muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Sunday, June 10, 2012

cerpen....DiaUntukKu

“Cinta itu sangat suci. Atas nama menjaga kesuciannya, aku cuba menjaganya agar tidak pernah dikotori dengan nafsu semata. Aku tidak pernah bercinta dengan hambaNya. Namun kali ini, Dia mendatangkan seorang mujahid untuk menikahiku. Seorang yang mana aku sendiri tidak mengenalinya. Hanya menerusi orang tuaku, aku dipertemukan denganya. Usianya sepuluh tahun tua dariku. Namun kehadirannya ku terima dengan hati yang terbuka. Walaupun aku masih muda, itu tidak menjadikan alasan buatku untuk menolaknya. Kerna agama yang dimilikinya, aku menerimanya. Dia bukan seorang yang terlalu tua. Usianya tidak menampakkan dirinya. Wajahnya yang bersih menampakkan dia muda 5 tahun dari usia dia yang asal. Dia berkelulusan al-azhar. Masakan aku ingin menolaknya?kerna aku masih ingat lagi suatu dalil yang menyatakan “jika seseorang wanita itu menolak seorang lelaki yang ingin melamarnya. Dan lelaki itu miliki akhlak yang baik, ilmu agama yang tinggi. Nescaya, wanita itu akan mendapat padah yang buruk”. Oleh kerna itu, aku menerimanya. Ceritanya bermula dengan...............

“ Soffiya, sudah setahun Soffiya menamatkan pengajian. Soffiya pun dan bekerja. Umi dan abi ingin sekali melihat Soffiya berkahwin. Sudah sampai waktu untuk Soffiya berkahwin. Orangnya telah ada. Dia merupakan anak kepada sahabat umi. Umi dan abi telah bertemunya sewaktu kami di Mekah hari tu. Kami sama-sama mengerjakan umrah. Namanya Zulkharnain. Baik budaknya. Hormat orang tua. Umi berkenan dengannya. Dia pun sedang mencari calon isteri. Umi dah lama tak berjumpa dengan uminya. Kami berjumpa kembali waktu di Mekah.”bersemangat umi bercerita dengan mata yang bercahaya. Tidak sampai hati untuk aku menolaknya. Aku tersenyum. “Betul tu Soffiya. Kamu sudah 25tahun. Dah sampai waktu kamu berumahtangga seperti abang dan kakak kamu tu.”giliran abi,mencelah. Aku tersenyum lagi. Melihatkan wajah ceria mereka, tidak sampai hati ini untuk membantah. Hanya anggukkan aku menjadi tanda persetujuanku. Umi dan abi tersenyum manis. “Tapi Soffiya minta untuk diberikan masa selama seminggu untuk Soffiya beristikharah?”ujarku. Umi dan abi mengangguk dan tersenyum.

Disebalik katil aku bersandar sambil merenungi gambar keluargaku. Hanya aku yang masih belum mendirikan baitulmuslim. Kini, umi dan abi sudah mula bersuara. Sejak kecil, tiap permintaan umi dan abi tidak pernah aku membantah. Sehinggakan kerjaya aku, mereka yang tentukan. Aku redha. Seandainya itu yang bisa membahagiakan mereka. Aku ikhlas melaksanakannya. Tanpa keterpaksaan aku menurutinya. Mungkin kerana itu, aku mendapat apa yang aku perolehi sekarang. Semuanya kerana redha umi dan abi. Abi selalu berkata “Redha Allah akan datang selepas hadirnya redha umi”. Berpegang pada kata-kata itu aku menjadi aku yang sekarang. Air mata mulai mengalir. Bukan kerana tidak menyukai permintaan orang tuaku, tetapi sayu mengenangkan, diri ini akan menjadi milik orang yg tidak ku kenali. Tiada manja bersama umi. Tiada gurauan  senda bersama abi. Pasti aku merindui waktu itu.

Tepat 3 pagi, jam loceng milikku berbunyi. Selalunya aku akan mengunci pukul 4 pagi. Tapi kali ini aku ingin bangun lebih awal dari biasa. Terlalu banyak yang aku ingin sampaikan kepadaNya. Malam itu berbeza dari malam sebelumnya. Kerna, malam ini merupakan malam pertama buatku melakukan solat istikharah untuk meminta petunjuk berkenaan jodohku. Aku mengambil wuduk dan melakukan solat sunat wuduk. Lalu diiringi dengan solat tahajud. Dan diikuti solat sunat yang lain. Malam itu air mata berlinangan. Buat pertama kali aku mohon petunjuk soal jodohku. Masanya sudah sampai. Masa untuk aku mendirikan rumah tangga sudah tiba. Moga Allah pertemukan aku dengan insan yang terbaik buatku. Selama ini aku menjaga akhlak ku dengan harapan agar aku dipertemukan dengan pemilik rusuk  yang terbaik buatku.

Ya Allah, aku ingin sentiasa memperbaiki akhlak diriku. Agar pemilik dari tulang rusuk yang bengkok ini juga sentiasa memperbaiki akhlak dirinya, sebelum dia bertemu dan mengambil tulang rusuknya kembali. Semoga, Engkau mempertemukan kami di saat yang tepat dengan cara yang indah” itulah antara doa yang aku mohon dariNya. Moga Dia memakbulkannya. Buat pertama kalinya aku menangis kerana ini. Akhirnya aku menemukan waktu ini. Waktu di mana datangnya seorang mujahid yang ingin menjadikan aku sebagai teman hidupnya. Buat kali ini aku merasa berdebar-debar. Pertama kali dalam hidupku, aku membuka pintu hati ini untuk seorang lelakiyang bakal memilikiku. Mungkin waktunya sudah sampai.
Aku sudah cuba sedaya upaya untuk memelihara maruah dan diri ini. mencari seberapa banyak ilmu agama untuk menjadi seorang yang solehah dan miliki pegangan agama yang baik. Yang mana, bila diri ini dimilikinya, aku tidak akan menyusahkan dirinya dengan kejahatan dan kejahilan aku. Bahkan aku mampu  membantunya dalam jihad di jalan Allah. Dan aku tidak ingin menjadi seorang isteri yang mana di akhirat kelak menjadi isteri yang membawa suaminya ke neraka. Aku inginkan suamiku memasuki syurga tanpa masalah. Aku tidak ingin suamiku menerima azab oleh kerana kejahilan aku tentang agama. Dengan itu, aku telah mempersiapkan diri ini untuk menjadi yang terbaik buat insan yang terbaik buat ku. Dan semoga penyatuan ini sehingga ke akhirat kelak. Itulah impian dan hasratku.

Setelah selesai solat aku menggunakan masa yang ada untuk mengaji. Sehingga masuknya waktu subuh. Aku mengerjakan subuh dan membawa al-ma’thurat. Setelah itu, aku mempersiapkan diriku untuk mulakan rutin harianku dengan bekerja. Hampir setahun aku bekerja di UIA sebagai pensyarah undang-undang di sana.

“Soffiya, malam ni Soffiya bersiap cantik-cantik ya, kita makan di rumah Zulkharnain. Keluarga Zulkharnain nak jumpa Soffiya.”ujar umi. Aku hanya tersenyum. Dari kecil, sukar untuk aku membantah perintah umi dan abi. Aku hanya mengiakan dan tersenyum. Walaupun terkadang, aku harus mengalah. Dan harus menguriskan hati ini.

Pagi ini sarapan tidak dapat ku sediakan. Umi seorang di dapur. Setiap pagi isnin, itu yang akan berlaku, kerna aku akan berpuasa. Itu sudah menjadi rutin ku waktu di kampus lagi. Jika sakit dan sebab-sebab tertentu, baru aku tidak berpuasa. Jika tiada masalah, aku akan berpuasa. Menjadi kebiasaan aku untuk berpuasa isnin dan khamis.

“Umi, abi belum balik dari masjid?’soalku. “ Belum. Kenapa Soffiya?”soal umi. “Soffiya ingat nak bawa kereta abi.”jawabku. Masa semakin pantas berlalu. Aku mengambil keputusan untuk menggunakan keretaku. Vios kepunyaanku mula keluar dari perkarangan rumahku. Radio IKIM menjadi channel yang wajib buatku. Setiap kali menaiki kereta. Jika tidak, aku akan mendengar lagu karya Maher Zain atau lagu nasyid yang banyak menyedarkan aku tentang erti sebuah kehidupan dan sebuah perjalanan pengembara. Dan masih ku ingat kata-kata seorang sahabat, “Soffiya, jika ingin hati menjadi lembut, dengar dan bacalah al-Quran setiap hari. Atau mendengar ceramah. Dengan itu, ianya akan menjadi pengingat dan pelumbut hati kita. Seandainya 3 hari berturut-turut kita tidak mendengar dan membaca ayat al-Quran, tidak mendengar ceramah atau apa-apa yang bisa mengingatkan kita kepadaNya, mulai dari situ, hati kita akan menjadi keras dan iman semakin lemah”. Aku pegang kata-kata itu, dan semakin hari, aku semakin banyak koleksi rakaman ceramah, lagu nasyid. Yang mana, aku harapkan, ianya mampu membawaku mengingati Ilahi dan menjauhiku dari murka Ilahi.

“Assalamualaikum Soffiya. Berseri muka hari ni? Ada apa-apa ke?”kak Sakinah mula mengusikku. “Mana ada apa-apa kak. Soffiya Cuma senyum bila melihat kakak menggayakan  jubah tu”usik aku. Itu lah rutin harianku. Pasti ada yang menyakat aku pagi-pagi. Kalau tidak Miss Fadhilah, kak Sakinah lah yang akan mengusik aku. Aku hanya melayan. Terkadang nak juga berhibur.  Hari ini aku harus mengajar 4 kelas. Jadual untuk hari ini betul-betul padat.

Sedang aku berjalan untuk ke kelas, aku menerima panggilan telefon. Ternyata umi.

“Soffiya jangan lupa ya nak? Hari ini ada dinner dengan keluarga Zulkharnain.”umi mula mengingatkan aku. “Baik umi, Soffiya ingat. Jangan risau. Soffiya mungkin tunggu umi di kampus. Sebab kelas habis lambat.”ujarku. “ Mana boleh. Tak kan Soffiya nak pakai baju pagi tadi? Soffiya balik la awal sikit. Boleh?”ujar umi. Kata-kata umi sukar buatku membantah. “Baik umi.”balasku.

“Miss!”panggilan itu menghentikan perjalananku. Aku menoleh ke belakang. “Oh, kamu. Kenapa?”soalku. “Miss nak buat test hari ni kan? Boleh tak satukan kelas saya dengan kelas A?”balas gadis yang berkaca mata itu. “ Kamu kelas mana?”soalku kembali. “ Saya kelas B. Kami sekelas dah sepakat nak minta miss percepatkan test petang ni, pukul 4 kepada 10 pagi ni. Sebab malam nanti kami ada test lagi. Jadi ada masa buat kami untuk study.”jelas pelajar itu. “Kenapa tak bagitahu awal-awal? Kan mudah.”balasku. “Kami mana ada phone number  miss. Nombor pejabat, miss mana ada di office. Lagipun kami baru tahu yang malam ni ada test. Jumaat lepas baru tau.”ujar pelajar itu. “ Baiklah, 10 pagi ni jumpa di DK 2 okay?”ujarku. Dengan senyuman panjang pelajar itu meninggalkan aku. Aku lupa. Aku tidak memberikan nombor aku kepada pelajar aku. Ini semua kerana peristiwa yang menimpa aku sewaktu kali pertama aku di UIA. Disebabkan aku memberikan no. Seorang pelajar mengambil kesempatan untuk mendekati aku. Mula dari situ aku tidak lagai memberikan nombor aku kepada pelajar.

“Suatu kebaikkan! Aku boleh pulang dengan lebih awal. Kerana 4 petang dah tak ada kelas. Alhamdulillah. Apakah ini petanda baik? Masih berbaki 6 hari untuk aku melakukan istikharah. Semoga segalanya baik.”Ujarku dalam hati. Sedang dalam perjalanan aku ke rumah, aku memasang rakaman ceramah berkaitan perkahwinan yang disampaikan oleh ustazah siti nurbaiyah. Satu hadis yang dia sebutkan dalam ceramahnya “Dari Abu Hurairah ra., dia berkata :”Rasulullah SAW bersabda :”Berwasiatlah kepada wanita dengan baik, sebab wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, dan yang paling bengkok pada tulang rusuk adalah bagian atasnya. Maka apabila kamu langsung meluruskannya maka kamu telah mematahkannya. Dan apabila kamu membiarkannya, maka dia akan bengkok selamanya, maka berpesan-pesanlah kepada wanita”. (HR.Bukhari-Muslim)

Ianya mengingatkan aku akan kata-kata umi. “Mencari suami, carilah seperti abimu, yang mana, tiap tegurannya, adalah teguran yang berhemah”. Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan teguran berhemah? Lalu umi berkata “teguran berhemah itu adalah teguran yang mana teguran itu dibuat antara 2 insan yang bukan ditegur dihadapan umum. Dan tegur dengan lembut. Menggunakan cara dan kata-kata yang baik. Seperti abimu, dia hanya akan menegur umi di dalam bilik. Abi tak pernah menegur umi dengan kata-kata yang kasar”. Oleh kerana itu, aku mengagumi abiku. Umi terlalu banyak kelemahan. Namun, melihatkan abi yang bijak menegur, umi semakin sempurna di mataku. Jika dibandingkan umi waktu muda, jauh lebih baik umi yang sekarang. Semuanya hasil didikan abi yang berhemah. Aku harap sangat, semoga suamiku seperti abi.

“Assalamualaikum. Umi!!!!!! Soffiya da balik”aku memanggil umi. Tersenyum umi menyambutku. Aku menyalami umi. Setelah itu aku mengambil tempat di ruang tamu untuk berehat seketika. Aku menekan siaran TV9. Ternyata itu siaran kartun. “Bosannya........”keluhku. “ Sebab itu umi minta kamu berkahwin”umi mula berhujah. Aku tersenyum.

“Kenapa ni Soffiya? Termenung je? Siap mengeluh lagi. Tidak baik tahu kamu mengeluh macam ni. Ingat tak? Abi ada bagitahu tentang sabda Rasulullah waktu dia bagi kuliah maghrib pada kita semalam?
"Nabi s.a.w bersabda: “Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan meningatkan apa yang telah berlaku – sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya – melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-dosanya.”" — Abu Sa’id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a

“Ya umi, Soffiya ingat. insyaAllah, Soffiya tak akan mengeluh lagi. Maafkan Soffiya.”jawabku. Setelah segala leteran itu ku dengarkan, aku mohon diri untuk membersihkan diri dan solat. 45 minit juga perjalanan aku ke kampus. Walaupun dekat. Tetapi, kesesakkan lalu lintas yang sering berlaku di ibu kota ini menjadikan perjalanan aku semakin jauh. Itulah yang harus aku hadapi setiap hari.

“Soffiya, dah siap ke nak?”umi mengetuk pintu sambil memanggilku. Dengan beralaskan sejadah, berselimutkan telekong, aku tertidur setelah solat asar.

“Ya Allah! Kamu tidur Soffiya? Sekarang ni nak pukul 6 setengah dah.”ujar umi. Aku bangun dengan lemahnya. “Umi nak pergi pukul berapa? Kata selepas maghrib?”masih sempat untuk aku bertanya. “Umi cakap sebelum maghrib la. Kita solat di sana.”ujar umi.

Aku mula bersiap. Malam itu aku benar-benar selekeh. Aku gayakan jubah hitam yang tersedia tergantung di almariku. Bersama tudung bulat aku yang telah lama tidak ku gayakan. Tiada masa buat aku untuk mengosok tudung bidangku. “Cantik anak umi!”puji umi. Setengah jam perjalanan, kini aku sampi di rumah Zulkharnain. Berdebar-debar juga aku. Pertama kali aku menjejakkan kali ke rumah besar itu. Aku mula menyalami seorang wanita yang bertudung sepertiku. Aku diminta untuk memanggilnya dengan panggilan umi Ani. Yang ku kira dialah calon mertuaku. Baik dan peramah orangnya. “Mak ai? Ramainya orang? Ini kenduri ke apa?”bisik ku dalam hati.

“Ini mesti kak Soffiya kan?”soal seorang gadis yang ayu dengan tudung labuhnya. Seronok ku melihat keluarga ini. Semuanya bertudung labuh. Sedap mata memandang. Yang lelaki berjubah putih serta berserban. Suci je muka masing. “ Ni kalau aku jadi kahwin dengan Zulkharnain, mesti comel anak aku”bisiku dalam hati. Alhamdulillah!! Berjaya umi Ani dan Walid Ali mendidik anak mereka. Ternyata ini keluarga besar Umi Ani dan Walid Ali. Zulkharnain miliki 10 orang adik beradik. Dan yang paling seronok sekali, mereka akan berkumpul bila ada majlis keluarga. Tidak seorang pun ketinggalan melainkan atas urusan belajar di perantauan atau di asrama. 6 beradik sudah bernikah. Yang tinggal zulkarnain dan 3 orang adiknya. Kali ini majlis keluarga di mana majlis taaruf yang pertamanya. Majlis taaruf yang kedua akan dibuat di rumahku. Itu yang umi maklumkan padaku sewaktu dalam perjalanan ke sini.

 “Soffiya, mari, kita masuk ke bilik solat.”ujar umi Ani. Aku hanya mengikutinya. Umi ku sedang sibuk berbual dengan keluarga Zulkharnain. Dan sehingga sekarang aku tidak mengenali siapa pemilik nama Zulkharnain. SubhanaAllah! Besar juga bilik solat ini. Seperti surau di kampus. Cukup memuatkan 50 orang untuk berjemaah. Bagi wanita yang uzur, semuanya di dapur. Aku dan umi mengambil tempa di tengah-tengah keluarga Zulkharnain. Tidak lekang senyuman di bibirku. Walaupun hati ini berdebar-debar, namun aku tetap kelihatan tenang. Alhamdulillah. Masih bisa buatku untuk menenangkan diri ini walaupun hakikatnya jantung aku seperti nak terjatuh.

SubhanAllah! Indah dan syahdu bacaan imam tadi. Ingin menitis air mataku mendengar bacaan imam solat maghrib tadi. Allahuakbar! Begitu mantap alunan bacaannya. Siapakah dia? Adakah dia zulkharnain?? Hm...tak mungkinlah. Mungkin abangnya? Atau abi Ali. Segalanya hanya tinggal tanda tanya.

Kini, tazkirah maghrib. Yang mana abang Nazreen yang menyampaikannya. Aku tahu pun dari seorang gadis yang memperkenalkan lelaki yang dihadapan itu adalah walid nazreen yang merupakan abang sulung Zulkharnain. Tenang raut wajahnya.
 
Teringat kata-kata kak Haziqah.

”Muslim sejati selalu kelihatan santai dalam kesibukan.Tersenyum dalam kesedihan,tenang dibawah tekanan,tabah dalam menghadapi cubaan,selalu semangat untuk memperbaiki diri dan membangun kejayaan Islam”


Tazkirah kali ini sudah  tentu berkaitan dengan taaruf. Bercerita tentang taaruf dua keluarga dan kebaikkan mendirikan rumah tangga. Yang mana berkisahkan tentang tujuan majlis ini diadakan. Mengenalkan aku dengan keluarga besar ini bagi mendekatkan 2 keluarga dan menyatukan dua hati. Mantap tazkirah ringkas itu. Penuh dengan isi dan dalil-dalil. Kebijaksaan abang Nazreen dalam menyampaikan tazkirah tidak boleh disangkal. Kerna hujah-hujahnya begitu kuat dan lantang. Hari ini benar-benar hari yang terindah buatku. Namun insan bernama zulkharnain tidak juga ku kenali. Untuk bertanyakan keluarganya tentang dirinya bukan jalan yang terbaik. Nanti orang fikir aku ni gatal pula? Tapi, aku nak juga melihat peribadi insan yang bernama Zulkharnain. Untuk bertanyakan kepada umi, malu lah. Nanti umi banyak mengusik aku. Jalan yang terbaik, aku hanya diam. Dan peka dengan sekeliling. Mana tahu ada yang menyebutnya. Aku tersenyum sendirian...

“Hai kak, tak akan senyum je?”usik Suraya. Dia telah memperkenalkan dirinya sewaktu aku bersalam dengannya sebentar tadi. Malu pula aku. Alhamdulillah. Selesai solat isyak. Kami bersalam-salaman. Hari ini begitu indah sekali. Kelaurga besar ini peramah dan baik hati. Aku dilayan seperti tetama VVIP. Aku merasa segan dengan mereka. Semuanya muka berseri dan manis. Muka Pakistan habis. Umi ada cakap, 3 orang anak umi Ani ada berkahwin dengan orang keturunan syed. Jadi gaya muka macam orang Pakistan. Comel-comel je.

“Akk, boleh tak nak cium akk?”ujar seorang budak. Comel sekali. Aku tunduk lalu diciumnya pipiku. Dengan memiliki 2 lesung pipit, itu cukup memikat hati sesiapa yang melihatnya. Manja dan lembut perilakunya. Pasti anak buah Zulkharnain!

“Aisyah, itu umi Soffiya. Bukan kakak.”ujar kak Amirah. “Soffiya, ini anak akak yang bongsu. Anak buah kesayangan Zulkharnain. Tiap kali pulang ke rumah ni, mesti dia mencari walid Zulkharnain dia.”ujar kak Amirah. “yes! Akhirnya keluar juga nama itu. Semoga kak Amirah menunjukkan aku siapa Zulkharnain itu..”bisikku dalam hati.

“Soffiya dah jumpa ke Zulkharnain?”soalan yang ku nantikan.. “belum.”jawabku ringkas.

“ Hm..............haa!itu Zulkharnain!”kak Amirah mencari-cari adiknya lalu ditujukkan kepada ku sekumpulan lelaki yang berjubah putih.

Aku memandang lalu ku cari-cari siapa Zulkharnain. Belum sempat aku bertanya, kak Amirah dah pergi ke dapur. Hampa aku kerna tidak mengenalinya. Aku mengambil tempat di dapur dengan membantu umi Ani mempersiapkan hidangan. Yang istimewanya. Malam itu, kami makan cara orang arab makan. Makan dalam dulang. Seronoknya! Dah lama tidak makan macam tu. Waktu sedang kuliah dulu pernah juga makan bersama sahabat-sahabat. Tapi dah lama kami tinggalkan. Ruang makan antara lelaki dan perempuan di asingkan. Oleh kerana rumah itu besar, jadi, tiada masalah untuk menyediakan ruang untuk makan. 6 dulang buat kaum hawa dan 5 dulang buat kaum adam. Itu sudah cukup. Setelah siap makan, kini, acara yang paling aku geruni. Taaruf antara keluarga aku dan keluarganya. Tiada apa pun yang nak aku perkatakan. Aku lebih banyak berdiam.

“ Oh ya, sebelum taaruf, umi Ani nak tanya, Soffiya nak tengok muka zulkharnain dulu? Atau belum bersedia?”soalan itu yang aku nantikan. Namun lain pula yang aku jawab. “tidak!”itu jawapan aku? Terkedu pula aku mendengar jawapan sendiri. “erm.....Soffiya rasa belum masanya. Beri masa untuk Soffiya melaksanakan istikharah. Soffiya tak nak, bila Soffiya melihat wajahnya, itu akan memberikan kesan yang tidak baik untuk istikharah Soffiya. Biarlah istikharah itu dilakukan tanpa melihat pemilik nya siapa.”ujarku dengan lancar. Tanpa ku sedari, itu yang ku jawabkan? Mungkinkah itu yang terbaik? Padahal, tujuanku ke sini untuk melihat wajahnya.

Setelah mendengar jawapan ku, ruang itu menjadi sunyi dan kelihatan mereka tersenyum. “Alhamdulillah, itu lah yang umi Ani rasakan yang terbaik”umi Ani memecahkan kesunyian. Lalu, taaruf bermula. Aku memperkenalkan diri dan serba sedikit tentang diriku.

“Assalamualaikum, saya Ainun Soffiya Abdul Mustafa. Anak bongsu kepada umi dan abi. Miliki seorang abang dan 2 orang kakak. Saya bekerja sebagai seorang pensyarah di UIA. Tiada apa yang mampu saya perkatakan. Kerna umi dan abi yang mencarikan jodoh buat saya. Dan saya rasa itu yang terbaik. Apa yang penting, lelaki itu miliki ilmu agama yang tinggi, menghormati orang tua saya. Boleh membimbing saya. Dan menerima keluarga saya. Apa-apa pun, saya memerlukan masa untuk membuat istikharah bagi menguatkan lagi keyakinan saya dengan  pilihan umi dan abi. Saya harap keluarga umi Ani tiada masalah untuk menantikan jawapan dari saya.”ujarku dengan ringkas.

Setelah 30 minit berlalu, kami akhiri taaruf dengan jamuan ringan. Dan setelah itu, umi dan abi mohon untuk pulang. Kami bersalaman. Dan saling bertukar nombor. Aku mulai rapat dengaan adik-beradik zulkharnain dan ank buahnya. 2 orang adik perempuannya sangat baik dan sopan. Seorang merupakan pelajar UIA. Namun tidak pernah ku berselisih dengan nya. Seorang belajar di Darul Quran. Seronok aku mengenali mereka. Semuanya baik. Dan seorang adiknya di Jordon. Ambil bidang eekonomi. Itulah yang aku tahu dari kedua adiknya. Kami bertukar nombor dan email. Habis semuanya diminta. Aku member tanpa menolak. Tidak enak pula jika aku tidak memberikannya. Mereka pun bukan sapa-sapa, bakal keluarga aku juga.

“Macam mana Soffiya? Seronok? Umi harap Soffiya suka dengan keluarganya.”ujar umi. Aku hanya tersenyum dan mengiakan. “Kita kalau nak berkahwin, kita kena berkahwin dengan keluarganya dulu. Barulah aman rumah tangga. Jika keluarganya dapat kita kawal dan bergaul dengan baik, insyaAllah, rumah tangga akan damai.’ujar umi. “oh ya, umi kagum dengan anak umi. Umi senang bila Soffiya menolak untuk melihat wajah Zulkharnain. Kerna dengan itu, istikharah Soffiya itu lebih afdhal. Tidak melihat rupa paras itu lebih baik. Tidak menganggu kita untuk membuat keputusan. Dan keputusan yang kita buat, tidak berdasarkan rupa paras, tetapi, keyakinan kita padaNya.”ujar umi lagi. Aku hanya tersenyum dan abi hanya mengiakan apa yang diperkarakan umi.

Malam itu aku menghabiskan masa dengan facebook dan blog sebelum aku masuk tidur. Dah lama juga tidak aku update. Post terakhirku di blog tentang ringkasan kisah hidup habib umar.1230 notification, 33 mesej dan 40 friend request. Itulah akibatnya tidak membuka facebook selama seminggu. Dah bersarang. Namun mesej yang aku reply adalah mesej dari Umie Hajar. Akak angkat aku yang ku kenalinya di alam maya. Namun itu tidak sedikit pun menjarakkan hubungan kami. Walaupun kak umie menetap di arab Saudi, kami tetap berhubung. Dia benar-benar istimewa bagaiku. Dan dia antara orang terpenting dalam hidupku. Tiap yang berlaku pada aku, akan ku ceritakan kepadanya. Terkadang bila aku fikir, kak umie lebih rapat dengan ku berbanding kakak aku sendiri. Untuk notification, aku akan lihat segala yang berkaitan dengan sahabat rapatku dan groupku. Dan malangnya untuk sahabat yang aku approve hari itu hanya seorang iaitu IBNU ALI. Tidak punya mutual friend tapi terdetik buatku untuk menerimanya? Hm, aku melihat wall nya. “Alhamdulillah, banyak perkongsian yang menarik. Dan tidak salah untuk aku menerimanya. Banyak yang dikongsikan. Kebanykkannya perkongsian tentang tauhid. Moga aku dapat menenalinya lebih dekat.” Terdetik hatiku untuk berkata sedemikian.

“Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)

Hadis itu benar-benar menarik aku untuk mempercepatkan dalam membina masjid. subhanAllah, indahnya agamaMu ya Rabb. Segalanya lengkap Engkau persiapkan buat kami.

Hari itu, tidak seperti kebiasaan, aku mulakan malam itu dengan membaca al-Quran dan setelah itu aku menunaikan solat tahajud. Di ikuti solat-solat sunat yang lain. Istikharah aku lakukan pada solat yang kedua terakhir, setelah itu aku akhiri dengan witir. Allahuakbar! Aku benar-benar tidak berdaya. Aku hanya berserah padaNya. Aku tidak mengenali pemilik nama Zulkharnain. Dan diri ini hanya berserah kepadaNya. Moga Dia menunukkan jalan yang baik buat aku. Jalan yang mana Dia tunjukkan kepada hambaNya yang Dia redhai.

“Soffiya, akak dengar kamu nak kahwin, betul ke?”soal kak Fadhilah. “Benar kak”jawabku ringkas. “Mana Soffiya kenal lelaki itu? Setahu akak, Soffiya tiada kenalan lelaki. Kenalan Soffiya, hanya budak kampus yang lama tu je kan? Dan mereka semua sudah miliki pasangan masing-masing”ujar kak Fadhilah. “ Soffiya sendiri tidak mengenalinya akak. Semuanya umi dan abi yang kenalkan. Mereka yanag uruskan.”ujarku. Terbeliak mata kak Fadhilah dengan jawapan aku. “Soffiyah tak risau ke? Tak takut? Siapa lelaki tu? Saudara? Kenapa tak membantah? Berapa umurnya? Kerja apa?’soal kak Fadhilah. “Dia anak kawan umi Soffiya. Lulusan al-azhar. Dia Muhammad Zulkharnain. Dia bekerja sebagai pensyarah di UKM. Dan penceramah sambilan.”jawabku. “wah! Lulusan al-azhar?seronok nya!”matanya yang bulat kita sepet dengan senyuman yang terukir di wajahnya. “berapa usianya?”soal kak Fadhilah. “sepuluh tahun tua dari Soffiya”ujarku sambil senyum. “ Mak ai??tuanya?”balasnya. “Soffiya tak kisah kak. Itu semua umi dan abi yang uruskan. Soffiya tak nak kecewakan umi dan abi. Lagipun, Soffiya ada buat istikharah. Buat masanya ini, semuanya baik. Tiada masalah. Jika dia memang untuk Soffiya, Soffiya terima. Yang penting, agamanya.”balasku. kak fadhilah mengangguk dan tersenyum. “Akak tak kisah Soffiya, yang penting, Soffiya bahagia. Adil ke Soffiya? Jodoh Soffiya, umi dan abi yang tetapkan sedang, jodoh abang dan kakak-kakak Soffiya,mereka yang carikan.”soal kak Fadhilah. “Mereka dan Soffiya berbeza kak. Kalu nak tunggu Soffiya yang cari sendiri. Lambat lah. Soffiya tak banyak kenalan lelaki. Jadi sukar buat Soffiya. Lagipun, orang bukan nak dengan Soffiya. Terlalu banyak yang perlu di jaga. Sukar. Orang tak faham cara Soffiya berfikir.”balasku. kak Fadhilah tersenyum.

Mungkin betul. Tidak adil kerna aku tidak diberikan waktu untuk membuat pilihan. Tapi, aku rasakan, ini yang terbaik. Lulusan al-azhar. Orang yang aku cari-cari. Yang ku harapkan dapat membimbing aku. insyaAllah.

“Soffiya, kenapa umi tengok Soffiya banyak termenung je sekarang? Adakah umi dan abi terlalu memaksa Soffiya? Soffiya tertekan ke sayang?”soal umi. “Umi, jangan cakap macam tuh, umi dan abi tak salah. Betul tindakan umi dan abi. Soffiya pun dan semakin tua. Memang masanya buat Soffiya berkahwin. Cuma masalah kerja saja. insyaAllah, tak ada apa-apa.”balasku sambil sandar di bahu umi.

Sesungguhnya aku amat takut untuk menantikan jawapan yang aku sendiri masih tertunggu. Aku bimbang hati ini akan berubah. Aku bimbang ada perkara lain yang membuatkan aku berubah. Semoga segalanya baik.

Malam ini malam terakhir aku. Selama enam hari. Tiada tanda-tanda negatif. Yang ada, aku makin yakin dengan keputusan dan pilihan umi. Namun hari ini akan ku laksanakan juga. Semoga ianya dapat memberikan tanda yang baik.

Setelah melaksanakan solat sunat. Aku mengerjakan solat subuh dan diikuti dengan al-Ma’thurat. Minggu ini adik beradik ku balik. Abang-abang dan kakak-kakak semua balik. Rumah menjadi riuh rendah. Dan malam ni keluarga zulkharnain akan datang. Sebelum kami di satukan. Kami akan pertemukan kedua keluarga kami. Moga dengan ini, dapat mengeratkan silaturrahim dua buah keluarga.

Sedang aku termenung di beranda di luar bilikku, aku teringat dengan kata-kata ustazah Sharifah
 
Wanita solehah itu selalu taat kepada Allah dan Rasul-Nya,Make up nya adalah
basuhan air wudhu, Lipstiknya adalah zikir kepada Allah, Celak matanya adalah memperbanyak bacaan Al Quran, Wanita solehah sangat memperhatikan kualiti kata-katanya.
Ia akan sangat menjaga setiap tutur katanya agar bernilai bagaikan untaian intan yang penuh makna dan bermutu tinggi.”
 
Mampukah aku menjadi wanita solehah? Melihat keluarga Zulkharnain. Bimbang aku seandainya aku tidak mampu menjadi isteri yang didambakan oleh zulkharnain. Malam ini akan akan dipertemukan dengannya buat kali pertama. Dia sudah mengenali aku. Namun aku, tidak mengenalinya. Mungkin malam ini akan menemukan aku dengannya. Oleh kerana esok merupakan cuti kemerdekaan, jadi, abang dan kakak aku akan pulang pada esoknya.
 
“Kenapa ni? Soffiya takut?”soal kak Tiey. “Ya kak. Soffiya takut. Takut seandainya Soffiya tak dapat jadi yang terbaik. Soffiya bukan lulusan al-azhar. Banyak kelemahan Soffiya. Lagipun keluarga dia bukan macam keluarga kita kak Tiey. Keluarga dia sangat-sangat menjaga agama.”ujarku. “Orang yang beriman selalu punya cara sendiri untuk menata hatinya, meski berlawanan dengan apa yang ia terima dalam kehidupan.saat mendapat musibah, hatinya tegar, selalu mengingat-ingat kelebihan/niat yang diberikan Allah, pendek kata, kepasrahan menjadi sesuatu yang mengakar tajam dalam hati dan jiwanya. Jadi, akak nak Soffiya jadi seperti golongan itu ya?”petah kak Tiey berkata-kata.
“Jika mereka mengenali umi dan abi, mungkin umi dan abi dah bagitahu tentang keluarga kita. Lagipun, ini calon dari umi dan abi. Mungkin mereka dah tahu tentang keluarga kita”ujar kak Tiey lagi. Aku hanya bimbang. Bimbang jika Zulkharnain tidak dapat menerima kekurangan aku dan keluarga. Aku memerlukan seorang yang miliki ilmu agama yang tinggi supaya mudah buatnya untuk memimpinku, membimbingku. Dan semoga dengan imannya, dia bersabar dalam mendidik aku. Aku sedari akan kekurangan yang aku miliki. Oleh kerana itu, aku khuatir. Mungkin mereka melihat aku seperti mereka. Tapi tidak pula kak Za dan kak Ida. 2 kakak ku itu berbeza sikap denganku. Mereka lebih bebas dan moden.
 
Aku sedar, umi dan abi menginginkan menantu seperti Zulkharnain. Yang mana, aku seorang anak mereka yang mengikut jejak mereka. Dan oleh kerana itu, mereka ingin aku miliki seorang suami seperti zulkharnain. Yang miliki agama yang kuat. Agar aku menjadi lebih baik dari aku yang sekarang. Namun aku yang tidak yakin dengan diriku.
 
“ya Allah, kuatkan aku. Moga jodoh ini, jodoh terbaik untuk aku.”doaku dalam hati.
Petang ini, aku mulai bersiap-siap untuk menyambut kahadiran keluarga Zulkharnain. Yang mana dijangka 4 buah kereta akan datang. Rumah kami yang serdahana ini belum mampu memuatkan keluarga besar Zulkharnain untuk solat berjemaah.
 
Ketibaan tetamu yang dinantikan dari siang tadi sudah mula kelihatan di luar rumah. Seperti biasa, kami mula berkumpul di ruang tamu pertama untuk menunaikan solat maghrib. Setelah itu abi ku mengambil tempat untuk memberikan tazkirah pendek.
 
“Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".”
 
“Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

“Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Itulah dalil-dalil yang abi gunakan dalam tazkirahnya. Segala hujah diberikan dengan jelas dan padat. Aku sangat mengkagumi abiku. Setelah itu, kami berjemaah untuk solat isyak.
 
Makanan sudah tersedia. Makanan semuanya di hidangkan di ruang tamu kedua rumah kami.
 
Kali ini kami tidak mengasingkan tempat. Tempat yang sama, tapi antara lelaki dan perempuan, itu ada jarak pengasingan.
 
Alhamdulillah, setelah siap segalanya, kami ke ruang hadapan. kali ini lebih santai. Dan bukan untuk formal pun. Sekadar datang, makan, dan solat bersama. Sekadar mengeratkan hubungan kekeluargaan. Itu yang umi dan abi inginkan dari keluarga besan mereka yang sebelum ini. Namun, keluarga Abang Badrul dan Abang Amin tidak seperti yang umi dan abi inginkan. Keluarga kak Tiey yang mungkin ada persamaan dengan keluarga zulkharnain. Namun keluarga kak Tiey jauh. Jadi sukar untuk bertemu. Setahun dua tiga kali je bertemu. Kali ini, zulkharnain mengambil tempat untuk bercakap. Allahukabar! Berkali-kali aku beristighfar. wajahnya berbeza dari apa yang aku gambarkan. Terasa diri ini tidak layak buatnya. Wajahnya tenang tika berkata-kata. Matanya tepat memandang tiap yang ada di ruang itu. Orangnya tinggi dan tegap. Miliki lesung pipit yang menambahkan manis di raut wajahnya. Janggut nipisnya tidak menampakkan dia berusia. Jika dilihat pada raut wajahnya, dia seperti 5 tahun lebih mudah dari usianya yang sekarang. Kini bila tiba umi Ani menanyakan aku tentang keputusan yang mereka nantikan selama ini. Akhirnya aku mula berbicara................
 
 
Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh
Dengan lafas bismillahirrahmanirrahim., saya Ainun Soffiya Abdul Mustafa, menerima calon yang telah ditetapkan oleh umi dan abi iaitu, zulkharnain, sebagai suami saya.
 
Dengan lafas itu, semua di situ mengucapkan syukur. Dan tidak ku sangka-sangka, tanpa segan dia mengerjakan sujud syukur dihadapan kami sekeluarga. Dan tidak semena-mena mengalir air mataku. Hari ini merupakan hari yang paling bahagia sekali. Aku benar-benar tidak menyangka peristiwa ini akan berlaku dalam kehidupan aku. Dan tidak salah lagi keputusan yang aku buat. Hati aku menjadi tenang dan lega setelah memberikan jawapan itu. Alhamdulillah. Semuanya bersalaman dan berpelukkan. Setelah itu, umi dan abi membincangkan tarikh kami untuk bertunang. Tetapi setelah keduanya bersetuju untuk terus berkahwin, akhirnya umi dan abi menetapkan untuk kami berkahwin 2 bulan dari sekarang. Namun, umi Ani ingin juga kami bertunang,kerana dibimbangi, dalam masa 2 bulan itu ada perkara yang tidak disangka-sangka akan berlaku. Kami akhirnya mengikuti cadangan umi Ani. 2 minggu dari sekarang kami akan bertunang dan 2 bulan lagi akan kami melangsungkan pernikahan. Alhamdulillah. Segalanya selesai. Apa yang aku ingin katakan telah ku katakan. Buat pertama kalinya aku diajak untuk berbual dengannya. Namun diperhatikan oleh kaum keluarga. Kami berbual di kerusi luar yang menjadi tempat aku melepak dengan umi tika menunggu abi pulang dari bermain badminton dengan sahabatnya.
 
“Assalamualaikum” Zulkarnain mula bersuara. Aku menjawab salamnya sambil tersenyum memerhati kawasan halamanku. Malu, takut, gementar, terharu, semua ada.
 
“Firstly, thanks a lot, kerana Soffiya sudi menerima saya sebagai pasangan hidup Soffiya.”sekali lagi zulkharnain berkata-kata. “wah! Pandai speaking lah ustaz ni”bisik ku dalam hati.
 
“Eerm.....welcome. semua tu atas petunjuk Dia. Terima kasih juga pada awak, sebab terima saya yang dhaif ini.”balasku.
 
Allah SWT menilai seseorang bukan kerana wajahnya yang ayu,bukan kerana tubuhnya yang cantik dan gagah, bukan kerana kemewahannya dan bukan kerana kedudukannya yang tinggi melainkan Allah menilai seseorang pada hatinya. Oleh sebab itu peliharalah hatimu,penuhi ia dengan ketakwaan dan kasih pada Allah SWT”.Dan itulah yang saya buat. Memilih Soffiya bukan berdasarkan rupa, luaran. Tetapi agama.”ujarnya
 
“Kalau Soffiya nak tahu, saya terlebih dahulu mengenali Soffiya. Waktu tu di UIA. Tapi saya tak sangka Soffiya anak abi Mustafa. Saya tahu pun waktu Soffiya datang ke rumah saya hari tu. Tapi sejujurnya saya mula tertarik dengan Soffiya sewaktu di perkarangan parking di UIA. Waktu tu saya nak ambil adik saya. Jadi, saya ternampak Soffiya. Cuma tak kenal je. Waktu tu hati saya dah mula tertarik dengan Soffiya. Namun saya batalkan niat saya selepas umi dan abi saya mencadangkan kepada saya untuk mengambil anak abi Mustafa sebagai isteri saya. Saya pun tak tahu orang yang saya lihat di UIA tu adalah anak abi Muastafa. Waktu tu selepas umi saya berjumpa dengan umi awak,umi terus memberikan cadangannya itu dan saya mengikut tanpa membangkang. Jadi, saya melakukan istikharah di sana. Alhamdulillah, saya dapat jawapan nya. Dan saya tak takut menantikan jawapan awak kerana saya yakin yang awak akan menerima saya” balasnya.
 
“Amboi, perasan betul?”bisik ku dalam hati. “Mengapa cepat untuk awak meyakinkan diri awak?”soalku.
 
“Setelah saya melihat awak di rumah saya, saya terus menjadi yakin. Kerana awak lah orang yang saya nak kenal. Orang yang saya cari. Tapi hajat saya mati bila umi mencadangkan saya untuk mengambil anak abi Mustafa. Kebetulan awak anak mereka. Jadi, saya lebih yakin. Tak salah jika saya ada perasaan untuk berkenalan dengan awak waktu itu kan?”jawabnya
 
Aku terdiam. “Pelik juga. Aku tidak pernah berjumpanya, dia pula tahu macam-macam pasal aku.”gerutu aku dalam hati
 
“Seperkara lagi, syukran ya, awak menerima saya sebagai sabahat awak di facebook.”balasnya
 
“Hah????????!bila pula aku jadi kawan dia? Macam mana aku approve dia?? Setahu aku aku memilih untuk menerima orang menjadi sahabat aku di facebook.”berkata ku dalam hati.
 
“Maaf, siapa nama yang awak guna? Dan macam mana awak dapat facebook saya?”soalku
“IBNU ALI. Dan saya dapat facebook awak dari adik saya. Awak lupa? Awak kan ada bagi facebook awak pada adik saya. Maaf kalu awak marah”ujarnya.
 
“Jadi Ali tu nama abi awak? Hurm, saya tak marah. Cuma terkejut. Saya lupa pula. Kebanykkan orang yang letak  ibnu tu akan letak nama ayah dia. Hurm.. tak sangka. Saya masuk ke jerat awak. Saya pun tak sangka saya akan approve awak. Sebab awak tak ada mutual friend dengan saya pun. Dan kawan awak di facebook hanya 20 kan?”balasku.
 
“Ya, 20 orang, dan semua itu keluarga saya. Umi, abi, adik beradik, dan awak.”ujarnya. aku tergelak mendengar jawapannya.
 
Hari demi hari berlalu dengan pantas. Aku kini sudah dimiliki oleh seorang insan yang mana tidak ku sangka-sangka akan kehadirannya dalam kehidupan aku. Dengan sekali lafas, dengan dinikahi oleh abi ku, aku kini menjadi milikinya. InsyaAllah, kami akan berbulan madu di Mekah. Kami dan kedua orang tua kami akan mengerjakan haji pada tahun ini. Dan itulah impian aku selama ini.
Dalam malam yang sunyi. Dan ditambah, kesejukkan angin di beranda, aku dan Zulkharnain berbual di beranda luar bilik ku. Bulan dan bintang menjadi saksi akan pertemuan kami malam itu. Indah! Romantic  sekali! Pertama kali aku berbual dengan seorang lelaki di malam hari dengan keadaan yang penuh romantic seperti malam ini. namun hari ini, tiada siapa yang nak marah, kerna lelaki ini merupakan suamiku! Dalam kesamaran malam, Zulkharnain mengengam tanganku lalu berkata “Soffiya, terima kasih menerima abang sebagai suami. Moga Soffiya menerima segala kekurangan abang. Dan diharapkan Soffiya dapat menjadi pelengkap dalam setiap kekurangan yang abang miliki. Dan menjadi penguat buat abang untuk terus berjuang di jalanNya. Aku tersenyum lalu tertunduk malu. “Ya Allah! Ingin je aku jerik. Tangan aku ni dah lah kecil, dia gengam punya lah kuat. Adoi. Cuba lah lembut sikit. Kesian lah dengan aku ni. Dah lah sejuk. Tak nak bagi sweater ke? Ish, keadaan dan romantic, tapi dia tak terpengaruh langsung dengan suasana sekarang”rengus aku dalam hati.
 
Setelah melihat aku memeluk tubuh kecilku, mungkin dia dapat mengagak yang aku dalam kesejukkan. Akhirnya dia bawakan selimut dan menyelimuti tubuh kecilku. Riang aku dalam hati! Akhirnya dia memahami juga keinginan aku. “hahahahahahahahahahaha..asyik!”ketawa riang aku dalam hati. Pertama kali aku merasai semua ini. benarlah kata orang tua. Bercinta selepas kahwin, itu lebih indah. Kerana banyak yang boleh dibualkan dan dikongsikan. Setelah beberapa minit suasana sepi, kini aku mula berbicara.
 
“ Soffiya pun nak ucapkan terima kasih juga pada abang kerna menerima Soffiya sebagai isteri abang. Seperti yang abang tahu, Soffiya bukan lulusan al-azhar. Jadi abang tak boleh nak mengharapkan Soffiya seperti sahabt abang di al-azhar. Mungkin ilmu mereka lebih tinggi berbanding Soffiya. Oleh kerna itu, Soffiya perlukan bimbingan dan didikan dari seorang suami. Dan Soffiya harap, abang bukan sekadar seorang suami, tapi, seorang ayah buat anak Soffiya. Dan sebagai sahabat Soffiya.”ujarku. Malam itu menjadi malam yang paling indah. Aku akhirnya dipertemukan dengan jodoh yang aku nantikan selama ini. aku akhirnya menjumpai pemilik tulang rusuk ku. Yang mana selama ini ku nanti-nantikan. Alhamdulillah. Aku meredhai agamanya.
 
“Soffiya, bangun, dah subuh ni sayang”dengan penuh kesabaran zulkharnain mengejutku. “baik, Soffiya bangun”jawabku.
 
Dengan lemah aku mencapai tuala. Air waktu itu tidak seperti biasa, ku rasakan sejukkanya sehingga menusuk ke tulang. Ku lihat, Zulkharnain setia menunggu aku di tikar sejadahnya. Sambil mengaji.
“sedap, lunak bacaannya”sempat aku memuji dalam hatiku. Aku melihat jam, bimbang akan kelewatan untuk subuh. Malu aku, kerana kali pertama jemaah subuhn bersamanya pada kelewatan waktu.
 
“4pagi??????!”terkejut aku. zulkharnain hanya mengetawakan aku. Sempat lagi dia meletakkan Al-Quran di meja lalu mengetawakan aku. “patut lah Soffiya mandi dalam kesejukkan. Rupakan pukul 4 pagi. Abang kejut Soffiya pukul berapa tadi”soalku. “3 setengah pagi”jawab zulkharnain sambil berbaki ketawanya padaku.
 
“Kenapa sayang tak guna air panas tuh?”soalnya. “Soffiya ingat subuh. Biasanya kalau subuh, Soffiya akan guna air paip je. Supaya segar. Kalu qiam, barulaah Soffiya guna air panas tuh. Abang cakap tadi bangun subuh. Saja tipu Soffiya....” aku mulai merengek manja sambil mengeringkan rambut.
 
Setelah berqiam, kami bersama-sama membaca al-Quran. Seronok! Ini yang aku impikan. Dan kini menjadi kenyataan tidak salah pilihan umi dan abi. Segala yang ku impikan menjadi kenyataan. Benarlah janjiNya.!
 
“Soffiya, maafkan abang ya. Bukan niat abang nak tipu Soffiya, tapi Soffiya tu, lena sangat tidur. Tak sampai hati nak kejutkan Soffiya banyak kali, jadi abang tipu lah. Biar cepat sikit Soffiya bangun.”ujar zulkharnain ingin memujuk. Aku hanya menyalaminya setelah solat subuh dan meletakkan sejadah di rak. Tanpa berputus asa, sekali lagi dia memohon maaf, kali ini, dia berikan suatu keratan kertas yang  mana dia mengambilnya dari dalam bekas kaca.
 
Aku membuka lipatan kertas itu dan ku lihat............
 
“aku ingin dirimu menjadi seperti Fatimah yang taat pada Ali,Aku ingin dirimu menjadi seperti zulaikha yang cinta pada yusuf kerna cintaNya,Aku ingin dirimu menjadi seperti mariam yang sentiasa memelihara dirinya,Aku ingin dirimu menjadi seperti khadijah yang sentiasa bersama Nabi walau susah dan senang, Aku ingin dirimu seperti Aisyah yang menjadi penceria hidup Nabi.. “jadilah seperti wanita-wanita ini, insyaAllah, sayang akan selamat”
 
Menitis air mataku, tidak ku sangka, insan yang bernama Muhammad Zulkharnain ini terlalu istimewa orangnya. Ada saja kejutan yang diberikan. “Kenapa sayang menangis? Abang tak berniat nak menguriskan hati Soffiya sekali lagi. Abang Cuma nak buat kejutan. Mulai hari ini, Soffiya akan pilih satu lipatan kertas, dan dalamnya akan ada kata-kata dari abang buat Soffiya.”ujarnya sambil mengusap rambutku.
 
 “Soffiya tak sedih, tapi terharu. Miliki suami sebaik abang. Terima kasih untuk segalanya. Soffiya takut Soffiya tak mampu jadi macam yang abang inginkan.”balasku.
 
“Abang tidak menginginkan kesempurnaan. Kerna abang tahu, abang sendiri tidak sempurna. Abang akan bentuk Soffiya menjadi isteri yang solehah. insyaAllah. Cuma kata-kata itu sebagai pendorong soffiya menjadi isteri yang solehah. Itu sja”balas zulkharnain sambil mengesat titisan air mata di pipiku.
 
Setelah mengemas bilik, aku ke dapur membantu umi menyediakan sarapan. “Dah bangun pengantin baru kita?”usik umi. “Sudah lah. Hari ini umi nak masak apa? Mari Soffiya bantu”ujarku. “Bukan main rajin lagi anak umi ni? Hurm, bahagia ya menjadi isteri orang? Macam ni lah anak umi. Hari ni kita masak nasi goring kampung. Masakan kesukaan Zulkharnain”ujar umi. Aku sendiri tidak tahu kesukaan suamiku, umi lebih mengenalinya. Aku tertunduk malu.
 
“Kenapa ni Soffiya? Sejak bila jadi sensitive ni? Sedih? Soffiya baru kenal dengan Zulkharnain. Soffiya kena lah banyak bertanya. Jangan terlalu memaksa diri untuk menjadi sempurna. Ingat, kesempurnaan itu tidak mampu untuk kita mencapainya. Umi tahu, kegemaran dia sebab dia ada menyatakannya waktu kami di Mekah dulu.”ujar umi. Aku kembali menenangkan hati. Aku risau seandainya aku tidak mampu menjadi yang terbaik. Banyak tentang zulkharnain tidak ku ketahui. Sedang, hal aku, sudah banyak yang dia ketahui.
 
“Sayang masak apa ni? Umi ke sayang yang masak?”tanpa segan silu, zulkharnain menegurku dengan panggilan sayang. Umi pula hanya tersenyum. Aku lihat, zulkharnain begitu mesra dengan abi dan umi. Sehingga tiada yang kekok ku lihat setiap kali dia bersama umi dan abi. Tidak seperti aku. Aku agak malu dengan umi dan abinya.
 
Setelah bersarapan, adik beradik aku meminta izin untuk pulang ke rumah. Kerna esok mereka akan mulakan kerja.
 
Rumah menjadi sunyi. Umi dan abi ke pasar. Hanya aku dan zulkharnain yang tinggal di rumah. Kami mengambil kesempatan untuk mengemas rumah. Zulkharnain tidak kekok membantu aku mengemas rumah. Senang aku melihatnya. Superti sudah lama mengenalinya. Dia membuatkan aku senang tika berdampingan dengannya. Seperti sudah lama aku mengenalinya.
 
“Sayang, tadi abi telefon abang, katanya, dia dah bagitahu sahabatnya, tentang permohonan sayang untuk mengajar di UKM. Segalanya berjalan lancar. Sayang akan lapor diri bulan depan. So, kita boleh pergi kerja sama-sama”ujar zulkharnain dengan gembiranya. Aku sekadar tersenyum dan mengenyitkan mata.
 
Pagi itu kami gunakan masa untuk menunaikan dhuha. Dan setelah itu kami menghabiskan masa dengan membaca buku di bilik bacaan di rumah ku. Ternyata! Zulkharnain minat membaca. Kami habiskan masa pagi itu dengan membaca. Bila menyedari kepulangan umi dan abi, aku turun mendapatkan umi dan abi. Dan membantu umi menyediakan lunch hari itu. “Umi rehat. Kali ini Soffiya nak masak”ujarku. “Amboi, pengantin nak masak. Rehat lah umi ya?”ujar umi. Aku mengenyitkan mata. Hari itu aku hidangkan sup sayur, ikan masak asam pedas, tom yam dan puding. Alhamdulillah. Masakkan aku mendapat pujian suami tercinta. 2 minggu kami bercuti. Umi dan abi sangat seronok. 5 hari sebelum kami ke rumah zulkharnain, kami ke Pulau Kapas, Terengganu. Menghabiskan cuti di sana dan boleh kata sebagai honeymoon. Segala penginapan kami di sana di tanggung oleh abang Nazreen. Beliau beria memperkenalkan kami dengan Pulau Kapas. Kami hanya menggunakan peluang yang diberikannya itu dengan sebaik mungkin. Kami semakin mengenali hati budi masing-masing. Di sana banyak yang aku ketahui tentang siapa insan bernama Zulkharnain. Beliau merupakan seorang yang penyayang, baik hati, penyabar, suka kanak-kanak, pelawak. Pendek kata, aku senang bersamanya. Dan aku sangat bersyukur dengan pilihan kedua orang tua kami. Aku benar-benar bahagia..
 
Setelah 2 tahun kami berkahwin, kami dikurniakan 3 orang anak. Alhamdulillah. Kandungan aku yang pertama mengurniakan seorang anak lelaki. InsyaAllah, bakal mengikut jejak walidnya. Dan kandungan aku yang kedua memberikan aku sepasang kembar. Lelaki dan perempuan. Aku bersyukur kepada Ilahi, kerana mengurniakan aku anak-anak yang bisa menjadi waris bagi perjuangan kami demi Islam. InsyaAllah.

ciptaan:Ukhti Nor

2 comments:

inni akhafullah said...

terharu baca..teringin sgt nk bertemu jodoh seperti ni..=)

ukhti Nur said...

qul insyaAllah..:)