muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Wednesday, November 28, 2012

aku ingin mencintaiMu setulusnya sebenar-benar

Ya Allah, betapa aku malu atas apa yang telah engkau berikan kepada aku sebagai manusia, segala khilaf tertuju padaku, sungguh tidak ada apa-apa pada diriku yang kecil ini melainkan berjuta khilaf dan kejahilan..

Terlena, sungguh aku sering terlena dek pesona nafsu dunia dan diri ini. Aku ingin kembali padaMu,,,, tertunduk pilu dalam sujud syukur kembali pada cahaya agungMu..

Ya Rabbi, menghamba padaMu adalah tujuan kembaraku, di setiap degupan yang berdetak kerana Izin KuasaMu. Setiap langkah yang tak putus beriring dengan Asmamu yg indah...Ya Rabbi.

sungguh!!!!!!!!

Segala keluh kesah hanya tercurah padaMu, dan tidak akan berkat langkahku tanpa redha Mu Ya Rahman.
 Cahaya Mu, cahaya dalam sepi hidup menjadi senyum ikhlas yang tak pernah putus pada Rahmat Mu,  melahirkan kembali kepada fitrah yang suci dengan  Selawat yang menggema pada jagat raya Mu.

Dalam sepi, aku sering hilang, tidak mengingati Mu, namun Engkau tetap menjagaku dalam nikmatnya nafas yang ku hembus dalam raga, tak putus-putus Engkau mengingatkanku dan Halusnya Peringatan Mu. Tidak  Engkau terus memberikanku hukuman, walaupun betapa kuasanya diriMu Ya Robbi.

Sujud yang mengalun merdu dalam sepertiga malam membuat terhanyut dalam ribuan titisan air mata taubat.. Sebiji zarrah pun dihitung baik kebaikan dan keburukan.. Berkatilah kami ya Rabbi..

    “aku ingin mencintaiMu setulusnya sebenar-benar aku cinta dalam doa, dalam ucapan, dalam setiap langkahku, aku ingin mendekatiMu selamanya sehina bagaimanapun diriku, kuberharap untuk bertemu denganMu ya Rabbi.. .. “

Monday, November 12, 2012

apabila ustazah jatuh cinta

Ustazah jatuh  Cinta?
Tiada yang pelik, mereka juga adalah manusia.
Bukankah cinta itu adalah fitrah manusia?
Tapi layakkah ustazah jatuh cinta?
Mereka juga punya hati dan rasa.
Tetapi tahukah kalian betapa berbezanya mereka ketika cinta seorang lelaki menyapa hatinya? Tiada senyuman bahagia, tiada rona malu di wajah, tiada perasaan suka di dada. Namun sebaliknya.
Ketika ustazah jatuh cinta, yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap. Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tidak lagi suci.
Ketika rasa rindu mulai bermain di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperi akan sebuah rasa yang tak semestinya. Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu. Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai. Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah. Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit.
Ketika ustazah jatuh cinta, bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut. Tiada kata-kata cinta dan rayuan. Yang ada adalah kekhuatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal ataupun mungkin yang tak akan pernah halal baginya.
Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tidak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh. Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya. Bahkan  jika cinta dia harus menghilang, maka itu pun akan dilakukan.
Alangkah kasihannya jika ustazah Tetapi saudari, bersabarlah. Jadikan ini ujian dari Rabbmu. Matikan rasa itu secepatnya. Pasang tembok pembatas antara kau dan dia. Pasangkan duri dalam hatimu, agar rasa itu tidak tumbuh bersemai. Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap. Putarkan balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya. Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu.
Saudari, janganlah khuatir kau akan kehilangan cintanya. Kerana jika memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang mencegah kalian bersatu. Tetapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tidak menghendakinya, maka tidak akan boleh kalian bersatu.
Saudari, bersabarlah. Biarkan Allah yang mengaturnya. Maka yakinlah, semuanya akan baik-baik sahaja. Semuanya akan indah pada waktunya.
:(


copy paste

berkahwin bukan semata


Berkahwin bukan semata-mata kerana cinta tetapi untuk menyempurnakan agama.
Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang hamba menikah, maka telah sempurnalah setengah agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada setengah yang lain.”
Seperti mana sebuah cinta yang mendalam boleh pudar begitulah jua cinta yang tiada kan bisa dipupuk.  Cuba kembali ke zaman dahulu di waktu nenek dan datuk kita bertemu dan bersatu.  Kebanyakan dari mereka ditentu jodoh oleh ibu bapa. Tanpa bantahan tanpa bicara, perkahwinan di setuju asalkan calon menantu seorang yang baik dan beriman.
Statistic penceraian yang terjadi di waktu itu tidak lah menghampakan seperti sekarang.  Walau mereka bersatu bukan atas dasar cinta tetapi lama-kelamaan rasa itu bisa dirasa.  Disitu lah hikmahnya sebuah restu orang tua.
Tetapi cuba kita buka mata dan melihat dunia hari ini.  Penceraian demi penceraian sering kita kedengaran.  Hampir sahaja perkara tersebut di anggap biasa dan kini  kita sudah tidak terkejut mendengar penceraian yang berlaku di mana-mana pun.  Entah apa puncanya.  Berkahwin kerana cinta sama cinta pun masih banyak masalah melanda.  Bercinta hampir 5 tahun, berkahwin tak sampai 5 bulan.  Mengapa terjadinya kejadian-kejadian yang terlalu mengecewakan ini?

Daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia.”

Perkahwinan sebenarnya sangat suci dan merupakan  ikaantara 2 hati.  Disitu kan teruji sebuah kesabaran, kesetiaan, ketaatan dan keyakinan.  Berkahwinlah dengan niat untuk menyempurnakan agama.  Makanya, pasangan yang dipilih jangan kerana nilai material yang ada padanya.  Jika berkahwin semata-mata hanya kerana cinta, suatu masa nanti cinta akan pudar jika tidak di baja atau pun tatkala hati bertemu dengan insan yang lebih sempurna.
Berkahwin kerana kesempurnaan dan kecantikan , suatu masa nanti tatkala kau jumpa kelemahannya, kau akan mula berasa hampa dan tidak berguna.
Oleh itu, berkahwinlah kerana agama.  Perbetulkan niat kerana Allah yang lebih utama.  Bukan berharap pada kesempurnaan dia semata-mata, tetapi tekadlah untuk sama-sama melegkapi kekurangan.  Sama-sama membimbing ke jalan yang diredai.
Kehidupan ini tidak lama, kematian akan membawa kepada sebuah alam yang kekal.  Di alam sana kita mahu bersama keluarga kita kembali, berkumpul dan bersatu lagi.  Tetapi jika kita tidak bentuk diri menjadi insan yang bertaqwa, bagaimana kita akan menemukan insan yang bertaqwa dan bagaimana nanti kita akan memimpin pasangan kita untuk bersama-sama dunia akhirat?

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

Tidak mengapalah jika pasangan kita kurang rupa, asalkan dia orang yang kuat agama.  Kecantikan dunia tidak akan kekal lama.  Meningkat usia rupa sudah hilang mudanya.  Dan perhatikan pula jika berlaku kemalangan yang menjejaskan rupa, mencacatkan anggota dan menghilangkan keupayaan kita, hilang ranap segala yang kita banggakan itu.  Itulah kecantikan yang ada di dunia.
Tetapi,   di alam syurga, semua manusia akan jelita dan kacak bergaya.  Itu akan kekal abadi, dan mata tidak akan pernah jemu-jemu menatapnya. Subhanallah!
Jangan hampa jika pasangan kita tidak kaya, asal hatinya kaya dengan zikir-zikir mengingati yang Esa.  Harta dunia cuma tipu daya.  Kemiskinan satu ujian dan kekayaan jua suatu ujian.  Malah jika iman menipis di dada, kekayaan yang melimpah ruah itu sememangnya sukar dijaga.  Dan di akhirat nanti setiap sen yang kita ada akan dipertanggungjawabkan dan dipersoalkan.
Cukuplah sekadarnya kita punya, asalkan kita masih mampu menjalani kehidupan dengan mudah dan sempurna.  Asalkan kita mampu mencari rezeki yang halal yang tidak bergelumang hutang piutang, itu sudah memadai.   Berdoalah kepada Allah memohon perlindungan yang tidak jemu merayu. 
Di alam syurga yang kekal sana, tiada lagi manusia yang miskin, segala apa yang dihajati akan sampai hatta dengan sekali niat sahaja.  Rumah-rumah bersalut kemewahan, kenderaan yang jauh lebih hebat dan tidak mampu di bayangkan.  Subhanallah,cukup besar anugerah Allah kepada mereka yang tidak melupakanNya.

Dari Abu Musa Al Asy’ari dari Nabi shallallaahu alaihi wa sallam beliau bersabda, “Sesungguhnya bagi orang-orang mukmin di dalam syurga disediakan rumah yang terbuat dari mutiara yang besar dan berlubang, panjangnya 60 mil, di dalamnya tinggal keluarganya, di sekelilingnya tinggal pula orang mukmin lainnya namun mereka tidak saling melihat satu sama lain.”[11]
Allah berfirman yang maksudnya:
“Dan sampaikanlah berita gembira kepada yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai didalamnya”. (QS al-Baqarah : 25)

Bentuklah keluarga menjadi keluarga yang bahagia.  Bahagia bukan hanya mendamba meterialistik semata-mata.  Tetapi bahagia akan hadir dalam reda Dia. Kukuhkan iman dalam ketaqwaan, biar derita menjadi ujian, asal penghujungnya sebuah keindahan yang berkekalan.

copy paste from other artical..





Thursday, November 1, 2012

Beza Antara Jatuh Cinta Dan Membina Cinta


Mengapa orang berkahwin ? Kerana mereka jatuh cinta.
Mengapa rumah tangganya kemudian bahagia?
Adakah kerana mereka masih jatuh cinta? Tidak.Tetapi kerana mereka terus membina cinta.
Jatuh cinta itu mudah, dalam masa 10 minit juga boleh. Tetapi membina cinta itu sangat susah, perlukan waktu seumur hidup.
Mengapa jatuh cinta mudah ? Kerana saat itu kita buta, bisu dan tuli terhadap keburukan pasangan kita.
Tetapi sewaktu memasuki alam perkahwinan, tiiada yang dapat ditutupi lagi. Tinggal bersama 24 jam sehari 7 hari dalam seminggu, semua belang tersingkap..

Disinilah terletaknya perbezaan jatuh cinta dan membina cinta. Jatuh cinta dalam keadaan menyukai. Namun membina cinta diperlukan dalam keadaan jengkel. Dalam keadaan yang jengkel, cinta bukan lagi wujud dalam bentuk pelukan, melainkan berbentuk iktikad baik memahami konflik dan bersama-sama mencari penyelesaian yang dapat diterima semua pihak.

Cinta yang dewasa tak menyimpan rahsia, walaupun mengenai hal sensitif  untuk  diungkapkan. Namun sepeka apapun masalah itu perlu dibicarakan agar kejengkelan tak berlarutan.

 Syarat untuk berjaya dalam pembicaraan adalah kita dapat saling memahami perasaan. Jika suami isteri saling mementingkan perasaan sendiri, mereka akan saling melukai. Jika dibiarkan berlarutan, mereka akan saling memusuhi dan rumah tangga sudah berubah bukan lagi sebagai syurga tetapi neraka.

Apakah keadaan ini masih boleh diperbaiki?

Tentu saja boleh, jika masing-masing mengingati kembali komitmen awal kita dulu, apakah masa dulu kita ingin mencari teman hidup atau musuh hidup. Kalau memang mencari teman hidup kenapa sekarang malah bermusuhan?
Mencari teman hidup memang dimulai dengan jatuh cinta. Tetapi sesudah itu, cabaran terbesar adalah membangun cinta. Bererti mendewasakan cinta sehingga kedua pihak dapat saling bermuhasabah, berunding, menghargai, berkongsi rasa, menopang, setia, mendengarkan, memahami, mengalah dan bertanggung jawab.
Jatuh cinta? Tidak salah. Tetapi cinta lepas  kahwin itu lebih baik dan indah kerana kita terus dapat  membangunkan cinta..