muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Thursday, December 22, 2011

cinta yang rapuh,,ya Allah..izinkan hamba perbaikinya(",)

alhamdulillah..hamba masih bernafas. masih berdiri gagah di bumi Allah..perjuangan masih perlu diteruskan.kekuatan harus dikumpulkan. melangkah ke arah kebaikkan terlalu banyak dugaannya...moga Ilahi permudahkan.. jalan yang tidak tahu ke mana titik noktah nya, namun hamba akan sentiasa mendoakan semoga perjalanan ini bernoktah pada pengakhiratan yang terbaik. ya Ilahi, sesungguhnya pengorbanan itu terlalu berat dan banyak ujiannya. hamba di sini mohon kekuatan untuk meneruskan tiap langkah yang masih berbasi. jadikan tiap langkah yang berbasi ini langkah hamba2 yang Engkau redhai. setiakan hati ini dengan jalan cahayaMu. jauhi hamba dari kemungkaran yang melalaikan. ya Ilahi, andai ini harus hamba korbankan, moga di ikhlaskan hati ini. sesungguhnya dunia hanyalah sementara dan akhirat itu selamanya. terlalu banyak khilaf dan kelalaian bagi hamba. kini,perteguhkan dan kuatkan pendirian ini untuk menghadapi masa-masa akan datang. segalanya hamba serahkan padaMu yang lebih mengetahui.
tiap ketentuanMu pasti ada hikmah yang tersembunyi. kerna itu hamba meyakini tiap pemberian dan perencanaan yang Engkau telah tetapkan buat hamba.
kerapuhan cinta ini membawa hamba pada kelalaian..maka,perteguhkan cinta ini terhadapMu. menghambakan diri hanya untukMu..sesungguhnya hidup matiku hanya buatMu.
ya Ilahi...bantulah hamba..dalam tiap kesulitan yang menimpa diri ini..moga hamba sentiasa di jalanMu..Ameen ya RABB...

No comments: