muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Sunday, August 11, 2013

fikir sekilas..

wahai muslimat2 sekalian....
sayang abi? ayah? abah? walid? daddy? en.hubby? en.suami?? abg??
kalu SAYANG.. tutupilah auratmu..peliharalah maruahmu, mahkotamu..
kerana ISLAM itu telah menjaga dan mengangkat maruahmu dgn tingginya..jadi, mengapa mesti kita..dan kita ni, nak rendahkan martabat kita sendiri??
sama2 perbaiki deh... ^^

tahukah anda???
anda mampu mengenali character suami anda dalam masa 1 hari berbanding anda couple dgn boyfriend anda yang sudah 10 tahun anda mengenali "hipokritnya"
jadi mana 1 pilihannya??? ^^

"Wanita akan meletakkan tangannya di mulutnya bila dia menangis. Dan lelaki pula akan meletakkan tangannya di matanya bila dia menangis. Seolah-olah mereka mengetahui dari mana banyak terhasilnya dosa." -Dr. Khalid Abd. Aziz Muhammad Al-Jubair

kawan itu datang dan pergi...
sahabat itu setia di sisi...
walau siapa yang mendatangi..
belajarlah untuk menghargai..
walau hati disakiti.
  
Satu perkara yang membuatkan kita tetap tersenyum walau hati sedang bersedih adalah yakin bahawa Allah sentiasa menyayangi dan bersama kita :')

Mengakui kelemahan dan kekurangan amat menyakitkan, namun itulah harga yang dibayar untuk membina kekuatan yang hanya dikurniakan Allah kepada insan yang berjaya jujur kepada diri.
~USTAZ HASRIZAL
 
 


 Jika Syurga menjadi idaman, jalannya seluas mata memandang..jika keampunan yang didamba, gerbangnya setia menanti…Usah gusar dugaan di hadapan..andai hati nekad mengejar cinta Ilahi..

No comments: