muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Sunday, January 1, 2012

kisah benar~

Desiran angin malam ini begitu menyesakkan dadaku.Hari ini aku baru balik ke rumah umie setelah beberapa bulan meninggalkannya. Aku terpandang buku diari dua tahun lepas di dalam laci bilikku yg sudah lama ditinggalkan itu.Tiba-tiba kenangan beberapa bulan lalu kembali hinggap di kotak mindaku.Setiap kali aku mengingat peristiwa itu pasti ada sahaja air hujan menitis membasahi pipi.


Aku bukan datang daripda keluarga tabligh. Namun aku ingin jadi wanita solehah. Aku ingin menjadi wanita yang berjiwa besar dan mencontohi Rasulullah.Kawan abie dia ada seorang anak yang berpendidikan daripada sekolah Tahfiz. Jiwanya begitu kuat.Alhamdulillah.., aku dipertemukan dengannya berkat pertolongan abie dan ayahnya.Dia bertukar sekolah ke tempat sekolah aku.Kehadirannya.., aku niatkan untuk aku perolehi bimbingan daripadanya. Dia menasihatkan aku untuk cuba memakai tudung labuh.Katanya itu adalah perintah Allah untuk melabuhkan tudung supaya menutup aurat dengan sempurna. Alhamdulillah..., aku cuba untuk pakai dan aku boleh istiqomahkannya kerna niatku ingin jadi Hamba Allah yang mengikut perintahnya.


Kemudian dia terus menasihati dalam setiap urusan agama. Malah kami sama-sama merujuk kepada cikgu yang sama yang kami anggap seperti ibu sendiri. Cikgu itu mengambil kami sebagai anak angkatnya.Aku bersyukur kerna niat untuk aku berubah diterima oleh mami (gelaran untuk cikgu angkat kami) dan dia.

Dia banyak menghadiahkan aku buku agama-agama untuk aku pelajari. Begitu juga dengan mami.Malah dia juga berikan aku perakam suara mengaji. Dia sendiri yang mengalunkan ayat Al-Quran dalam perakam suara itu. Pesannya padaku..., supaya mendengarnya setiap hari 30 juzuk Al-Quran itu dan cuba menghafaz perlahan-lahan. Aku melakukannya kerna aku ingin jadi seorang Hafizah. Setiap detik pkul 12 malam.., aku akan pasang perakam suara mengaji itu. Setiap kali itu juga aku menangis. Getaran alunannya dan bait kalam ALLAH itu.


Begitulah berlalunya hariku. Aku sudah jadi seorang Hafizah dan menjadi wanita muslimah yang tahu erti semuanya. Aku boleh membezakan yang haram dan halal. Aku berterima kasih dengannya dan bersyukur pada Ilahi.Namun saat itu, aku diuji oleh Allah dengan suatu perasaan. Aku cuba menepisnya jauh-jauh dan aku melakukan solat istikorah setiap malam.


Dengan Kekuasaan Allah..., Allah menunjukkan aku sebuah kisah yang tidak pernah aku sangka. Aku tidak percaya bahawa itu akan terjadi pada dirinya. Seorang lelaki yang selama ini aku kagumi adalah penipu besar!

Dia menipu aku.., keluarga aku dan keluarganya sendiri. Awalnya aku tidak mempercayainya. Namun dalam diam aku menyiasatnya. Ketika pertemuaan aku dengan dia bersama mami dalam majlis ilmu. Aku mengambil diari miliknya. Aku tidak niat untuk mengambil namun aku ingin membuktikan keraguaan ini.

Aku membaca setiap bait tulisannya. Semuanya berbaur kisah cinta pada seorang wanita. Semuanya puisi indah memuja wanita itu.Aku tertanya-tanya siapakah wanita itu? Aku membelek helaian diari itu. Aku menemui alamat e-mel dan password miliknya.

Tanpa aku lengahi masa.., aku terus membuka e-mel itu. Aku terkejut!! Aku tidak sangka kemunafikan lelaki ini. Tulisan dalam pesanan inbox itu dibaca olehku. Semuanya pesanan daripada wanita itu. Yang buat aku terasa loya dengan bait katanya....Mahunya tidak..., panggilan ‘Ayang’ dan ‘Bie’ digunakan seolah-olah menunjukkan mereka sudah berkahwin. Aku benar-benar terpkul dgn kesilapan ini. Bagaikan ia hanya mimpi hitam pekat!!


Pantas aku menemui lelaki ini di rumahnya.Abie dan umie mengikut aku sekali Aku memberanikan diri untuk mengembalikan diarinya yang telah aku ambil itu. Tanpa aku berfikir panjang; aku lemparkan buku diari itu di hadapannya sewaktu dia beranda rumah. Dia terkejut.., bagaimana diari itu berada di tanganku.

“Saya belum pernah menemui lelaki seteruk kamu!! Bagaimana tergamaknya kamu menipu agama kamu sendiri. Kamu memberitahu semuanya pasal agama pda saya. Kamu katakan bahawa kita harus membezakan yang halal dan haram. Tergamaknya kamu memalukan agama kamu sendiri dengan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah. Bagaimana kamu tak fkir bahawa menjalinkan hubungan antara lelaki dan perempuan tanpa perkahwinan itu HARAM!!”

Dia tergamam mendengar luahan aku itu. “Apakah kamu sayangkn wanita ini?”

Dia diam. Aku menoleh padanya semula. “Diam itu ertinya ia benarkan?”

“Ya.., memang benar saya sayang dia sangat-sangat. Tiada wanita lain selain dia...” Bait itu keluar dari mulutnya. Aku tergaman untuk keseribuan kalinya.

“Ternyata benar.., kamu hanya pandai untuk berkata soal agama tapi untuk kamu membuktikan segala ilmu yang ada dalam diri kamu itu susah. Manusia walaupun ada ilmu tapi tidak beramal ibarat seperti Jasad tidak bernyawa dan busuk.”

Ayah dan ibunya muncul di situ. Mereka juga terkejut. Aku mengambil keputusan untuk tidak mempercayai lelaki ini. Jiwaku terasa diracun. Seolah-olah masih tidak mempercayai semua ini. “Kau terlalu rapuh dengan wanita sehinggakan kau tidak dapat membezakan antara yang halal dan haram. Sedangkan kamu tahu Rasulullah membenci org yg munafik. Kamu mengatakan soal agama...nmun diri kamu tidak terbentuk. Aku tidak boleh jatuh cinta pada orang yang telah pun mengotori cinta suci sebenarnya. Aku bersyukur kerna Allah telah pun menyelamatkan aku. Walaupun aku masih ragu lagi dengan perasaan ini. Kau telah serahkan cinta kau pada seorang wanita yang belum tentu jadi isteri kamu sedangkan aku merahsiakan cintaku pada kamu dengan aku luahkan pada Allah...kerna sekiranya aku meninggal dunia...aku mahu mati syahid.Namun kau terlebih dahulu menghancurkan apa maksud cinta sebenarnya. Sungguh tidak layak aku memanggil dirimu IMAM untuk diriku.


Lima bulan kami tidak bertemu.Di sekolah mahupun dalam majlis keluarga. Dia telah meminggirkan dirinya dan aku cuba untuk menjauhkan diri daripadanya. Namun suatu perkhbaran dari ayah dan ibunya supaya aku menemuinya sebelum dia berangkat ke Jordan. Dia ingin menuntut ilmu di sana di sebuah universiti yang terkemuka di sana. Aku tidak pergi ke lapangan terbang Kuala Lumpur utk menemuinya.


Namun pesanan emel daripadanya aku terima. Katanya..., selama ini dia benar-benar buta. Sehingga tidak mampu menilai di mana adanya mutiara dalam timbunan kaca.Kataku pada hari itu,benar-benar mengoncang lunak jiwanya. Dia meminta maaf kerna telah mengkhianati sebuah kepercayaan yang besar. Setiap manusia ada melakukan kesilapan.., dan alangkah jikalau kesilapan itu diberi peluang untuk membetulkan semuanya dan bertaubat.

Aku membalas emelnya itu untuk kali terakhir. “Mudah-mudahan Allah menerima Taubat kamu..., dan sy berharap kamu boleh membersihkan kembali jiwa kamu. Kamu telah mempersia-siakan kebenaran dan kesucian cinta. Sehinggakan saya sukar untuk memaafkan kamu. Namun sekiranya kamu berjaya membuktikan apa yg kamu beritahu sy selama ini itu dalam diri kamu...mungkin sy blh maafkan. Namun mohon ampunlah pada Allah terlebih dahulu. Kamu bakal menjadi pejuang Islam dengan barisan pemuda Islam yang lain. Namun jikalau kamu terlebih rapuh dan tumbang....bagaimana keadaan tentera pemuda ISLAM yang lain. Nilai cinta itu terlalu suci jangan mengotorinya dgn hawa nafsu. Kerna lahirnya cinta suci ini daripada ADAM dan Hawa. Mereka dipertemukan kerna cinta suci bukan hawa nafsu. Semoga kau menemui jawapannya setelah berada di medan bumi Anbia.Ini adalah pesanan emel terakhir utk kamu. Selepas ini..., tiada lagi kisah antara kita. Saya mahu menamatnya di sni.Kerna cinta suci saya..., saya hnya serahkan kepada lelaki yang menjadi suami.”


Aku telah memblock emelku itu. Kini kisah aku dengan dia telah tamat. Aku hanya menghargai seseorang yang boleh menghargai makna cinta suci Ilahi yg diberikan ke dalam hati mereka yang terpilih untuk disatukan dengan cara halal bukannya yang telah dinodai.


p/s~kisah benar yang ingin dikongsikan..semoga menjadi pengajaran...(",)

No comments: