muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Thursday, August 22, 2013

LAHIRNYA SEORANG ULAMA' (IMAM SYAFIE)



Awal tahun 150 Hijrah, Idris meninggalkan kota Mekah lalu berhijrah ke Palestin dengan membawa isterinya Ummu Habibah al-Uzdiyyah. Mereka tinggal di Ghazzah, sebuah perkampungan yang terletak kira-kira 2 batu dari Baitulmuqaddis. Tiap hari Idris berulang alik dari kediamannya ke pelabuhan Ghazzah bagi membantu majikannya berniaga. Suatu petang, Ummu Habibah yang sedang sarat mengandung anak pertama menungggu kepulangan suaminya. Tidak lama kemudian zauj yang tercinta pulang ke rumah dengan wajah yang sangat ceria. Ummul Habibah menyambut suaminya dengan layanan yang sangat baik. Ditanya sang suami, sama ada memerlukan air, maka diberikan air. Lalu di lap nya peluh sang suami. Tekun sang isteri melayani suami yang baru pulang dari mencari nafkah. Sanggup buat macam ni para muslimat?? ^^
Namun, dalam tekun Ummul Habibah mengelap peluh suaminya, Idris termenung seketika. Tiada lagi senyuman manis yang terukir di bibir. subhanAllah! Allah saja yang tahu, gelora di hati Ummul Habibah bila melihat senyuman suaminya mulai hilang. Hanya wajah yang suram kelihatan. Lalu Ummul Habibah menghulurkan rotan kepada suaminya. Dengan harapan, jika suaminya tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan, di relakan suaminya untuk memukulnya. MasyaAllah Tabarakallah, begini rupanya keperibadian seorang isteri yang solehah dan bakal ibu kepada seorang ulama’ terkenal. Sanggup tak kita berbuat sedemikian? Allahu Allah..
rotan itu di ambil Idris, lalu diletakkan pada tempatnya. Idris mengadu pada isterinya. Suram di raut wajahnya bukan kerana si isteri, tetapi kerana sayu yang menyelubungi hatinya kerana mereka jauh diperantauan. Tidak lama lagi, isterinya bakal melahirkan anak, jadi difikirkan nasib isteri tercinta dan anak yang bakal lahir, apakah nasib mereka sekiranya sang suami ini tidak lagi bernyawa di bumi Allah? Tinggal ditempat orang tidak sama tinggal di tempat sendiri kan? Jadi itu yang mengusarkan hati dan perasaan Idris.
Namun Ummul sedaya upaya memujuk hatinya. Dia redho andai suaminya terlebih dahulu menemui Rabb, kerana dia percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Teguh dan kuat pegangan agamanya dalam jiwa lembut Ummul Habibah.
Saat-saat menunggu waktu kelahiran semakin hampir. Sang suami menginginkan anak lelaki dan mengimpikan anaknya menjadi seorang yang berilmu. Si ibu pula mengimpikan anaknya menjadi ulama’ seperti Imam Abu Hanifah dan Imam Malik.
Impian mereka pasti terma’bul kerana perancangan Allah itu hampir sama dengan hajat yang dibawa mereka. Suatu hari, anak mereka bakal menjadi manusia yang berilmu dan soleh. Berbekalkan nasab keturunan yang terjaga, soleh, pasti akan terjaga zuriat yang bakal lahir itu. Idris berasal dari keluarga Bani Hasyim. Salasilah keturunannya sama dengan keluarga Rasulullah s.a.w. ayahnya al-Abbas bin Uthman bin Syafiebin Sa’ib bin Abd Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abd Manap bin Qusai.
Mengikut sejarah, Abdul Manap dikurniakan empat orang anak, Hashim, moyang Rasulullah, Abdu Syam, Nawfal dan Abdul Mutalib. Hasyim dan Abdul Mutalib adalah dua saudara yang akrab. Seterusnya terbentuklah dua keluarga keturunan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib.

TAKDIR ITU INDAH -PART 5



Pagi itu, tanpa pengetahuan Wardah, Mardhiah menemui Dhiaul. Kerana Dhiaul menyampaikan hasratnya untuk menemui Mardhiah.
Setelah setahun kejadian di hospital itu, baru kali ini Mardhiah menemui Dhiaul. Kelihatan segak Dhiaul dan semakin berisi badannya.
“ Assalamualaikum…” Mardhiah mulai menegur Dhiaul yang leka bermain i-pad nya.
Dhiaul bangun menunjukkan tanda hormat dan menjawab salam Mardhiah dengan penuh tertib. Mardhiah mengambil tempat dihadapan Dhiaul kerana menyedari Kerusi ketiga itu dimiliki oleh seseorang. Kaku Mardhiah. Kerana dia ingatkan hanya dia dan Dhiaul saja yang bertemu ketika itu. Tidak semena-mena bahu Mardhiah disentuh. Seorang wanita cantik yang tidak dikenalinya tetapi kelihatan ramah. Wanita itu menyalami Mardhiah lalu mengambil tempat yang ditinggalkannya sebentar tadi.
“ Mardhiah, jangan lah buat muka macam tu, ini adik saya, Maisarah Atirah” tersenyum Dhiaul melihat wajah Mardhiah yang kebingungan.
Mardhiah hanya tersenyum lalu menunduk. Malunya dia tak terkata. Dua beradik itu hanya ketawa kecil. “ Abang, ini ke antara peminat abang?” Athirah makin rancak menyakat Mardhiah. Merah pipi Mardhiah tika itu hanya Allah yang tahu. Dhiaul seperti dapat membaca raut wajah Mardhiah yang mulai merah, lalu mencelah “ bukan abang yang ramai peminat, tapi kak Mardhiah yang ramai peminat. Dia tak pandang lah abang awak ni”. Mardhiah hanya tersenyum lalu mematikan pandangan ke suatu sudut kecil di kedai itu.
  sebenarnya, saya nak jumpa awak ni sebab nak ucapkan terima kasih kerana awak tak bagitahu Wardha tentang saya. Dan saya nak minta tolong awak sekali lagi” Dhiaul bersuara.
“ awak nak minta tolong apa?” soal Mardhiah.
“ saya dan keluarga dah berbincang, macam yang awak katakan pada saya hari tu, saya rasa saya nak teruskan hajat saya untuk menjadikan Wardha sebagai teman hidup saya” serius Dhiaul.
Mardhiah kelihatan terkejut dengan berita itu, namun ada senyuman di wajahnya. Mungkin keputusan Dhiaul itu mengejutkannya, namun jauh disudut hatinya, dia berasa tenang, dan lari dari perasaan serba salah kerana memisahkan 2 insan itu.
“ Alhamdulillah. Setuju! Bila nak berjumpa dengan Wardah? Setiap hari dia berdoa untuk berjumpa dengan awak” jawab Mardhiah. Tika itu Atirah hanya menjadi pendengar setia. Dhiaul sentiasa akan membawa Atirah bila berjumpa dengan sahabat muslimatnya.
Setelah sekian lama Dhiaul mengambil masa sebagai persediaan untuk bertemu bakal zaujah tercinta, Dhiaul berjumpa dengan Wardah di rumah Wardah, ditemani keluarganya.
Ummi, Iman, Mardhiah dan Furqan terlebih dahulu tahu tentang kehadiran dan hajat Dhiaul, namun Mardhiah hanya mengetahui kehadiran seseorang sebagai orang yang ingin menjadinya sebagai suri hidup. Ummi tidak memaklumkan siapa nama insan yang bernama Dhiaul itu sebenarnya. Wardah Cuma tahu yang ummi hendak menjodohkannya dengan seseorang yang baik akhlaknya, dan itu yang menjadi keinginan Wardah. Dia meminta ummi untuk mencarikan jodoh buat dirinya setelah 6 bulan Furqan menikahi Iman.
Kedengaran dari ruang tamu, riuh suara Fatimah meminta izin untuk membantu di dapur. Manakala Wardah sibuk menyusun pinggan di meja makanan. Iman membantu Ummi menyediakan pencuci mulut buat para tetamu. Mardhiah pula mengambil tempat untuk menghidangkan makanan buat para tetamu sambil dtolong si kecil Fatimah. Furqan mengemas di ruang tamu. Sejak dia berkahwin dengan Iman, hubungan dia dengan Wardah seperti adik beradik, dan itu yang menyenangkan Wardah, kerana tidak perlu bermain dengan perasaan dan Iman telah dapat menerima keadaan itu.
“ Assalamualaikum.. kelihatan satu kumpulan kecil datang dengan hajat untuk bertaaruf. 2 buah kereta sudah cukup untuk menjadi pengiring buat Dhiaul untuk hari itu.
Setelah semua urusan selesai, barulah Wardah ke ruang tamu sambil memimpin tangan kecil Fatimah. Kelihatan di ruang tamu itu riuh mendengar suara-suara serius yang membincangkan tentang urusan hari itu.
Tiba-tiba pandangan matanya terhenti bila melihat satu wajah yang amat dirinduinya. Fikirannya mulai menangkap segalanya. Kuat hatinya menyatakan insan itu yang bakal menjadi zaujnya..
“ Wardah, mari duduk sini” ummi memanggilnya.
“ cantik kak wardah ni” atirah mulai bercoloteh. Kelihatan Furqan kurang senang dengan perilaku Atirah sebentar tadi. Matanya tajam memerhatikan Atirah.
“Wardah, kenalkan, ini Dhiaul. Ingat lagi ke? Sahabat lama?” ummi cuba memecah kesunyian tika itu setelah melihat reaksi anaknya dengan sikap Athirah.
“Wardah ingat lagi ummi.”ringkas. namun hatinya cukup berbunga-bunga.
Setelah usai berta’ruf, mereka bergerak ke meja makan dan menikmati hidangan yang disediakan. Walaupun agak kekok, namun Wardah cuba untuk berlagak sepert biasa. Namun satu rahsia besar masih tidak diketahuinya. Dia masih belum mengetahui Dhiaul adalah pendermanya..
Setelah sebulan berta’aruf, Wardah dan Dhiaul dinikahkan. Suasana sangat meriah. Dengan sekali lafaz, Wardah menjadi milik Dhiaul. Tema hijau menjadi pilihan mereka kerana itu warna syurga dan menjadi warna kegemaran baginda saw.
Malam menjelang tiba. Tetamu semakin berkurang. Kelihatan muka Wardah dan Dhiaul kepenatan setelah melayani tetamu dari petang sehingga malam. Hari itu ummi, Furqan, Iman, Fatimah, Mardhiah tidur di rumah Wardah.

Setelah membersihkan diri, Wardah membentangkan sejadah buat dirinya juga buat zauj nya. Hatinya berdebar. Sejak dia berjumpa dengan Dhiaul sebulan yang lalu, gentaran hatinya semakin kencang dna rancang, bagaikan ada sesuatu yang mendekatkan mereka. Seolahh-olah ada getaran dalam dirinya bila mendekati Dhiaul. Bagaikan dia dan dhiaul bersatu dalam satu jasad.
Setelah usai bersolat, Dhiaul mendekati Wardah. Wajah Wardah yang tenang itu meredakan kelelahan Dhiaul sepanjang hari itu.
“ Terima kasih sayang, terima abang sebagai imam mu” bisik Dhiaul ke telinga isterinya. Tika itu hati jantung Wardah berdenyut kencang. Mukanya pucat setelah diperlakukan seperti itu. Namun setelah menyedari reaksi Wardah, Dhiaul memecah ketawanya. Geli hatinya melihat reaksi Wardah setelah diperlakukan seperti itu padanya. Wardah berkerut melihat karenah suaminya. Tiba-tiba….
“ abang, Wardah nak minta izin pada abang? Wardah nak cari pemilik buah pinggang ini. Boleh?” soal Wardah. Dhiaul seakan mahu memecah gelaknya sekali lagi. Dengan penuh ketenangan dan sedaya upaya untuk dia menahan ketawa, Dhiaul berkata “ sayang tak perlu cari pemiliknya, kerna pemiliknya kini bersama sayang”. Wardah seakan tidak mempercayainya, lalu dia mencapai tudung labuhnya dan disarungkan ke kepalanya. Wardah menuju ke bilik yang dihuni oleh Mardhiah. Tapi kelihatan Mardhiah tiada di dalam bilik. Tika itu Dhiaul hanya memerhatikan isterinya.
Teriakan demi teriakan kedengaran. Akhirnya suara Mardhiah kedengaran di sudut dapur. Pantas Wardah mendapatkan Mardhiah. Soalan demi soalan keluar dari mulut Wardah, belum sempat Mardhiah menjawabnya, ummi dari belakang menjawabnya. “ Jadi, semua orang dah tau lah ya?? Soal Wardah. Ummi dan Mardhiah mengangguk. Dhiaul yang muncul dari belakang datang mendekati Wardah. “sekarang macam mana sayang” lembut pertanyaan nya. Wardah hanya tersenyum dan membiarkan pertanyaan itu berlalu.
Seminggu bergelar isteri cukup membuatkan Wardah begitu bahgia. Perkenalan singkat antara Mardhiah dan doktor Amirul, sahabat Dhiaul dan merupakan pengapit Dhiaul di majlis pernikahaannya membawa tuah dan jodoh buat Mardhiah. 2 minggu lagi Mardhiah akan melangsungkan majlis pertunangannya dengan Dr. Amirul dan sebulan setelah itu akan bernikah. Ringkas! Tidak perlukan masa yang terlalu lama untuk mengenali hati budi.

Cinta itu fitrah, namun jika kita gagal mengawalnya bakal menjadi fitnah..
Fitrah itu diciptakan Ilahi, jadi biarkan ia berirama mengikut syariat Ilahi…
Cinta dalam dakapanNya, mengikut syariatNya…
Pasti dipelihara dan dibajai kasih sayang tanpa berbelah bagi…
Cintailah seseorang keranaNya…
Bukan menyintaiNya kerana seseorang…
Makhluk itu akan hilang..
Kerna yang tinggal…
Hanyalah PENCIPTANYA..
Tulus menyintai seseorang itu…
Maka, acukan dia mengikut kehendak Allah..
Moga redhoNya bersama cinta dan cita…
Cinta yang suci.. dan cita2 yang bersemi hingga ke syurga Ilahi…

Sunday, August 11, 2013

ukhwah fillah abadan abada..

::I dOn't need words to express ,I dOn't need tears to shed ,I dOn't need to ask for a smile ,Or a hand to hold me,All i need is to be yr friend forever.

::U all maybe out of my sight, but never out of my mind..

::I speak & u listen.it is a g00d freindship.U speak & i listen it is a better friendship,But i dOn't utter any wOrd & u understand is BEST EVER FRIENDSHIP!

::UKHUWAH itu bagai seutas tasbih ..ada awal tiada penghujung.Dicipta untuk mengingatiNya ,dibahagikan untuk cintaNya & diratib untuk redhaNya

ambil tauladan dari JEPUN..

Kenapa Jepun seperti itu!?!

1- Bermula peringkat rendah dari darjah 1 hingga 6 kanak-kanak Jepun diajar matapelajaran "akhlak" di mana subjek ini mengajar para pelajarnya berakhlak & cara bermuamalah/bergaul dengan manusia.

2- Dari darjah 1 hingga 3, tidak ada sistem berjaya atau gagal kerana ketika ini tujuan pembelajaran tertumpu kepada pendidikan (tarbiyah), menanam pemahaman (belajar untuk faham) & pembinaan syaksiah peribadi pelajar. Belum masuk kepada pembelajaran ilmu & talqin (mengeja & menulis).

3- Orang-orang Jepun walaupun mereka ini manusia terkaya di dunia sekalipun mereka tiada pembantu rumah. Tanggungjawab di rumah & anak-anak itu dipikul oleh kedua orang tua masing-masing.

4- Kanak-kanak Jepun akan membersihkan sekolah mereka setiap hari bersama para guru sekitar 15 minit. Aktiviti ini dapat melahirkan generasi Jepun yang merendah diri & cintakan kebersihan.

5- Kanak-kanak Jepun membawa berus gigi ke sekolah. Setiap kali selesai makan, mereka akan membersihkan gigi mereka. Mereka sudah belajar tentang penjagaan kesihatan di awal usia lagi.

6- Setengah jam sebelum, para guru akan makan terlebih dahulu makanan yang disediakan untuk para pelajar bagi memastikan keselamatan mereka. Ini kerana bagi mereka (para guru) itu menganggap para pelajar adalah masa depan Jepun itu sendiri yang wajib dilindungi.

7- Pekerja yang menjaga kebersihan di Jepun diberi nama "jurutera kesihatan" & diberi gaji 5 hingga 8 ribu usd setiap bulan. Pengambilan mereka perlu melalui sesi temuduga.

8- Tidak dibenarkan penggunaan telefon bimbit di dalam keretapi, tempat makan & kawasan tertutup. Mereka meletakkan nama bagi silent telefon itu dengan nama "akhlak".

9- Jika anda hadir ke restoran makan secara buffet di Jepun, anda akan mendapati orang-orang Jepun hanya mengambil makanan sekadar yang mahu dimakan sahaja. Dan setiap mereka tidak akan meninggalkan sebarang sisa makanan di pinggan mereka.

10- Peratus kelambatan keretapi untuk sampai tepat pada waktunya dalam masa 1 tahun hanyalah 7 saat sahaja. Ini kerana rakyat Jepun sangat menghargai nilai waktu. Mereka sentiasa menjaga setiap saat & detik waktu itu dengan penuh kesungguhan & dedikasi.

Tarim..indahnya....

Berarak bertakbir raya di pagi Syawal bersama Sang Kekasih.
Sungguh indah..
Sungguh meriah..

~Mula 2 Syawal hingga 7 Syawal, masyarakat kota Tarim kembali kepada suasana Ramadhan.. semuanya berpuasa.. kedai2 tutup di siang hari.. sebelum subuh kembali bersahur dan majlis berbuka puasa beramai2 kembali hidup..ramai2 berpuasa 6 Syawal.. bayangkan satu kota yang hidup bersatu begini..seperti Madinah al Munawwarah zaman Nabi SAW saja..bersatu dalam beramal sunnah.. mungkin jika di Malaysia, kita boleh hidupkan amalan berpuasa sunat satu keluarga saja.. tetapi di Tarim, satu bandar berpuasa.. perjuangan nak hidupkan suasana amal begini bukan mudah..ianya adalah hasil perjuangan dakwah para ulama dan habaib sejak dahulu lagi..


pabila Al-Hasan berkata-kata............

Al-hassan berkata:
" orang mukmin selalu menegakkan kebenaran dalam pada dirinya sendiri.
dia akan selalu menghitung dirinya kerana ALLAH.
sesungguhnya, akan diringankan hisab hanya kepada kaum yang selalu menghisab dirinya di dunia".

muhasabah seminit

Bila dalam hati itu hanya DUNIA bersemi.. bila dalam fikiran itu hanya DUNIA yang diingati.. bila dalam cinta itu hanya DUNIA dicintai.. maka tika itu jauhlah kita dari Ilahi.. dunia ini penuh dengan pesonanya.. yang lalai,alpa..pasti tersesat.. ya Allah,jauhi kami dari kelalaian,kealpaan,dan kepapaan iman..aamiin..

'HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL'

Seandainya satu saat kita merasa lelah,letih dan berasa putus asa.Maka,ucapkanlah

'HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL'


fikir sekilas..

wahai muslimat2 sekalian....
sayang abi? ayah? abah? walid? daddy? en.hubby? en.suami?? abg??
kalu SAYANG.. tutupilah auratmu..peliharalah maruahmu, mahkotamu..
kerana ISLAM itu telah menjaga dan mengangkat maruahmu dgn tingginya..jadi, mengapa mesti kita..dan kita ni, nak rendahkan martabat kita sendiri??
sama2 perbaiki deh... ^^

tahukah anda???
anda mampu mengenali character suami anda dalam masa 1 hari berbanding anda couple dgn boyfriend anda yang sudah 10 tahun anda mengenali "hipokritnya"
jadi mana 1 pilihannya??? ^^

"Wanita akan meletakkan tangannya di mulutnya bila dia menangis. Dan lelaki pula akan meletakkan tangannya di matanya bila dia menangis. Seolah-olah mereka mengetahui dari mana banyak terhasilnya dosa." -Dr. Khalid Abd. Aziz Muhammad Al-Jubair

kawan itu datang dan pergi...
sahabat itu setia di sisi...
walau siapa yang mendatangi..
belajarlah untuk menghargai..
walau hati disakiti.
  
Satu perkara yang membuatkan kita tetap tersenyum walau hati sedang bersedih adalah yakin bahawa Allah sentiasa menyayangi dan bersama kita :')

Mengakui kelemahan dan kekurangan amat menyakitkan, namun itulah harga yang dibayar untuk membina kekuatan yang hanya dikurniakan Allah kepada insan yang berjaya jujur kepada diri.
~USTAZ HASRIZAL
 
 


 Jika Syurga menjadi idaman, jalannya seluas mata memandang..jika keampunan yang didamba, gerbangnya setia menanti…Usah gusar dugaan di hadapan..andai hati nekad mengejar cinta Ilahi..

wanita PhD ^^

Seorang muslimah yang mempunyai kelulusan Phd yang berhijab telah ditanya oleh para wartawan yang merasa hairan dengan pemakaian hijabnya tak memberi kesan terhadap tahap kecerdikannya kerana mereka menyangka berhijab adalah simbol kemunduran dan ketinggalan zaman, lalu dia menjawab dengan mudah dan bijaksana: " Manusia pada zaman permulaan dahulu hampir bertelanjang keadaan mereka dan setelah pemikiran mereka berkembang mengikut peredaran zaman mereka mula memakai baju, dan hijab yang saya pakai pada hari ini ialah kemuncak pemikiran dan kemajuan yang dicapai oleh manusia dan ia bukanlah kemunduran. Adapun bertelanjang ia adalah simbol kemunduran dan ketinggalan yang mengembalikan pemikiran manusia kepada zaman permulaan dahulu. Kalaulah bertelanjang itu simbol kemajuan nescaya sudah tentulah binatang lebih maju".


kisah tauladan


Kali ini ana nk berkongsi sedikit dari FB shbt ana.. mudah2an berguna utk kita..^^

Kisahnya benar-benar hidup, Allahu Robbi
------------------------------------

Seorang lelaki yang sangat berhajat & dalam kesusahan telah datang menemui Rasulullah
صلى الله عليه وسلم. Lalu Baginda صلى الله عليه وسلم menyuruhnya ke rumah isteri-isterinya.

Kesemua isteri Rasulullah
صلى الله عليه وسلم memberitahu hal yang sama: "Demi yang mengutuskanmu dengan kebenaran, aku tidak punya apa-apa (makanan) kecuali hanya air sahaja."

Akhirnya Baginda
صلى الله عليه وسلم berkata: "Siapakah yang mahu menjadikan lelaki ini sebagai tetamunya untuk malam ini, semoga Allah merahmatinya."

Maka seorang lelaki daripada kalangan Ansar bangun & berkata:"Aku wahai Rasulallah."

Lelaki Ansar
رضي الله عنه itu pun membawa tetamu tersebut ke rumahnya. Tiba di rumah, dia bertanya isterinya: "Ada sesuatu yang boleh dimakan tak?". Isterinya رضي الله عنها menjawab: "Tidak ada. Jika ada pun, sedikit makanan buat anak-anak kita."

Lelaki Ansar berkata lagi: "Lengahkan mereka dengan sesuatu, bila mereka mahu makan malam maka kamu tidurkanlah mereka. Bila je tetamu kita ini masuk untuk makan bersama, kamu padamkan sahaja pelita itu agar dia menyangka kita juga makan bersamanya."

Abu Hurairah
رضي الله عنه menyambung kisah ini.

Mereka pun makan bersama pada malam itu. Seorang kenyang (tetamu) manakala dua orang lagi (suami isteri) itu tidur dalam kelaparan.

Apabila menjelang pagi keesokan harinya, Rasulullah
صلى الله عليه وسلم berkata: "Sesungguhnya Allah kagum dengan layanan kalian berdua terhadap tetamu semalam."

Ditambah di dalam riwayat yang lain sehingga turun ayat ini, al-Hasyr: 9.

"Mereka itu mengutamakan orang lain daripada diri mereka sendiri walaupun mereka juga memerlukannya ketika itu."

Jilid 2, m/s: 264.
-------------------

*Itulah didikan Rasulullah
صلى الله عليه وسلم. Menanamkan rasa ITHAR (mengutamakan orang lain) di dalam diri para sahabatnya. Ia berjaya kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلم sendiri insan yang paling mengutamakan orang lain.

Sahabat, jom kita berusaha mencontohi akhlak ini. Semoga kita dapat bertemu dengan mereka kelak di samping Baginda
صلى الله عليه وسلم, amin. Salawaaaat ...

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم