muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Monday, August 6, 2012

tahukah kita?? islam itu ADIL..:)


Pahala buat Muslimah

بسم الله الرحمن الرحيم

Ketika dalam Kuliah Fiqh seorang bertanya kepada Guru yang sedang menyampaikan ilmu,
"Ya Ustaz, ketika seorang wanita sudah didatangi haid di dalam bulan Ramadhan, apakah ada amalan yang membolehkannya menyamai pahala orang berpuasa di bulan Ramadhan sepanjang dia tak boleh melakukan ibadah puasa dan ibadah fardhu yang lain?"

Guru itu menjawab, "Saudara, kalau kita mahu pahala puasa yang Allah SWT janjikan, maka antara caranya ialah dengan memberi makanan untuk orang lain berbuka puasa. Ini boleh dilakukan dengan menjemput mereka untuk berbuka atau menghantar makanan terhadap mereka. Kalaulah yang diundang tersebut orang sholeh, maka lebih utama lagi kerana nanti kita akan diberi pahala puasa seumpama pahala orang sholeh tersebut."

Dalam hadits ada dinyatakan bahawa daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda,

مَنْ فَطَّرَ صَائِماً كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْءٌ
[
رَوَاهُ التِّرمِذِيُّ ]

Bermaksud, “Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang seperti orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” [ HR. At Tirmidzi ]

Selain mendapat ganjaran pahala yang banyak, Malaikat akan mendoakan rahmat buat orang yang menjamu orang berbuka puasa. Ini disebutkan oleh Nabi s.a.w. dalam satu doa beliau, “Orang yang berpuasa telah berbuka di sisi kalian, makanan kalian telah di makan oleh orang-orang yang baik. Kalian telah dipohoni rahmat oleh Malaikat.” [Sahih Sunan Abu Dawud]



Muslimahku, janganlah kalian merasa sedih kerana tidak boleh berpuasa atas fitrah kejadian kalian. Allah telah menetapkan gandaan pahala kepada semua hambanya yang beriman. Tetaplah diri kalian dalam menghormati bulan Ramadhan dengan meninggalkan makan dan minum di siang hari walaupun kalian tidak boleh berpuasa serta gunakan rezeki yang ada dengan memberi makan kepada orang yang berpuasa di sekeliling kalian biarpun ianya hanya sebiji kurma. Pasti kalian beroleh pahala seperti orang berpuasa seperti yang Nabi s.a.w. sebut dalam haditsnya di atas.

Wahai temanku sekalian, rebutlah peluang keemasan ini untuk meraih keredhaan Allah SWT, mudah-mudahan kalian menjadi orang yang bertakwa..aamiin

No comments: