Saudaraku, jangan mudah untuk kau
mengatakan ta’aruf dengan seseorang.
Fahami duhulu apa erti ta’aruf itu
sebenarnya sebelum kau berani mengatakannya. Jangan dikotori sucinya makna,takruf itu sendiri,
sebuah syariat harus ditegakkan untuk itu lebih baik diam jika belum sedia
untuk menjalaninya.
Mampukah setiap dari kita memikul semua
perasaan cinta dan kasih sayang yang benar-benar sesuai dengan syariat?
Cinta harus diuruskan dengan baik,
terutama cinta pada Allah SWT, Rasulullah SAW, cinta terhadap orang-orang soleh
dan beriman. Jadi tidak harus memberi cinta secara murahan atau bahkan
melanggar syariat Allah SWT.
Bagaimanakah ciri – ciri ta’aruf
Islami yang sebenar dalam mencipta rumah tangga:
1.Melakukan Istikharah dengan
sekhusyuk-khusyuknya
Setelah anda mendapatkan data dan foto,
lakukanlah istikharah dengan
sebaik-baiknya, agar Allah SWT memberikan jawapan yang terbaik. Dalam melakukan
istikharah ini, janganlah ada kecenderungan pada calon yang diberikan kepada
kita. Tapi ikhlaskanlah semua keputusannya pada Allah SWT. Luruskan niat kita,
bahawa kita berkahwin atas alasan benar-benar ingin membentuk rumah tangga yang
sakinah mawaddah warohmah. Seseorang biasanya akan mendapat sesuatu sesuai dengan
apa yang diniatkannya.
2.Menentukan Jadual Pertemuan (ta’aruf
Islami)
Setelah data peribadi didapatkan maka
perlu adanya sebuah pertemuan yang diatur oleh murabbi masing2 pihak
3.Gali pertanyaan sedalam-dalamnya
Setelah bertemu, hendaklah didampingi
murabbi masing – masing , lalu saling bertanya sedalam-dalamnya, dari
maklumat peribadi, keluarga, hobi, penyakit yang diderita, visi dan misi
tentang rumah tangga. Biasanya pada tahap ini, baik perempuan mahupun lelaki
agak malu-malu dan gementar, maklumlah tidak mengenal sebelumnya.
Tetapi dengan berjalannya waktu, semua
akan menjadi cair. Peranan pembimbing juga sangat diperlukan untuk mencairkan
suasana. Jadi, suasana tidak akan menjadi kaku dan terlalu serius. Diperlukan
suasana humor, santai namun tetap serius.
Pihak lelaki mahupun perempuan harus
bertanya sedalam-dalamnya, jangan disembunyikan. Pada tahap ini, biasanya
pertanyaan-pertanyaan pun akan mengalir.
.
4.Menentukan waktu ta’aruf dengan
keluarga Perempuan
Setelah melakukan ta’aruf dan menggali
pertanyaan-pertanyaan sedalam-dalamnya, dan pihak lelaki merasakan adanya
keserasian visi dan misi dengan calon perempuan, maka pihak
lelaki pun harus segera untuk melakukan ta’aruf ke rumah pihak perempuan, untuk
berkenalan dengan keluarganya.
Namun ingat, pihak lelaki
jangan datang seorang diri, untuk menghindarkan fitnah dan untuk
membezakan dengan orang yang bercouple.
5.Keluarga pihak lelaki
mengundang silaturahim pihak perempuan ke rumahnya
Dalam hal berkahwin tanpa bercouple,
adalah wajar jika orang tua pihak lelaki ingin mengenal calon menantunya
(akhwat). Sebaiknya ketika datang ke rumah pihak lelaki, pihak perempuan juga
tidak bersendirian, untuk menghindari terjadinya fitnah.
6.Menentukan Waktu Meminang
Setelah terjadinya hubungan silaturahim
dikedua belah pihak, dan sudah ada keserasian visi dan misi dari pihak lelaki
dan perempuan, juga dengan keluarganya, maka janganlah tunggu lama-lama.
Segeralah menentukan waktu untuk mengkhitbah akhwat (memimang/melamar
pihak perempuan). Jarak waktu antara ta’aruf dengan pertunangan, sebaiknya
tidak terlalu lama, kerana takut menimbulkan fitnah.
7.Tentukan waktu dan tempat pernikahan
Pada prinsipnya semua hari dan bulan
dalam Islam adalah baik. Jadi hindarkanlah mencari tanggal dan bulan baik,
kerana takut jatuh ke arah syirik. Lakukan pernikahan yang
dicontohkan Rasulullah SAW, iaitu sederhana, mengundang anak yatim, memisahkan
antara tetamu lelaki dan wanita, pengantin wanita tidak bertabarruj
(berdandan), makanan dan minuman juga tidak berlebihan.
Semoga dengan menjalankan ciri – ciri ta’aruf
secara Islam di atas, Insya Allah akan terbentuk rumah tangga yang sakinah
mawaddah warahmah… Yang menjadi dambaan setiap keluarga muslim baik di dunia
mahupun diakhirat.
No comments:
Post a Comment