“Jangan katakan kepada Allah kalau
kita ada masalah, tapi katakan kepada masalah kita ada
Allah”
Ketika kita ditimpa sebuah masalah,
bererti Allah mahu kita lebih dewasa dalam menghadapi hidup ini. Ketika kita
ditimpa musibah, bererti Allah ingin agar kita mendekat kepadanya. Ketika kita
ditimpa kesusahan, bererti Allah telah menyediakan untuk kita kemudahan.
Kerana sesungguhnya disebalik
permasalahan ada proses pendewasaan, disebalik musibah ada hikmah, disebalik
kesusahan ada kemudahan.
“Maka sesungguhnya bersama kesulitan
ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.”( QS.
al-Insyirah: 5-6)
Ketika permasalahan datang menghampiri,
jangan mengeluh dihadapan sang pencipta, jangan memberontak akan keputusannya
apalagi dengan mengatakan bahawa Allah tidak adil. Namun, mintalah agar kita
diberi kesabaran serta ketabahan dalam menghadapinya, diberikan penyelesaian
yang terbaik bagi kita, dan selalu mengharap dia memberikan ganjaran
pahala untuk kita.
Tanpa malam, bulan purnama takkan
indah. Tanpa lapar, nikmat makanan takkan terasa. Tanpa dahaga sejuknya air
takkan memberi banyak makna. Begitu juga kemenangan atau kemudahan takkan
banyak memberi erti tanpa didahului rintangan masalah kesusahan. Setelah mendung
terbitlah cerah.
Tak ada hidup tanpa masalah, kerana masalah adalah sunnah-Nya.
Yang kita perlukan hanya dada yang lapang dalam menghadapinya. Jika ketabahan
yang kita bina, nikmat masalah akan terasa. Jika keluhan yang sentiasa kita
bina sengsara masalah akan selalu bertambah.
Masalah datang untuk kita hadapi, bukan
untuk dicaci atau dimaki. Masalah adalah medium dalam proses pendewasaan. Tanpa
masalah kita takkan pernah dewasa. Tanpa masalah kita takkan menjadi orang yang
luar biasa.”Jalan yang lurus dan rata takkan pernah menghasilkan pemandu
yang hebat. Laut yang tenang takkan pernah menghasilkan pelaut yang cekap.
Langit yang cerah takkan pernah menghasilkan juruterbang yang handal.”
Di saat kita mencari solusi dalam suatu masalah, di saat itulah sebuah
proses pendewasaan hidup akan bermula. Maka,senyumlah mereka yang memiliki
masalah dan mampu mengatasi masalah tersebut dengan bijak, iaitu dengan tetap
selalu bergantung kepada keputusan Allah yang maha adil setelah tawakal
dilakukan.
Mari bersama kita menakluki masalah!
.
Sumber asal: http://www.dakwatuna.com/2012/03/19201/masalah-itu-manis/
Sumber asal: http://www.dakwatuna.com/2012/03/19201/masalah-itu-manis/
No comments:
Post a Comment