muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Friday, August 24, 2012

musafir al-faqir

Hidup ini penuh dugaan. Aku seperti kertas yang beterbangan. Hanya beterbangan mengikut arus angin. Kertas kosong yang tiada makna. Kosong seperti hidupnya. Namun masih tercalit secebis pengharapan padaMu ya Ilahi. Onak dan duri aku renangi. Namun dalam liku musafir al-faqir ini, banyak yang duka berbanding suka. Apakah sebegini peritnya kehidupan sebuah al-faqir? Ya Ilahi,Engkau lebih mengetahui akan apa yang tidak aku ketahui. Kurniakan ketabahan buatku,sekujur pengharapan:'(
Aku sudah penat menjadi patung cendana,menjadi pelakon yang tiada makna. Aku lelah! Aku lemah! Apakah masih ada kebahagiaan yang Engkau simpan buatku? Apakah layak al-faqir ini untuk bahgia? Apakah aku sudah hampir dengan titik nokhtah kembaraku??? Duhai cinta hatiku sang Robb,bangkitkan kembali semangatku. Aku yang terkulai lemah:'(
Terbitkanlah pelangi nan indah yang bisa menjadi pengubat duka laraku selama ini dan menghayutkan segala kepahitan yang ku rasai...........


No comments: