muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Wednesday, December 28, 2011

Al IMAM AL BANNA....Memperingati Hari Kesyahidannya





Hari Rabu yang lalu 12 Feb 1997 merupakan tarikh syahidnya Imam al Banna (1906 - 1949) rahimahullahutaala
yang bertambah kemuncak dari hari kehari bahkan detik demi detik. Pembinaan dakwah berlaku melalui tangannya, sebagai satu
gambaran daripada aktivitinya yang tertegak di atas kefahaman yang luas dan mendalam, yang disandarkan kepada keikhlasan yang
mendalam, ketepatan yang unggul dalam usaha untuk merealisasikan amalan yang tersusun (berorganisasi) dan lantas
melaksanakannya. Justeru itu maka telah terkumpullah untuk dakwah ini rukun-rukun kejayaan yang terpenting dan terlaksanalah
baginya ufuk-ufuk penyebaran perkembangan, dan kaedah-kaedah tajdid (reformasi), bahkan ianya satu ijtihad yang jitu.
Di antara tanda-tanda yang paling nyata yang telah dibentangkan dengan jayanya dalam kehidupan al Imam al Mujaddid ini adalah
seperti berikut:
1. Gerakan Yang Meluas Lagi Cemerlang
Al Imam telah menyempurnakan gerakannya ke bandar-bandar, ke pelusuk kampung, ladang, masjid, bahkan ke kedai-kedai kopi
serta di tempat perkumpulan orang ramai. Dan maklumat hal ehwal keadaannya memanifestasikan sabda Rasulullah saw "biarkan
aku dengan manusia". Maka beliau telah menziarahi 3,000 kampung ataupun lebih sebagai penceramah, jurubicara dan penasihat
yang cemerlang. Membangkitkan manusia drp. tidur mereka, memperbaharui harapan di dalam diri dan pemimpin mereka. Beliau
berhubung dengan pemimpin tanpa mengabaikan golongan bawahan. Beliau juga menyeru syeikh dan para ulama ke arah asas
kefahaman yang baru kepada Islam yang ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang jelas. Beliau tidak mencuaikan masyarakat umum,
begitu juga beliau memberikan tumpuan kepada pemuda/remaja bahkan berusaha menyelesaikan permasalahan-permasalahan yang
sukar dengan berperingkat-peringkat serta penguasaan. Adapun tumpuannya yang setempat adalah Mesir dan tumpuannya yang
secara lebih luasnya adalah kepada dunia Arab dan Islam. Manakala tumpuannya yang universal dan terbesar adalah kemanusiaan
dan Ustaziatul `alam (orde dunia), sehinggalah semuanya dineutralkan lalu menjadi suatu tumpuan sahaja tetapi mengandungi
berbagai-bagai aspek.

2. Tidur Yang Sedikit.
Adapun waktu menurut beliau adalah kehidupan dan waktu pada fahamannya tidak terhenti kepada batas-batas material iaitu emas
semata-mata. Beliau juga tidak bersikap birokratik dari segi kedudukan pangkat dan jawatan, bahkan ia tidak mensia-siakan walau
satu detik kehidupannya pada perbualan kosong dan terlalu banyak soal jawab terutamanya pada perkara yang tidak mempunyai
apa-apa kelebihan. Beliau begitu asyik dengan dakwahnya sehingga beliau tidak tidur malam kerana cintakannya, berfikir untuknya,
membuat perancangan baginya, memperkembangkan matlamat dan metodologinya. Kerana itu terbitlah risalah-risalahnya seperti:
Da'watuna, ila ayyi syaiin nad`un nas, dakwatuna fi turin jadid, Ilas syabab. Beliau juga tidak terbeban dengan kerehatan jasad seperti tidur dan bersantai, kerana da'wah pada hematnya adalah ruh yang
mengalir di dalam ummat yang dihidupkan oleh al Quran.

3. Luas Ilmu Serta Menghormatinya (ilmu)
Imam al Banna berusaha untuk mengembalikan penyebaran Islam dengan seluruh sifat-sifat syumul (kesempurnaan), rabbani
(bersumber dengan sumber-sumber ketuhanan) dan universal. Pernah diceritakan oleh orang yang memeriksa perpustakaan beliau
setelah puluhan tahun shahidnya beliau, tentang betapa banyak, menakjubkan serta mendalam komentar-komentar yang beliau tulis
di pinggir-pinggir perpustakaan tersebut dari apa yang telah dibaca dari buku-buku mengenai politik, ekonomi, sosial, sejarah,
geografi, peperangan, perjanjian-perjanjian, hubungan antarabangsa, agama-agama da'wah dan sebagainya. Beliau begitu cintakan
ilmu dan para ulama'. Suasana kemunduran didalam ummat telah merisaukan beliau, begitu juga pelbagai tohmahan yang
dilemparkan kepada Islam yang menunjukkan kepada kejahilan dan sikap tidak ambil tahu. Kerana itu beliau telah menekankan di
dalam Risalah Ta'alim: "Islam membebaskan aqal serta menggalakkan pengkajian alam semesta, juga meninggikan taraf ilmu dan
ulama'. Ia juga mengalu-alukan segala yang baik lagi bermanfaat dari setiap sesuatu. ”Hikmah adalah barang yang hilang dari
orang mu'min, dimana sahaja dia menjumpainya, dialah yang lebih berhak terhadapnya.”

4. Keikhlasan dan Kecintaan Terhadap Da'wah
Al Banna mempunyai kelebihan dengan kerohaniannya yang tinggi yang mengatasi individualiti, ciri-ciri peribadi, parti-parti,
puak-puak, bahkan seluruh penyakit-penyakit hati yang lain. Tidak terkumpul di dalam hatinya melainkan rasa cinta kepada da'wah,
suatu cinta yang tidak meninggalkan sebarang waktu di dalam jiwa melainkan akan sibuk dengannya, tidak juga suatu ruang kosong
melainkan akan dipenuhinya. Beliau disibukkan oleh fikrah dan da'wah didalam berlalunya waktu, maka beliau berusaha kearah
mematangkannya (fikrah dan da'wah) dengan meletakkan serta memperbaharui objektif dan matlamat. Kemudian beliau
menggariskan wasilah (method) dan alat (strategi). Lalu beliau melintasi batas-batas taqlid, tapi menghormati ikutan tersebut.
Sebagaimana beliau juga berusaha menyinambungkan proses tajdid disamping menghormati ufuk-ufuk linkungan dan martabat
ketinggian. Beliau meningkat dengan banyak di dalam hidupnya, kerana beliau memahami hakikat bahawa "sesiapa yang sama dua
hari (dalam hidupnya) maka dia telah tertipu". Beliau mengambil berat terhadap ummat seluruhnya dengan sebenar-benarnya,
sehingga tanahair islam pada hemat beliau dan ikhwan muslimin adalah seluruh bumi yang ada padanya muslim, kerana
pemahaman yang baik terhadap sabda rasulullah s.a.w.: "Sesiapa yang tidak mengambilberat terhadap urusan orang islam
bukanlah dari golongan mereka."

5. Memberikan sifat dan neraca sukatan
Al-Imam alBanna telah meletakkan sejumlah neraca sukatan untuk mengukur kadar iltizam, kefahaman, akhlaq yang baik, serta
perlaksanaan beban da'wah. Di antara neraca dan kayu ukur yang terpenting adalah rukun-rukun bai'ah yang sepuluh: Faham, ikhlas,
amal, jihad, tadhiyah (pengorbanan), taat, thabat (teguh), tajarrud (tumpuan penuh), ukhuwwah dan thiqah (kepercayaan). Begitu
juga : "Wajibat al akh al muslim" (Kewajiban akh muslim) iaitu 38 kewajiban. Begitu juga "Simat al akh al muslim" (Tanda-tanda
akh muslim) iaitu: sejahtera aqidah, sahih (betul) ibadah, teguh akhlaq, kuat badan, akal yang berpengetahuan, berjihad terhadap
hawanafsunya, berorganisasi dalam urusannya, menjaga waktu, mampu menyara diri, serta bermanfaat kepada orang lain.

6. Bersyukur Semasa Menghadapi Tribulasi Dan Positif Dalam Amal
Ustaz alBanna menceritakan dalam "Muzakkirot adda'wah wad da'iah" beberapa contoh tipu daya yang hina yang telah dilaluinya
semasa zaman pembelajarannya dengan sebab kecemerlangan beliau mengatasi rakan pelajar yang setengahnya lebih berusia dari
beliau. Sehinggakan salah seorang dari mereka telah mencurahkan keatas muka dan tengkok beliau sebotol campuran peluntur
(asid) yang pekat semasa beliau tidur untuk menghalang beliau dari menduduki peperiksaan akhir tahun pengajian, tetapi anihnya,
alBanna telah berjaya dalam peperiksaan tersebut. Beliau menganggap itu sebagai ni'mat serta kelebihan dari Allah yang wajib
diterima dengan kesyukuran dan kesyukuran pada hemat beliau adalah memberikan kemaafan. "Dan barangsiapa yang memberi
kemaafan dan berlapang dada, maka ganjarannya pada Allah".
Semoga Allah merahmati AlBanna dengan rahmat yang luas serta menyempurnakan ganjaran bagi beliau, juga meneguhkan kita di
atas jalan hak dan kekuatan selepas dari pemergian beliau.

No comments: