muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Sunday, June 10, 2012

cerpen..kerna...kau..sahabatku.......


Dalam kesedihan, Ummul Qaisya cuba menahan rasa sebak dan kesedihan atas pemergian ibu  tercinta. Selama ini Qaisya hanya mengharapkan ibunya untuk melakukan setiap kerja. Dia begitu manja dengan bondanya. Dengan usia 17 tahun, Qaisya sangat memerlukan ibunya. Peralihan usia seperti ini memerlukan seseorang untuk memandunya agar memilih jalan yang benar. Yang mana, jalan itu haruslah diredhai oleh Ilahi. Namun, dengan pemergiaan ibunya, sukar buat Qaisya dalam membuat keputusan dan memilih jalan yang terbaik buatnya. Oleh kerana Qaisya sering bergantung dengan ibunya, ini amat sukar buatnya untuk berdikari. Dan yang paling sedih, Qaisya merupakan anak tunggal. Jadi tiada lagi tempat buatnya untuk bergantung. Yang ada hanya seorang ibu saudara yang hanya menggilakan harta yang dimiliki oleh Qaisya. Dan hanya seorang yang Qaisya boleh percayakan. Dia ialah Az, sahabat Qaisya yang dikenalinya sejak 5 tahun lalu.
“ Qaisya, bersabar ya sahabat. Setiap ujian pasti ada hikmahnya. Az harap Qaisya tabah dalam menghadapi ujian ini ya. Jangan terlalu memikirkan perkara yang buruk. InsyaAllah, Mak Su sanggup membela Qaisya. Qaisya tinggal dengannya ya?”Az cuba menenteramkan hati sahabatnya. Sejak mengenali Az, Qaisya banyak berkongsi masalah dengan sahabatnya itu. Az banyak memberi semangat buat Qaisya sejak ayah Qaisya meninggal 2 tahun lalu kerana kemalangan jalan raya.
“Az bukan tak tahu dengan Mak Su tu. Dia hanya nakkan harta dan kemewahan yang Qaisya miliki. Sebab itu Mak Su buat baik. Qaisya tahu dia. Dia terlalu tamakkan harta. Dan dia sanggup buat apa saja. Dia mesti nak syarikat yang ayah tinggalkan untuk Qaisya. Mak Su pun bukan suka ibu. Selepas ayah meninggal, Mak Su tak pernah jumpa Qaisya dan arwah ibu. Tiba-tiba kali ni Mak Su datang. Ini semua sebab dia ada rancangan jahat”panjang Qaisya mengadukan perihal tentang Mak Su nya kepada Az. Az tahu dan sangat mengenali Mak Su. Sewaktu pemergian ayah Qaisya, Mak Su sangat marah dan menyalahkan Qaisya serta ibunya atas kematian abangnya. Sejak itu Mak Su tak mengaku Qaisya dan ibunya sebagai keluarga Mak Su.
“Penuhilah hatimu dengan kecintaan terhadap saudaramu nescaya akan menyempurnakan kekuranganmu dan mengangkat derajatmu di sisi Allah.”ujar Az bagi menyenangkan hati Qaisya. Sahabatnya itu hanya mampu mengalirkan air mata. Hari itu, Qaisya sangat lemah. Kehilangan ibunya membawa kesan yang besar kepadanya. Qaisya sangat merasa kehilangan ibunya. Seperti kehidupannya tiada makna. Dia hanya bergantung kepada ibunya. Dan jika tiada ibunya, sukar untuk dia meneruskan kehidupan. Qaisya memerlukan seseorang untuk memandu dia seperti mana ibunya lakukan kepadanya. Dan orang yang dia rasakan mampu menjadi ibunya adalah Az. Az merupakan sahabat yang paling dia percaya. Dan dia yakin, Az akan membantunya dalam setiap kesulitan yang dia alami. Buktinya, Az masih di sisinya sewaktu ibunya meninggal. Sedangkan hari itu adalah hari untuk Az dan sepupunya bercuti di Singapura selepas tamatnya SPM. Namun Az membatalkannya demi menemani Qaisya.
“Az, tidur sini ya? Qaisya perlukan Az. Qaisya tak tahu nak buat apa. Majlis malam ni ayah Az yang selesaikan ya?”Qaisya mengharapkan belas kasihan sahabatnya. “ Memang Az akan temankan Qaisya. Walid yang minta Az temankan Qaisya. Tentang majlis malam ni, memang ayah Az yang akan uruskan. Qaisya tak perlu risau ya? Walid akan panggil orang masjid untuk menyempurkan majlis buat arwah malam ini. InsyaAllah, segalanya akan baik.”ujar Az sambil memeluk tubuh kecik Qaisya.
Alhamdulillah. Majlis malam ini berjalan dengan baik. Sebaik sahaja tetamu pulang, Mak Su cepat-cepat mengarahkan Qaisya dan Mak Bedak,orang gaji rumah itu untuk mengemas dan membersihkan segala pinggan ruang makan. “ Qaisya!!!!!!!!!!!!! Mak Bedah!!!!!!!!!!!cepat lah! Kemas semua ni. Aku tak nak bau busuk di rumah ini. Aku nak rumah ni bersih seperti biasa. Cepat!”Mak Su memberikan arahan seperti dia pemilik rumah itu. Semenjak 20tahun Mak Bedah bekerja di rumah itu, Qaisya dan orang tuanya tak pernah menengking Mak Bedah. Tapi kali ini dengan suka hati Mak Su menengking Mak Bedah. Qaisya mula naik angin. Dan memarahi Mak Su nya. “ Mak Su ni kenapa? Ini bukan rumah Mak Su ya?? Ini rumah ayah beli sebagai hadiah untuk ibu. Jadi Mak Su tak ada hak nak menjadi raja dalam rumah ini. Segala arahan Mak Su tak perlu di ikut sebab sehingga ke hari ini, Mak Bedah menerima duit dari keluarga kami, bukan Mak Su. Dan Qaisya tak perlu dengar arahan seorang yang dah buang Qaisya sebagai keluarganya. Jadi, dengan senang hati Qaisya mempersilakan Mak Su untuk keluar dari rumah ini!”Qaisya yang dah lama memendam rasa semakin lantang bersuara. Mak Bedah dan Az terkejut melihat perubahan Qaisya. Yang selama ini menjadi anak manja dan lemah lembut, kini menengking Mak Su tanpa rasa takut. Mak Su terkejut dan pucat mukanya dengan kemarahan dari Qaisya atas arahan yang dia berikan.
Malam itu, Mak Bedah hanya berada di dapur.  Qaisya dah minta untuk Mak Bedah untuk berehat. Dan meneruskan kerja pada esok pagi. Tapi Mak Bedah tetap nak menghabiskan kerjanya. Malam itu juga Mak Su pulang ke rumahnya dengan perasaan marah dan malu. Seperti tidak percaya. Qaisya yang dilihatnya lemah,manja dan lembut mampu menengkingnya. Mungkin segala perilakunya kepada Qaisya dan arwah membawa perasaan dendam dalam diri Qaisya.
Sedar atau tidak, 3 bulan sudah pemergian ibu Qaisya. Namun, peristiwa itu seperti baru semalam yang berlaku. Kehidupan Qaisya semakin baik. Dengan adanya Az dan Mak Bedah, Qaisya semakin bersemangat meneruskan kehidupan. Az juga merupakan sahabat baiknya dan juga jirannya yang sentiasa menemaninya ke mana saja yang Qaisya minta. Bertuah Qaisya menemui sahabat sebaik Az. Dan dia tahu, sukar untuk mendapatkan sahabat seperti Az. Dan dia perlu menghargai segala jasa dan pengorbanan Az kepadanya. Sejak pemergiaan ibunya keluarga Az menjadi keluarganya. Orang tua Az telah bersetuju untuk mengambil Qaisya sebagai anak angkat mereka. Qaisya begitu senang hati dengan berita itu. Sejak peristiwa 3 bulan lalu, Mak Su sudah tidak munculkan diri. Qaisya pun tidak pernah menghubungi Mak Su nya. Dengar cerita, Mak Su nya sudah berkahwin. Dengan seorang ahli perniagaan. Namun itu tidak pernah dipedulikan Qaisya.
“Assalamualaikum Qaisya, kita nak pergi pukul berapa ni? Az tak sabar nak ambil result.”Az menelefon Qaisya menanyakan Qaisya waktu untuk mereka pergi mengambil result SPM. “ Sekarang ni Qaisya tengah bersiap. Nanti Qaisya dah siap, Qaisya call”ujar Qaisya.
“Tahniah!!!!!!!!!!!!!!!Qaisya dapat straight A!!!!!!! Congrate Qaisya!!!!!”Az begitu bangga miliki sahabat seperti Qaisya. “Congrate juga untuk Az. 9A, okay what? Lagipun Az dapat A1 untuk semua subject yang Az dapat A. Qaisya ada tiga A2.”ujar Qaisya. “Alhamdulillah. Cuma problem untuk Biology. Mungkin Az ada buat mistake”Az tersenyum melihat keputusannya walaupun sedikit kecewa kerna tidak mendapat straight A. “ Apa-apa pun, kita tetap cemerlang kan? Bersyukur lah. Lagipun Az yang banyak bantu Qaisya. Kejayaan Qaisya, merupakan kejayaan Az juga. Cuma Qaisya terkilan. Tak dapat kongsikan kegembiraan ini dengan ibu dan ayah.”titisan air mata mula menitis ke pipi Qaisya. Az mengesat air mata itu lalu berkata “umi dan walid Az sekarang kan dah jadi orang tua Qaisya. Kongsikan kejayaan Qaisya dengan mereka ya? Az tak kisah pun. Lagipun Qaisya ni dah macam adik Az dah. Lepas ni kita ziarah pusara ibu dan ayah Qaisya ya?”Az memberikan semangat dan cuba mendamaikan hati sahabatnya. Qaisya tersenyum lalu memeluk Az.
“Ibu, ayah, hari ini hari yang paling membahagiakan hidup Qaisya. Qaisya berjaya dalam SPM. Qaisya mendapat keputusan cemerlang. Seperti mana yang ibu dan ayah inginkan Qaisya berjaya, Qaisya dah buktikan. InsyaAllah, Qaisya akan menjadi seperti yang ayah dan ibu inginkan. Qaisya akan belajar dengan rajin untuk meneruskan usaha ayah untuk membangunkan syarikat kita. Dan Qaisya akan berusaha menjadi seperti ibu. Seorang doctor yang banyak berbakti kepada pesakit. Oleh kerana Qaisya seorang yang merupakan anak ibu dan ayah, Qaisya akan mencuba untuk merealisasikan impian ibu dan ayah.”ujar Qaisya sambil air matanya mengalir dengan laju. Waktu itu Az hanya mampu melihat kesedihan yang ditanggung sahabatnya itu dan mendoakan semoga Qaisya menemui kehidupan yang lebih bahagia.
Sejak kematian ayahnya, Uncle Zain yang banyak menguruskan dan berusaha membangunkan syarikat. Sekali lagi Qaisya memanjatkan kesyukuran kerana Uncle Zain tak pernah mengambil kesempatan atas keluarganya. Uncle Zain menjadi orang terpenting dan orang kuat syarikat itu selepas Qaisya. Namun, apa-apa yang berlaku, Uncle Zain akan memaklumkan kepada Qaisya. Uncle Zain juga bukan orang lain, tetapi sepupu ayahnya. Dan merupakan sahabat baik walid Az. Oleh kerana itu Qaisya mempercayai Uncle Zain.
“Tahniah Qaisya! Kerana berjaya menjadi pelajar cemerlang seperti yang diimpikan orang tua kamu”ujar umi sambil mencium dahi Qaisya. Kehangatan ciuman itu mengingatkan Qaisya kepada ibunya. Qaisya memeluk erat umi Az yang kini dipanggilnyya umi. Az yang menyaksikan perkara itu merasa sebak. Namun begitu, dia tidak pernah mempunyai perasaan iri hati terhadap Qaisya. Umi dan walidnya sangat gembira dengan kejayaan dia. Oleh kerana itu, Az memperolehi hadiah sebuah kereta myvi dari umi dan abinya dan sebuah laptop apple dari abangnya yang kini menjadi engineer di syarikat milik Qaisya. Qaisya juga tidak ketinggalan mendapat hadiah jam tangan nike yang di idamkan selama ini dari umi dan walid Az. Dia sangat bersyukur.
Malam itu mereka meraikan kejayaan mereka bersama keluarga Az di sebuah hotel terkemuka. Semua adik-beradik Az juga turut meraikkan kejayaan mereka kecuali kakak Az, Ummul Nurain, yang kini berada di Kaherah. Menjadi student al-Azhar. Dia mengambil undang-undang. Dan hampir menamatkan pengajiannya 2 tahun lagi. Az miliki 2 orang abang kembar dan seorang lagi abang  yang kini baru tamat belajar di India,ambil medic. Aimul Zaifan kini baru saja menjadi doktor di hospital swasta di ibu kota. Az paling rapat dengan abang Aimul Zaifan. Banyak rahsia abang Zaifan yang dipegangnya. Dan salah satunya, tentang kak Suraya. Yang menjadi  teman istimewa abang Zaifan. Namun dia tahu, abangnya itu bukan ingin menipu umi dan walidnya, cuma belum bersedia. Jika orang tua mereka tahu tentang kak Suraya, pasti abangnya itu akan berkahwin. Abang kembarnya yang pertama, Aimul Zafran yang bekerja di syarikat Qaisya sebagai engineer itu sudah mendirikan rumah tangga 5 tahun yang lalu. Dan kini miliki 5 orang anak dengan memiliki anak kembar. Iaitu anak keempat dan kelima. Manakala abang kembarnya yang kedua, Aimul Zofran telah 4 tahun mendirikan rumah tangga. Beliau merupakan seorang pensyarah di UIA. Beliau merupakan bekas pelajar di university al-azhar. Kini miliki 4 orang anak. Isteri abang Zafran merupakan seorang doktor juga merupakan bekas anak didik uminya. Manakalan isteri abang Zofran merupakan seorang pensyarah di UIA juga bekas pelajar al-Azhar.  Keluarganya merupakan keluarga yang mempunyai pendidikan yang tinggi. Walaupun begitu, mereka tidak pernah angkuh dan sombong.
Kini Qaisya dan Az berpeluang menyambung pelajar di UM. Mereka mengambil medic. Sudah 4 tahun setengah mereka di sana. Pelbagai pengalaman yang mereka kongsi bersama. Dan sebagai remaja, mereka tidak pernah lari dari mempunyai perasaan untuk bercinta. Namun, Az sering mengingatkan dirinya dan Qaisya untuk menumpukan kepada pelajaran. Namun Qaisya tidak mampu melawan perasaannya. Dia mula terpikat dengan seorang mahasiswa di UM. Dia ialah Muhammad Lukmanul Hakim. Yang merupakan ahli aktif bagi persatuan  badan dakwah di sana. Keperibadian Lukman membuatkan muslimat jatuh hati dan ingin mengenalinya dengan lebih dekat. Yang paling menyeronokkan, Lukman mengambil jurusan undang-undang. Itu yang menjadi minat Qaisya. Dia mengimpikan punya seorang suami yang merupakan pengamal undang-undang.
“Az, cuba tengok tu. Manis dan tenang je rupanya. Senang melihat dia”ujar Qaisya sambil menunjukkan Lukman kepada Az. Qaisya yang tidak berminat untuk menyertai badan dakwah tapi akhirnya mengikut juga kumpulan itu kerana ingin berjumpa dan mengenali insan yang bernama Muhammad Lukmanul Hakim itu dengan lebih dekat. Niatnya itu mampu dihidu oleh Az. Cuma Az mengharapkan niat itu akan berubah setelah Qaisya mengikutnya perjuangan mereka dan sedar dengan sendirinya.
“Qaisya, hari ini ada AGM untuk Persatuan Islam Hadhari (PIH). Ada perlantikkan untuk barisan kepimpianan yang baru tau,  jom pergi?”Az mengajak sahabatnya. PHI merupakan persatuan islamik dikalangan mahasiswa UM. Mengajak kepada kebaikkan dan mencegah segala kemungkaran. Persatuan ini banyak menyedarkan mahasiswa tentang kepentingan islam itu sendiri. “Lukman mesti ada. Baik aku pergi. Peluang!”bisik Qaisya dalam hatinya. “Qaisya akan pergi. Tapi, nanti calonkan Qaisya dalam barisan kepimpinan yang baru?Hehe..boleh?”pinta Qaisya tanpa punya perasaan malu. Az sekadar tersenyum dan mengiakan.
Malam itu Qaisya bergaya dengan jubah hitamnya beserta tudung sarungnya yang menutupi bahagian dada. Itu pun setelah didtegur oleh Az. Kerna Az ingin melihat Qaisya bertudung dengan mengikuti cara yang betul sesuai dengan syariat islam. Manakala Az mengenakan jubah biru beserta tudung bidang yang di pin di kiri dan kanan tudungnya. Itulah pakaian dia dari zaman sekolah. Bertudung labuh dan berjubah. Tidak pernah dia mengubah pemakainnya itu dari dulu. Malam itu mereka pergi bersama seperti biasa. Mereka sentiasa berdua walau ke mana. Walau ke kelas. Sehingga orang katakan mereka kembar.
“Assalamualaikum.Selamat datang”ujar kak Hidayah. Yang mana merupakan naib pengerusi 2 bagi barisan kepimpinan lama PIH. Dan malam ini dia akan meletakkan jawatan. Senyuman dan salaman kak Hidayah kami sambut dengan mesranya. Mereka mengambil tempat di tengah-tengah audi itu.
Setelah 30 minit belalu, audi itu telah dipenuhi oleh mahasiswa dan mahasiswi UM. Dan acara di mulakan dengan nyanyian asma’ul husna. Setelah itu bacaan doa dari Muhammad Lukmanul Hakim. Paparan slide show meneruskan majlis hari itu. Diikuti, ucapan dari penasihat PIH yang merupakan seorang pensyarah. Ucapan Ustaz Azlan tidak pernah mengantok untuk didengar. Kerana suaranya yang lantang dan jenaka yang dia selitkan, membuatkan pelajar menjadi tertarik untuk mendengar. Setelah itu, ucapan barisan MT lama. Setelah sejam berlalu, kini tiba masanya untuk melantik barisan majlis tertinggi yang baru. Yang mana beberapa nama bagi setiap jawatan telah disediakan oleh penasihat PIH. Dan kini pelajar diberikan peluang untuk memilih. Qaisya sangat terkejut, dia ingatkan, nama akan dipetik oleh pelajar, dan dari situ akan adanya undian. Rupanya, ustaz Azlan telah memilih beberapa nama. Dan yang paling mengecewakan dia, namanya tiada dalam senarai dan yang ada hanyalah nama Az. Mungkin kerana dia masih baru di PIH. Walau pun begitu, dia cuba untuk kelihatan tenang. Dia tak nak Az berasa serba salah.
Seperti yang Qaisya sangkakan, jawatan pengerusi 1 disandang oleh lukman. Dan jawatan pengerusi 2 yang ingin diambilnya kini menjadi milik sahabat baiknya, iaitu Az. Walaupun agak kecewa, namun Qaisya masih tersenyum dan mengucapkan tahniah kepada Az. Dengan jawatan tertinggi yang dipegang oleh lukman dan Az, mereka di minta untuk memberikan ucapan sebagai ketua baru dalam persatuan itu.
Dengan mengenakan jubah putih dan berserban, Lukman kelihatan segak dan matang. Tidak lekang senyuman di wajahnya sambil memberikan ucapan. Muslimat yang berada di audi itu pastinya kagum melihatnya. Dan salah seorangnya adalah Qaisya. Dan Az menjadi muslimat yang paling bertuah, kerana dia digandingkan dengan Lukman yang mana menjadi rebutan muslimat di UM. Jawatan yang selama ini diidamkan oleh muslimat yang mengikuti persatuan itu, kini dimiliki oleh Az.
“Barangsiapa yang tidak mahu duduk dengan orang beruntung, bagaimana mungkin ia akan beruntung dan barangsiapa yang duduk dengan orang beruntung bagaimana mungkin ia tidak akan beruntung. Jadi ana harap kita sama-sama mendapatkan manfaat dengan mendekati orang-orang yang beruntung. Yang mana orang beruntung itu adalah orang yang diberikan hidayah oleh Allah dengan menjadikannya berminat dengan islam dan memperjuangkan islam. Seperti yang kita sedang perjuangkan sekarang. Matlamat persatuan ini. berjuang untuk menegakkan kembali islam dalam kelompak masyarakat kampus”itu lah antara keratan ucapan yang disampaikan oleh Lukman sebentar tadi yang mana membuatkan  Qaisya semakin kagum dengan jejaka idaman nya itu.
“Az, boleh ana mengambil no Az? Untuk memudahkan kita membuat kerja. Kalau tak boleh, izinkan ana untuk mengambi email Az? Mungkin dari situ kita boleh berhubung.”ujar Lukman setelah mereka selesai memberikan ucapan. Az mengambil kertas kecil dalam begnya lalu ditulis...
p/s~Hanya untuk hal penting sahaja.
Setelah itu Az memberikan kertas itu kepada Lukman. “Syukran jiddan”ucap Lukman sambil tersenyum. Az terus menuju ke Aqilah untuk memberikan butiran dirinya.
Malam itu setelah selesai semua majlis, Qaisya dan Az pulang ke kolej. “Apa yang Az bagi pada Lukman?”Qaisya mula mengorek rahsia. “Tak ada apa. Az Cuma berikan nombor telefon Az dan email. Lukman minta. Katanya untuk memudahkan untuk berhubung.”Az berkata jujur. “Ai??? Belum apa-apa dah berani minta nombor? Kenapa Az baik sangat bagi nombor? Tak takut ke?”Qaisya mulai cemburu. “ Az berikan kepada dia untuk tujuan kerja. Az pun dah bagi note kat bawah kertas tu”Az cuba mempertahankan diri. “Lelaki Az, kita tak boleh jangka”Qaisyah mula meracuni fikiran Az. Az mengambil keputusan dengan mendiamkan diri dan senyum.
Setelah seminggu Az menjadi pengerusi 2, buat kali pertama Lukman mengirimkan mesej kepadanya.
Meeting malam ini selepas isyak di audi
Az hanya membalas InsyaAllah.
Setelah itu Az memadamkan mesej itu bimbang ada yang salah anggap. Terutama Qaisya.
“ Assalamualaikum, kak Az kan?”tegur seorang muslimat yang mendekati Az dan Qaisya. “Waalaikummussalam warrahmatullah. Ya, akak. Kenapa dik?”balas Az sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam. “Saya Izzati. Izzati Azwa. Saya nak berjumpa akak selepas kelas petang ni boleh?”soal budak itu. “ Di mana tu adik? Pukul berapa adik habis kelas? Dan apa yang adik nak bincangkan?”soal Az. “Di taman tenet dalam pukul 4? Kalau akak tak de kelas waktu tu”ujar Izzati. “InsyaAllah. Macam mana nak menghubungi Izzati?”soal Az. Waktu itu Qaisya hanya menjadi pemerhati setia. “Ini nombor saya. Nanti akak hubungi saya”jawabnya.
Setelah tamat kelas, Az terus menghubungi Izzati untuk bertemu. Qaisya pula ingin ke Blok pensyarah. Itulah kali pertama mereka tidak berjalan bersama. Qaisya sudah menjangkakan perkara itu akan berlaku. Dan Az dari hari pertama dia dilantik, dia sudah memaklumkan agar Qaisya faham. Alhamdulillah. Masing-masing boleh bertolak ansur.
“Assalamualaikum. Izzati, dah lama tunggu akak? Maaf ya. Akak lambat. Tadi kelas habis lambat”Az mula menegur Izzati setelah mendekati gadis itu.
“Waalaikummussalam. Akak, maaf ganggu waktu akak. Saya Cuma nak berkongsi dengan akak dan mengambil pendapat akak tentang masalah yang saya. Hati saya terdetik untuk kongsikan masalah saya pada akak. Saya rasa, akak insan yang layak dan boleh saya percaya”Izzati berkata jujur. “Besar ke masalah adik? InsyaAllah, akak akan bantu apa yang akak mampu. Adik ceritalah.
“Saya anak sulung. Semua masalah keluarga, ibu akan kongsikan dengan saya. Sekarang babah nak bercerai dengan ibu saya. Saya tak dapat terima. Saya tak nak mereka berpisah. Saya pun fikirkan adik-adik saya. Kami 9 beradik tak makan kadang-kadang tu. Waktu cuti semesta kadang-kadang saya cari kerja. Walaupun waktu itu yang ada untuk saya rehat. Babah  saya seorang kaki judi. Saya sayang babah walaupun dia buruk pada penglihatan orang. Adik saya paling kecil berumur 5 bulan. Saya tak tahu nak buat apa. Ibu hanya bekerja di kantin sekolah berhampiran rumah kami. Kalau akak jadi saya, apa akak buat untuk bantu keluarga akak?’panjang cerita Izzati
“Sulit dan berat dugaanmu. Namun yakin lah, Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu. Akak yakin, ini semua kerana Allah sayang Izzati. Allah uji Izzati dengan suatu yang Izzati mampu hadapi. Dan akak bukan insan yang layak untuk menerimanya. Sebab itu Dia berikan masalah ini kepada Izzati.
“Tidak ada sesuatu pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akn memberi petunjuk kepada hatinya Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (At-Taghaabun: 11)
Akak nak Izzati fahami ayat ini. Jangan pernah mempersoalkan apa yang berlaku kepada kita, tetapi hadapi segala yang mendatangi kita. Itu lebih baik dari kita terus berpersoalan. Ingatlah wahai adikku, tiap tarbiah yang dititipkanNya buat kita adalah tanda cintaNya kepada kita. Jadi beruntunglah orang yang dicintaiNya.”jelas Az. Tanpa dijangka, Izzati menagis lalu dipeluknya Az. Dalam terkejut, Az membalas pelukkan gadis itu. Dia tahu, untuk menenangkan hati seorang, pelukkan itu jalan terbaik. Agar keperitan yang ditanggung seseorang akan meredakannya dengan pelukkan. Itu salah satu jalan untuk seseorang itu merasa tenang dan lapang. Dihadapan umum, Az tidak selesa untuk berpelukkan terlalu lama, bimbang ada yang salah faham. Namun, dia cuba untuk menenangkan Izzati sebelum mereka mengakhiri perjumpaan mereka. Dan kebetulan, waktu itu buku “La tahzan” ada bersama Az. Yang mana ianya merupakan buku kesayangannya. Buku itu baru dipulangkan oleh Min yang meminjamnya 2 minggu lepas. Az menghadiahkan buku itu kepada Izzati.
 Walaupun buku itu merupakan buku kesayangannya, namun terdetik hatinya untuk menghadiahkan buku itu pada Izzati. Baginya Izzati lebih memerlukan buku itu. Mungkin buku itu boleh dibelinya sekali lagi. Tapi nilainya tidak sama dengan sebelumnya. Buku itu dihadiahkan oleh ustazah yang amat dikasihinya. Waktu Az sedang menghadapi masalah ketika SPM, ustazah menghadiahkan buku itu kepadanya. Dan dia amat menyayangi buku itu. Kini, dia menghadiahkan buku itu kepada Izzati. Mungkin kerna fikirannya teringat akan pesanan ustazah “sebaik-baik pemberian, adalah pemberian yang kita sangat sayang dan bernilai bagi kita. Dengan itu, kita akan lebih tulus menghadiahkannya. Dan insyaAllah, hadiah itu akan menjadis suatu yang berguna dan bermakna pada orang yang menerimanya.”
Pertemuan itu merupakan pertemuan kali pertama dan mereka semakin kerap bertemu. Izzati menyertai PIH dan Az merupakan naqibahnya. Sejak mengenali Az, Izzati semakin ceria dan gembira. Namun, kehadiran Izzati dalam kehidupan Az menimbulkan perasaan cumburu kepada Qaisya. Suatu hari, buat pertama kalinya Qaisya menengking Az kerna Az ada menegurnya yang semakin berubah. Qaisya sering keluar malam. Itu membimbangkan Az.
“ Az dah berubah! Sekarang, semua yang Qaisya buat, semua salah! Qaisya tahu, Qaisya tak sebaik Az, tapi Az tak layak nak menegur Qaisya macam tu. Qaisya bukan budak kecil Az. Qaisya tahu apa Qaisya buat. Sejak Az ada jawatan dalam PIH, Az dah berubah! Dah semakin sibuk! Dan mula tak pedulikan Qaisya. Then, salah ke Qaisya cari kawan baru? Kawan yang boleh happy kan Qaisya? Yang boleh bersama Qaisya. Salah ke? Az tahu tak, Qaisya rasa sunyi bila Az pergi meeting. Qaisya rasa, diri ini dah tak berguna untuk Az. Az ada ramai kawan baru dan melupakan Qaisya.”Qaisya meluahkan segala ketidakpuasan hatinya. Berderai air mata Az. Pertama kali Qaisya lihat Az menagis sebegitu. Hanya air mata yang mampu Az tunjukkan. Tiada kata-kata untuk membalas kemarahan Qaisya kepadanya.
Setelah dirinya berasa tenang, Az mula berbicara “Az bukan nak tinggalkan Qaisya sorang-sorang dalam bilik. Az ajak Qaisya untuk join usrah. Tapi Qaisya tak nak. Qaisya cakap Qaisya sibuk. Kalau meeting tu, Az minta maaf banyak-banyak. Memang betul Az sibuk dengan meeting. Az pun dah inform pada Qaisya dari hari pertama Az dilantik. Dan Qaisya cakap Qaisya boleh faham. Sekarang, Qaisya dah tak nak hadiri usrah. Qaisya marah ke Az terima jawatan tu?
“Siapa marah? Az ingat Qaisya ni teruk sangat ke? Nak marah orang lain sebab hal-hal macam tu? Qaisya cuma tak nak Az malu. Ada kawan macam Qaisya. Qaisya sedar, Qaisya teruk. tak layak berkawan dengan Az. Qaisyah tak macam Izzati, Farhana, Mardhiah, Nabilah, Shuhada, Habsah. Mereka baik. Alim. Menutup aurat.”balas Qaisya.
“Astaghfirullahalazim. Sampai hati Qaisya cakap macam tu? Dah hampir 8 tahun kita bersahabat. Qaisya masih tak kenal isi hati Az? Sahabat-sahabat Az, sahabat Qaisya juga kan?”air mata Az mula menitis kembali.
“Mulai sekarang, kita bawa haluan masing-masing! Mudah! Itu yang terbaik. Az dengan cara hidup Az dan Qaisya dengan cara hidup Qaisya. Qaisya nak bertudung atau tak, itu hak Qaisya. Harap Az hormati! Dan jangan pernah campuri urusan Qaisya”tegas bicara Qaisya. Az tak dapat buat apa-apa lagi. Dia hanya mengikut kata Qaisya.
Sejak peristiwa itu Qaisya sering tidur di bilik kawannya. Dan tinggal Az sendirian tidur di bilik. Remuk hati Az dengan perilaku Qaisya. Persahabatan yang terjalin selama 8 tahun ini membawa kepada keretakkan oleh kerana kesibukkan Az dengan PIH. Kemarahan Qaisya sebenarnya bukan hanya kerana Az menegurnya yang sudah tidak bertudung, tetapi marah kerana Lukman menolaknya dan membandingkan dirinya dengan Az.
Seminggu sebelum pertengkaran itu berlaku, Qaisya ada menemui Lukman. Yang mana secara dirancang oleh Qaisya sendiri. Dia menggunakan nama Az untuk menemui Lukman di bilik perbincangan di perpustakaan. Bilik itu ditempah 1 jam awal oleh Lukman untuk meeting PIH. Itu kerna Qaisya yang meminta. Dia yang merancang, kononnya Az ingin mempertemukan Lukman dengan seorang budak yang ada masalah besar dan ingin meminta bantuan Lukman. Muslihat Qaisya itu langsung tidak di hidu oleh sesiapa termasuk Lukman. Qaisya sengaja buat muslihat itu kerna dia tahu, Lukman tak akan berjumpa dengan sebarangan perempuan tanpa ada sebab kuat untuk dirinya berjumpa dengan muslimat. Lukman sangat menjaga mata dan hatinya. Terutama bila dengan muslimat.
“Assalamualaikum. Qaisy memberi salam sambil menutup pintu itu dan duduk di hadapan tempat Lukman duduk. Tanpa mengendahkan salam Qaisya, Lukman segera bertanya “siapa enti? Kenapa datang ke sini? Apa tujuan enti?”
“Saya Qaisya. Sahabat Az. Yang Az nak pertemukan kita. Tak ingat? Az tak bagitahu ke?”Qaisya mulakan muslihat jahatnya. “Mana Az? Bukan patutnya dia ada? Mana dia? Kenapa enti sorang je?”soal Lukman dengan matanya bulat memandang ke arah Qaisya bersama mukanya yang semakin merah kerana marah. “ Az tak bagitahu ke? Dia tak dapat dapat. Dia datang waktu meeting la.”tipu Qaisya. “ Az tak akan buat macam tu. Awak jangan nak menuduh dia. Dia bukan macam awak!”kerna marahnya Lukman. Dia menggunakan “awak” sebagai penganti. Selama ini dia akan menggunakan “enti”sebagai ganti nama. Lukman petah berbahasa arab. Dia akan mengunakan istilah arab, mengikut kesesuaian tempat dan persekitaran. Paling simple dia menggunakan “enta, enti, ana” ketika berkomunikasi.
“Siapa awak nak menyamakan saya dengan dia?! Mana awak kenal dia? Saya yang dah lama kenal dia, saya tahu dia macam mana. Sifat buruknya itu ditutup kerana dia nak orang fikir dia adalah insan yang paling suci. Awak tak kenal siapa Ummul Az-Zahra. Dia itu syaitan bertopengkan manusia!”lancang Qaisya berkata-kata.
“Hentikan menghina Az! Saya tak sangka awak serendah ini? macam ini ke perilaku seorang muslimat? Awak balas segala jasa dan budi baik dia pada awak dengan cara macam ni? Disebabkan awak kenal lama dengan dia, awak lebih tahu siapa insan yang bernama Ummul Az-Zahra. Sanggup awak fitnah dia? Manusia jenis apa awak ni? Siapa pula awak untuk menghina insan sebaik Az? Setiap kali dia berjumpa orang, dia pasti memuji awak. Dia pasti menyatakan pada orang, awak sahabat baik dia. Tapi apa yang awak buat sekarang ni?”pertama kali Lukman meninggikan suara kepada seorang muslimat. Sesungguhnya Qaisya tidak mengetahui Lukman merupakan supupu Az. Yang mana merupakan anak kepada adik walid Az yang menetap di Arab Saudi. Kini Lukman dan adiknya kembali ke tanah air sejak beberapa tahun lalu. Dan mereka tinggal di rumah mereka di ibu kota yang dibeli oleh walid mereka.
“Kenal betul awak dengan dia? Banyak sangat dah ke awak kenal dia? Berapa jam awak habiskan masa bersama dia?”soal Qaisya. “ Itu tak penting. Yang penting,hentikan semua ni. Tak ada faedah awak buat macam ni. Saya bukan seorang yang mudah termakan fitnah orang hina macam awak!”pedas sindrian Lukman. Merah padam muka Qaisya menahan malu dan marah.
“Awak memang buta! Buta sebab tak nampak siapa yang paling menyayangi awak,siapa yang sanggup belikan makanan tengah hari untuk awak”ujar Qaisya. “Macam ni saudari menyayangi seseorang? Gunakan tektik kotor untuk menambat hati seorang lelaki? Semurah ini maruah saudari? Sehingga sanggup memburukkan sahabat sendiri untuk mendapatkan seorang lelaki? Awak ni dah silap orang. Saya bukan lelaki yang layak untuk awak. Sebab itu saya tak nampak kehadiran awak dalam kehidupan saya. Kebaikkan awak buat pada saya pun saya tak nampak. Dan setiap makanan tu saya dah berikan kepada sahabat saya. Yang mana dirinya tidak punya duit untuk makan. Itu lebih baik. Allah menutup mata dan hati ini dari gadis seperti awak. Dan saya bersyukur kerna itu berlaku.”semakin bisa bicara Lukman.
“Awak suka Az???Kenapa awak tak boleh terima saya? Saya tinggi, cantik! Semua orang nak dekat dengan saya. Saya kaya. Saya ada segalanya. Apa kurangnya saya jika dibandingkan dengan Az? Lagipun saya lebih bergaya.”dalam bongkak Qaisya berkata-kata. “Saya akui, awak memang cantik. Muka kacukkan Pakistan, memang cantik. Dan ada peluang untuk menjadi model. Tapi akhlak awak tidak menarik minat saya untuk mendekati awak. Maafkan saya. Saya tak dapat jawab pertanyaan awak. Saya tak tahu jawapanya. Dan tak pernah terfikir untuk menyukai mana-mana muslimat yang bukan muhrim saya. Saya tak ada masa untuk orang macam awak. Awak dah menambahkan dosa saya. Cukup. Awak pergi atau saya yang akan pergi?”ujar Lukman.
“Satu lagi, kalau awak nampak saya teruk, kenapa awak tak cuba ubah saya? Kenapa awak tak dekati perempuan macam saya dan ubah saya? Kenapa tak cari calon yang macam saya untuk jadikan isteri? Dengan itu awak boleh membentuk saya menjadi seorang isteri yang baik. Dan hamba Dia yang taat padaNya. Jika betul awak nak berdakwah. Orang macam saya yang perlu awak dekati. Dan pilih saya untuk jadikan saya isteri. Supaya saya yang terpesong tidak akan terus terpesong.”persoalan yang kini sudah diutarakannya.
“Pertama, orang macam awak tak akan berubah jika kerna orang lain. Bila saya tiada, awak akan kembali kepada awak yang dahulu sebab awak tak ikhlas untuk berubah. Kedua, Allah menutup pintu hati dan mata ini untuk melihat awak, kecanntikkan awak. Oleh kerana ini saya tak terbuka hati untuk menerima awak. Ketiga, Allah akan berikan lelaki yang baik untuk wanita yang baik, dan sebaliknya. Saya harap awak faham. Dan saya berpegang pada janjiNya. Setiap lelaki mengimpikan untuk menikahi wanita yang baik.”balas Lukman.
Qaisya akhirnya mengalah dan meninggalkan Lukman di bilik itu. Sejak itu dia berazam untuk berubah untuk tidak bertudung dan mengubah penampilan. Serta mendapatkan seberapa ramai lelaki untuk membuat Lukman cemburu dengannya.
Sehingga ke hari ini peristiwa itu masih menjadi rahsia. Tiada yang tahu. Antara mereka berdua, tiada yang membongkarkan peristiwa itu. Dan Lukman bukan jenis yang suka mengaibkan orang. Walaupun tindakan Qaisya itu membuatkan dia begitu marah, namun dia masih berfikir waras.
Alhamdulillah, segalanya berjalan baik. Sekali lagi Az dan Qaisya mendapat dekan. Walid dan umi begitu gembira. Mereka sangat bertuah kerana semua anak mereka berjaya. Dan mereka dapat melihat kejayaan itu. Syukur.
Kini semesta baru bermula. Az dan Qaisya tidak lagi duduk bersama. Az tinggal bersama sahabatnya, Shuahada dan Qaisya duduk bersama Eira. Merupakan anak berada juga. Sama seperti Qaisya. Cuma Qaisya tidak punya orang tua. “ Walid dan umi harap, Az tak berdendam dengan Qaisya. Cuba lah untuk berdamai dengan dia ya sayang?”bisik umi sewaktu bersalaman dengan Az. Az hanya tersenyum.
“Az, sibuk ke hujung minggu ni? Ana ingat nak minta Az bawa ana ke rumah Az. Dah lama ana tak jumpa Walid dan umi Az” Lukman menggunakan peluang itu untuk mendekati Az. Selepas meeting, mereka di minta untuk membahagikan tugas. Dan bersama mereka, ustaz Azlan ada menemani mereka. Ustaz Azlan tahu bahawa mereka merupakan sepupu. Ustaz Azlan yang masih muda, hanya dipanggil akhi oleh Lukman kerna umur Lukman muda 5 tahun dari ustaz. Dan itu cadangan ustaz sendiri. Dia tahu, Lukman miliki banyak ilmu kerana Lukman pernah tinggal di bumi Arab dan kisah keluarga mereka pun ustaz Azlan tahu. Mereka juga merupakan kacukkan arab. Ayah mereka berketurunan arab. Yang mana nenek mereka merupakan anak arab. Tetapi berkahwin dengan orang Malaysia.
“InsyaAllah. Walid ada bagitahu, abi Solah nak balik Malaysia minggu ni. Walid minta Az untuk bawa enta ke rumah. Apa-apa ana bagitahu ya.”ujar Az. Antara pelajar di UM, hanya nama Az seorang yang akan disebut bila Lukman berbual dengan Az. Dia tidak membahasakan “enti” dengan Az. Bagi Az, mungkin kerana Az sepupunya,tapi sebenarnya Lukman menyukai Az sejak dia mendengar cerita tentang Az dari umi dan abinya.
“ Assalamualaikum”serentak Az dan Lukman memberikan salam. Sunyi! Tiada kelihatan orang di ruang tamu. Az menjangkakan umi dan walidnya di ruang belakang. Seperti biasa, kebun kecil miliki keluarganya itu menjadi tempat umi dan walidnya beriadah di petang hari. Membersihkan apa yang patut. “Enta ke dalam dulu. Az nak tengok umi dan walid di belakang”lembut Az mengarahkan Lukman untuk masuk ke rumah. “Ana nak ikut!”dengan suara yang riang Lukman bersuara. Az hanya tersenyum dan memberikan isyarat supaya Lukman mengikutnya. “Umi!!!walid!!!!”jerkah Az. “Ya Allah! Salam tak di beri, tau-tau di belakang?”umi mula membising. “Az dan Lukman dah bagi salam. Tapi umi dan walid yang tak dengar.”ujar Az. Setelah menyalami umi dan walidnya, Az dan Lukman dipersilakan masuk ke rumah. Abi dan umi Lukman di atas. Sedang membersihkan diri dan solat. Mungkin kijap lagi akan turun. Tak sabar Az menemui abi Solahnya. Dari kecil, dia rapat dengan Abi Solah. Dan Umi Zainab akan membelikan aiskrim sebelum berjumpa dengan Az. Itu yang menjadi tarikkan Az untuk untuk merapati keduanya. Seperti orang tuanya. “Abi! Umi! Sihat?”Lukman menegur dan menyalami orang tuanya. Sudah lama juga dia tidak menemui orang tuanya. Erat dan lama pelukkan abi Solah dengan Lukman. Mereka seperti sahabat. Abi Solah begitu bangga dengan Lukman. Lukman yang banyak mengikuti jejaknya. Dan Iskandar, adik Lukman, itu berbeza dengan Lukman. Iskandar lebih memilih untuk melibatkan diri dalam bidang automobile. Dan sekarang mengambil course tersebut. insyaAllah, beberapa bulan lagi, tamat sudah pengajian Iskandar. Iskandar lebih rapat dengan abang Zofran. Mereka sama minat. Cuma abang Zofran tu tidak punya peluang dalam bidang itu. Lukman hanya miliki 2 beradik. Oleh kerana itu, dia dan adiknya sukar untuk berjauhan. Walaupun berbeza minat, mereka masih akrab. Dan perbezaan itu tidak merenggangkan hubungan mereka. Biarpun Iskandar bukan dari bidang agama, namun, ilmu agamanya juga tidak kurang hebatnya. Dia pernah ditawarkan untuk mengajar di Madrasah milik ayah angkatnya. Namun dia menolak kerana belum bersedia.
Sesudah solat isyak, Iskandar sampai ke rumah besar itu dengan menaiki kereta spot yang dihadiahkan oleh abinya. Malam itu, malam yang paling menyeronokkan. Mereka makan beramai-ramai. Semua ada kecuali kak Nurain. Setelah selesai makan, Az menyediakan pencuci untuk kaum keluarga. Kedua akak iparnya sibuk mencuci pinggan dan mengemas dapur.Cuti minggu ini sangat bermakna. Dia tak sangka, setelah lama berjauhan dengan keluaga Abi Solah, kini mereka berkumpul dan makan bersama.
Di ruang tamu, dilihatnya orang tuanya sedar seronok berbual dengan orang tua Lukman. Abang Zaifan dan Lukman sedang berbual di meja makan. Abang Zofran berbual dengan Iskandar sambil meneliti kereta Iskandar. Itulah perbualan mereka bila bertemu. Dan Abang Zafran pula sibuk melayan anak kembarnya. Dan anak buah yang lain di bilik tv. Manakala anak bongsu abang Zofran sedang tidur di bilik.
Dalam kesibukkan Az di dapur, umi dan abi memanggil semua untuk ke ruang tamu. Semua ketika itu mengikuti. Hanya tinggal anak-anak di bilik tv.
“ Ada apa ni umi? Az seperti tidak selesa dengan waktu itu. Yang mana, dia masih belum tahu tentang niat sebenar Abi Solah kembali ke Malaysia. Semua di ruang tamu itu sudah mengetahui termasuk Lukman. Yang tidak ketahui hanya Az seorang. Umi dan walidnya mengambil masa untuk berbicara. “ Sebenarnya Az, Abi Solah ke sini ada niat”Abi Solah mullah bicara. “Ada apa abi Solah?”Az sudah tidak keruan
“Sebenarnya Lukman minta Abi Solah untuk meminang Az. Kebetulan, itu yang abi dan orang tua Az inginkan. Jadi kami rasa ini waktu yang terbaik. Az dan Lukman pun dah nak tamat pengajian. Mungkin korang boleh bertunang dulu. Lepas tu baru bernikah.”lancar abi Solah menyusun kata.
Az terkejut. “Mengapa Lukman tak pernah kata apa-apa dengan aku? Kenapa umi dan tak bincang dengan aku? Kenapa semua tak maklumkan kepada aku? Macam mana aku nak jawab dengan Qaisya? Qaisya mesti benci dengan aku. Lukman kan tahu Qaisya begitu sayang padanya. Apa semua ini?”bertubi-tubi persoalan yang menyinggah di minda Az. Terdiam seketika. “ Ana tak paksa Az jika Az tak bersedia lagi”Lukman mula bicara. “Berikan waktu untuk Az buat istikharah.”hanya itu yang mampu dibalas. Semua bersetuju. Tapi, melihat pada semua, semua mengharapkan untuk dia memberikan jawapan yang positif. Namun, jika di fikir, Lukman sepupunya, tidak berkembang keluarga jika dia berkahwin dengan Lukman. Tapi melihat reaksi keluarga, semua setuju.
3 minggu sudah berlalu. Kejadian malam itu begitu memberikan kesan yang amat besar dalam kehidupannya. Kini, di kampus, sudah kecoh tentang berita Lukman ini menikahinya. Temasuklah Qaisya. Bila berita itu sampai kepada Qaisya, dia seperti tidak menentu. Dan dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Az. Qaisya pun sudah tidak berkawan dengan Eira. Kini dia tidak punya sesiapa. Dia keseorangan. Dan kini baru dia sedar, Az lah yang merupakan sahabat yang terbaik. Baru dia sedar akan kesilapan dia selama ini.
“Assalamualaikum, Az”dengan senyuman manis Qaisya menyalami Az. Salam dijawab dan Az mempersilakan Qaisya untuk duduk. Walau terkejut, namun, Az gembira kerana Qaisya sudah ingin berbaik dengan dia. Kini Qaisya sudah bertudung. Senang Az melihatnya. Setelah menceritakan segalanya, Qaisya mohon maaf kepada Az. Dia menyesal kerana mengikuti Eira. Sedang, Eira hanya menggunakannya. Kini mereka sudah bersahabat kembali. Az sanggat gembira. Dan paling bahagia bila melihat Qaisya kini sudah bertudung. Selain itu, Qaisya mengucapkan tahniah kerana Az telah dilamar oleh Lukman.  Az terkejut. Namun sedikit ketenangan Az rasakan. Akhirnya segala tanda tanya sudah terjawab. Kini dia tidak berfikir untuk menerima Lukman atau tak. Hujung minggu ini dia akan pulang dan menyatakan tentang keputusan dia untuk menerima Lukman dan bertunang dengan Lukman. Kebetulan, esok kak Nurain akan balik,.dia dapat berkongsi dengan akak kesayangan dia.
Malam yang ditunggu, akhirnya, kak Nurain tiba di KLIA. Riang hati Az. Kak Nurain melambai adiknya lalu disalami umi dan seluruh keluarga. Tak lekang senyuman di wajah kak Nurain. Manis! Dengan lesung pipitnya, hidung yang mancung, tinggi, putih, itulah kak Nurain. Wajah kak Nurain seiras dengan wajah Az Cuma kak Nurain tinggi sikit berbanding adiknya Az.
Malam itu Az tidur dengan kak Nurain. Macam-macam yang dibualkan. “Az sekarang advance dari akak ya?”usik kak Nurain. “Kenapa kak? Lukman? Dia yang nak Az, terima aja. Lagipun akak bukan tak kenal dia, sepupu kita juga. Umi, walid, abang-abang semua minta untuk Az setuju. Az cuma ikut je”ujar Az sambil tersenyum. “ Akak tak kahwin lagi dengan abang Saiful, Az pula yang nak potong line akk ya??”usik kak Nurain lagi. “Oh ya, bila akak nak kahwin dengan abang Saiful? Dan lama u all bertunang kan? Abang saiful pun da bekerja. Waktu akak pergi kaherah, 2 3 kali juga Az jumpa dia. Setia dia dengan kedai buku tempat akak lepak tu.”ujar Az. Pertunangan kak Nurain paling lama. Sebelum dia melanjutkan pelajaran di al-Azhar lagi dia dah mengikat tali pertunangan dengan Abang Saiful. Sebab itu abang Zaifan tak nak umi dan walid tahu tentang hubungan dia dengan kak Suraya. Dia tak nak bertunang lama-lama.
Kini hari yang ditunggu-tunggu telah muncul jua. Az telah sah menjadi tunang Lukman. insyaAllah, selepas mereka tamat pengajian, mereka akan bernikah. Hubungan Az dengan Qaisya masih seperti dulu. Az sangat gembira kerna Qaisya dapat menerima kenyataan bahawa dia telah menjadi pilihan hati Lukman. Dan Qaisya juga sudah mengetahui bahawa Lukman adalah sepupu Az. “Tahniah Lukman, akhirnya awak memiliki Az. Saya harap awak bahagia dengan dia. Saya harap awak dapat menjaganya.”pesan Qaisya. Lukman hanya tersenyum. Dan ketika itu juga Lukman minta izin untuk menemui sahabatnya. Mungkin dia masih tidak mempercayai Qaisya telah berubah. Atau mengambil jalan selamat untuk mengelakkan kesilapan lalu. Qaisya hanya tersenyum dan pergi mendekati Az. “Baiklah Az, Qaisya nak balik rumah dulu. Penat”ujar Qaisya. “Ala, kenapa awal sangat? Rumah Qaisya pun bukan jauh pun, jalan kaki pun dah boleh sampai. Kenapa nak balik awal?”soal Az. “Qaisya penat lah Az. Lagipun majlis dah habis.”ujar Qaisya sambil membuat muka penat. Az tak dapat menghalanginya. Qaisya pulang. “Tahniah ya. Akhirnya Lukman berjaya miliki Az ya? Selama ini semuanya Az tolak rupanya ada orang terdekat yang Az nantikan?”ustaz Azlan semakin kuat mengusik. “Tolak? Siapa yang kena tolak ustaz? Tolak apa?”Lukman inginkan kepastian. “Kalau enta nak tahu, Az ni dah 5 orang mujahid yang dia tolak. Ana minta bantuan isteri ana, ustazah Jamilah untuk bertanyakan kepada Az, ada orang ingin merisiknya. Namun Az memberitahu isteri ana yang dia tak bersedia dan tak berminat. Lalu ditolaknya”jujur ustaz menerangkan. Az hanya tersenyum disebalik ustazah Jamilah. Lukman tersenyum mendengar penjelasan ustaz Azlan. Baru kali ini dia ketahui peristiwa itu. Akhirnya ustaz sendiri yang membongkarnya. Selain, Qaisya, ustaz dan isterinya, sahabat-sahabat PIH dan sahabat kampus turut menghadiri majlis itu. Pensyarah juga ada yang datang. Az sangat disenangi oleh pensyarah. Lukman juga merupakan pelajar yang dihormati. Dengan akhlak dan keperibadian yang baik, dia dihormati oleh pensyarah dan sahabatnya. Majlis mereka seperti majlis perkahwinan. Tetamu yang hadir begitu ramai. Itulah kesan dari sifatnya yang disenangi orang. Ramai yang meraikan kedua pasangan itu.
Hujung bulan ini akan berlansungnya satu hari bahagia antara kak Nurain dan tunangnya. Yang selama ini setia menantikan kepulangan kak Nurain. Banyak persiapan yang perlu dilakukan. Az menjadi teman setia kakaknya. Setiap kali ingin membeli barang hantaran, Az pasti menemani kakaknya. Sehinggakan nak beli baju kahwin bersama saiful, juga ditemani oleh Az. Kakaknya sangat menjaga pergaulan. Oleh kerana itu, akaknya sering mengingatkan Az untuk menjaga hubungan dengan Lukman. “Az, walaupun Az tunang Lukman, batas pergaulan masih seperti dulu. Ingat ya. Pergaulan harus dijaga”kakaknya mula berpesan.
Kini saatnya, majlis perkahwinan kakak Az bersama tunangnya, Saiful. Dengan sekali lafaz, kak Nurain kini menjadi milik Saiful. Pernikahan yang berwalikan walidnya dan dinikahi sendiri oleh walidnya begitu meriah. Setelah bacaan dibaca. Kak Nurain dan suaminya minta izin untuk melaksanakan solat sunat. Dan akhirinya dengan pertukaran cincin. Tema hari itu berwarna silver. Warna kegemaran kedua mempelai dan idea dari Az. Az dan Lukman menjadi pengapit. Sesuai!
“Alhamdulillah. Pertama kali walid mengahwinkan anak perempuan walid. Walid harap Saiful jaga Nurain sebaiknya. Walid berikana tugas dan tanggungjawab kepada Saiful. Semoga segalanya baik sehingga ke akhir hayat. Didiklah Nurain sebaik mungkin. Jadikan dia sebagai isteri yang patuh dan taat pada suami dan hamba yang taat pada Tuhannya.”walid memberikan pesanan kepada Saiful. Malam itu, merupakan malam yang sangat terindah. Pertama kalinya, kenduri kahwin berlangsung di rumah itu. Biasanya, kenduri menyambut menantu. Kini, kenduri untuk anak perempuan.
‘Tahniah ya Az, menjadi tunang Lukman”itulah ucapan yang tidak pernah henti yang diterima Az oleh rakan kampusnya. Kehidupan Az semakin bahagia. Kini, dia punya waktu khas untuk bersama keluarganya dan Lukman. Tiap hujung minggu, Lukman dan uminya akan menjemput Az di rumah sewa untuk balik ke rumah. Dan Lukman akan menghantarnya ke rumah sewa pada tiap ahad. Itulah rutin hujung minggu mereka. Sudah 3 bulan mereka bertunang. Kini kak Nurain sudah sah menjadi miliki suami. Mereka sedang menunaikan ibadah umrah. insyaAllah, minggu depan mereka balik. Dan kak Nurain akan mula mengajar di madrasah tempatnya belajar waktu di Malaysia. Itulah janjinya kepada ustaznya. Dia ingin berbakti di madrasah itu.
Alhamdulillah. Selesai 6 tahun Az bertungkus lumus dengan pengajiannya, kini Az telah bergelar seorang doktor. Begitu juga dengan Qaisya. Kini Qaisya mengambil degree in Business Management. Qaisya mengambil PJJ. Ini semua dilakukan demi ayahnya. Impian ibunya telah dia tunaikan. Tinggal impian arwah ayahnya yang perlu dikecapi. Dan Lukman kini sudah bergelar seorang peguam. Umi dan walid sangat gembira dengan kejayaan anak bongsunya.
“ Hye, Az, Qaisya nak jumpa Az? Boleh?”Qaisya menegur Az sebelum dia meninggal Az di lif. “Okay! Sure!”jawab Az. Hari itu Az pulang lebih awal dari biasa. Dia ada janji dengan Lukman untuk membinangkan soal pernikahan mereka. Petang itu Az lunch bersama Qaisya. Sudah lama juga mereka tidak lunch bersama. Masing-masing sibuk dengan kerja. 2 bulan lagi Az akan bernikah. Jadi itu akan membuatkan mereka jarang bertemu. Ditambah pula Qaisya yang sibuk dengan study nya.
“Hye! Dah lama tunggu? Sorry, tadi Az ada hal dengan Lukman.”ujar Az. “ Tak ada lah. Im okay je. Nak tunggu bakal pengatin, memang la lama”ujar Qaisya. Az hanya tersenyum. Setelah mereka menghabiskan makanan, Qaisya bawa Az di taman rekreasi di mana mereka sering bertemu waktu masih belajar. “Kenapa Qaisya bawa Az ke sini? Ada sesuatu yang Qaisya nak bagitahu ke? Sampai tak boleh nak cakap di cafe tadi?”soal Az.
“Sebenarnya Qaisya nak bagitahu suatu yang Az patut tahu. Ini berkaitan Az.”serius Qaisya berbicara. “Soal Az? Apa dia Qaisya? Kenapa ni? Jangan buat Az takut. Apa sebenarnya yang Qaisya nak cakap?”Az semakin risau. Reaksi muka Qaisya mula berubah. Hati Az mula tidak sedap. Kali ini Qaisya mula berbicara “sebenarnya Qaisya mengandung. Dan kalau Az nak tahu, ini anak Lukman. Kami sama-sama terlanjur waktu habis final. Kami berjumpa. Dan tak tahu macam mana Lukman bawa Qaisya ke hotel. Dan Lukman kata, dia nak bertanggungjawab. Qaisya percayakan dia. Qaisya diamkan hal ini. tapi sekarang dia tak nak bertanggungjawab. Qaisya merayu pada Az, untuk melepaskan Lukman. Dan beri ruang untuk kami bina kehidupan kami. Qaisya rasa, pertunangan kalian satu kesilapan. Qaisya tak tahu macam mana nak teruskan kehidupan jika Lukman tak nak bertanggungjawab. Apa Qaisya nak cakap dengan anak ini? Qaisya tak nak malukan Lukman, sebab itu Qaisya minta tolong Az. Qaisya percayakan Az. Cuma Qaisya minta, jangan bagitahu Lukman tentang pertemuan ini. Qaisya tak nak dia apa-apakan Qaisya. Az sendiri tau, manusia, kalau terdesak, apa-apa akan dia lakukan. Tolongnya? Qaisya sanggup sujud di kaki Az. Tolong Qaisya Az! ”Qaisya menangis sambil bersujud di kaki Az. Kata-kata itu begitu pedih untuk diterima dan didengar. Bagaikan nak tersungkur Az ketika itu. Air mata jernih mula menitis. Dia benar-benar terkejut. Apakah ujian ini sanggup dihadapinya? Perkahwinan yang akan dibina 2 bulan lagi? Apakah harus dia batalkan demi persahabatannya dengan Qaisya? Allahuakbar! Apa harus Az lakukan? Mengapa Lukman berbuat demikian? Apakah ini hanya permainan Qaisya?”Az mula bermonolog. “Baiklah Qaisya, jika benar itu yang berlaku antara korang, Az rela menyerahkan dan minta Lukman untuk bertanggungjawab. Az akan berbincang dengan Lukman.”ujar Az.
Selepas mereka berbincang, Qaisya menghantar Az ke rumah. Az tidak jadi bertemu dengan Lukman hari itu. Semalaman Az tak tidur. Sejak dia berjumpa dengan Qaisya siang tadi, dia langsung tidak keluar dari biliknya. Panggilan Lukman langsung tidak dijawab. Dia hanya memberikan mesej yang menyatakan dia tak jadi berjumpa dengan Lukman. Hari itu dia benar-benar di uji. Umi dan walidnya mula menganggak sesuatu. Biliknya dikunci. Semalaman juga dia menangis. Persoalan demi persoalan yang berlegar di fikirannya. “Adakah ini perangkap Qaisya? Adakah Qaisya masih menyintai Lukman? Adakah aku perlu mengundur diri? Mengapa mesti aku yang menerima dugaan ini? istikharah dah aku lakukan. Namun tiada petanda buruk yang aku jumpa. Cuma aku makin yakin dengan jodoh ini. tapi mengapa mesti diuji dengan perkara ini? ya Allah, kuatkan aku”.
“Hahahahahahahahahahahahahahahaha! Puas hati aku! Akhirnya berkecai juga hati Az! Selama ini aku bersabar. Melihat kemesraan dia dengan Lukman! Aku yakin, dia akan membatalkan segalanya! Dia tak mungkin pentingkan dirinya. Dia pasti memberikan ruang buat aku! Bodoh! Dia langsung tidak minta bukti yang aku mengandung? Terima bulat-bulat? Dan sanggup bagitahu yang dia akan minta Lukman bertanggungjawab? Nampaknya dia tak percayakan Lukman?Hahahahahahahaha! Puas hati aku! Puas! Aku nak melihat penderitaan dia! Aku dah puas menantikan saat ini. Dia dah lama bahagia! Seharusnya dia pula yang merasai kesedihan. Baru adil! Aku sendirian. Salah ke untuk aku merasai kebahagiaan? Dia punya umi, walid, kakak dan abang-abang. Dan aku hanya inginkan seorang lelaki untuk bersama aku. Hanya itu!”Qaisya berteriak seperti orang yang hilang akal. Mak Bedah semakin pelik dan takut melihat kelakuan Qaisya. Baru Mak Bedah tahu rancangan Az.
“ Az, kamu da berfikir masak ke? Kamu percaya dengan Qaisya? Jika umi katakan Qaisya hanya memerangkap kamu dan Lukman, kamu percaya? Kamu dah selidik? Dah siasat?”umi tidak berpuas hati dengan keputusan Az. Walid hanya mendiamkan diri. Tidak mampu untuk mengambil keputusan. Ini melibatkan orang luar dan maruah orang. Walid sejujurnya tidak mempercayai Qaisya. Namun dia hanya menantikan keputusan Az. Baginya, Az cukup bijak dan matang untuk membuat keputusan. “Umi, Az tak kisah itu semua. Jika ianya hanya tipuan Qaisya, Az redha. Az tak kisah. Jika memang itu yang bisa buat Qaisya bahagia. Az redha. Az ikhlas. Az pun tak sanggup melihat dia tidak keruan dan memendam rasa bila Az menikahi Lukman. Az tak nak bila Az dah berkahwin dengan Lukman, Qaisya akan semakin menganas. Dan merancang suatu yang lebih buruk. Biarkan dia menegcapi kebahagiaan dia. Selama ini kehidupan dia cukup menyedihkan. At least Az punya umi, walid, akak dan abang-abang. Tapi Qaisya tak punya sesiapa. Mungkin dengan adanya Lukman, Qaisya akan berubah dan kembali kepada islam.”akhirnya Az bersuara. Memang benar kata-katanya. Kini masa untuk Qaisya kecapi kebahagiaan. Dan jika dia meneruskan perkahwinan ini, Qaisya tidak akan berhenti untuk meruntuhkan rumah tangga dia. Jadi, lebih baik dia mengambil pendekatan awal.
“Az, kenapa nak putuskan pertunangan dan batalkan pernikahan kita? Apa yang Lukman dah buat sampai Az buat keputusan macam ini?’bertubi-tubi persoalan yang dilemparkah Lukman. “Awak ambil surat ini. semuanya akan terjawab. Dan saya minta sangat untuk awak melaksanakan impian saya ini.”ujar Az.
..........................................................................................................................
 
Assalamualaikum,
Pertama sekali Az nak minta maaf kerana memutuskan pertunangan dan membatalkan perkahwinan ini. Tapi Lukman tak perlu risau, majlis perkahwinan tetap berjalan seperti yang dirancang. Cuma pengantin perempuan yang bertukar. Az minta, dan mohon pada enta untuk menerima Qaisya. Az mohon sangat-sangat dengan enta. Az harap enta dapat mendidik dan membimbing Qaisya untuk menjadi isteri solehah dan hamba yang taat. Az yakin, enta mampu membentuk Qaisya menjadi seorang isteri yang solehah. Itu impian Az. Ingin melihat kebahagiaan Qaisya. Selama ini dia sendirian, dia tidak punya sesiapa. Az harap dengan kehadiran enta dalam hidupnya akan memberikan sinar kebahagiaan kepada Qaisya.bentuk la dia. Dia perlukan seseorang untuk membimbing dia.
Qaisya ada memberitahu Az yang dia sedang mengandungkan anak enta. Tapi Az tak percaya. Dan Mak Bedah, pembantu rumahnya juga ada bagithu, itu hanya tipu muslihat Qaisya. Tak apa. Az tak kisah. Az tahu, Qaisya berbohong. Yang Az harapkan, enta dapat bahagiakan Qaisya. Dia seperti darah daging Az sendiri. Bahagiakan dia ya? Az amanahkan dia kepada enta. Az yakin, dia akan berubah. Dia perlukan sokongan dari enta.
Untuk pengetahuan enta, Az baru sahaja dimaklumkan bahawa Az menghidap barah otak. Az tak tahu macam mana nak bagithu. Tapi Az rasa, Az tak mampu menjadi isteri yang baik buat Lukman. Az pun dah terlambat. Terlambat untuk menyedari penyakit yang Az hadapi. Itu semua kuasanya. Walaupun Az seorang doktor, penyakit Az sendiri, tak mampu Az ubati dan terlambat untuk Az sedar. Az akan menjalani pembedahan di luar negara. insyaAllah, seminggu selepas perkahwinan Lukman dan Qaisya, Az akan berangkat ke luar negara. Az akan menjalani pembedahan di sana. Doakan Az ya? Semoga Az selamat menjalani pembedahan. Teknologi luar yang canggih, mengurangkan risiko untuk gagal dalam pembedahan. Oleh itu, Az ambil langkah ini untuk menjalani pembedahan di sana. Az harap enta tak salah faham dengan keluarga Az. Mereka tahu keadaan Az. Sebab itu mereka terima keputusan Az. Az tak mampu menjadi isteri terbaik buat enta. Jadi Az harap, dan mohon untuk enta mengahwini Qaisya. Anggap ini amanah Az. Sebelum Az tutup mata.
Seperkara lagi, jujur Az katakan di sini, sejak Az menjadi tunang enta, sejak itu, Az mula jatuh cinta dengan enta. Baru kali itu Az bukakan pintu hati ini untuk seorang mujahid. Dan Az bahagia selama Az bertemu dengan enta. Terima kasih untuk segalanya. Az doakan Lukman akan bahagia. Izinkan diri ini untuk menyatakan yang Az sayangkan Lukman. Dan Az juga terlalu sayangkan Allah dan agamaNya. Oleh kerana itu Az berkorban. Az harap, enta dapat bawa dan tunjukkan jalan seorang hamba Allah yang selama ini kabur dalam memilih jalan Ilahi. Moga enta dapat membawanya kepada islam. insyaAllah. Atas nama islam, Az  harap enta boleh menerimanya dengan hati terbuka. Aplikasikan segala yang telah kita perjuangkan di kampus dulu. Bawahlah mujahidah ini kembali kepada jalanNya.
Lukman, Az harap andai diri ini tidak lagi bersama kalian, jangan lah kalian bersedih. Kerna sesungguhnya “Barang siapa menjadikan kematiannya sebagai pertemuan dengan sang kekasih (Allah), maka kematian adalah hari raya baginya”. Az terima segalanya yang ditetapkan olehNya. Semoga kalian bahagia.
Akhirnya, selamat pengantin baru. Semoga dikurniakan anak yang soleh dan solehah. insyaAllah, Az akan menghadiri majlis perkahwinan kalian. Anggaplah ini pengorbanan kita demi islam dan ukhwah kita..membawa sahabat kita,Qaisya ke jalan Allah. Dan Az harap sangat-sangat, enta berjanji jangan memberitahu Qaisya yang Az tahu tentang rancangannya. Dan jangan bagitahu dia tentang sakit Az.
Wassalam.
                                                                                                               Hamba yang lemah,
                                                                                                                 Ummul Az-Zahra
........................................................................................................................................................................
 
“Allahuakbar! Begitu besar pengorbananmu, Ummul Az-Zahra. Beruntungnya diri ini seandainya engkau ku miliki. Keperibadianmu begitu menambat hatiku. Besar ujianmu namun kau tabah menghadapinya. Ya Allah, kuatkan mujahidah ini dalam menghadapi ujianMu. Dalam deritanya menahan kesakitan, masih kuat untuk dia melakukan pengorbanan. Semoga aku dipertemukan dengannya di akhirat kelak. Masih ada lagi insan sebaiknya? subhanaAllah! Moga Engkau melindunginya ya Allah..”bicara Lukman dalam hatinya.
Orang yang selalu mempunyai hubungan dengan Allah, Allah akan memenuhi hatinya dengan rahmat di setiap waktu. Ana harap Az menjadi golongan tersebut”ujarnya dalam hati.
“Sendiriku dalam penantian akan seorang kekasih yg HALAL untukku, kadang di dera gundah dan takut, kerana  kusadar dunia yang sedang kutapaki sarat dengan cubaan dan godaan. Namun selalu kuredhakan dalam setiap sujud dan ingatku pd-Nya, jaga dalam sepertiga  malamku. Kuyakin dengan janji-Nya, DIA kan menjagaku, sebelum akhirnya dikirim-Nya seorang teman hidup yang akan menemani perjalananku menuju pd-Nya”dalam tuturnya Az menangis syahdu. Dia harus melepaskan Lukman, namun jauh di sudut hatinya, dia ingin bersama Lukman. Malam itu Az tidur dalam tangisan. Badannya semakin kurus. Mukanya pucat.
3 minggu lagi akan berlangsungnya pernikahan Lukman danQaisya. Namun keadaan Az semakin lemah. Kini dia hanya mampu terlantar di katil hospital. Umi dan walid setia menemaninya. “Umi, bawa Az keluar. Az ingin menghirup udara luar. Az ingin ke taman tasik di luar”ujar Az. Umi dan walid kemudiannya menolak Az yang duduk di kerusi roda. “Az, kita berhenti di sini ya?’ujar umi. “Allahuakbar! Indahnya ciptaanMu ya Allah. Damainya tasik ini”bisik Az dalam hatinya. “Ya Allah,lindungilah orang2 yang aku sayangi. Semoga mereka sentiasa dibawah rahmat dan peliharaanMu..Jangan biarkan mereka menanggung keperitan dalam  menghadapi dugaan yang telah Engkau titipkan untuk mereka.kuatkan mereka..Semoga mereka cekal dlm menghadapinya”Az berdoa dalam hatinya. Walaupun dia masih lemah, ingatan dia untuk mendoakan insan-insan yang dia sayangi masih kuat. Mengalir air mata umi dan walidnya melihat anak mereka yang semakin mencengkung. Selama ini, gelak dan tawanya sudah tiada. Air mata menjadi teman setianya. Setiap malam, Az menanggung kesakitan. Umi dan walidnya tidak mampu lagi melihat penderitaan Az. “Umi, macam mana persiapan perkahwinan Lukman dan Qaisya?”soal Az. “Kenapa Az masih memikirkan orang lain nak? Az yang sedang lemah masih lagi mengingati orang yang dah lukakan hatimu? Ya Allah Az, kuatnya hatimu. Umi benar-benar bersyukur kerana miliki anak sepertimu.”ujar umi sambil mengalir air matanya. Walid hanya mampu menjadi pemerhati.
Ubatilah hati yang luka dengan kemaafan..insyaAllah..kelukaan itu akan pergi bersama ingatan tentang keperitan itu”berkata Az sambil menghadiahkan senyuman buat umi dan walidnya. Az ibarat seperti sebutir permata yang amat berharga dalam keluarganya. Selama ini, keluarganya melihat Az seorang yang manja. Namun bila dugaan besar yang mendatanginya, dia dilihat seorang mujahidah yang sangat tabah dalam menempuhi dugaan. Andai kita berada di tempatnya, mampukah kita bertindak seperti yang dia lakukan? Allahuakbar! Masih lemah keimanan kita untuk menjadi sepertinya. Kuat dalam tarbiahNya.
Sejak Az berada di hospital, ustazah Jamilah, Iskandar dan keluarganya yang menjadi pengunjung setia. Terkadang ustaz Azlan menghadirkan diri. Ustaz Azlan sedang sibuk dengan ceramah dan membantu Lukman. Oleh kerana itu, dia jarang menjenguk Az. Namun, tiap kali menziarahi Az, ustaz Azlan selalu mengirimkan salah dan kata-kata semangat buatnya. Buku solusi kegemaran Az juga dikirimkan ustaz kepada isterinya. Az seperti adik mereka. Saban hari, ustazah Jamilah memberikan kata-kata semangat kepada Az. Dia menyayangi Az seperti adiknya sendiri. Antara kata-kata ustazah Jamilah yang sehingga sekarang masih segar di ingatan Az, Duhai ukhti solehah.. Sabar dan bertahanlah. Kalaulah Allah subhanahu wa ta'ala mentakdirkan dirimu sebagai penderita di dunia ini, yakinlah di syurga ada yang setia menanti.Kuatkan hati, tegar dan selalu tegar, kerna dirimu memiliki harta yang tak ternilai harganya, iaitu AQIDAH”
Tiap kali Az menjalani rawatan, ustazah akan menemaninya. Kerna Az tidak mahu umi dan walid menemaninya. Dia tidak sanggup membiarkan umi dan walid mendengar teriakkan dia tatkala menjalani rawatan. Oleh kerna itu, ustazah mengambil pendekatan untuk menemaninya.
Kini hari yang dinantikan sampai jua akhirnya. Lukman masih mencari-cari Az. “Tidak mungkin Az memungkiri janajinya. Dia sudah berjanji untuk menghadirkan diri. Kak Nurain juga tidak kelihatan. Di mana ya? Apa yang berlaku pada Az? Yang ada di majlis ini hanyalah umi dan walid Az. Di mana kakak dan abang Az? Adakah mereka tidak sanggup melihat pernikahan ini berjalan?”Lukman tidak sedap hati. Matanya melilau mencari Az. Hatinya kini berasa tidak senang.
“Kak, andai Az tidak sempat berjumpa dengan Lukman dan Qaisya, tolong sampaikan ini kepada Qaisya ya”lemah Az berkata-kata sambil dihulurnya sepucuk surat. Dalamnya tercatat kata-katanya buat sahabatnya, Qaisya.
Wahai sahabat yang dihormati...
Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkanlah aku dengan
Amaran-amarannya...

Jika aku bersedih tanpa kata,
Pujuklah aku dengan tarbiah
Sang pencipta...

Jika aku lemah tak berdaya,
ingatkanlah aku dengan
Kehebatan syurga..

Jika diantara kita ada
Tembok pemisah,ajaklah
Aku untuk meleraikan segera..

Jika pernah hatimu terluka,
Luahkanlah semua agar
Aku dapat berubah...

Jika kekuranganku melebihi
Kebaikanku,maafkanlah aku
Tegurilah aku,aku ingin terus
Menjadi sahabatmu

Semoga ukhwah yang terjalin akan terus dijalinkan
Andai tiada hari esok buatku
Setialah mendoakan aku di sana
Akan ku tunggu dirimu di sana
Semoga kau bahagia bersama pilihan hatimu

.................................................................................................................................................................................................................................
Keadaan yang bertentangan dengan Qaisyah. Tersenyum lebar Qaisya. Akhirnya dia memiliki insan bernama Muhammad Lukmanul Hakim. Dengan sekali lafaz, Qaisya sah menjadi isteri Lukman dengan berwalikana hakim. Ruang tamu rumah Az menjadi saksi pernikahan mereka. Namun sayangnya, Az tidak memunculkan diri. ‘Az tidak mungkin datang, percaya lah”bisik Qaisya. Berkerut wajah Lukman.
Sedang Qaisya berseronok melayan tetamu. Manakala Az sedang bertarung dengan nyawa. Kak Nurain semakin sesak melihat keadaan adiknya. Manakala suami kak Nurain, Saiful sedang sibuk membacakan yassin untuk adik iparnya. Menitis air matanya melihat penderitaan Az. Muka Az begitu pucat. Seakan-akan dia hanya menunggu masa. Abang-abang Az yang lain juga membacakan yassin buatnya. Menitis air mata semua yang berada di sana. Iskandar, adik Lukman juga di hospital menemani Az. Tidak sanggup dia melihat penderitaan Az. Dia sebenarnya punya perasaan dengan Az. Namun setelah abangnya bertunang dengan Az, dia menyembunyikan perasaan itu. Dan sehingga kini, dia tidak pernah memberitahu sesiapa tentang perasaannya itu.
Setelah jemputan semakin berkurang, walid dan umi Az cepat-cepat ke hospital. Kak Nurain menelefon kerana keadaan Az semakin membimbangkan. ‘Allahuakbar! Az! Sedarlah nak. Ni umi dan walid datang. Kami datang ni sayang.’lembut tutur kata uminya. Uminya mengusap tudung labuh yang selama ini menjadi penutup penderitaan Az. Yang mana menjadi penutup kepala Az yang kian membotak. Oleh kerana rawatan yang dijalaankan, rambut Az semakin berkurang dan hampir botak kepalanya. Seorang ibu, tidak lagi sanggup melihat penderitaan anaknya itu. Az terlalu banyak berkorban atas nama persahabatan dia dengan Qaisya. Demi menjaga hati Qaisya dan kasih sayangnya kepada Qaisya, Az meminta untuk walid dan uminya menghadiri majlis itu sebagai pengantin orang tua Qaisya yang sudah meninggal. Az nak Qaisya gembira hari itu. Sehingga dia sanggup meminjamkan orang tuanya walaupun hakikatnya dia sangat memerlukan umi dan walidnya waktu dia sedang nazak.
Dalam diam Iskandar menghubungi Lukman,abangnya. Tidak sanggup melihat Az. Dia tahu, dia saat ini, Az pasti ingin menemui Lukman buat kali terakhir. Panggilan itu diangkat oleh Qaisya. “Assalamualaikum Iskandar, kenapa akak tak jumpa Iskandar tadi? Iskandar nak bercakap dengan abang ke? Iskandar di mana ni?”lembut Qaisya menjawab salam. Kemarahan Iskandar semakin membuak-buak tika mendengar suara Qaisya yang mengada-ngada itu. “Abang ada? Iskandar nak bercakap dengan dia”tanpa menjawab salam, Iskandar meneruskan tujuan sebenarnya untuk bercakap dengan abangnya. “Ish! Sombong! Sama macam abangnya!”merengus Qaisya dalam hati. “Siapa tu?”tegur Lukman. “Ni, adik awak.”ujar Qaisya. Qaisya memberikan telefon itu kepada Lukman. Setelah berbual dengan adiknya,Lukman cepat-cepat mengambil kunci kereta dan meniggalkan bilik itu, namun ditahan oleh Qaisya.
“Apa awak nak lagi? Saya dah nikahi awak! Apa yang awak tak puas hati?”Lukman meninggikan suaranya. Hatinya semakin sakit melihat kelakuan Qaisya. Dia semakin terseksa dengan situasi ini. “Awak nak ke mana? Jumpa dengan kekasih hati awak? Nak larikan diri dari saya? Az minta awak larikan diri dari saya? Dia hasut awak? Dia gunakan adik awak untuk merampas awak dari saya?”soal Qaisya bertubi-tubi. “Apa awak merepek ni? Awak ingat dia tu apa? Awak sapa nak hina Az macam tu”Lukman tidak dapat menahan kemarahannya. “Kenapa? Kenapa awak marah? Hm? Apa bagus sangat dia? Dia tu perempuan biasa je! Yang jauh lebih buruk dari saya. Dia betul-betul kejam! Dia dah serahkan awak kepada saya! Kini dia nak merampas? Dasar perempuan jalang!!!!!!!!!pangggggggg!satu tamparan yang kena di muka Qaisya. “Apa awak ni? Gila? Tak sampai satu hari saya jadi isteri awak, awak berani tampar saya”merah muka Qasiya menahan marah. “Awak tu! Tak sedar untung! Az dah banyak! Dah terlalu banyak dia korbankan untuk awak! Awak tahu tak! Awak tahu dia di mana? Dia di hospital! Sedang bertarung dengan nyawa! Dia nazak! Dia sanggup meminjamkan orang tua dia untuk datang ke majlis kita demi awak! Sedang dia nazak. Dia lebih memerlukan orang tuanya! Namun apa yang dia korbankan??? Dan apa yang awak balas? Awak menghina dia!”tegas Lukman berbicara sambil air matanya menitis ke pipinya. Buat pertama kali Qaisya melihat Lukman menangis.
”...wanita muslimah adalah wanita yang paling cantik di dunia. Apabila mereka bercermin, mereka bukanlah bercermin untuk membuatkan lelaki-lelaki lain terpesona dengan mereka. Mereka juga bukan bercermin untuk membuat lelaki-lelaki lain tergoda akan diri mereka. Mereka bukanlah bercermin dengan harapan mereka akan kelihatan cantik dan akan dipuji tetapi mereka bercermin untuk memastikan diri mereka tertutup daripada pandangan jahat dunia. Mereka bercermin untuk memastikan aurat mereka telah betul-betul terjaga dan mereka bercermin untuk mendapat keredhaan dari Allah swt. Begitulah betapa cantiknya wanita muslimah kita..”
Secara spontan Lukman menuturkannya..... Air mata semakin deras mengalir.
“Ke.....kenapa dengan Azzz????? Kenapa dia dia hospital?? Dia............sakit apa?”soal Qaisya yang sudah terketar. Lukman menghulurkan surat yang diterimanya 2 bulan lalu.
.................................................................................................................................................................
 
Assalamualaikum,
Pertama sekali Az nak minta maaf kerana memutuskan pertunangan dan membatalkan perkahwinan ini. Tapi Lukman tak perlu risau, majlis perkahwinan tetap berjalan seperti yang dirancang. Cuma pengantin perempuan yang bertukar. Az minta, dan mohon pada enta untuk menerima Qaisya. Az mohon sangat-sangat dengan enta. Az harap enta dapat mendidik dan membimbing Qaisya untuk menjadi isteri solehah dan hamba yang taat. Az yakin, enta mampu membentuk Qaisya menjadi seorang isteri yang solehah. Itu impian Az. Ingin melihat kebahagiaan Qaisya. Selama ini dia sendirian, dia tidak punya sesiapa. Az harap dengan kehadiran enta dalam hidupnya akan memberikan sinar kebahagiaan kepada Qaisya.bentuk la dia. Dia perlukan seseorang untuk membimbing dia.
Qaisya ada memberitahu Az yang dia sedang mengandungkan anak enta. Tapi Az tak percaya. Dan Mak Bedah, pembantu rumahnya juga ada bagithu, itu hanya tipu muslihat Qaisya. Tak apa. Az tak kisah. Az tahu, Qaisya berbohong. Yang Az harapkan, enta dapat bahagiakan Qaisya. Dia seperti darah daging Az sendiri. Bahagiakan dia ya? Az amanahkan dia kepada enta. Az yakin, dia akan berubah. Dia perlukan sokongan dari enta.
Untuk pengetahuan enta, Az baru sahaja dimaklumkan bahawa Az menghidap barah otak. Az tak tahu macam mana nak bagithu. Tapi Az rasa, Az tak mampu menjadi isteri yang baik buat Lukman. Az pun dah terlambat. Terlambat untuk menyedari penyakit yang Az hadapi. Itu semua kuasanya. Walaupun Az seorang doktor, penyakit Az sendiri, tak mampu Az ubati dan terlambat untuk Az sedar. Az akan menjalani pembedahan di luar negara. insyaAllah, seminggu selepas perkahwinan Lukman dan Qaisya, Az akan berangkat ke luar negara. Az akan menjalani pembedahan di sana. Doakan Az ya? Semoga Az selamat menjalani pembedahan. Teknologi luar yang canggih, mengurangkan risiko untuk gagal dalam pembedahan. Oleh itu, Az ambil langkah ini untuk menjalani pembedahan di sana. Az harap enta tak salah faham dengan keluarga Az. Mereka tahu keadaan Az. Sebab itu mereka terima keputusan Az. Az tak mampu menjadi isteri terbaik buat enta. Jadi Az harap, dan mohon untuk enta mengahwini Qaisya. Anggap ini amanah Az. Sebelum Az tutup mata.
Seperkara lagi, jujur Az katakan di sini, sejak Az menjadi tunang enta, sejak itu, Az mula jatuh cinta dengan enta. Baru kali itu Az bukakan pintu hati ini untuk seorang mujahid. Dan Az bahagia selama Az bertemu dengan enta. Terima kasih untuk segalanya. Az doakan Lukman akan bahagia. Izinkan diri ini untuk menyatakan yang Az sayangkan Lukman. Dan Az juga terlalu sayangkan Allah dan agamaNya. Oleh kerana itu Az berkorban. Az harap, enta dapat bawa dan tunjukkan jalan seorang hamba Allah yang selama ini kabur dalam memilih jalan Ilahi. Moga enta dapat membawanya kepada islam. insyaAllah. Atas nama islam, Az  harap enta boleh menerimanya dengan hati terbuka. Aplikasikan segala yang telah kita perjuangkan di kampus dulu. Bawahlah mujahidah ini kembali kepada jalanNya.
Lukman, Az harap andai diri ini tidak lagi bersama kalian, jangan lah kalian bersedih. Kerna sesungguhnya “Barang siapa menjadikan kematiannya sebagai pertemuan dengan sang kekasih (Allah), maka kematian adalah hari raya baginya”. Az terima segalanya yang ditetapkan olehNya. Semoga kalian bahagia.
Akhirnya, selamat pengantin baru. Semoga dikurniakan anak yang soleh dan solehah. insyaAllah, Az akan menghadiri majlis perkahwinan kalian. Anggaplah ini pengorbanan kita demi islam dan ukhwah kita..membawa sahabat kita,Qaisya ke jalan Allah. Dan Az harap sangat-sangat, enta berjanji jangan memberitahu Qaisya yang Az tahu tentang rancangannya. Dan jangan bagitahu dia tentang sakit Az.
Wassalam.
                                                                                                               Hamba yang lemah,
                                                                                                                 Ummul Az-Zahra
.................................................................................................................................................................
 
Setelah selesai membaca surat itu, Qaisya mohon kepada Lukman untuk mengikuti Lukman ke hospital dari rumah sehingga di hospital, tidak berhenti Qaisya menangis. “Assalamualaikum”salam yang diberikan Lukman mengejutkan orang dalam bilik itu, termasuk Az. Yang paling mengejutkan, Az yang lemah kini mula bersuara “Lukman ke?” Lukman mendekati Az. Di belakangnya terselindung Qaisya. “Lukman ada bawa seseorang, harap Az suka. Qaisya yang berselindung di belakang Lukman kini menghampiri Az. “Az!!!!!kenapa Az buat semua ini? kenapa Az sanggup korbankan semua ini? kenapa Az tak bagitahu Qaisya yang Az sakit? Kenapa Az?? Az sanggup pinjamkan orang tua Az demi menjaga hati Qaisya. Sedang Az yang sakit lebih memerlukan orang tua Az. Dan Az sanggup memberikan Lukman kepada Qaisya sedang di saat ini, Az lebih memerlukan seorang lelaki yang Az cinta. Seorang yang boleh menjadi kekuatan Az. Kenapa Az buat semua ni??? Kalau Az berterus terang dengan Qaisya, Qaisya tak akan bertindak bodoh macam ni. Qaisya akan mengundur diri”ujar Qaisya sambil teresak-esak. Dalam lemah, Az cuba berkata-kata “Qaisya, jaga Lukman baik-baik. Az amanahkan Qaisyah untuk menjaga Lukman dan mengantikan tempat Az. Jadilah isteri yang solehah. Lukman, jangan pernah enta bercerai dengan Qaisya ya. Jagalah dia. Qaisya, jika Qaisya inginkan jawapan atas persoalan tadi, ianya kerana KAU SAHABATKU.... Kerana itu Az sanggup berkorban”
Keadaan menjadi semakin genting. Az sudah nazak. Walid membisikkan kalimah syahadah di telinga Az dan dia mengikutinya. Akhirnya, tepat 6 petang Az menghembuskan nafas terakhir. Tika itu, semakin kuat tangisan Qaisya. Dia benar-benar merasa bersalah atas semua perbuatannya terhadap Az. “Az!!! Bangun lah! Bangun Az!! Jangan tinggalkan Qaisya”meraung-raung Qaisya. “Awak kenapa Qaisya? Tak cukup lagi nak tengok Az menderita?! Awak ingat dengan meraung, awak dapat kembalikan adik saya??! Awak tahu tak, dengan perbuatan awak ni, arwah bertambah terseksa! Cukup buat hidup adik saya derita!!! Awak faham!!!”tengking Kak Nurain mendiamkan Qasiya. “Lukman, bawa isteri kamu keluar dari sini. Jangan bagi dia seksa arwah. Dan bagi ini pada isteri kamu”arah kak Nurain.
Dalam perjalanan pulang, Qaisya membuka sampul yang diberikan kak Nurain, ada sepucuk surat buatnya. Ya! Dari Az.
Wahai sahabat yang dihormati...
Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkanlah aku dengan
Amaran-amarannya...

Jika aku bersedih tanpa kata,
Pujuklah aku dengan tarbiah
Sang pencipta...

Jika aku lemah tak berdaya,
ingatkanlah aku dengan
Kehebatan syurga..

Jika diantara kita ada
Tembok pemisah,ajaklah
Aku untuk meleraikan segera..

Jika pernah hatimu terluka,
Luahkanlah semua agar
Aku dapat berubah...

Jika kekuranganku melebihi
Kebaikanku,maafkanlah aku
Tegurilah aku,aku ingin terus
Menjadi sahabatmu

Semoga ukhwah yang terjalin akan terus dijalinkan
Andai tiada hari esok buatku
Setialah mendoakan aku di sana
Akan ku tunggu dirimu di sana
Semoga kau bahagia bersama pilihan hatimu

“Allahuakbar! Az!!!!!!! Besarnya pengorbananmu! Qaisya menyesal dengan apa yang berlaku. Kerna Qaisya sahabatmu, segalanya Az kornbankan. Ya Allah, tempatkan sahabatku ini di syurgaMu” bisik Qaisya dalam hatinya.
Setelah setahun pemergian Az, Lukman dan Qaisya kini telah miliki cahaya mata. Bayi perempuan itu diberi nama Ummul Az-Zahra. Semoga dia bakal menjadi seperti Az yang miiki hati yang suci dan tabah dalam dugaan Ilahi.
ciptaan:Ukhti Nor
 
 
 

No comments: