muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Monday, July 1, 2013

Tuhan

Di jalan ini aku melangkah
Di persimpangan ini aku sesat
Apakah masih perlu ku ulangi kesilapan itu?
Apakah perlu memuaskan hati manusia sehingga berpaling pada suruhanNya?
Bahgiakah aku dengan menuruti ikutan dan suruhan manusia?
Sehingga melalaikan diri aku dalam mengapai redho YANG ESA?

Tuhan,
Pautlah tubuh kerdil ini
Pipinlah jasad yang kian rapuh dengan onak dunia ini
Berikan aku kekuatan untuk perjalanan yang masih berbaki ini
Engkau pertemukan aku dengan pengembaraan yang berakhir dengan redho dan kebaikan dariMu..

Tuhan,
Setelah liku-liku yang ku harungi
Duri-duri yang aku lewati
Engkau berikan pelangi
Agar segala kesakitan dan keperitan dapat diubati
Dan menjadi perawat dan penyembuh segala daki-daki
Yang mengotori tubuh dan jasad ini…

Tuhan,
Engkau lah kompas terbaik untuk aku
Memandu aku menyusuri kembaraku
Tiada lagi sesat yang ku harungi
Hanyalah jalan lurus dan tulus dalam mencari redhoMu…

Tuhan,
Jangan biarkan aku keseorangan
Dalam menjalani kehidupan ini
Dalam menuruti jalan ini
Engkau berikan hidayahMu kepada keluargaku, sahabatku, dan seluruh hambaMu di dunia ini
Untuk kembali kepada fitrah insani
Pengabdian pada Ilahi….

Tuhan,
Pudarkan nafsu kami dengan keindahan duniawi
Berikan cahaya dan petunjukM kepada kami
Jelaskan matlamat dan perjuangan kami
Agar jelas tujuan kami
Dan tiada penyesalan di akhir perjuangan kami
Kerna berpaling pada tuntutan Ilahi…..

No comments: