muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Thursday, February 28, 2013

TAKDIR ITU INDAH (PART 1)

Tika insan lain sedang lena tidur dibuai mimpi yang indah, saat itu,Wardah setia bersujud menghadap Sang Rabb, ditemani mutiara jernih yang menitis setitik demi setitik ke pipi asbab dari penyesalan dirinya,menadah tangan memohon keampunan dari Sang Khalik. Begitulah rutin hariannya. Tiap pertengahan malam, seronok dan indah baginya untuk mohon keampunan dengan sang Khalid dan merintih, mengadu domba dengan kekasih abadinya itu. Tiada yang lebih indah melebihi keindahan malam yang ditemani sejajadah,tasbih dan telekung sebagai penutup auratnya dalam menghadap Ilahi. Alah bisa tegar biasa.. Pada awal,sulit buatnya untuk bangkit di malam hari, tapi setelah Wardah mendengar ceramah tentang pentingnya amalan-amalan sunat,tahajud, sejak pada itu dia mulai berubah sedikit demi sedikit.

Teringat dia akan kata-kata "antara asbab berlakunya pepecahan kerna kurangan orang untuk solat malam..

Alhamdulillah! Sejak Wardah memasuki semesta empat dan merupakan semesta akhir baginya, dirinya banyak berubah. jika dulu tahajud penemannya di pertengahan pagi,kali ini ditingkatkan amalannya dengan solat sunat taubat, hajat, istikharah, tasbih dan witir menjadi pelengkap ibadahnya pada tiap pertengahan pagi. Setelah itu, dia mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran sambil menanti waktu subuh. Bilik kosong di rumah sewanya digunakan sebaik mungkin kesempatan untuk bertahajud padaNya. Walau kecil, tapi itu sudah cukup baginya untuk melepaskan rindu buat sang kekasih di pertengahan malam. di situlah dia menagis, menadah tangan mohon keampunan. mengadu segala kesusahan,kesakitan yang dia alami sejak kehilangan kedua orang tuanya.

Wardah merupakan anak bongsu dari dua beradik. Dia dibesarkan di rumah anak yatim. Tidak bagi kaka. Kakaknya dijaga oleh ibu saudaranya yang merupakan adik kepada ibunya. Kematian ayah dan ibu Wardah telah menyebabkan ibu saudaranya membencinya. Bagi mak su, Wardah pembawa sial. Kematian kedua orang tuanya berpunca dari Wardah. Itulah pemikiran kolot yang menyelubungi diri mak su sehingga kini. Dan sehingga ke hari ini, Wardah tidak pernah berjumpa dengan kakaknya. Begitu juga dengan mak su nya. Cuma Wardah ada mendapat berita kakaknya telah berkahwin dengan seorang usahawan muda.

nasihat ummi di rumah anak yatim itu menguatkan Wardah untuk melalui hari-harinya yang kian mencabar.

"Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, tidak disangka, tidak dipinta..... janganlah kecewa, marah, sedih apalagi mencela. Tetapi tanyakanlah diri, apakah maksud baik Allah di sebalik semua itu. Allah tidak akan menzalimi kita. Ujian itu penting, tetapi bagaimana kita menghadapinya jauh lebih penting. Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah. Allah ‘memperkenalkan’ Dirinya di sebalik semua ujianNya. Pada ujian sakit, Allah kenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, Allah perkenalkan diriNya yang Maha Kaya..... Maka bersangka baiklah kepada Allah...."

"Wardah, semalam Wardah bangun awal dari biasa ya?" soal Mardhiah. " Na'am, ana bangun awal dari biasa. Ana tak dapat tidur semalam. Maaf Mardhiah jika ana menganggu enti ya" jawab Wardah sambil melipat telengkungnya setelah usai dhuha.
" Eh, tak menganggu pun Wardah, cuma kita tersedar je. Kita risau, ingatkan awak sakit" balas Mardhiah sambil menggeleng kepalanya tanda menidakkan kenyataan Wardah.

Pagi itu tidak seperti selalu, kali ini Wardah mengambil tugas Mardhiah untuk mengemas bilik. Mungkin kerna dia merasa bersalah membuatkan Mardhiah terjaga awal pagi semalam.

" Wah! hari ini bukan tugas Mardhiah ke? Biasanya setiap hari sabtu, Mardhiah yang ditugaskan untuk mengemas bilik,tapi kenapa awak yang kemas ya Wardah??"soal Mei Ling sambil berkerut keningnya memohon jawapan.

"Tak salah ana nak bantu Mardhiah kan?"soal Wardah. Mei Ling hanya tersengih. Tika itu Mei Ling dan Mardhiah tidak hanya menggoyang kaki, tetapi membantu Wardah dengan menyusun buku dan mengemas katil. Begitulah rutin di pagi hari rumah banglo 2 tingkat itu.

Jam di dinding menunjukkan pukul 1 tengah hari. Biasanya mereka akan makan pada waktu itu, dan hari ini satu lagi kelainannya, mereka tidak makan kerna bekalan barang basah sudah kehabisan. Usai zohor, mereka bersepakat untuk keluar membeli barang dapur dan makan di luar.

" Alhamdulillah" ucapan ringkas dari Wardah diidringi dengan senyuman ikhlas tanda ketenangannya setelah usai mengaji dan solat zohor. Ucapan itu walaupun biasa didengar, tapi kali ini memberi kesan yang mendalam buat Mei Ling dan Mardhiah.

"Wardah, saya suka tengok awak. setiap kali awak sembahyang,awak mesti kelihatan tenang dan tersenyum. Biarpun banyak masalah, assignment, tapi saya tengok, dengan sembahyang, awak lebih baik dari sebelumnya. wajah awak,tenang, ucapan awak benar-benar menyentuh hati saya. Kenapa saya sembahyang, tidak merasai apa yang awak rasa? Dan begitu juga saya lihat pada Mardhiah. Kenapa ada perbezaan waktu korang sembahyang. Awak banyak kali sembahyang dalam 1 hari?"jujur Mei Ling menyatakan isi hatinya. Tanpa dia sedari, ada air mata jernih yang mulai membasahi pipinya.

Wardah hanya membalas dengan senyuman. Dan tika itu Mardhiah memandang Mei Ling dengan pandangan yang amat terkejut. Masakan Mei Ling membandingkan solatnya dengan Wardah? Tapi Mardhiah lebih suka untuk mendiamkan diri. Dia tahu,dia amat jahil soal agama. solat 5 waktu itu baru dia amalkan. itu pun sewaktu dia mengenali Wardah setahun lalu. Bermula pengenalan itu, dia diajar untuk solat dan cara solat. Dia amat terhutang budi pada Wardah.

"pooooooonnnnnnnnnn!!!!" kedengaran kereta BMW milik Mei Ling berbunyi. Dengan langkah yang pantas Wardah menuruni tangga rumah dua tingkat itu. Rumah itu punyai 10 orang penyewa. hanya mereka bertiga yang bergelar pelajar. Dan Mei Ling seorang yang merupakan orang cina di rumah itu. Sejak mengenali Wardah, Mei Ling nekad untuk mendekati insan tenang itu. Dalam waktu yang sama, Mei Ling cuba untuk belajar islam untuk mengikut jejak kakaknya.

"Maafkan ana ya Mei Ling, Mardhiah. Ana cari stokin ana tadi."termengah-mengah Wardah mengadu pada sahabatnya itu.

Sedang di jalan, kesesakkan kian parah. hampir 45 minit kereta BNW itu tidak bergerak. Mei Ling mula mengomel-ngomel. Dan Mardhiah mengisi waktu yang membosankan itu dengan mendengar lagu english menggunakan MP3 nya. Kedua telinganya ditutup bagi mengelakkan mendengar bebelan dari Mei Ling. Tapi berbeza dengan Wardah. Dia langsung tidak menunjukkan wajah marah,hampa,geram. Dia menggunakan waktu itu dengan membaca buku. Kali ini buku yang menjadi pilihannya ialah "Cinta Kerana Allah". Buku pemberian Nur sewaktu di matrik dahulu. Sahabat yang amat dia sayangi. Nur merupakan sahabat, kakak buat Wardah. Di bahu Nur Wardah menyandarkan kepalanya. Rindu pelukkan hangat dari Nur di saat Nur memberikan kekuatan buatnya.

"Wardah, awak ni tak penat ke asyik membaca je? Kelas membaca, di rumah membaca, di library lagi lah membaca je.. Ini, dikereta saya pun nak membaca?? Awak tak bosan ke?" soal Mei Ling.

"Mei Ling, islam menuntut kami orang islam mencari ilmu. Meningkatkan kefahaman kami tentang Tuhan kami, meningkatkan keimanan kami kepadaNya. Buku-buku ilmiah ini,yang berbentuk agama ini menjadi makanan rohani bagi kami umat islam. Bagi ana, tanpa buku-buku ini, ana benar-benar lemah. Hati ana jadi kosong.Macam lagu najwa latif tu, KOSONG..KOSONG...KOSONG..."panjang Wardah menjawabnya sambil diselitkan gurauan agar dakwahnya itu tidak dianggap terlalu straight dan bosan.

Mei Ling hanya membalas dengan ketawa. Susah buatnya untuk mendengar Wardah bergurau. Sesekali bila hadirnya mood itu, Mei Ling benar-benar terusik. Mardhiah tika itu hanya tersenyum melihat gelagat sahabatnya itu.

Berkat kesabaran mereka, akhirnya mereka mampu keluar dari kesesakkan tersebut. Dalam cuaca tika itu, mereka cepat-cepat masuk ke pasaraya Tesko. Satu persatu barang yang mereka ambil. Dan kereta tolak itu semakin penuh.

RM 156.80! Itulah jumlah perbelanjaan mereka pada hari itu. Tanpa berlengah mereka masukkan barang ke dalam kereta dan kini waktunya mereka mengisi perut dengan makanan. Jam menunjukkan pukul 3.45 petang. "Aduh, sakitnya perut saya!"rungut Mei Ling. Wardah tersenyum melihat teletah Mei Ling seakan budak 5tahun mengadu sakit perut. Mardhiah mengejek Mei Ling dengan melakonkan semula teletah Mei Ling.

" Korang pergi lah dulu ya, Wardah nak singgah kedai buku sekejap."ujar Wardah sambil menunjukkan kedai buku MBS. Kedua mereka hanya menganggu dan berlalu pergi meninggalkan Wardah.

Dalam ketekunan Wardah mencari buku, tiba-tiba datang seorang lelaki menegurnya.
"Assalamualaikum Wardah. Kaifa haluki ya ukhti?"ramah Furqan memulakan teguran.
"Waaaa....aa..lai..kum...mussalam.........."tersekat-sekat suaranya menjawab salam Furqan sambil memek wajahnya berkerut melihat Furqan seakan tidak percaya di hadapanya itu merupakan senior di Maahad.

"Kenapa Wardah? Enti terkejut ke lihat ana? Enti mencari buku-buku penulisan ana ya?"Furqan mencari peluang untuk mengenakan Wardah.
Tika itu Wardah tertunduk malu. Jantungnya bagai nak jatuh ke lantai. Muka nya benar-benar merah. Kepalanya tiba-tiba berasa pening dan nafasnya kian pantas.

"Ya Allah, kenapa saat ini Engkau pertemukan kami? Kenapa saat aku dahagakan cintaMu,Engkau menemukan aku dengan si dia? Ya Allah,peliharalah hati ini ya Allah. Sesungguhnya Engkau yang memegang hati kami. Engkau yang mmpu membolak balikkan hati kami. Jangan Engkau izinkan sesiapa bertahta di hati ini jika dia bukan jodohku. Engkau kuatkan kecintaan ini terhadapaMu ya Ilahi"lebar doanya dalam hati. Di saat itu Furqan setia melihat gelagat Wardah yang serba tak kena.

"Ai, xkan berdoa lagi kot?" soal Furqan seakan dapat mentafsir apa yang Wardah rasai.

"Biar betul mamat ni?? Ish! Apa nak buat??"kerut keningnya.

"Eh, itu bukannnnnn..............."Wardah mengumpan Furqan untuk melarikan diri. Tapi malangnya Furqan sudah bijak dari dahulu. Kini Wardah makin kebingungan.
"Allah! ana ingatkan enti makin matang, tapi masih sama ya Wardah? tektik lama yang enti guna itu sudah lapuk la. Ana akan sentiasa berhati-hati dengan permainan enti"ujar Furqan yang merupakan anak ummi di mana tempat Wardah dibesarkan.

"Erm........xpela........,ana,nak balik dulu......"cepat-cepat Wardah keluar dari kedai itu. Furqan kebingungan seketika. Tapi matanya masih mengekori gerak langkah Wardah.

Furqan tidak mengaku kalah. Dia mencuri-curi untuk mengekori Wardah dari belakang.

"Eh Wardah, itu bukan????"persoalan Mardhiah temati. Wardah terlebih dahulu memotong Mardhiah "Kenapa??Bukan apa?? Ada-ada je Mardhiah ni. Dah la,korang pesan apa??Ini untuk ana?"

" Ya lah...untuk awak lah,untuk siapa lagi...ayooo...kenapa dengan awak ni Wardah? Lain macam je saya tengok? mana buku??Kenapa muka awak pucat? Baru lepas jumpa Jackie Chan ya??" bertalu-talu soalan yang diajukan ditambah dengan usikkan Mei Ling.

" Ish, apa Mei Ling ni. Kalau jumpa Jackie Chan,ana da lama dating dengan dia,ana tak ingat korang da...hahaha" balas Wardah sambil lirikan matanya memandang Mardhiah yang masih tidak puas hati kerna kata-katanya dipotong Wardah. Mardhiah tahu,Wardah ana sorokkan sesuatu.

Hari semakin petang. setelah selesai solat di surau,barulah mereka balik ke rumah. Kerana risaukan jalan sesak,dan tidak sempat untuk solat,mereka mengambil keputusan untuk solat sebelum pulang ke rumah. Dalam perjalanan balik,suasana tenang. Mei Ling fokus dengan pemanduannya dan Mardhiah membaca majalah REMAJA. manakala Wardah termenung memikirkan Furqan.

"Wardah, enti tunggu ana ya? Lepas ana balik dari Jordan, ana nak kita berkahwin. Ana dah minta izin dengan ummi. Alhamdulillah,ummi setuju. Ana harap Wardah setuju juga ya?"

tiba-tiba Wardah teringatkan kata-kata Furqan padanya sehari sebelum Furqan berangkat ke Jordan. Hampir 6 tahun perkara itu berlalu. Semuanya musnah selepas Wardah mengetahui Furqan telah berkahwin dengan salah seorang pelajar Malaysia sewaktu menuntut di Jordan. Tapi sekarang Furqan sendirian. Isterinya meninggal sewaktu melahirkan anak kedua mereka. Tinggal lah Furqan bersama anak sulungnya yang hampir 5 tahun usianya. Fatimah Az Zahra. itulah nama si kecil yang amat disayangi Furqan. hanya itu kenangan Furqan bersama isterinya. Anak keduanya tak dapat diselamatkan.

buuuummmmmmmmmmmmmm!
lamunan Wardah terhenti. Kelihatan Mei Ling disebelah cemas. Mardhiah di belakang seakan-akan pana dengan kejadian itu. Mereka keluar kereta melihat keadaan kereta BNW itu. Ternyata tayar kereta bocor dek kerana jalan yang dibanajiri dengan paku-paku oleh pihak yang terbertanggungjawab. Mereka kebingungan. tiada yang tahu cara untuk mengantikan tayar itu.
tanpa disedari, kehadiran kereta CRV berhenti dihadapan kereta mereka. Wardah terkejut bila mengetahui hamba Allah yang keluar dari keretanya adalah.............................

continue.....

2 comments:

Unknown said...

assalamualaikum ukhti nur..teruskan menulis...saya nak tahu cerita ni lebih lanjut..cerita ukhti menyentuh hati saya...^_^ good job..semoga penulisan ukhti mmberi manfaat kepada pembaca..ameen..

ukhti Nur said...

waalaikumussalam wbt..
jazakillahu khairan kathiran...qul insyaAllah,ada masa ana teruskan...
syukran juga untuk kata2 smngt ukhti..barakallahu fik..aamiin..:)