Cinta adalah perasaan jiwa & tarikan hati. Ia adalah fitrah. Islam
mengiktiraf fitrah ini & menggariskan 3 peringkat Cinta, iaitu:
Cinta AGUNG, Cinta PERTENGAHAN & Cinta HINA
“Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan
saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum
keluarga kamu dan harta benda yang pkamu usahakan dan perniagaan yang kamu
bimbang merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya
itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan
Rasul-Nya (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah
mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi
petunjuk kepada orang-orang yang fasik” – (At-Taubah:24)
CINTA paling AGUNG sudah tentu Cinta kepada-Nya, Allah, Rasul &
jihad di jalan-Nya. Tiada Cinta yang boleh menyamai kedudukan Cinta ini.
Seterusnya, CINTA PERTENGAHAN ialah Cinta yang terhasil daripada ikatan
seseorang yang dikasihinya samada dengan ikatan akidah, ikatan keturunan,
kekeluargaan, kaum kerabat, perkahwinan atau persaudaraan.
Manakala CINTA HINA pula ialah Cintakan taghut, syaitan musuh-musuh-Nya,
hawa nafsu, syahwat & mengutamakan kasih terhadap ibubapa, anak-anak,
isteri, keluarga, perniagaan & kasihkan negara melebihi kasih &
cintakan Allah, Rasul & jihad di jalan-Nya.
Sebenarnya dalam Islam tidak ada langsung istilah Cinta bagi mereka yang
masih belum ada ikatan perkahwinan. Lihatlah 3 peringkat Cinta yang digariskan,
adakah Islam mengiktirafkan Cinta kepada teman lelaki. Hatta, Cinta kepada
tunang pun tidak diiktiraf inikan pula kepada teman lelaki. Bagaimana kita
boleh menganalisis ciri-ciri pasangan yang bercinta kerana-Nya jika istilahnya pun
tidak diiktiraf? Ingat, hal ini berbeza dengan dua orang insan yang saling
jatuh Cinta kerana-Nya & menahan diri daripada asyik bercinta sehinggalah
syariat menghalalkannya. Cinta yang hakiki adalah mencintai-Nya, kemudian
Rasul-Nya, kemudian barulah selain mereka.
Ini adalah karangan Dr. Abdullah Nasih Ulwan (Al-Islam wa Al-Hubb):
“Kadang-kadang manusia tersalah menganggap Cintanya kerana-Nya padahal
percintaannya menyebabkan makhluk-Nya lebih diagungkan daripada pencipta
makhluk-Nya itu sendiri. Allah Ta’ala diketepikan. Mungkin matlamat dah betul
dan jelas, tapi jalannya tidak menepati syariat. Itulah yang menyedihkan. Dalam
Islam ada beberapa perkara yang perlu disegerakan.
- Apabila solat telah masuk waktunya.
- Apabila jenazah untuk dikebumikan.
- Apabila anak gadis telah bertemu calon suaminya. Kalau dilambatkan buruk padahnya.
Kita boleh buat satu kesimpulan iaitu Cinta kerana-Nya hanya akan hadir
selepas kahwin. Sebelum kahwin, andai terbit rasa Cinta antara dua orang, mereka
perlu segera dijodohkan. Bukan senang nak bermujahadah apabila hati sudah
terpaut pada seseorang. Lagipun, cepat berkahwin akan mengurangkan maksiat hati
yang dilakukan sepanjang percintaan. Maka, syariat tetap terpelihara. Barulah
Cinta-Nya tidaks hilang dari hatinya”
Dalam satu hadis riwayat Hakim Khatib, Ibn Asakir, Dailami &
lain-lain, Rasulullah (shalallahu ‘alaihi wasallam) bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang asyik kepada sesuatu lalu cuba menjauhkannya atau
melupakannya, lalu menyembunyikan di dalam hatinya, kemudian dia mati maka
matinya adalah mati syahid”
Jatuh Cinta itu tidak salah, asyik bercinta itu yang salah. Perasaan
jatuh Cinta anugerah-Nya. Tapi kalau rasa ia boleh melalaikan tentu ada perbuatan-perbuatan
yang salah, yang Allah Ta’ala tidak redhai. Muhasabah balik. Sentiasalah berdoa
kepada-Nya agar memelihara perasaan Cinta itu sebagaimana yang Dia kehendaki,
yang tidak menjauhkan seseorang dari-Nya. Allah Ta’ala Maha Penyayang.
Praktikalnya?
Tidak salah kalau seseorang itu tetap sayangkan orang yang dia minati.
Diyakini, orang itu pun sudah tentu amat mengharapkannya. Cuma kikislah
keaiban-keaiban Cinta seperti hari-hari bergayut di telefon & lain-lain.
Perbuatan-perbuatan ini yang salah bukan perasaan jatuh Cinta itu. Mujahadalah
secara perlahan-lahan & penuh kerelaan kerana takut dan cintakan-Nya. Orang
beriman utamakan kebenaran-Nya dalam hidupnya.
“(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain
dari Allah (untuk menjadi) sekutu-kutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja
dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang
beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang
melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada
hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya
tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya,
(nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)” – (Al-Baqarah 2:165)
Justeru, seseorang itu perlukan masa untuk mengubah situasi sedia ada.
Jangan mengubahnya secara mendadak bimbang nanti tidak istiqomah mengubahnya.
Waktu sekarang ini, fikirkan peranan & tanggungjawab sebagai seorang
hamba-Nya yang nak memenangi redha Ilahi, pelajar yang nak cemerlang dalam
pelajarannya & anak yang mahukan restu ibubapanya. Tanggungjawab ini semua
perlukan komitmen yang bukan sedikit. Jangan biarkan ia terabai kerana seungkap
nama lelaki yang bukan bergelar suami.
“Lelaki penzina tidak layak berkahwin kecuali dengan perempuan yang
penzina, atau perempuan yang musyrik dan perempuan yang penzina tidak layak
dikahwini, kecuali oleh lelaki yang penzina atau lelaki yang musyrik dan yang
demikian itu diharamkan ke atas orang-orang yang beriman” – (An-Nuur:3)
No comments:
Post a Comment