muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Sunday, August 11, 2013

buat remaja akhir zaman..



Suatu pagi, aku terjaga. ALHAMDULILLAH! Satu ungkapan ringkas yang keluar dari mulutku. subhnaAllah.. kagumku padaNya.. kerana Dia masih menyayangi aku dengan menghadiahkan kehidupan ini kepada aku. subhanAllah.. tebalnya cintaMu pada hambaMu. Sunggguh! Malu aku denganMu ya Robb.. semoga nikmat ini tidak aku bazirkan dengan kesibukkan duniawi, tapi kesibukkan aku lebih terarah kepada mencari RedhoMu..aamiin..

Di suatu sudut katil, aku ditemani laptop ku..  tersenyum ku melihat suatu perkongsian, di sini ingin ku berkongsi bersama kalian tentang 1 kalam indah dari seorang ulama’ yang amat ku kagumi..
Suatu kalam yang berkaitan dengan diri ku juga kalian.. kerna kita adalah remaja akhir zaman..mudah2an berguna buat kita bersama..
NASIHAT HABIB ALI BIN ABD.RAHMAN ALJUFRI:
Berita gembira buat REMAJA PADA ZAMAN INI:

WARTAWAN:Remaja sekarang ade yg solat tetapi perangai pelik,ada yg cium sana sini,mata meliar,masuk net tgok macam2.Iman mereka lemah penuh dengan godaan dan celaan pada remaja ini(remaja sekarang)

HABIB ALI ALJUFRI:Perkara ini semua orang ketahui,tentang ujian yg melanda remaja sekarang,

Nasihat al-Habib Ali al-Jufri :

Penyesalan yang mereka rasa dalam diri mereka ( lemah dalam ujian ), kemudian ingin kembali kepada Allah . . . kemudian kembali semula kepada perbuatan lama, kemudian kembali semula kepada Allah . . . ini adalah beritan gembira kepada mereka kerana menandakan "Iman kuat di hati mereka". Iaitu mereka sangat menyintai Allah, selama mana mereka menyintai Allah . . . ketahuilah bahawa Allah juga menyintai mereka. "Allah menyintai mereka . . . dan mereka juga menyintai Allah".
Demi Allah wahai saudaraku, jika Allah tidak menyintai kamu . . . Dia tidak akan campakkan ke dalam hati kamu satu "perasaan kepedihan". Ini adalah perasaan yang kita rasakan "aku ada melakukan kesalahan".
Perkara yang lebih bahaya dari "maksiat" adalah "terus menerus melakukan maksiat".
Rasulullah SAW bersabda; "tidaklah dipanggil sebagai orang yang terus menerus membuat dosa dari kalangan orang yang beristigfar sekalipun kembali kepada maksiatnya 70 kali".
Jika syaitan itu tidak pernah putus asa untuk memasukkan kamu kedalam Neraka . . . bagaimana kamu boleh berputus asa untuk masuk ke Syurga?
Maka pada setiapkali kamu terasa diri menguasai kamu . . . dan syaitan telah merampas kehormatan kamu . . . baliklah ke rumah terus berwuduk, solat 2 rakaat dan dalam sujud, katakanlah . . . "ya Allah . . . diriku menjadi sangat dekat dengan Engkau ketika sujud, tetapi aku mengadu pada Mu segenap jiwa ragaku dan aku memohon pada Mu bawalah hatiku serta diriku kepada Mu sehingga aku dapat merasai kemanisan berhubung dengan Mu sehingga aku berpisah dari maksiat ini. Berdoalah kepada Allah dengan cara yang mampu kamu ungkapkan. berdoalah dengan bahasa yang kamu faham. mengadulah tentang diri kamu kepada Allah. Letakkan dan campakkan diri kamu dihadapan pintu Allah. Ketahuialah jika kamu buat semua ini dengan penuh penyesalan, kejujuran serta berazam tidak akan kembali semula . . . selesai sahaja solat kamu . . . Allah telah mengampun dosa-dosa kamu.
Selepas tu, perlulah ambil langkah pencegahan. Apakah yang membawa kamu ke arah dosa? jauhi mereka yang berkelakuan jahat yang memudahkan kamu membuat jahat/dosa. Menjauhi mereka selangkah demi selangkah, bukan kerana kesombongan tapi kerana menjaga diri kamu.
Sesuatu kewajipan yang ditinggalkan . . . cuba laksanakannya. Sesuatu yang salah dipandangan Islam . . .


No comments: