muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Monday, December 26, 2011

lupakan segalanya........

SubhanaAllah, hanya tinggal beberapa detik kita akan melangkah ke tahun baru? Semoga segalanya menjanjikan kehidupan yang lebih baik. Dan memberikan peluang kepada hamba untuk terus mempelbaiki segala kekurangan dalam diri ini. selangkah lagi perubahan hamba, sebagai insan biasa ingin lakukan. Meninggalkan suatu yang dirasakan tidak penting dan mendatangkan kemudaratan buat diri ini. semoga Allah memberikan kekuatan untuk hamba terus istiqamah dalam penghijrahan dan perubahan ini.
Melupakan segala kepahitan, meninggalkan segala kelalaian, membuang segala kenangan pahit. Mulakan tahun yang baru, hari yang baru, azam yang baru, insan yang baru, dunia yang baru dan segalanya yang baru. insyaAllah. Di harap Ilahi akan terus melindungi hamba yang dhaif ini....
Ya Ilahi, jauhi hamba dari segala yang menyakitkan, merosakkan, melalaikan dan segala yang menjauhkan hamba dariMu. Kuatkan keimanan hamba....
Allahurabbi..:’(
Dengarilah rintih hati ini. segala aku serah padaMu...

No comments: