muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Friday, June 7, 2013

TAKDIR ITU INDAH (PART 4)



 “ Assalamualaikum doktor. Boleh saya nak berbincang dengan doktor?” seorang lelaki hadir dan memasuki bilik Dr. Zain.
“ Waalaikumussalam. Ya, boleh saya bantu encik?” lembut Dr.Zain menyahutnya dengan senyuman manis. Ditambah pula lesung pipit yang menarik lagi minat orang yang melihat. Lelaki itu menghampiri Dr.Zain lalu menyampaikan hasratnya. Besar hasratnya. Mendermakan buah pinggangnya untuk Wardah, menjadi tujuan utama lelaki itu datang ke situ. “Baiklah encik, nampaknya encik sesuai untuk menderma buah pinggang encik.”tersenyum doktor sambil menyerahkan borang.
Setelah seminggu menanti penderma, kini Wardah berada di bilik operasi untuk menjalani permindahan buah pinggang. Namun masih jauh fikirannya ketika jururawat itu menolak katilnya. Masih difikirkan siapa pemilik buah pinggang yang bakal dia gunakan. Ingin sekali hatinya menemui insan berhati mulia itu. Namun, insan itu tidak ingin diketahui identitinya. Hanya keikhlasan yang lahir dari hati pemuda itu.
“ Opah, kenapa dengan ummi?” sekecil mula mengajukan soalan. Namun di opah hanya memberikan senyuman. Tubuh kecil itu di peluk erat sambil sebelah tangan ligat bermain dengan tasbih. Hanya padaNya yang mampu dipohon. Di suatu sudut, hadirnya Mardhiah dan Iman sebagaai peneman. Dua sahabat karib Wardah, setia menantinya. Dengan pembacaan surah Yassin yang lancar singgah di bibir Mardhiah. Dan Iman hanya mengikutinya. Sabar insan-insan hawa itu menantikan Wardah untuk keluar dari bilik itu.
Sekecil yang tertidur 2 jam tadi sudah mulai tersedar bila mendengar pintu bilik pembedahan itu dibuka. Pantas Mardhiah, Iman mendapatkan doktor. Terpancar wajah kerisauan.
“Doktor, macam mana dengan Wardah? Dia selamat?” serentak soalan itu keluar dari mulut 2 sahabat karib itu. Tersenyum doktor muda itu lalu mengangguk. Tidak lama kemudian, Wardah keluar dari billik pembedahan dan diiringin oleh pendermanya. Tatkala melihat sekujur tubuh dan keluar beberapa minit Wardah keluar, Mardhiah terkejut! Hanya nama Allah yang mampu diucapkannya. Tidak dia sangka, penderma itu merupakan orang yang amat dikenalinya. Namun, curiganya membangkit. Apakah lelaki itu mengetahui keadaan Wardah sebelum dia mengetahuinya?
“ Assalamualaikum”salam diberikan. Mardhiah mendekati pemuda itu. “ Apa khabar?” soalnya lagi. Namun lelaki itu hanya tersenyum. Mukanya pucat dan masih lemah untuk menutur. Namun digagahi juga untuk menyenangkan hati sahabatnya itu. “ Mar, awak janji dengan saya, awak jangan pernah bagitahu Wardah tentang hal ini?” Dhiaul mulai bersuara. “Tapi kenapa? Kalau dia tahu, mesti dia akan kembali pada awak semula kan? Awak tak nak?” Mardhiah mula bersoalan. Dhiaul merupakan insan yang pernah menjadi lelaki dambaan Mardhiah dan Wardah. Namun, Wardah mulai menghindari lelaki itu setelah mengetahui Mardhiah hasrat hati Mardhiah kepada Dhiaul. Wardah mengagumi Dhiaul kerna lelaki itu sangat professional dalam menjalankan tugas. Mereka berkenalan dalam program yang dianjurkan badan dakwah muda di negeri itu. Sejak itu persahabatan mereka kian erat. Dalam diam, Dhiaul juga meminati keperibadian Wardah yang sangat berserdahana dalam melakukan sesuatu. Cara Wardah mengacarakan majlis yang disertai, dan sikap Wardah yang rendah diri lebih menarik perhatiannya. Namun dipendamkan demi menjaga kesucian fitrah. Setelah Dhiaul mengetahui suatu perasaan yang tersimpan dalam hati Mardhiah, dia mulai menjauhi wanita itu dan Wardah terlebih dahulu melakukan itu demi menjaga hubungan ukhwahnya bersama Mardhiah.
“ Saya tak mampu berjanji. Sebab saya tak nak menjadi penghalang antara kalian. Sekian lama Wardah menyimpan hati pada awak, jadi saya tak nak lagi berasa bersalah. Mungkin ini ta’dir yang Allah tentukan buat kalian. Saya pun dah boleh fikir dan matang untuk mengetahui dan menerima hakikat ini. Setelah 2 tahun kita tak jumpa. Tiba-tiba awak hadir dalam kehidupan kami dan menjadi penderma buah pinggang untuk Wardah. Saya boleh menlihat, indah perancangan Allah tu. Saya nak minta maaf bagi pihak Wardah yang melarikan diri dari awak. Sebenarnya Wardah buat semua tu sebab tak nak merosakkan hubungan kami. Dan sekarang saya nak awak tahu, Wardah dari dulu mengagumi awak. Binalah jalan kalian. Saya tak nak menganggu lagi.” Panjang Mardhiah meluahkan kekesalannya.
“ SubhanAllah! Saya tak pernah tau tentang itu. Saya ingatkan dia membenci saya.! Allahuakbar! Saya dah bersangka buruk padanya. Saya sebenarnya berkhidmat di hospital ini. Saya terserempak dengan Wardah hari tu. Saya mengintainya dari jauh, lalu saya mendapatkan maklumat tentangnya. Bila saya tahu dia menghidapi buah pinggang, saya memberitahu kawan saya yang saya ingin menjadi penderma. Jadi kawan saya menemukan saya dengan doktor yang mengambil kes Wardah. Allah pertemukan kami dan mudahkan urusan Wardah. Alhamdulillah!” lembut Dhiaul menuturkan katanya.
Setelah seminggu, Wardah mulai keluar dari hospital. Dia masih menanti kehadiran penderma buah pinggangnya. Namun harapannya terkubur. Sehingga kini penderma itu tidak hadir kepadanya.
“Ummi, ummi tak tahu ke siapa yang menjadi penderma buah pinggang ni? Wardah nak bertemu dengannya. Wardah dan berterima kasih padanya. Wardah tak tahu macam mana nak membalas jasanya.”syahdu suara hati Wardah. Ummi hanya tersenyum. Wanita berusia itu juga tidak mengetahui siapa pemilik buah pinggang itu.
“ Ummi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” berlari Fatimah mendapatkan Wardah. Tersenyum Wardah dari jauh melihat teletah si kecil itu. Rindunya pada Fatimah menggunung tinggi. Sejak Wardah sedar setelah jalani pembedahan, sekali pun tidak dia bertemu dengan Fatimah. Hanya suara Fatimah dari kejauhan menjadi penemannya bila Furqan menghubunginya. Itulah mengubat rindunya.
“ Hari ini Fatimah tolong ummi Iman buat bubur untuk ummi. Nanti ummi makan ya?” petah si kecil mengadu. “ Baiklah! Pandainya dia masak?”lembut tangan kecil Wardah mencubit pipi Fatimah.
Malam itu Mardhiah, Iman, Furqan, ummi, Fatimah dan Wardah berkumpul di teratak kasih. Bubur khas buat Wardah dihidangkan istimewa dari Fatimah. Terketar-ketar Fatimah  menbawa mangkuk kaca berisi bubur sayur buat Wardah.
“ Istimewanya ummi. Untuk Ummi Mardhiah tak de ke?” usik Mardhiah. Fatimah hanya menggeleng. Furqan hanya melihat teletah di kecil itu. Wardah pula tersenyum lalu dihadiahkan kucupan manja buat buah hati kesayangannya. Biarpun Fatimah bukan anaknya, namun kasih sayangnya buat si kecil itu begitu kuat. Fatimah adalah hidupnya. Sehari tidak mendegar suara Fatimah, lain keadaan dirinya.
Doa dibacakan. Smua menadah tangan dan mengaminkan doa yang dibaca Furqan. Iman tika itu diam seribu kata. Sayu hatinya melihat kemesraan Wardah bersama Fatimah. Hati kecilnya tersentuh melihat Wardah yang dilayan mesra oleh Fatimah..
Continue…..

No comments: