muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Monday, December 26, 2011

tuhanku...

Ya ALLAH...Ya RABBI...
tanpaku sedari aku begitu jauh menganiaya diri
ketika aku asyik bergelumbang dengan maksiat
ketika aku hanyut dalam kejahilan
aku melupaimu tanpa sedikit rasa bersalah
tidak terlintas kekecewaan di jiwa
semua ini hanya sementara

Tuhanku.....
tanpa aku sedari kesesatan ini semakin menghitamkan jiwa ini
namun betapa hinanya diri ini
setiap detik berlalu dengan kasih sayang-Mu padaku
Engkau sentiasa mengasihi dan menyayangiku
apakah yang telah membutakan mata hatiku
tanpa aku sedari semua kenikmatan ini adalah dari-Mu

Tuhanku.....
Ku dengar kisah Kekasih-Mu
sepertiga malam berlinangan air mata
bertahlil,bertasbih,beristighfar...memohon keredhaanMu
sejujur hatiku masih tidak mampu menjadi seperti mereka
sedangkan diriku adalah sebaliknya
tidak pernah tangan ini menadah kepada-Mu
saat aku sedar telah melupai-Mu
seketika aku telah menjadi malu kepada-Mu
jasadku menggigil kerana takut kepada-Mu

Ya ALLAH....
kekasih-Mu sahaja yang takut kepada-Mu
bagaimana denganku saat bergelumbang dengan dosa?
dimana kedudukanku dihadapan-Mu?
adakah aku yang paling hina....Ya ALLAH...???
~semakin aku berfikir ternyata
ALLAH semakin ada

No comments: