muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Friday, April 5, 2013

pesona zulaikha


lirik ini hanya perkongsian.. yang mana kisah zulaikha dan yusuf banyak memberikan pengajaran untuk kita. yang mana kejahilan seseorang dalam menuruti kata nafsu dan hati itu tidak lah hanya dilihat dr kejahilan dan kehinaan semata. kerna sesungguhnya kejahilan itu mmpu dipadam dek pseona tarbiah, hidayah drNya.. oleh itu jangan dilihat kekurangan mnusia lain, kejahilan manusia lain sehingga kita menerakakan mereka. kita tidak pernah tahu di mana destinasi yang bakal kita tujui. mungkin kita fkir, pekerti kita seperti ahli syurga, tpi hati ini, hanya Allah yang mengetahui. oleh itu jangan memandang khilaf manusia sbg suatu yang menjijik kan sehingga kita menghukum mereka. kenali dulu hti dan diri kita.. usah melabelkan orang dgn sesuka hati...
smoga kisah ini mmberikan pengajaran buat kita dalam membentuk cinta yang mulia. cintalah Dia seutamanya..kerna Dia yang layak diutamakan...:)
wallahua'lam..:)


indah wajahnya gamit pesona
pedih jemari terluka tidak terasa
anggun tingkahnya runtun jiwamu
adakah malaikat menjelma manusia

saat kau turutkan perintah nafsumu
enggan dia tunduk pada godaanmu
dihasut amarah kau lontarkan fitnah
terpenjara Yusof pertahan imannya

begitu cinta si Zulaikha
tega mendamba kekasihnya
hingga tenggelam dalam amukan rindunya
namun tika datang cahaya
dari Cinta segala cinta
seluruh jiwa kini hanyalah Khaliqnya

berganti rayu pada yang Satu
basah bibirmu meratib asma' yang Esa
hati yang tulus rindu yang Qudus
inilah cinta yang sebenarnya cinta

dalam kehilangan kau temui iman
tidak dibiarkan engkau kehancuran
Yusofmu di sisi Tuhanmu di hati
hanya pengabdian bukti kesyukuran

oh Zulaikha, engkau alihkan cinta
dari cinta hamba ke Penciptanya
rindumu bukanlah pemusnah diri
tetapi penemu Cinta Hakiki
oh Zulaikha, kisahmu mempesona
kisah cinta yang akhirnya bertemu cintanya

 

No comments: