muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Wednesday, December 14, 2011

kini kembali...

assalamualaikum wbt....semua sahabat2 semua sihat. alhamdulillah.masih diberikan kesempatan buat diri ini untuk bernafas dan teruskan kehidupan. lumrah kehidupan pula..selagi kita bernsafas, ujian akan terus datang dan kita akan terus diuji. Allahuakbar..sesungguhnya tidak Dia jadikan kita melainkan untuk beribadah kepadaNya..dan ujian yang diberikan semuanya untuk mengembalikan kita kepadaNya. semakin lama, hamba semakin mengenali erti kehidupan. seperti mana yang kita tempuhi, percayalah..semua untuk mendekatkan kita kepadaNya. tiada lain hanya kerna Dia terlalu menyayangi kita.. oleh kerna itu, DIA ingin kita untuk mengingati dan sentiasa bersamaNya..
terkadang...hati ini tidak sempurna dalam menyintaiMu..ya Rabb.ampunilah aku.. tika hati ini semakin jauh kepadaMu..dekatilah aku kembali kepadaMu.. moga kehidupan ini sentiasa dalam rahmatMu.. janganlah Engkau kotori hati ini dengan bintik2 hitam..Nauzubillah.. ya Allah, tersentuh hati ini bila setiap titipan nikmatMu..mengambarkan Engkau sentiasa bersamaku..dan mengetahui segala keperluanku...Allahuakbar.! benar2 menyedarkan aku.
titipan yang Engkau berikan, biarlah yang mendekatkan aku kepadaMu..bukan menjauhkan aku kepadaMu..moga aku lebih menyintaiMu..dan melabuhkan cinta ini hanya untukMu..ampuniku ya Allah..andai hati ini dikotori dengan cinta dunia..dan manusia melebihi cintaMu..Engkau kembalikan rasa cinta ku kepadaMu...Ameen ya Rabbb..

terkadang bila mana hati di uji, kita akan sentiasa merasa bahagia..tapi,,sebaliknya, tidak kita ketahui bahawa bahagia itu juga ujian..ujian yang mengukur sejauh mana cinta kita kepadaNya??adakah melebihi cinta kita kepada manusia dan dunia??SubhanAllah..indah cintaMu..indah caraMu menguji cinta kami kepadaMu...
ya Allah..peliharalah hati ini......jauhi aku dari perkara yang melalaikan aku..ampuni atas segala keterlanjuran atas segala khilafku...:'(

No comments: