muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Sunday, January 1, 2012

kerinduan~~~~~

kerinduan!
semua pernah merasainya.
tapi sejauh mana kerinduan kita pada sang Ilahi?
adakah melebihi cinta kita pada makhluk-makhlukNya?
ya Ilahi,
layakkah aku merinduiMu?
benarkah kata-kata ini??
benarkah hati nurani ini menyayangiMu??
benarkah ia merinduiMu?
sesungguhnya, hanya Engkau dan aku mengetahuinya.
ya Rabb,
katakan pada hamba,
adakah hamba ini terlalu hina di pandanganMu??
adakah diri ini layak menemuiMu??
adakah layak buatku menghadapMu??
sungguh! aku malu akan segala kekurangan dan kelemahan ini!
bukan aku tidak mensyukuriMu,
tidak juga mempersoalkan segala ketentuanMu,
cuma aku adalah hamba yang dhaif,
tidak semuliaMu,
jua tidak sehebat Rasul Mu.
ya Ilahi,
di manakah hati ini saat aku menghadap,merintih di sejadahMu?
di manakah fikiran ini melayang di saat aku rukuk dan sujud padaMu??
adakah hati ini memikirkan dunia yang sementara bagiku?
yang mana bila ajal datang menjemputku,
ke tanah tempat ku kembali.
ya Ilahi,
adakah di saat aku bongkok untuk rukuk dan sujud kepadaMu,
saat itu fikiran jauh memikirkan manusia lain,dan bukan padaMu??
adakah aku memikirkan segala masalah yang membebani fikiranku?
adakah dunia itu menjadi keutamaaku??
andai segala itu benar,
Engkau sasarkanlah ia pada landasan yang benar.
Engkau halakan ia pada tujuan yang benar.
Engkau kembali ia pada suatu kebenaran.
jauhi hamba dari melebihi segala selainMu.
Engkau alihkan keinginan ini hanya buatMu
moga pengabdian aku tidak sia-sia
letakkan matlamat hidup ini juga pada Mu wahai sang Pencipta.
agar di saat aku menemuiMu di sana,
tidak membawa aku kepada golongan yang rugi.


No comments: