muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Thursday, April 25, 2013

luka yg tiada kelihatan hanya mampu dirasa


Bismillahirrahmanirrahim….

Senyum tak bermaksud suka, tawa tak bererti bahgia, segalanya boleh kita lakukan bagi menutupi 1001 rahsia yang tersembunyi dalam lubuk hati yang paling dalam. Tiada siapa ketahui, tiada juga yang cuba untuk menyelidiki. Kerna apa?? Kerna tiada yang tahu keberadaan “duka” “sedih” “pilu” “kecewa” yang menggunung tingginya. Hanya SATU yang mengetahui. Dia lah Tuhan yang Satu. Esa! Sepanjang melalui kehidupan ini, tiada manusia yang tidak pernah menangis. Tiada insan  yang tidak pernah jatuh dan tiada hamba yang tidak pernah melakukan dosa. Bahkan, tompokan hitam dalam hati ini sentiasa wujud. Bahkan, sebanyak mana pula kita mencuba untuk menyungkil bintik-bintik dan noda-noda hitam itu dari terus berkulat di hati ini?

Tuhan, jika Engkau mendengar tiap bisikan hati ini, maka Engkau redakan ia dari terus berpersoalan. Hentikan ia dari terus memberontak. Duhai Ilahi, Engkau pimpinlah hati ini untuk terpaut dengan syurgaMu, dan bukan duniaMu. Engkau papahlah diri ku saat aku ketempangan, Engkau genggamlah tanganku saat aku kekaburan dan Engkau lindungilah aku dalam langkah mencari sinar cahayaMu..

Duhai Ilahi, di saat hati ini tersiat dengan perilaku manusia lain, Engkau ubatlah ia dengan cinta dan kasih sayangMu.. saat hati ini menduakanMu, Engkau kembalikan tautan rindu dan cintaku padaMu..

Tiada Tuhan yang ku sembah selain Engkau.. Tiada tempat yang ku mohon pertolongan,hanyalah pada Engkau… maka, janganlah Engkau menjauhiku kerna dosa-dosaku.. sesungguhnya aku hambaMu yang sering kali alpa dengan duniaMu yang sementara ini..

Tuhan, berkahilah tiap langkah dan perjalananku… permudahkan tiap urusanku..dan janganlah Engkau mempersulitkan ia.. :’(

No comments: