muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Monday, February 13, 2012

layakkah aku miliki cintaMu?? :'(

perjalanan membawaku kepada pengembaraan yang menakjubkan! aku, Kau temukan dengan insan-insan yang mulia dan tinggi darjatnya. insan yang membawaku kepada kepatuhan kepadaMu. kesuraman perjalanan kini telah ku temui cahaya terangan. dan kini langkahku semakin lancar dan pantas. namun, ketahuilah ya Rabb, terselit satu perasaan yang kian ku pendam. ianya..MALU..
benar! aku malu dengan mereka2 yang punya ilmu tinggi berbandingku. yang usianya jauh lebih muda dariku, tapi ketaatan mereka, semangat mereka dan ketinggian ilmu mereka terhadap agamaMu melebihi dari ku...Allahuakbar!:'(
ya Allah, terkadang, hati kecil ini cemburu melihat kehebatan mereka, kebijaksanaan mereka dalam membahas tentang agamaMu..dan cemburu ini semakin membuak dgn segala kelebihan yang dimiliki mereka.mampukah aku menjadi seperti mereka?? sungguh! indah perjalanan mereka. dibesarkan dalam suasana islam yang kuat. persekitaran yang pasti membentuk mereka menjadi seorang hamba yang taat lagi soleh. bertuahnya mereka. sedang diri ini, menjadi seorang yang ganjil dalam persekitarannya. yang harus diuji dan mendepani pelbagai karenah manusia yang tidak sefahaman dgn jelanku.. :'(
ya Allah, andai cintaMu amat sukar untu ku miliki, yang harus menemukan aku dengan ujian2 ini, kurniakan sebuah ketabahan yang sejati. yang bisa menguatkan aku dlm mendepani segala ujian2 ini. dan sabar dalam mengapai redhaMu..
ya Allah, sesungguhnya cintaMu terlalu berharga dan sukar diraih. terlalu banyak cubaan untuk aku meraihnya. perbagai cubaan yang Engkau sediakan buat diri ini. moga aku menjadi hamba yang kuat dan terus berada di landasanMu.
ya Ilahi, ku lihat, anak-anak muda sebayaku sanggup menjadi perantau di negara orang demi mencari ilmuMu, mengejar redhaMu. tapi bagaimana pula dengan diri ini?? yang terus di sini dan tetap di sini tanpa punya kudrat untuk berlari..
layakkah buatku memperolehi sahabt sehebat mereka?? yang punya ketabahan dalam berdepan dgn ujianMu. :'(

3 comments:

HaDi said...

Semoga anugerah sahabat yg hebat dpt dijadikan pendorong kpd kita untuk juga menjadi shbt dan hebat jua..=)

~ AlFaqeerah Ila Rabbi ~ said...

Assalamu'alaikum adikku..:'(

tersentuh hati akak, membaca coretan hatimu dik, tiada kata indah yg mampu akak hulurkan melainkan doa btmu syg, moga hatimu dan hati kakakmu ini sendiri selembut sutera, untuk terus berada dalam pelukan rahmatNya..

Bismillahirrahmainrrahim

Ya Allah, jalinkanlah hati kami dalam kasih sayang,dan damaikanlah selisih faham kami, dan bimbinglah kami ke jalan kesejahteraan serta bebaskanlah kami dari kegelapan kepada cahaya,jauhilah kekejian dari kami baik yang lahir maupun yang batin dan limpahkanlah kepada kami keberkatan baik mengenai pendengaran , pengelihatan dan hati nurani kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang, serta jadikanlah kami orang-orang yang bersyukur atas nikmatmu serta sempurnakanlah kiranya kurnia itu bagi kami.

aamiin Ya Rabbal'alamiin..

ukhti Nur said...

hadi-jazakallah khairan ya sohabat..insyaAllah..sama2 kita doakan..
ukhty iman-waalaikummussalam wbt.jazakillah khairan..insyaAllah akk..Ameen..moga dimakbulkan...
sesungguhnya diri ini terlalu rendah...Allahuakbar!moga pemilik hati lemah ini akan kuat dgn gengaman cintaNya..insyaAllah..