muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Thursday, May 30, 2013

TAKDIR ITU INDAH (PART 2)



buuuummmmmmmmmmmmmm!
lamunan Wardah terhenti. Kelihatan Mei Ling disebelah cemas. Mardhiah di belakang seakan-akan pana dengan kejadian itu. Mereka keluar kereta melihat keadaan kereta BNW itu. Ternyata tayar kereta bocor dek kerana jalan yang dibanajiri dengan paku-paku oleh pihak yang terbertanggungjawab. Mereka kebingungan. tiada yang tahu cara untuk mengantikan tayar itu.
tanpa disedari, kehadiran kereta CRV berhenti dihadapan kereta mereka. Wardah terkejut bila mengetahui hamba Allah yang keluar dari keretanya adalah Furqan!
“Sejak bila dia mengekori aku?” soal Wardah dalam hatinya. Tika itu sahabat-sahabatnya sudah keluar dari kereta. “Aiyoooooo!!! Wardah, keluar looo… macam puteri lilin pulak awak ni!” rengus Mei Ling bila melihat Wardah masih berada di dalam kereta sedang mereka berpanas di luar kereta.
Bila Wardah keluar saja dari kereta, mata pertamanya mula memandang Furqan yang sedang sibuk menukar tayar kereta Mei Ling. Dalam diam Wardah merengungi Furqan, wajah yang amat dirindui. Namun kini perasaan berdebar dan gusar mulai bersarang di hati dan benak fikirannya.
“Alhamdulillah! Sudah selesai. Semoga perjalanan kalian dipermudahkan dan selamat sampai ya!” tenang Furqan menuturkan kata-katanya sambil matanya melirik ke arah Wardah.
“Thanks En…….???” Terhenti Mei Ling kerana tidak mengetahui siapa lelaki di hadapannya itu.
“Furqan!” pantas Wardah menuturnya tanpa dirinya menyedari kata-kata itu dari mulutnya.
“Awak kenal ke dia ni???” soal Mei Ling yang kebingungan. Wardah hanya tersenyum dan masuk ke dalam kereta tanpa mengucapkan terima kasih pada Furqan.
Malam itu mereka menghabiskan masa di hadapan televisyen. Kerana kepenatan, mereka hanya meluangkan masa dengan menonton televisyen. Sedang asyik menonton cerita supernatural, Mei Ling memecah kesunyian tika itu “ Wardah, siapa Furqan itu dengan awak ya? Mana awak kenal lelaki itu? Saya suka tengok muka dia. Licin je. Cerah, tenang dan dia bercakap dengan penuh keramahan dan mata dia cantik sangat!”
Wardah yang dari tadi hanya bermuka penat, memandang Mei Ling dengan wajah yang terkejut dan segera badannya pusing kea rah Mei Ling. Namun tiada yang keluar dari mulutnya.
“ Itu lah anak ummi tempat Wardah duduk dulu” Mardhiah menjawab dengan wajah selambanya.
Mei Ling hanya mengangguk dan wajahnya ceria bila mengetahui Wardah tiada hubungan istimewa dengan Furqan. Dalam hatinya mula mengatur langkah untuk mengenali lelaki tadi dengan lebih dekat.

Ya Allah, Engkau bimbing lah hati ini untuk menyintaiMu, mengasihiMu, merinduMu selalu. Jangan pernah Engkau padamkan cinta ini untuk Mu. Janganlah Engkau hadirkan dalam hidupku seseorang yang bukan dita’dirkan untuk ku. Jadikan hati ini menyintai sang suami untuk pertama dan terakhir. Jadikan cinta ini suci untuk sang suami. Bukan untuk lelaki ajnabi. Engkau peliharalah hati ini ya ALLAH…..Aku mengharapkan redha dan petunjukMu..
Berlinangan air mata tika itu. Hatinya mulai resah dan gelisah bila bertemu kembali dengan Furqan. Hanya Allah yang mampu merubat kesakitan, kepedihan dan segala penderitaan yang ditanggungnya atas apa yang berlaku ke atas dirinya dan  Furqan.
Hari itu Wardah seperti biasa, menghabiskan waktu di library untuk mengulangkaji pelajarannya. Di suatu sudut, dia melihat sepasang couple berduanya. Dilihatnya si lelaki sibuk mengajar buah hati. “ya Allah, peliharalah aku dari kemaksiatan” itulah yang terpancul dalam hatinya bila melihat persekitaran yang kurang senang di pandangannya. Tiada rasa cemburu, yang ada hanyalah ketakutannya pada sang Khalid.
Dalam kesibukkan Wardah mengulang kaji, dia menerima SMS dari Firdaus.
Assalamualaikum. Satu perjumpaan Baitul Hadhari akan diadakan di AUDI 1 pada 8 setengah mala mini.
Wardah membalasa seringkas mungkin bagi menjawab pesanan itu. Tidak lama itu seorang pelajar diploma mendekatinya lalu menegurnya “ Kak Wardah, ini ada nota dari seseorang. Dia minta Eka memberikan ini pada akak”. Nota ringkas itu di baca Wardah:
Wardah, ana nak jumpa enti di café. Ikhlas, Mustaqim
Wardah hanya membiarkan pesanan itu di atas meja lalu diteruskan mengulang kaji. Sudah menjadi prinsipnya untuk tidak melayan surat layang. Setiap yang hadir akan dia biarkan tanpa sebarang respon. Mustaqim merupakan Ketua Biro kerohanian bagi kelab Baitul Hadhari. Dan merupakan lelaki yang paling bersabar dalam memenangi hatinya. Namun tiada minat dan kekaguman yang dilihat Wardah tentang lelaki itu. Baginya, surat itu hanyalah menjadi racun dan virus dalam hubungannya dengan Sang Rabb. Oleh kerana itu tiada yang dia banggakan dengan apa yang telah Mustaqim lakukan padanya selama ini.
Setelah usai solat isya’ di masjid universiti, Wardah yang ditemani Sakinah menuju ke Audi 1 untuk menghadiri meeting.
Wardah sangat dihormati oleh ahli Baitul Hadhari. Seisi audi mengekori langkahnya menuju ke hadapan. Seperti biasa, sebagai setiausaha, Wardah juga perlu mempengerusi meeting pada hari itu. Tujuan meeting itu diadakan bagi membuat perancangan untuk program anak yatim yang akan diadakan di Kuala Selangor pada bulan hadapan. Beberapa pandangan amat diperlukan dan dana mulai dikutip pada hari itu.
“Alhamdulillah! Semuanya dipermudahkan ya!”dalam kelembutan Wardah mulai beramah dengan ustazah Hafizah. Dalam perbincangannya ustazah Hafizah menyelit tentang keputusannya yang dinantinya. “ Wardah sudah ada keputusan ke untuk lamaran adik ipar saya tu??”tanpa berbasi ustazah Hafizah menanyakan tentang itu. Wardah hanya tersenyum. “ asif ustazah, ana tak bersedia lagi untuk memberikan jawapan. Lagipun, ana masih ingin belajar. Ana takut jika ana berkahwin nanti,ana tak dapat menjalankan tanggungjawab ana pada zauj ana. Jika kami berjauhan, ana terkilan jika ana melepaskan tanggungjawab ana pada suami ana sendiri.”jawab Wardah. “Wardah tak perlu berhenti belajar sayang. Wardah boleh meneruskan pelajaran. Cuma jika kalian berkahwin, Wardah kena berjauhan la buat seketika dengan suami.”ujar ustazah. “ asif, ana rasa, tika ini ana masih belum dapat memberikan keputusan ana. Ustazah katakana padanya, ana minta maaf. Dan ana cadangkan untuk dirinya mencari orang lain. Ana tak nak dia menunggu dalam ketidakpastian.jelas Wardah. Ustazah hanya membalas dengan senyuman tanda faham.
 Hari ini Wardah menziarahi ummi. Walau berat untuknya melangkah kawasan itu, namun dia kuatkan juga. Dia mengharapkan untuk tidak berjumpa dengan Furqan. “Assalamualaikum ummi. Ummi sihat? Maaf, Wardah dah lama tak jenguk ummi” sapa Wardah sambil lirikkan matanya melihat si kecil bersama ummi. Si kecil itu begitu comel dengan mengenakan jubah dan tudung berwarna pink!
“waalaikumussalam wbt. Tak apa lah Wardah, ummi faham. Kenalkan, ini Fatimah Az Zahra” ummi mulai perkenalkan cucunya pada Wardah. Pertama kali Wardah dipeluk oleh si kecil. Nyaman dan penuh kebahagiaan bila mendekati si kecil itu. “ummi nak tengok kat dalam jap ya. Ummi ada masak air tadi. Wardah duduk sini sekejap. Temankan Fatimah.”pesan Ummi. Beberapa minit berlalu, Fatimah hanya membisu. Begitu juga dengan Wardah. Tiada yang ingin ditanyakan pada si kecil itu. Namun kesunyian yang dari tadi akhirnya dipecahkan dengan persoalan dari Fatimah. “ Boleh Fatimah panggil akak ini ummi? Fatimah senang bila ummi peluk Fatimah. Fatimah rasa macam ibu yang peluk Fatimah. Bulat mata Wardah tika mendengar kata-kata ikhlas dari Fatimah. Matang si kecil itu berkata-kata. Tidak dijangkanya Fatimah akan berkelakuan seperti itu. Fikirannya mula berfikir sesungguhnya Fatimah bukan sebarangan budak. Fikirannya jauh lebih matang dari umurnya. “Kenapa ummi senyap? Ummi tak suka Fatimah? Ummi, hari tu Fatimah jumpa ummi di kedai buku. Tapi Fatimah tak tegur ummi. Walid yang tegur ummi. Fatimah segan nak dekati ummi.”jujur Fatimah. Sekali lagi Wardah terkejut. Tidak dia sangka, tika di kedai buku hari tu, Furqan bukanlah keseorangan. Fatimah bersamanya.
“ Ummi? Sedap panggilan tu! Boleh je kalau Fatimah nak panggil akk ni ummi. Senang ummi dengar. Fatimah berapa tahun sayang? Fatimah dah sekolah?” tiba gilirannya untuk mengajukan soalan. Dalam ketekunan Wardah melayan Fatimah, Furqan melihat keakraban Wardah dan Fatimah dari jauh. Tersenyum Furqan.

“Wardah, saya nak cakap sesuatu boleh?” Mei Ling mendekati Wardah yang baru usai solat sunat. Biasanya sebelum tidur, Wardah akan melakukan solat sunat taubat dan solat witir. Diakhiri pula dengan membaca sura almulk. Itulah pengakhiratan perjalanan dan kembaranya tiap hari.
“Mei Ling nak bertanya apa ya?” soal Wardah sambil melipat telekongnya.
“ saya tak mau berbasi-basi. Saya nak berterus terang dengan awak. Saya nak peluk islam Wardah! Saya dah lama menantikan saat dan detik ini. Saya rasa begitu tenang melihat awak, melihat kehidupan awak. Saya rasa lapang mendengar alunan azan yang dulunya saya amat benci. Sejak saya kenal dengan awak, saya lebih bersemangat dan tertarik dengan islam. Bantu lah saya Wardah. Saya nak jadi macam awak. Saya suka dengan perwatakkan awak. Saya nak jadi seorang perempuan yang dihormati, bukan yang di agung-agungkan dengan kecantikkan yang tidak kekal” jujur Mei Ling menyatakan hasratnya sambil berjurai air matanya disertai ketulusan hati yang ingin memeluk islam.
“MasyaAllah Tabarakallah! Alhamdulillah! Syukur sangat-sangat. Ana senang mendengarnya. Pasti Mei Ling! Ana akan ajar dan bantu Mei Ling untuk mendekati islam. insyaAllah! Dengan bantuanNya.!” Tersenyum bahagia Wardah mendengar ketulusan Mei Ling.
“ Tapi Wardah, saya ingin awak bantu satu perkara lagi boleh?”soal Mei Ling. Wardah mengangguk tanda setuju. “ Boleh tak Wardah kenalkan saya dengan Furqan? Kawan Wardah yang bantu kita hari tu? Saya harap dia sudi berkenalan dengan saya.”sekali lagi Mei Ling menyebut prihal Furqan. Dalam keadaan yang tidak senang, Wardah mengangguk.
“ Assalamualaikum. Maaf, dah lama enta tunggu ana?” Wardah menegur Furqan. “Waalaikumussalam wbt. Tak ada lah. Biasa je. Rindu ke?” usik Furqan.
Hai Furqan! Tgur Mei Ling. Terkejut Furqan dengan kehadiran Mei Ling yang berbaju kurung. “Hai! Mei Ling kan? subhanAllah! Hamper tak kenal saya. Cantik!” balas Furqan.
“ ana nak minta bantuan enta dan ummi. Mei Ling nak memeluk islam. Dan dia minta diajarkan islam kepadanya. Kami ingat hari ni nak ajak ummi dan enta ke pejabat agama, hari ni Mei Ling bernekad nak masuk islam. Lagipun dia berharap enta dapat membantunya. Dia berharap sangat untuk mengenali islam dengan lebih dekat.
“ SubhanAllah! Bagus lah. Tahniah Mei Ling! Menjadi penerima hidayah Allah! Besar hadiah dan pemberiaanNya pada awak! Nanti saya panggilkan ummi saya.
“ummi tak dapat tinggalkan Fatimah. Dia demam ni.” Ujar ummi. “ ummi jangan risau, Wardah jagakan Fatimah. Ummi dan Furqan, temani lah Mei Ling” Wardah cuba untuk memberikan ruang dan peluang kepada Mei Ling mengenali ummi dan Furqan. Dalam perjalanan ke rumah pengasih tadi, Mei Ling sudah memaklumkan hasratnya untuk berkahwin dengan Furqan dan berharap sangat-sangat agar Furqan menerimanya. Kerana itu Wardah memberikan peluang ini.
Setelah 4 jam berlalu, ummi, Furqan dan Nur Iman, nama islam Mei Ling kembali ke rumah pengasih.
Continue…….

3 comments:

Unknown said...

Subhanallah...saya akan tunggu part sterusnya ukhti..keep it up..^_^

ukhti Nur said...

insyaAllah..
asif ya..atas segala kekurangan..blm cukup baik penulisan ini..skdr 1 wardah.utk ana berdakwah..moga cerita2 d sni..mmberikan 1001 pngajaran dan tauladan buat diri ini juga shbt2..yg baik dr Allah dan yg bruk itu atas kelemahan dan kekurangan diri ini sbg hmbaNya..
wallahua'lam..:)
jazakillahu khairan ya ukhti..
barakallahu fik..aamiin.
ukhwah fillah abadan abada..mudah2an..:)

Unknown said...

InsyaAllah... ^_^