Suatu hari seorang guru bertanya
kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan
suara kuat atau berteriak?”
Seorang murid setelah berfikir cukup
lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia
berteriak.”
“Tapi…” guru bertanya kembali
“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu
berteriak? Kenapa dia tak berbicara secara lembut?”
Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik buat mereka. Namun tiada
satu pun jawapan yang memuaskan.
Maka guru berkata, “Ketika dua orang
sedang berada dalam kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi
amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk
mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.
Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka
menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka
menjadi lebih jauh lagi. kerna itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras
lagi.”
Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa
yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?
Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari
mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih bisa mendengar dengan jelas
Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.
Mereka kelihatan berfikir panjang namun
tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati
mereka tak berjarak. Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. sebuah pandangan mata cukup buat mereka memahami apa yang mereka ingin perkatakan.”
Ketika
kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih –
lebih lagi mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara
kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana.
Kerana waktu akan membantu kita.
No comments:
Post a Comment