muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Tuesday, January 3, 2012

kehidupan suatu pembelajaran..

Alhamdulillah. hamba masih bisa menulis untuk hari ini. walau tidak sesihat mana, sekuat mana, apa yang dapat dikongsikan, akan cuba untuk disampaikan. memang sukar untuk memahami orang dan memuaskan hati semua orang. oleh kerna kelemahan yang dimiliki, mungkin kita terlepas pandang akan perasaan orang terhadap kita. perasaan sedih, kecewa, marah dan sebagainya. walau apa pun, kita sedaya upaya untuk menjaga hati semua orang namun masih tidak bisa memuaskan hati mereka. masing-masing punya pemikiran dan cara yang berbeza, tapi, matlamat yang sama. untuk buat yang terbaik!
ketidaksefahaman itu wujud bila mana masing cuba untuk melakukan terbaik, tapi lagi yang difahami. walau apa yang yang berlaku, berfikiran positiflah. tiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. dan semua orang ingin melakukan yang terbaik buat insan disekelilingnya. merasai sesuatu yang dirasakan orang lain itu sulit, tapi cuba untuk memahami. hanya sedikit pemahaman.

"kehidupan itu adalah sebuah pembelajaran".. itulah kata2 seorang dari sahabat. oleh kerna itu, jalani kehidupan dengan sebaiknya. kutiplah segala pengalaman dan pelajari ia sebagai bekalan di masa hadapan. yang perit itu mungkin sakit tapi ianya adalah ubat untuk kita menjadi lebih tabah di masa akan datang.



2 comments:

Mujahid Muda said...

maaf untuk segalanya

ukhti Nur said...

eh...tak ada yg salah la,,Allahuakbar..