimulakan dengan perkara mungkar. itu dah menunjukkan ke mana kita untuk meneruskan hari-hari mendatang. mengapa tidak kita gunakan waktu itu untuk memanjatkan kesyukuran pada Ilahi? kekurangan masjidkah untuk kita berhimpun? adakah kita lebih mendapat kedamaian di tempat-tempat sesak?di pusat-pusat hiburan? di dataran? di padang? atau merasa bahagia, damai, tenang, bila berada di masjid? apa fungsi masjid yang di bina?hanya untuk hiasan? keagungan budaya? di mana letaknya identiti islam kita? di mana letaknya keyakinan kita pada islam yang memberikan kebahgiaan kepada kita? sama2 kita renungkan. prcayalah, di mana kita mula itu dengan sesuatu yang tidak baik, kita kan mula menjinak kn nya dan akan brlarutan perkara itu. mulakan lah tahu baru ini dengan satu perubahan yang baik. jangan hanya tahu untuk meraikkan sembutan tahun baru, tapi, fikirkan ke mana kita untuk tahun baru itu. keseronokkan itu perlu, tapi tidak perlu untuk berlebih-lebihan.

kerna jika kita berlebih-lebihan,,inilah akan berlaku..lihatlah video di bawah..dan fikirkan..

ya Ilahi,permudahakan jalan hijrah ini..izinkan hamba utk lebih mendekatiMu..


بسم الله الرحمان الرحيم

Tahun 2011,
Tahun yang penuh dengan warna-warni kehidupan. Tidak kurangnya juga dengan kesedihan,kesakitan,kedukaan. Segalanya menjadikan diri ini matang. Belajar dan terus belajar dalam menyusuri kehidupan ini. Namun, bermula 2012 yang akan tiba beberapa jam lagi, kaki ini mula keluar dari lingkungan biasa. Yang mana akan berjalan, mencari, menelusuri segenap hikmah yang ALLAH titipkan. Yang lama ditinggalkan. Bukan kerna merasakan tidak berguna,tapi cintaNya membuatkan hati seorang hamba dhaif ini tertarik untuk berhijrah pada suatu keadaaan yang lebih baik. HIJRAH!

Mampukah hamba hina lagi dhaif ini untuk berrhijrah? Kuatkah? Allahurabbi..Dia saja yang tahu. Bagi hamba,tiada yang mustahil. Selama hamba berpijak di bumi ini, banyak perkara sukar, sulit, telah hamba depani. Alhamdulillah, tanpa sedar, hamba berjaya melakukannya. Semuanya kerna Dia! Ya! Kerna Dia! Yang sering bersama-sama hamba dhaif ini. tanpaNya, hamba bukan sesiapa.

Yakinilah, tiap yang dititipkan, pasti ada hikmah. Walau baik buruknya, hikmah itu tetap ada.

“…boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat burukbagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ” (QS. AlBaqarah:216)

HIKMAH.
Itulah barang orang mukmin yang hilang. lantas, kutiplah jika sahabat temuinya. Tidak kira dari orang mukmin, atau dari kuffar. Hikmah itu milik kita. Milik orang mukmin.
sahabatku, kutiplah ia, kutiplah ia...

HIKMAH, tak dapat diajar. tapi, ia boleh dipelajari dengan hati dan minda yang bersih.
kuncinya hanya hati. dari hati, minda memproses. 

minda daie

adakah minda kita benar-benar layak digelar minda daie?
renungkan...

minda daie iaitu resah melihat kawan dan musuh jatuh ke jurang maksiat.
minda politik iaitu bahagia melihat musuh jatuh ke jurang maksiat. boleh digunakan sebagai point untuk musuh tidak layak memerintah.
minda biasa iaitu resah melihat daie dan ahli politik bercanggah.sedang dia tak tahu atas dasar apa mereka berbeza.

siapa kita yang bernama manusia? siapa kita yang dilahirkan dari setitis mani yang hina?

kitalah daie yang meyakini kalimah..." LAA ILAAHA ILLALLAAH " " tiada tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH"

siapa yang berkata laailaaha illallah.. dialah daie..
maka,kitalah daie!

Tapi seperti mana perilaku kita yang mengambarkan cirri-ciri seorang daie??Allahuakbar.sama-sama kita perbaiki. Dia memberikan nikmat kehidupan kepada kita, selagi itu kita gunakan peluang ini sebaiknya. insyaAllah, selangkah kita mendekatiNya,seribu langkah Dia mendekati kita..

usah menongkat islam dengan semangat. kerana semangat itu akan pudar. tapi, tongkatlah islam dengan kefahamanmu yang benar!
insyaALLAH, FAHAM itu akan membuah YAKIN. maka, itulah asas aqidah kita.

Salam penghijrahan dari diri yang dhaif..



Thursday, December 29, 2011

coretan,,,nurkilan..SEPI


Di kesunyian yang sepi,
Tinggal ku dalam kamar berteman sepi,
Mengingati segala coretan dan nurkilan sepi,
Yang selama ini tersimpan rapi.

Suatu ketika yang dinanti,
Inginku meluahkan ia bila tiba saatnya nanti,
Namun bimbang tidak sampai pada saat yang dinanti,
Kerna panggilan dari Ilahi.

Andai tidak bisa untuk sampai pada waktu yang dijanji,
Ku pohon ampun sepuluh  jari,
Bukan pinta dari diri ini,
Tapi itulah suratan Ilahi.

Coretan dan nurkilan sepi,
Dari hamba yang dhaif ini,
Untuk diberikan pada sang suami,
Yang telah catat namanya di Luh Mahfuz untuk diri ini.

Ketahui lah kau yang masih belum ku temui,
Nurkilan dan coretan ini adalah kisah perjuangan diri ini,
Perjuangan hamba hina lagi dhaif,
Dalam usaha perbaiki diri.

Ilmu dan ajaran banyak ku pelajari,
Untuk mempersiapkan diri ini,
Menjadi isteri terbaik lagi mithali,
Buat insan bernama suami.

andai dunia tidak kita temui,
insyaAllah di akhirat dipertemukan oleh Ilahi,
semoga kau pelihara maruah diri,
juga teguhkan agama Ilahi.


harta dan darjat bukan yang ku cari,
ketampanan dan kemacho-an bukan ku impi,
cukup sekadar baik dan berbudi,
menjadi raja di hati ini.


bait-bait indah dari sahabat yang terindah dalam ukhwah yang terindah:)


Wahai sahabat,
Walau beribu batu yang memisahkan kita,
Walau seluas lautan jarak antara kita,

Ketahuiah sahabat,
Segalanya tidak bisa menjauhkan hati dan ingati ini terhadapmu.
Satu persatu ilmu yang kau kenalkan kepadaku,
Tiap bait-bait kata darimu,
Tidak satu terlepas dari ingatan ini,
Segalanya memberikan kekuatan buat diri ini dalam meneruskan kehidupan,

Sahabat,
Suatu hari diri ini hampir tersungur,
Tersungkur dari lelah yang sekian lama telah ku tahan,
Namun kehadiranmu dalam kehidupanku,
Segalanya mula berubah,
Bait-bait kata nan indah,
Ku semat dalam diri dan menjadi mutiara indah,
Segala coretan kita,
Ku lakarkan indah di ingatan.

Sahabat,
Setelah lama kita menjalinkan ukhwah,
Walau tidak pernah bersua,
Itu tidak menjadikan kekaguman diri ini padamu berlalu pudar,
Kerna tiap kali ianya ditiup angin,
Tiap kali itu engkau kembali mengukir bait-bait indah
subhanAllah,
indahnya ukhwah bersamamu.

duhai sahabat,
andai ada hak yang ku abaikan dalam ukhwah ini,
mohon dimaafkan,
kerna sesungguhnya aku hamba yang lemah lagi dhaif,
terkadang leka dengan perasaan sahabat,
tapi ketahui,
diri ini cuba untuk menjadi yang terbaik buatmu,
kerna kau amat bererti buatku..

semoga ukhwah kita terus berkekalan sehingga ke akhirnya..insyaAllah...
istiwewa untuk kak iman dan adik ismi..^^

Wednesday, December 28, 2011

Al IMAM AL BANNA....Memperingati Hari Kesyahidannya





Hari Rabu yang lalu 12 Feb 1997 merupakan tarikh syahidnya Imam al Banna (1906 - 1949) rahimahullahutaala
yang bertambah kemuncak dari hari kehari bahkan detik demi detik. Pembinaan dakwah berlaku melalui tangannya, sebagai satu
gambaran daripada aktivitinya yang tertegak di atas kefahaman yang luas dan mendalam, yang disandarkan kepada keikhlasan yang
mendalam, ketepatan yang unggul dalam usaha untuk merealisasikan amalan yang tersusun (berorganisasi) dan lantas
melaksanakannya. Justeru itu maka telah terkumpullah untuk dakwah ini rukun-rukun kejayaan yang terpenting dan terlaksanalah
baginya ufuk-ufuk penyebaran perkembangan, dan kaedah-kaedah tajdid (reformasi), bahkan ianya satu ijtihad yang jitu.
Di antara tanda-tanda yang paling nyata yang telah dibentangkan dengan jayanya dalam kehidupan al Imam al Mujaddid ini adalah
seperti berikut:
1. Gerakan Yang Meluas Lagi Cemerlang
Al Imam telah menyempurnakan gerakannya ke bandar-bandar, ke pelusuk kampung, ladang, masjid, bahkan ke kedai-kedai kopi
serta di tempat perkumpulan orang ramai. Dan maklumat hal ehwal keadaannya memanifestasikan sabda Rasulullah saw "biarkan
aku dengan manusia". Maka beliau telah menziarahi 3,000 kampung ataupun lebih sebagai penceramah, jurubicara dan penasihat
yang cemerlang. Membangkitkan manusia drp. tidur mereka, memperbaharui harapan di dalam diri dan pemimpin mereka. Beliau
berhubung dengan pemimpin tanpa mengabaikan golongan bawahan. Beliau juga menyeru syeikh dan para ulama ke arah asas
kefahaman yang baru kepada Islam yang ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang jelas. Beliau tidak mencuaikan masyarakat umum,
begitu juga beliau memberikan tumpuan kepada pemuda/remaja bahkan berusaha menyelesaikan permasalahan-permasalahan yang
sukar dengan berperingkat-peringkat serta penguasaan. Adapun tumpuannya yang setempat adalah Mesir dan tumpuannya yang
secara lebih luasnya adalah kepada dunia Arab dan Islam. Manakala tumpuannya yang universal dan terbesar adalah kemanusiaan
dan Ustaziatul `alam (orde dunia), sehinggalah semuanya dineutralkan lalu menjadi suatu tumpuan sahaja tetapi mengandungi
berbagai-bagai aspek.

2. Tidur Yang Sedikit.
Adapun waktu menurut beliau adalah kehidupan dan waktu pada fahamannya tidak terhenti kepada batas-batas material iaitu emas
semata-mata. Beliau juga tidak bersikap birokratik dari segi kedudukan pangkat dan jawatan, bahkan ia tidak mensia-siakan walau
satu detik kehidupannya pada perbualan kosong dan terlalu banyak soal jawab terutamanya pada perkara yang tidak mempunyai
apa-apa kelebihan. Beliau begitu asyik dengan dakwahnya sehingga beliau tidak tidur malam kerana cintakannya, berfikir untuknya,
membuat perancangan baginya, memperkembangkan matlamat dan metodologinya. Kerana itu terbitlah risalah-risalahnya seperti:
Da'watuna, ila ayyi syaiin nad`un nas, dakwatuna fi turin jadid, Ilas syabab. Beliau juga tidak terbeban dengan kerehatan jasad seperti tidur dan bersantai, kerana da'wah pada hematnya adalah ruh yang
mengalir di dalam ummat yang dihidupkan oleh al Quran.

3. Luas Ilmu Serta Menghormatinya (ilmu)
Imam al Banna berusaha untuk mengembalikan penyebaran Islam dengan seluruh sifat-sifat syumul (kesempurnaan), rabbani
(bersumber dengan sumber-sumber ketuhanan) dan universal. Pernah diceritakan oleh orang yang memeriksa perpustakaan beliau
setelah puluhan tahun shahidnya beliau, tentang betapa banyak, menakjubkan serta mendalam komentar-komentar yang beliau tulis
di pinggir-pinggir perpustakaan tersebut dari apa yang telah dibaca dari buku-buku mengenai politik, ekonomi, sosial, sejarah,
geografi, peperangan, perjanjian-perjanjian, hubungan antarabangsa, agama-agama da'wah dan sebagainya. Beliau begitu cintakan
ilmu dan para ulama'. Suasana kemunduran didalam ummat telah merisaukan beliau, begitu juga pelbagai tohmahan yang
dilemparkan kepada Islam yang menunjukkan kepada kejahilan dan sikap tidak ambil tahu. Kerana itu beliau telah menekankan di
dalam Risalah Ta'alim: "Islam membebaskan aqal serta menggalakkan pengkajian alam semesta, juga meninggikan taraf ilmu dan
ulama'. Ia juga mengalu-alukan segala yang baik lagi bermanfaat dari setiap sesuatu. ”Hikmah adalah barang yang hilang dari
orang mu'min, dimana sahaja dia menjumpainya, dialah yang lebih berhak terhadapnya.”

4. Keikhlasan dan Kecintaan Terhadap Da'wah
Al Banna mempunyai kelebihan dengan kerohaniannya yang tinggi yang mengatasi individualiti, ciri-ciri peribadi, parti-parti,
puak-puak, bahkan seluruh penyakit-penyakit hati yang lain. Tidak terkumpul di dalam hatinya melainkan rasa cinta kepada da'wah,
suatu cinta yang tidak meninggalkan sebarang waktu di dalam jiwa melainkan akan sibuk dengannya, tidak juga suatu ruang kosong
melainkan akan dipenuhinya. Beliau disibukkan oleh fikrah dan da'wah didalam berlalunya waktu, maka beliau berusaha kearah
mematangkannya (fikrah dan da'wah) dengan meletakkan serta memperbaharui objektif dan matlamat. Kemudian beliau
menggariskan wasilah (method) dan alat (strategi). Lalu beliau melintasi batas-batas taqlid, tapi menghormati ikutan tersebut.
Sebagaimana beliau juga berusaha menyinambungkan proses tajdid disamping menghormati ufuk-ufuk linkungan dan martabat
ketinggian. Beliau meningkat dengan banyak di dalam hidupnya, kerana beliau memahami hakikat bahawa "sesiapa yang sama dua
hari (dalam hidupnya) maka dia telah tertipu". Beliau mengambil berat terhadap ummat seluruhnya dengan sebenar-benarnya,
sehingga tanahair islam pada hemat beliau dan ikhwan muslimin adalah seluruh bumi yang ada padanya muslim, kerana
pemahaman yang baik terhadap sabda rasulullah s.a.w.: "Sesiapa yang tidak mengambilberat terhadap urusan orang islam
bukanlah dari golongan mereka."

5. Memberikan sifat dan neraca sukatan
Al-Imam alBanna telah meletakkan sejumlah neraca sukatan untuk mengukur kadar iltizam, kefahaman, akhlaq yang baik, serta
perlaksanaan beban da'wah. Di antara neraca dan kayu ukur yang terpenting adalah rukun-rukun bai'ah yang sepuluh: Faham, ikhlas,
amal, jihad, tadhiyah (pengorbanan), taat, thabat (teguh), tajarrud (tumpuan penuh), ukhuwwah dan thiqah (kepercayaan). Begitu
juga : "Wajibat al akh al muslim" (Kewajiban akh muslim) iaitu 38 kewajiban. Begitu juga "Simat al akh al muslim" (Tanda-tanda
akh muslim) iaitu: sejahtera aqidah, sahih (betul) ibadah, teguh akhlaq, kuat badan, akal yang berpengetahuan, berjihad terhadap
hawanafsunya, berorganisasi dalam urusannya, menjaga waktu, mampu menyara diri, serta bermanfaat kepada orang lain.

6. Bersyukur Semasa Menghadapi Tribulasi Dan Positif Dalam Amal
Ustaz alBanna menceritakan dalam "Muzakkirot adda'wah wad da'iah" beberapa contoh tipu daya yang hina yang telah dilaluinya
semasa zaman pembelajarannya dengan sebab kecemerlangan beliau mengatasi rakan pelajar yang setengahnya lebih berusia dari
beliau. Sehinggakan salah seorang dari mereka telah mencurahkan keatas muka dan tengkok beliau sebotol campuran peluntur
(asid) yang pekat semasa beliau tidur untuk menghalang beliau dari menduduki peperiksaan akhir tahun pengajian, tetapi anihnya,
alBanna telah berjaya dalam peperiksaan tersebut. Beliau menganggap itu sebagai ni'mat serta kelebihan dari Allah yang wajib
diterima dengan kesyukuran dan kesyukuran pada hemat beliau adalah memberikan kemaafan. "Dan barangsiapa yang memberi
kemaafan dan berlapang dada, maka ganjarannya pada Allah".
Semoga Allah merahmati AlBanna dengan rahmat yang luas serta menyempurnakan ganjaran bagi beliau, juga meneguhkan kita di
atas jalan hak dan kekuatan selepas dari pemergian beliau.

perkongsian muka buku II (koleksi 2011)

Sedekahilah orang yang papa, tolonglah orang yang dizalimi, ringankan beban orang yang menderita, berikan makan orang yang kelaparan, jenguklah orang yang sakit dan bantulah orang yang terkena musibah, nescaya anda akan merasakan kebahagiaan dalam semua sisi kehidupan anda.insyaAllah.. 

*******************************************************************

Saat paling berbahaya bagi akal adalah pemiliknya menganggur dan tidak buat apa-apa. Ianya ibarat kereta yang bergerak dengan kecepatan tinggi tanpa pemandu, mudah ke kanan dan ke kiri(",)

*******************************************************************

Ketika diri anda diliputi kesedihan dan kegundahan, berbuat baiklah terhadap sesama manusia,nescaya anda akan mendapatkan ketenteraman dan kedamaian hati
diuji dalam nikmat yang melimpah lebih bahaya dari diuji dalam nikmat yang kurang(",)

*******************************************************************

"tiada suatu bencana yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan dia telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptannya"(Al-Hadid:22)

*******************************************************************

katakanlah:"sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami"(At-Taubah:51)

*******************************************************************

"ketika tertimpa suatu musibah, kita harus ,melihat sisi yang paling terang darinya, ketika seseorang memberi kita segelas air lemon, kita perlu menambah gula, ketika mendapat hadiah seekor ular dari orang, ambil saja kulitnya yang mahal dan tinggalkan bagian tubuhnya yang lain, ketika disengat kala jengking, ketahuilah bahwa sengatan itu sebenarnya memberikan kekebalan pada tubuh kita dari bahaya bisa ular"

*******************************************************************
~boleh jd kmu mmbenci ssuatu ,padahal ia amat baik bgmu(Al-Baqarah:216)

*******************************************************************

“Tidak mengapalah seandainya kau tidak memiliki wajah yg cantik utk menjadi rebutan dan sebutan ramai manusia, asal kau punya akhlak baik yg menjadi kebanggaan agama, ALLAH dan RasulMu. Itu sudah terlebih baik dan amat cantik" -Siti Khadijah R.A- (",)

*******************************************************************

"betapa banyak jalan keluar yang datang setelah rasa putus asa dan betapa banyak kegembiraan datang setelah kesusahan..siapa yang berbaik sangka pada pemilik 'Arasy dia akan memetik manisnya buah yang dipetik di tengah2 pohon berduri"(",)

*******************************************************************

"maka sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan"♥♥♥

*******************************************************************

"banyak mata yang tetap berjaga dan banyak mata yang tidur,
dalam masalah yang mungkin terjadi atau tidak akan terjadi,
tinggalkanlah kesedihan semampu engkau lakukan kerna,
jika kita terus bersedih engkau akan menjadi tidak siuman,
sesungguhnya Rabb yang telah mencukupimu sebelumnya,
Dia telah mencukupimu esok dan hari2 seterusnya"..:)
~kata2 penyair..:)^^

*******************************************************************

"Usah dipinta kehidupan mudah, tapi pintalah hati yang tabah. Usah dipinta kecilkan ujian tetapi pintalah dibesarkan Iman"

*******************************************************************

Wajah Kesayangan Hamba, Hapuslah air matamu. Tetapkanlah kedua tanganmu, memegang tali Allah dengan kukuh. Sebab Dia-lah tempat bersandar di saat tempat-tempat bersandar yang lain mengkhianatimu.

“…Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.” (Yusuf:86)

*********************************************************************

Saat hati berkata " INGIN ", namun ALLAH berkata " TUNGGU ".
Saat AIR MATA harus menitis, namun ALLAH berkata " TERSENYUMLAH ".
Saat segalanya terasa " MEMBOSANKAN ", namun ALLAH berkata " TERUSLAH MELANGKAH ".
kita merancang Allah juga merancang tetapi perancangan Allah lebih baik..:')
♥♥♥

********************************************************************

Ibnu Abbas berkata :
Jika Allah mencabut cahaya dari kedua mataku,
Maka dalam lisan dan pendengaranku masih ada cahaya,
Kalbuku sangat cergas, akalku tidak bengkok,
Dan dalam mulutku ada keteguhan laksana pedang yang tajam

********************************************************************

Kadang-kadang,
dalam kesibukan kita mengisi hidup,
kita terlupa meletakkan Allah di dalamnya.
kerana itu hidup kita resah,
kerana tiada yang betul-betul kuat untuk menguatkan kita.
(hilal asyraf)

*********************************************************************

Mengakui kelemahan dan kekurangan amat menyakitkan, namun itulah harga yang dibayar untuk membina kekuatan yang hanya dikurniakan Allah kepada insan yang berjaya jujur kepada diri.
~USTAZ HASRIZAL~

********************************************************************

Insan itu insan. Terdedah kepada kesusahan dan kesakitan.
Terdedah kepada dukacita dan sengsara.
Sehebat mana pun dia. Sebesar mana pun pangkatnya.
Insan bukan tuhan untuk kebal dari panahan sengsara dan duka.
Jika tidak menimpa pada hartanya, menimpa pada tubuhnya.
Jika tidak pada tubuhnya, menimpa pada maruahnya.
Jika tidak pada maruahnya, pada perasaannya yang derita disebabkan pelbagai punca.
Mungkin kehilangan orang yang dicinta, atau dikhianati oleh orang disayangi.
Segala mungkin.
Itulah hakikat kehidupan insan dan itulah hakikat kehidupan setiap makhluk.
~DR.MAZA~

*******************************************************************
 
Walaupun kita dah berusaha tapi kadang-kadang Allah uji jugak dengan hasilnya kan. Kita tak selamanya di atas. Belajar untuk redha..~.~

*******************************************************************

Al-hassan berkata:
" orang mukmin selalu menegakkan kebenaran dalam pada dirinya sendiri.
dia akan selalu menghitung dirinya kerana ALLAH.
sesungguhnya, akan diringankan hisab hanya kepada kaum yang selalu menghisab dirinya di dunia".

*******************************************************************

"ikhlas itu umpama semut hitam yang melata di atas batu berwarna hitam, walaupun ia tak nampak pada pandangan manusia, namun ia wujud di sisi ALLAH.. IKHLAS,rahsia antara ALLAH dan hambanya...."

*******************************************************************

"sesungguhnya seorang muslim itu, apabila dia berjalan di jalan dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja.... bahkan dibawa bersama hati saudaranya.. justeru setiap pahala yang didapati sepanjng perjalanan pasti akan terbias buat saudara seperjuangannya..."(SYEIKH mustafa masyhur.)

*******************************************************************

"orang yang hidup di bawah naungan cinta dan ukhuwwah kerana ALLAH itu akan merasakn ketenangan dan kebahagiaan yang tidak pernah dirasai oleh orang2 yang berkumpul kerana urusan dunia..."(Syeikh mustafa masyhur)

*******************************************************************

Sungguh tiada lebih indah antara sesama muslim kecuali Ukhuwah

Bila kita sedih,
Maka saudara kita berkata
" La tahzan Innalloha ma'ana "

Bila kita sakit, ia berkata
" Laa ba'sa thohurun InsyAlloh "

Bila kita berputus asa,ia berkata
" Laa taiasu min rowhillah "

Bila kita tertimpa musibah, ia berkata
" Ishbir..InnAlloha ma'as shoobirin "

Bila keimanan kita sedang lemah, ia berkata
" Fafirru ilalloh wa sari'u ila maghfirotin min robbikum wa jannatin ardhuha assamawaat "

(˙˙°●.,
Sungguh Ukhuwah itu diliputi dengan kebaikan kebaikan,,
Semoga Allah mengumpulkan kita di jannahNya

-- Aamiin....Allahuma Aamiin --

(˙˙°●.
Salam Manis & Ukhuwah .●°˙˙)