muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Saturday, December 3, 2011

khalifah

Soalan: Apakah yang di maksudkan dengan Naqib & Naqibah itu?

Jawapan:

·         Perkataan naqib naqibah ini adalah berasal dari perkataan arab. 
·         Penggunaan Naqib(Muslimin) & Naqibah(Muslimat).
·         Penggunaan lain yang sama maksud adalah seperti mentor, ketua, pemimpin dan sewaktu dengannya.


Definisi: Seorang individu yang memimpin sekumpulan usrah (kelompok) yang terdiri lebih daripada seorang ahli.
·         Naqib naqibah ialah ketua yang dilantik untuk menjadi “muwajjih” (perintis/pelopor /pendorong/taujihat) kepada kumpulan usrah yang memandu ahli-ahli usrah dari segi fikrah Islam 
dan mengenali Jemaah Islam yang betul.
 
Soalan: Apakah tanggungjawab/tugas naqib naqibah?

Jawapan:



·         Menyampaikan, menyebarkan ilmu-ilmu pengetahuan yang benar berkaitan ISLAM kepada ahli usrah.
·         Bertanggungjawab menanam kefahaman Islam kepada ahli usrah.
·         Menanamkan dalam jiwa ahli usrah dalam menghayati Islam.
·         Membimbing, memimpin, dan mengembangkan fikrah Islam kepada ahli usrah.
·         Mengkaderkan sekurang-kurangnya seorang ahli usrah menyertai Jemaah.
Soalan: Apakah ciri-ciri naqib naqibah?

Jawapan:



1)       Berilmu pengetahuan
2)       Menjaga ibadah
3)       Berakhlak mulia
4)       Menjaga masa
5)       Pemurah
6)       Prihatin kepada ahli usrah
7)       Mempunyai sifat sabar, ‘ithar’ dan ‘tasamuh’
8)       Tegas, kuat cita-cita dan beramal
9)       Berfikiran kreatif dan kritis
10)   Bersikap lapang dada dan terbuka
11)   Dihormati dan menghormati
12)   Dan lain-lain perkara mahmudah
 
Soalan: Apakah bahan asas yang perlu ada pada naqib naqibah?
Jawapan:

1.       Al-Quran
2.       Tafsir Al-Quran
3.       Buku Hadith
4.       Buku-buku berkaitan AKIDAH & TAUHID, IBADAT/FEQAH, AKHLAQ, SIRAH, FIQH dan sewaktu dengannya.
5.       Buku catatan khas untuk usrah semata-mata
6.       Majalah-majalah islamik
7.       Planner untuk pilih waktu usrah yang sesuai
8.       Dan lain-lain yang berkaitan



p/s: jangan ada je, sila guna!


Soalan: Apakah perkara asas yang perlu naqib naqibah tahu?

Jawapan:



Lebih kurang nak huraikan apa yang ada pada soalan di atas…=)


1.       Naqibah sekurang-kurangnya tahu membaca Al-Quran (bermakhraj) serta mempunyai pengetahuan berkaitan tajwid. 


Contoh situasi;
Ahli usrah: “Akak/abang, tajwid itu maksudnya apa? Makhraj itu apa? Apa itu hukum nun & mim mati?” (dan banyak lagi soalan-soalan~)



So…. Bersedialah wahai naqib naqibah sekalian untuk menjawab dengan betul.^^,


2.       Setiap kali melontarkan hujah perlulah mengemukakan dalil-dalil dari Al-Quran mahupun hadith. Jadi, perlulah dihafal sedikit sebanyak untuk menguatkan lagi hujah yang dikeluarkan.


p/s: jangan gunakan dalil salah pada tempatnya.. sila hati-hati


3.       Sekurang-kurangnya membaca buku-buku agama untuk menambahkan lagi pengetahuan dari semasa ke semasa.


4.       Sentiasa mengatur masa dengan baik. Gunakan planner dengan baik dan berstrategik. 


Naqib naqibah sekurang-kurangnya tahu berkaitan isu semasa. Apabila ada soalan berkaitan isu semsa yang ditanya oleh ahli usrah, taka da masalah nak jawab nanti..^_^

Soalan: Apakah cabaran yang perlu dihadapi naqib naqibah?

Jawapan:



1.       Berasa rendah diri dan tidak yakin kepada kemampuan diri
2.       Kerenah ahli usrah yang pelbagai
3.       Tekanan masa untuk membuat persiapan usrah
4.       Perlu sentiasa peka terhadap perkembangan isu semasa dan meningkatkan ilmu pengetahuan
5.       Sentiasa diperhatikan oleh ahli-ahli usrah untuk dijadikan contoh teladan



Soalan: Apakah sifat KREATIF  yang perlu ada pada naqib naqibah?

Jawapan:

Ringkasan dari: Ummu Azmi, "Petua Menjadi Ketua Usrah Yang Berjaya" dalam majalah Ummi, Julai 1990, 34-35.
1)     MENGENALI AHLI USRAH DENGAN BAIK
2)    MELAKSANAKAN USRAH DENGAN RANGKA PROGRAM
3)    SEGARKAN USRAH DENGAN SUASANA PERBINCANGAN
4)    BERTINDAK SEBAGAI PEMIMPIN TEMPAT BERNAUNG
5)    MEMBERIKAN KERJA KEPADA AHLI
6)    MEMPELBAGAIKAN KESAN SAMPINGAN

  • -          Soalan. Kemukakan soalan kepada ahli-ahli usrah tentang tajuk-tajuk yang telah dibincangkan, termasuk isu semasa.
  • -          Penyelesaian masalah. Kemukakan masalah yang berkaitan dengan kehidupan seseorang ahli untuk diselesaikan. Contohnya, jika ahli itu pekerja yang sibuk, bincang dan selesaikan masalah agihan masa untuk tugas dan dakwah. Kes spesifik atau cerita boleh juga dikemukakan.
  • -           Permainan. Adakan "permainan" yang dapat menguji kepintaran ahli-ahli usrah. Permainan itu boleh menggunakan komputer, secara bertulis, lisan, mengira dan sebagainya. Pendekatan ini dijangka dapat mengekalkan minat ahli-ahli usrah.
  • -           Berkhemah dan berkelah. Kegiatan perkhemahan di pinggir hutan atau perkelahan di pantai sangat berkesan dalam membina ikatan persaudaraan sesama ahli usrah. Kegiatan-kegiatan seperti ini memberi peluang untuk mereka berinteraksi, melakukan kerja secara berpasukan dan membina sikap suka tolong-menolong.
7)    MENULIS LAPORAN PENILAIAN

No comments: